Wednesday, December 11, 2013

Hikmah tetamu ziarahi rumah



Hi dear, ummi nak kongsi 1 pengisian yang sangat baik dari Sohoque.com. Ia tentang adab2 bersama tetamu. Ini merupakan sunnah Rasulullah SAW.



Tetamu dari Surau Presint Inang BBR. Syukran jazilan datang takbir & berselawat dari rumah ke rumah(Umah kita umah ke3..rushing ummi sediakan mee kuah cheese..hehe,jiran kata sedap..fuhh,nasib) masa malam Aidi Adha lepas. Maaf atas kesempitan ruang(tak sangka ramai datang). UmmiAbi bersyukur dikurniakan jiran tetangga seperti mereka.. Barakallahu lakum..

Memuliakan Tetamu

Dari Abu Hurairah R.A katanya: “ Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
- hadith riwayat Muslim


Hadith ini membicarakan tentang suruhan Allah:
*menghormati jiran tetangga
*memuliakan tetamu
*berkata yang baik-baik




Maksud Tetamu.
Maksud tetamu dari sudut bahasa secara ringkasnya bermaksud: seorang yang menziarahi seseorang samada dijemput atau tidak dijemput.



Hebatnya tetamu.
Sungguh hebat orang yang bergelar tetamu ini. Sehinggakan Allah memuliakan mereka setinggi itu. Sehinggakan Allah dengan tegas membuat pertimbangan yang begitu besar agar memuliakan tetamu dan meletakkan nilainya sama dengan Beriman Kepada Allah dan Hari Kemudian (kiamat). Dengan erti kata lain, seseorang itu belum boleh disebut beriman selama mana ia tidak memuliakan tetamunya. Ini adalah kerana tetamu yang datang menziarahi sudah semestinya mempunyai tujuan dan maksud yang tertentu.




Perintah memuliakan tetamu ini disebut secara am. Ianya tidak disebut tetamu muslim, tetamu kaya, tetamu berpangkat dan sebagainya. Ini bermakna tugas kita memuliakan tetamu tanpa mengira tetamu itu miskin atau kaya, hodoh atau cantik, pangkat rendah atau berpangkat tinggi, bukan Muslim atau Muslim. Semua yang bertandang wajiblah dimuliakan.



Ada beberapa kisah dan hadith berkenaan perkara ini:


Kisah 1

Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Allah Sulaiman A.S pernah ditegur oleh Allah SWT kerana melayan tetamu dengan tidak sepenuh hati.
Pada suatu hari Nabi Sulaiman AS telah dikunjungi oleh seorang tetamu. Dia adalah seorang yang kafir. Baginda pada waktu itu berfikir bahawa tidak perlu tetamu itu dimuliakan dan dihargai sepertimana tetamu dari kalangan pengikutnya kerana dia adalah seorang yang kafir. Lantas baginda hanya menghidangkan tetamunya dengan minuman dan bercakap dengan seadanya.


Sekembalinya tetamu itu, baginda telah didatangi malaikat Jibril A.S menyampaikan teguran Allah: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau melayan tetamu seperti itu ?
Jawab nabi Sulaiman:”Bukankah dia (tetamu itu) dari golongan kafir?”
Jibril bertanya:”Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?”
“Allah!” Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin.
Jibril : “Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?”
Nabi Sulaiman : “Allah!”
Jibril :”Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?”
Nabi Sulaiman :”Allah!”
Jibril :”Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?”
Nabi Sulaiman :”Allah!”
Jibril : “Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?” Nabi Sulaiman A.S terdiam dan terus bersujud”.
Nabi Sulaiman : “Ya, Allah! Ampunilah hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini.”

Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah:”Wahai nabi Allah, pergilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu. Ampunan Allah tergantung daripada kemaafannya.”.

Dengan segera Nabi Sulaiman mencari tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari dan mencari-cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan meninggalkan kota. Nabi Sulaiman A.S dengan pantas mengejar tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang masih termengah-mengah, baginda berkata: “Saudara, tunggu…!”
Tetamu tadi menoleh dan melihat keadaan Nabi Sulaiman dengan kehairanan lalu bertanya: “Kenapa?”
“Saudara… sudikah kamu memaafkan tingkah laku saya tadi, ketika mana kamu menjadi tetamu di rumah saya tadi?”


Orang itu diam. Jauh di sudut hatinya, sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu, kerana dia memang bukan termasuk di dalam golongan pengikut Nabi Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran Tauhid yang dibawa oleh baginda.


Tetapi dia terus juga bertanya: “Kenapa, wahai Sulaiman?”
“Allah menegurku, setelah engkau pulang dari kediamanku.”
“Allah? Siapakah dia?” Tetamu itu bertanya.
“Allah adalah Tuhan, Tuhan Kami dan Tuhan Engkau, Yang menciptakan langit dan bumi, dan semua isinya. Dia yang menciptakan malaikat, jin dan manusia. Dia Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.”
“Lalu, kenapa Dia menegurmu?” Tetamu itu terus bertanya.
“Allah menegurku, kerana aku sudah tidak berlaku adil terhadapmu. Aku tidak memuliakanmu sebagai tetamu. Allah yang Maha Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaan-Nya, mengapa aku berlaku tidak adil terhadapmu?” Nabi Sulaiman menerangkan keadaan sebenar.
“Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman, memperlakukan aku, walaupun aku bukan dari golonganmu?” Tetamu itu bertanya penuh taajub.
“Iya…! Maafkan sikapku tadi wahai saudara, ampunan Allah tergantung dengan kemaafanmu” Nabi Sulaiman meminta.
“Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla ilaa ha illallah, Wa anta Rasulullah!” ucap si tetamu.


Orang itu memeluk nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman pun memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.
Sebenarnya bila Allah memerintahkan kita berbuat sesuatu ataupun meninggalkan sesuatu pasti akan ada hikmahnya yang besar di sebaliknya. Lihatlah, dengan hanya memuliakan tetamu bisa membuatkan hati seorang kafir menjadi lembut dan menerima Islam.







Gambar2 kenangan sempena "open house" eid mubarak. Saja2 je meraikan tetamu. Ummi rasa bahagia dapat bagi tetamu2 kenyang walaupun bila selesai majlis sampai malam baru ummiabi perasan, yang kami tak menjamah makanan sejak majlis bermula..(Punyerla excited melayan tetamu..tapi ikhlas dari hati..memang tak terasa lapar langsung...Alhamdulillah)


Kisah 2

DIKISAHKAN bahwa ketika berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israil, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata: “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah.”


Setelah fakir itu berkata demikian, maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya.

Sebaik gadis itu memberikan roti itu, maka keluarlah bapa gadis berkenaan yang bakhil terus memotong tangan kanan anak gadisnya hingga putus.

Sejak peristiwa itu, Allah mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya hingga dia menjadi seorang yang fakir. Akhirnya, dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah itu.

Ibu itu terpegun dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis itu dan berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis berkenaan. Maka, selepas perkahwinan itu selesai, si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahwa dia kudung kerana ibunya merahsiakan perkara itu. Apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri.

Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata: “Aku mendapat tahu bahwa orang fakir tidak tahu dalam tata cara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri.”

Selepas si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.

Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu: “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah SWT, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana-Allah, maka tidak ada halangan bagi-Allah SWT memberikan kembali akan tangan kananmu itu.”

Setelah gadis itu mendengar suara itu, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya dan mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya. Dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir. Sesungguhnya apabila dia datang ke rumah kita, maka dia adalah tetamu kita.




Hadith 1

Ada satu hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah, beliau berkata: “Pernah datang seorang lelaki kepada Nabi, lalu berkata: ‘Sesungguhnya aku sangat lapar’.


Baginda pun menyuruh seseorang untuk meminta bantuan kepada salah seorang isteri Baginda, namun isteri Baginda berkata: Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak memiliki apa-apa selain air.


Baginda pula lalu menyuruh seseorang untuk meminta bantuan kepada isteri Baginda yang lain, namun isteri Baginda ini juga mengatakan hal yang sama, sehingga semua isteri Baginda juga mengatakan hal yang sama, iaitu: Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak memiliki apa-apa selain air.


Nabi lalu berkata kepada sahabat: Adakah daripada kamu yang mahu menjamu orang ini malam ini? Seorang daripada kalangan Ansar berkata: Saya, wahai Rasulullah. Seterusnya, orang itu pun membawa orang tadi ke rumahnya. Sesampai di rumah, dia berkata kepada isterinya: Muliakanlah tetamu Rasulullah ini.


Dalam riwayat lainnya disebutkan bahawa dia berkata kepada isterinya: Adakah engkau mempunyai makanan? Isterinya menjawab: Tidak, kecuali hanya sebatas yang cukup untuk makan anak-anak kita.


Dia berkata: Lakukanlah sesuatu yang boleh membuat mereka lupa makan. Jika mereka teringat minta makan, maka dodoikanlah mereka. Seterusnya, jika tetamu kita sudah siap untuk bersantap apa yang kita hidangkan, padamkanlah lampunya dan tunjukkanlah tanda bahawa kita seakan-akan juga ikut makan.


Akhirnya, mereka duduk bersama di ruang makan dan tetamu itu pun menyantap makanan, sementara tuan rumah melalui malam harinya dengan perut kosong. Pagi harinya, orang Ansar tadi melaporkan apa yang diperbuatnya semalam kepada Nabi dan Baginda berkata: Sesungguhnya Allah merasa gembira terhadap apa yang kamu lakukan terhadap tetamu kamu malam tadi.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


**Lihatlah betapa para sahabat sezaman Rasulullah begitu menghormati tetamu melebihi kaum keluarga sendiri demi mengharap keredhaan Allah.




Hadith 2

Lagi Hadith tentang memuliakan tetamu ini:

Dari Abu Syuraih Al ‘Adawi r.a. katanya :

“Kedua telinga saya mendengar dan kedua mata saya melihat, ketika Rasulullah s.a.w. berkata, beliau bersabda:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya jamuan tambahannya.”

Mereka bertanya : “Apakah jamuan tambahan itu ya Rasulullah”

Beliau menjawab : “Sehari dan malamnya” Menerima tamu itu hanya tiga dan barang siapa yang lebih dari itu, adalah sedekah.”.

Beliau bersabda lagi : “Sesiapa yang ada beriman

kepada Allah dan hari kemudian , maka hendaklah dia mengucapkan perkaan yang baik atau diam saja”.
(Hadis sahih riwayat Muslim)




Dalam hadith ini Rasulullah telah menerangkan tentang layanan istimewa terhadap tetamu dan tempoh masa yang WAJIB (3 hari) melayan tetamu dengan layanan yang istimewa.
Walaupun Islam begitu menitik beratkan perihal memuliakan tetamu, namun Islam juga melihat kepada tuan rumah ataupun orang yang menerima tetamu di mana tamu tidak boleh memberati atau menyusahkan tuan rumah.




Hadith 3

Dari Abu Syuraih Al Khuza’i r.a katanya :

“Rasulullah s.a.w. bersabda : “Menerima tamu tiga hari dan jamuan tambahannya sehari semalam. Tidak halal bagi seorang Muslim bertamu dirumah saudaranya sampai menyebabkan saudaranya berdosa.”


Sahabat bertanya: Bagaimana caranya dia berdosa?

Baginda menjawab : “Dia masih tinggal dirumah saudaranya itu, sedang saudara itu tidak mempunyai apa-apa untuk menyediakan makannya.”
- Hadis sahih riwayat Muslim

Mengikut hadith ini tidak halal ataupun berdosa jika tetamu terlalu lama menjadi tetamu tuan rumah (melebihi 3 hari) sehinggakan menyusahkan tuan rumah untuk memenuhi layanan.




Hadith 4

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menghormati tetamu, menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah. Dan barang siapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahan Alah SWT . Dan barang siapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah.”




Hadith 5

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat.”




Adab-adab layanan kepada tetamu.Dalam melayan tetamu yang bertandang, ada adab-adab yang perlu dijaga seperti :

Memberikan layanan yang baik

menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka, kalau boleh di muka pintu atau di halaman rumah

Sebagai tuan rumah, kita hendaklah menjemput tetamu masuk dan menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.

Wajib menutup aurat.

Menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika bercakap.

Menyediakan tempat duduk yang selesa dan bersih.

Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang.




Menyediakan jamuan mengikut kemampuan

Menyediakan makanan dan minuman yang terbaik mengikut kemampuan.

Makan bersama-sama tetamu.

Jaga tingkah laku ahli keluarga ketika makan bersama-sama tetamu.

Jangan mengemas meja makan sebelum tetamu selesai makan.




Bersifat ikhlas dan berlapang dada

Gembira dan berlapang dada atas kedatangan tetam

Tidak merasa kedatangan mereka mengganggu perjalanan kehidupan dan aktiviti harian kita.




Menyediakan kemudahan yang baik kepada tetamu mengikut kemampuan

Menyediakan keperluan tandas dan bilik air yang bersih kepada tetamu

Memberi keselesaan kepada tetamu seperti kipas angin dan sebagainya mengikut kemampuan




Adab-adab yang tersenarai ini adalah yang terlintas di fikiran saya semasa mengarang posting ini. Ada banyak lagi perkara-perkara yang baik yang sepatutnya kita lakukan kepada tetamu kita mengikut keadaan yang tertentu.




Hikmah Memuliakan Tetamu
Antara hikmah-hikmah suruhan Allah ini adalah :

Ia adalah sunnah Rasulullah dan suruhan Allah – membuatnya anak diberi ganjaran oleh Allah.

Dengan sikap memuliakan tetamu ia akan lebih mengeratkan tali silaturrahim dan mengekalkan ukhuwwah sesama manusia (baik muslim maupun bukan Islam)

Ia akan menolong tetamu yang dalam musafir terutama dari aspek tempat tinggal, makan minum dan keperluan asa yang lain.

Ia akan meninggikan darjat diri tuan rumah yang mana dia akan dimuliakan orang.

Sikap ini akan meninggikan lagi syiar Islam di mana orang-orang bukan Islam akan dapat melihat tingginya akhlak seorang muslim dan ini akan sedikit sebanyak menarik minatnya kepada Islam

Orang yang melayan tetamunya akan sentiasa murah rezeki dan mendapat rahmat dari Allah

Orang yang memuliakan tetamu akan mendapat pahala sedeqah atas layanan yang diberikan kepada tetamunya.






Ummi share ilmu bermanfaat ini dari SINI. Syukran jazilan..

Tuesday, December 10, 2013

Vaksin(6): AEFI


Hi dear...Isu tentang vaksin dah banyak terbongkar sekarang.
Ummi selitkan sikit mana yang ummi sempat mintak izin & ambil dari sumber..



“When he was 6 months old, he received the DPT vaccine and within a few days he began to have seizures — up to 80 in 1 day!”
“When he was 8, a doctor confirmed that his disability was due to a reaction to the vaccines he received when he was 6 months old.”

Meet Eric
http://vaxtruth.org/2011/09/meet-eric/

"This is baby ammar yg sye ceritakan... Jd mcm ni after 3 hours amik jab 6 months... Bdn dia panas mendadak petang jumaat....amik jab pagi tu..."-Ibu Ammar



“The baby they brought back to me was not the same baby they left with. This was not my calm, serene baby. This baby cried furiously, refused to fall asleep in the bassinet, or even be put down. I joked several times that we had a baby mix-up going on here but I tried to dismiss all thoughts that may...just maybe the vaccine did this.”

“This past year my son was diagnosed (finally) with high functioning autism at the age of 11.”

The Vaccine Issue – My Son’s Story

http://naturemoms.com/blog/2007/09/25/vaccines-can-be-dangerous/
Bila baca & rujuk OHUB , makin banyak kebocoran Vaksin... Banyak lagi kes2 AEFI ni... Kalau nak cerita kat sini, memang tak cukup page..huhu..
Baru-baru ni baby 3 bulan terkena AEFI..(T,T)

 Ibu bayi sendiri buat pengakuan yang ianya adalah AEFI.. Boleh rujuk SINI..
Solution perubatan moden.. common with drugs, penicillins etc
Tapi masih ada lagi cara lain yang lebih selamat... Pilihan di tangan ibubapa mangsa. Ummi doakan yg terbaik..Amin..



Ohya, apa AEFI ye?
AEFI stands for Averse Effect Following Immunization...iaitu kesan kecederaan vaksin selepas suntikan/cucuk yang mungkin berlaku pada bayi/kanak2 yang menerima suntikan vaksin.


FARMAKOVIGILANSDownload it.Print it.Bind it.Read it.Save it.One day u might need it.. This is from our own MOH.About vaccination in babies/kids.
AWAS!!!
Please report jika anak anda terkena AEFI...



Vaksin (5): Pengawet mayat di dalam vaksin??




Formaldehyde in vaccines is present for the purpose of stabilizing the vaccine. In the industrial world, formaldehyde is a highly toxic gas used in the manufacture of plastics, plywood adhesives, resins, dyes, sugar, rubber and textiles. In most manufacturing processes and vaccine uses, it is used in a liquid form stabilized in methanol. Depending on the individuals tolerance or sensitization levels, new cars, homes, and carpets are an allergan to many people, especially to those who are sensitive to Formaldehyde.
Effects of Formaldehyde on the human body vary depending on how it is absorbed into the body-Source


"New discovery shows why vaccines can cause adverse reactions"
"Formalin, used in the manufacture of over half of all vaccines… causes chemical damage to vaccine proteins and creates reactive chemical groups called carbonyls…. the presence of carbonyls can mean that the immune system overreacts once infection occurs and attacks the body in a damaging way. In the 1960s, carbonyls in experimental vaccines for a virus known as RSV, which causes wheezy colds in children, triggered a powerful immune response that caused severe side effects leading to hospitalisation and several deaths. "
Stephenson, A, Imperial College London -- 8/23/2006

Dalam makmal UM, kami guna Formaldehyde/formalin untuk mengawet mayat & human tissue. Common Aldehyde yang digunakan adalah Glutaraldehyde... Nak handle kena ikut S.O.P yang betul sebab carcinogenic(penyebab kanser).

Nak pegang jer pun kena ikut S.O.P makmal perubatan, apatah lagi yahudi senang2 nak suntik direct masuk dalam badan baby..OH,NO...NO WAY.. (T,T)




Vaccines that use formaldehyde include but are not limited to:

(Vaccine - form of formadehyde)
DTaP - Formaldehyde
HIB - Formalin
BioThrax - Formaldehyde
DPT - Formaldehyde
FluShield - Formaldehyde
Havrix Hepatitus A - formalin
IPOL Polio vaccine - formaldehyde
JE-VAX (Japanese Ancephalitis) - Formaldehyde
Tripedia DTP - formaldehyde
typhoid - Aspartame (aspartame converts to formaldehyde in the body and clings to protiens).

Formaldehyde in vaccines creates a toxic soup. Moga Allah melindungi kita semua dari tipu daya orang Yahudi yang lebih pentingkan keuntungan farmaseutikal berbanding nyawa manusia...

Ohya...cerita tentang formaldehyde ni, tiba-tiba teringat produk J&J.
Hmm...ni linknya.. berhati-hati ya...

Monday, December 2, 2013

FOLIK ASID : RISIKO KEKURANGAN FOLIK ASID


Asid folik adalah sejenis vitamin B9 yang larut air.Larut air ni bermakna ia larut di dalam air. Ia dilakukan melalui saluran darah dan dikumuhkan dalam air kencing. Tubuh kita tidak dapat menyimpan asid folik, justeru kita perlu mengambilnya setiap hari untuk memastikan pengambilan jumlah yang mencukupi. Vitamin B9 (termasuk asid folikdan folat) adalah penting untuk beberapa fungsi tubuh, termasuklah :

· Untuk mensintesis DNA, RNA dan untuk membaiki.

· Membantu pertumbuhan pesat sel-sel dalam tubuh.

· Untuk menghasilkan sel-sel darah merah yang sihat

· mencegah kecacatan kelahiran utama otak atau tulang belakang bayi (kecacatan tiub neural, termasuk spina bifida dan anencephaly) sebab itu penting bagi wanita hamil mengambil asid folik yang mencukupi.

· Meningkatkan kesihatan otak.

SIAPA YANG PATUT MENGAMBIL ASID FOLIK?

Pengambilan dan keperluan asid folik sebenarnya bukan sahaja untuk mereka yang sedang merancang untuk hamil. Mac Dimes pengarah, Richard Johnston, Jr MD, berkata bahawa untuk mencegah kecacatan kelahiran, wanita perlu mengambil asid folik sebelum hamil serta sepanjang 4 minggu pertama. Kajian di AS melaporkan hampirseparuh daripada kehamilan adalah tidak dirancang, oleh itu setiap wanita yang mampu hamil perlu mengambil makanan tambahan harian asid folik. Kajian lain juga menyebut bahawa wanita yang mengambil suplemen asid folik sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum hamil boleh mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.

SUMBER SEMULA JADI ASID FOLIK
Sayuran hijau gelap adalah sumber asid folik yg baik. makanan berikut kaya dengan asid folik:

· Asparagus

· Roti yis

· Brokoli

· Pucuk Kamel

· Kubis

· Kembang kol

· Kuning telur

· Jaket kentang (besar)

· Buah pinggang

· Lentil

· Salad

· Hati (wanita hamil tidak perlu mengambil hati)

· Limau

· Parsnips

· Peas

· Bayam

· Biji bunga matahari

· Roti gandum (biasanya diperkaya)




*Bagi ummi, jika pemakanan sihat di ats diambil, tak perlu lagi pil2 yang disyorkan oleh klinik/hospital kerana piltersebut adalah sintetik & banyak chemicals.

ANEMIA & KEKURANGAN ASID FOLIK

anemia berlaku apabila kekurangan pengambilan makanan yg mengandungi folik asid. tanda-tanda dan gejala penyakit kekurangan asid folik termasuk :

· Kelesuan, keletihan

· Rasa lemah

· Sifat Pelupa

· mudah marah

· Hilang selera makan

· Masalah Berat badan

Pesakit anemia perlu mengambil asid folik setiap hari.

RISIKO-RISIKO LAIN YANG DIKAITKAN DENGAN KEKURANGAN ASID FOLIK
Selain dari anemia dan kecacatan kelahiran, kekurangan asid folik boleh mengakibatkan:

· Risiko serangan jantung

· Risiko strok. Satu kajian dalam jurnal perubatan melaporkan bahawa menambah asid folik dalam makanan dapat menyumbang kepada pengurangan risiko kematian akibat strok

· Kanser perut

· Pengurangan jumlah sperma lelaki

· kemurungan

· Masalah ingatan

· Penyakit alahan

· Kepadatan tulang rendah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...