Monday, September 30, 2013

Vaksin(1): Mengkaji

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..


Astagfirullah Al-Azim.. Istigfar ummi bilamana mendapat tahu kandungan Vaksin..
Ni belum lagi tanya JAKIM, Halal atau tidak??Cuba tengok kandungan Rotavirus..Ada PCV???FYI, PCV(Porcine Circovirus is DNA from pig pancreas)

Oh ya...boleh click Vaccine Ingredients untuk nampak clear & jelas
UPDATED: Oleh kerana ramai teman blog & fb  minta ummi info ingredients vaccine yang dalam gambar. So, ummi bagi link..
<<Straight from the CDC website>>


Vaksin ni apa ya? Oh ya, vaksin ni utk Perkenal virus lemah/x aktif kepada badan supaya badan ada maklumat pasal virus tu. Jadi bila virus tu serang, antivirus ada history untuk dirujuk, dan peluang berjaya tinggi. Yeke?Klise sangat penerangan ummi..Rujuk WHO jela...

Apakah itu vaksin?
Menurut WHO, vaksin ialah satu persediaan yang bertujuan untuk menghasilkan keimunan badan kepada sesuatu penyakit dengan meransang penghasilan antibodi. (Lebih kurang jer..)
**Bagaimana vaksin menghasilkan imuniti?
Apabila badan kita didedahkan kepada vaksin yang mengandungi mikroorganisma, badan akan menghasilkan antibodi dan pada masa yang sama akan menghasilkan sel-sel memori (ingatan) yang akan mampu untuk membunuh/memusnahkan/menyingkirkan mikroorganisma apabila ianya kembali menyerang badan pada kali kedua.

Antibodi kuat ke selepas suntik?Siapa yang jadi bahan ujikaji?Dah tested di makmal sebelum digunakan ke?Siapa sanggup?Bahan2?benar-benar berkesan atau tidak berkesan. Adakah vaksin ini selamat digunakan atau tidak? Semua perkara ini adalah persoalan yang sangat penting untuk dijawab. Jawapan di bawah yer...





Kita ada kajian yang membuktikan bahawa vaksin adalah berkesan dan selamat.
Ada juga akan kata daripada pembacaan American Academy of Pediatrics, AMA, CDC dan jurnal-jurnal lain membuktikan bahawa semuanya selamat dan berkesan(Ini selalu ayat-ayat doctor yang jual vaksin ni..)

Saya ingin mencabar mereka yang kata selamat ini untuk melihat sendiri kajian yang dilakukan:

  • Samada ia menggunakan study group (kumpulan kajian) dan contol group (kumpulan kajian kawalan) yang betul?
  • Adakah bahan-bahan yang digunakan dalam vaksin itu dikaji dengan betul?
  • Adakah terdapat perbezaan apabila didedahkan kepada virus, bakteria, heavy metal atau toksin melalui air, makanan, usus manusia dan kulit, jika dibandingkan apabila ianya disuntik terus ke dalam badan?
  • Adakah kita benar-benar mengkaji apakah yang terjadi kepada bahan-bahan dalam vaksin setelah disuntik ke dalam badan?
  • Adakah antibodi yang terhasil cukup untuk memberikan perlindungan daripada penyakit?

Saban hari, semakin banyak kajian-kajian yang menunjukkan bahawa:

  • Tiada kajian yang lengkap dan betul telah dilakukan.
  • Antibodi bukanlah satu-satunya cara badan mendapat perlindungan
  • Terdapat perbezaan bagaimana manusia memproses bahan melalui udara dan makanan berbanding dengan suntikanl.
  • Bahan-bahan dalam vaksin akan berkumpul dalam badan dan merosakkan sistem keimunan badan
  • Terdapat partikel dalam vaksin yang boleh masuk ke dalam otak
  • Terdapat banyak DNA asing yang masuk ke dalam badan

Adalah amat mengejutkan yang kita ini kekurangan maklumat tentang keselamatan dan keberkesanan jika dilihat adanya bertimbun paper jurnal yang boleh menaikkan syak akan keselamatan dan keberkesanan vaksin, dan tidak adanya kajian yang betul dan tepat tentang vaksin dilakukan(not tested in lab).

Apa yang kita ada pada hari ini adalah polisi yang berat sebelah, satu cara pemikiran yang tidak mungkin membenarkan apa-apa debat tentang vaksin. Apa tidaknya, syarikat-syarikat pengeluar inilah yang juga menyalurkan wang ke universiti-universiti untuk 'research'.

Awak ada ke kajian yang tunjukkan vaksin tak selamat?
Mesti la ada, buat apa nak bimbang bukan-bukan kalau tak ada.


Salah satu kajian yang telah dilakukan melihat kepada kesan kanak-kanak yang divaksinasi dan dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak divaksinasikan. Kajian yang diterbitkan di Journal of Allergy and Clinical Immunology pada April 2005 ini melihat kepada kesan kesihatan kanak-kanak yang divaksinkan sepenuhnya, yang divaksinkan separa dan mereka yang tidak divaksinkan lansung.

Para penyelidik bertanya kepada ibubapa tentang penyakit atopik iaitu alergi, asma, ezema dan hay fever. Para penyelidik tidak dibenarkan tahu ibubapa adalah daripada kategori kanak-kanak yang mana. Apabila data telah diproses, mereka mendapati bahawa rekod yang terbesar adalah daripada ibubapa yang kanak-kanaknya divaksinasikan sepenuhnya, kedua adalah yang dari vaksinasi separa dan yang paling sikit dengan penyakit atopik adalah dariapda yang tidak divaksinasikan langsung.

Analisis statistik yang dilakukan untuk melihat samada data ini terhasil hanyalah kebetulan sahaja atau data ini benar. Dan mereka dapati secara statistiknya data yang diperolehi adalah benar. Para saintis itu tidak dapat memahami bagaimana masalah ini mungkin berlaku kerana semua orang setuju yang vaksin itu selamat sepenuhnya dan berkesan .


Laporan daripada IOM, 2011 menemui bukti yang kukuh adanya hubungan antara beberapa vaksin dan kesan-kesan yang buruk. Contohnya MMR, varicella zoster, influenza, hep B, meningococcal dan vaksin yang mengandungi tetanus dikaitkan dengan anaphylaxis. Anaphylaxis ialah reaksi alergik yang sangat cepat (beberapa minit sahaja) yang kemudiannya menyebabkan kematian.

Kalau para pembaca dah tahu, masih mahu vaksinasikan anak lagi?

Berikan ummi kekuatan..(Maafkan ummi Wafa Sofea, Alhamdulillah..diberikan kesedaran untuk Wafa Izzara)
Wafa Izzara now(so far) is a healthy UNVACCINATED baby..
Wafa Sofea pulak dah terVACCINATED...ummi jahil lagi bab vaksin masa tu.. But don't worry my dear Wafa Sofea...Ummi tahu cmne nak detox all the vaccines in your body. (Kembali kepada sunnah).
Oh ya..untuk makluman, di Klinik Homoepathy pun dah de ubat Detox-vaccine or anti-vaccine.
Say NO to VACCINE...

Ini hanya pendapat kami, so hormatilah...Kami hanya berkongsi ilmu pada yang sudi..Jika tidak, silalah stop & keluar page..(^,^)Jika nak juga cucuk anak, silakan... Ibu bapa yang ambil keputusan untuk unvac anak adalah ibubapa yang informed decision. Perlu gali ilmu & bersedia menghadapi apa2 pun kebarangkalian.

Kalau kena penyakit, kita yang kena bertanggungjawab bukan orang lain, kalau anak sawan, alergi atau mati disebabkan vaksin, adakah doktor akan tanggung? Adakah syarikat pengeluar vaksin akan tanggung? Adakah kerajaan akan tanggung?
Kita ada hak untuk tahu apakah kandungan vaksin. Kita ada hak untuk tahu apakah risiko dan komplikasi (masalah) dari vaksin SEBELUM kita membuat keputusan untuk membenarkan diri atau anak-anak divaksinkan. Harus kita ingat bahawa semua vaksin dan produk farmasi yang lain membawa risiko kecederaan atau kematian. Jangan sekali-kali membenarkan vaksin atau ubat-ubatan diberikan tanpa diberitahu tentang SEMUA risiko.

Knowledge is power. Penuhkan dada dengan ilmu yang tepat tentang vaksinasi dan kesihatan. Buat kajian dan berbincanglah sebelum membuat apa-apa keputusan yang berkaitan kesihatan. Jadilah konsumer yang berpelajaran/berilmu dan kita akan mudah membuat keputusan yang bijak dan menlindungi diri dan keluarga. Ingat juga, dengan adanya ilmu, kita akan lebih mudah untuk berbincang secara ilmiah dan rasional dengan keluarga, rakan-rakan, doktor mahupun pakar kesihatan.

Setelah membuat keputusan, pastikan diri bersedia dan bertanggungjawab kepada keputusan yang dibuat.


Bagi kami, segala yang was2/syubhah boleh mendatangkan HARAM. Segala yang HARAM masuk dalam badan akan menjadi darah daging & membentuk sahsiah diri serta keturunan kita. Huuuu..ummiAbi sayangkan keturunan kita. Jagalah mereka..Lindungilah mereka...


Walaupun binatang yang digunakan itu halal dimakan, tetapi vaksin diambil dari binatang yang masih belum disembelih. Umat islam dilarang menggunakan bangkai ataupun anggota badan haiwan yang masih hidup sebagai makanan dan ubatan.
Ramai yang menjawab hukumnya harus jika dhoruroh, saya akan jawab pada point kedua tetapi soal makanan amat perlu dititik berat kerana ia akan membentuk darah daging manusia. Jika terdapat bahagian badan kita ini haram, doa susah untuk diterima, hati akan menjadi keras dan penyakit lain mudah singgah.

Umat islam harus memahami bahawa halal haram yang ditetapkan oleh syara` itu sebenarnya menjaga maslahah untuk manusia di samping menghindar keburukan di dunia ini`~ILham Darwisy
TAPI kan...ada yang beri pendapat VAKSIN ANAK adalah untuk mencegah. Bukankah konsep tawakal digalakkan dalam ISLAM?? Mencegah kan lebih baik..Memang tidak dinafikan, tapi jika kaedah pencegahannya itu sendiri adalah salah. Dalam kes ini vaksin memberikan kesan negatif kepada kesihatan manusia dan kesan ini jauh lebih teruk dan bahaya daripada kebaikkannya.

Bukankah Nabi saw bersabda setiap penyakit ada ubatnya dan madu\habbatussaudak adalah ubat segala penyakit keculi maut?

Ada ke ubat sebelum penyakit?

Bukankah sakit ada 2 sebab, ampun dosa atau kalau belum akil baligh naik darjat. Hatta tertusuk duri pun ada ganjarannya.....

Bukankah bakteria adalah mahluk Allah swt dan hanya menyerang manusia dengan perintah Allah swt?

Apa2 pun, Rasulullah hanya menyebut 2 perkara sebelum baginda wafat, AL-Quran & As-Sunnah..
RasulAllah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Aku tinggal-kan kepada kalian dua perkara, yang apabila kalian berpegang teguh kepada keduanya kalian tak akan tersesat, kedua perkara itu ialah: Kitabullah (Al-Qur'an) dan As-Sunnah..Ehh..saper kata Wafa Zara tak vaksin, ummi dah vaccinated Wafa Zara dari dia dilahirkan lagi..
SUSU IBU....vaksin terbaik anugerah ALLAH..


Kita sambung nanti...InsyaALLAH..

Thursday, September 26, 2013

Pandai menyahut bila dipanggil

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear..esok (27hb) wafa Izzara dh masuk 5bulan..Ohh..time flies..
Ummi nak kongsikan 1 video yang ummiabi suka tengok & repeat banyak3 kali..hehe..Pastu kitorang gelak sama2..(^,^) Awak ni menghiburkanlah Wahai anak...

Ni kejadian selepas kakak wafa sofea buli adik zara dia.. Bila panggil2 nama dia, pandai lak menyahut.. Ummi pn suruh kak Wafa Sofea panggil2 lagi adik Wafa Izzara...suka..suka..geram..

video

Abi cakap comel jer...macam........

Games "Pao" take care of your pet..
Haha...Apela abi ni kan.. ;p
Pepun Izzara tetap kesayangan Ummiabi & kak Wafa Sofea..

Kak Wafa Sofea buli adik Wafa Zara (^,^)

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..


Hi dear...seharian penat bekerja bila balik dengar gelak tawa anak2 memang hilangkan stress..kan...
Hari-hari ada je 'cara' kak wafa sofea menarik perhatian ummiabi...Adik Wafa Izzara yg kecil comel tu pun boleh tahan gak..:) Terima kasih anak-anak ummi.. Alhamdulillah..

Jom layan video keletah anak2 kesayangan ummiabi ni..

video

Cian 'adik zaya' kena buli ngan kak wafa..hehe. Tapi kak wafa niat nak main ngan adik tuuu... Sayang kak wafa & adik zara ketat2..Koranglah penghibur hati ummiabi (^,^)

Thursday, September 12, 2013

Jom solat wahai Puteri2ku




Buat puteri2 Ummiabi(Wafa Sofea & Wafa Izzara)...Jom solat sayang...
Solat jangan tinggal sayang...UmmiAbi sayang sangat pada kamu semua.. Berdoalah kita sama2 dapat berjumpa di syurga nanti..
والله أعلم بالصواب
"Jika kita betul sayangkan anak kita, kita perlu jaga agar mereka terselamat daripada azab api neraka. Diri kita sendiri pun kita tidak sanggup biarkan masuk ke neraka, inikan pula anak-anak kita.
Di akhirat, Allah akan memandang orang tidak solat dengan pandangan yang murka. Jika solat bermasalah, maka segala amalan lainnya akan diperincikan Allah dan disoal-siasat."
Tapi kena ingat, semua manusia boleh solat tapi ramai yang solat tak sah/tak betul. Sentiasalah perbaiki solat kita(Peringatan buat ummiabi juga).


Dalam satu hadis, Nabi SAW menegaskan bahawa anak perlu dilatih solat ketika berumur 7 tahun, dan jika mereka enggan solat pada umur 10 tahun, maka mereka boleh dipukul dengan tujuan mendidik.
Tapi nak solat mestilah solat dengan betul.

Cara solat khas untuk wanita
“Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa’”

Sebuah artikel khusus dipinjam untuk tatapan para muslimah dan mukminah. Walaupun penulis asalnya tidak dapat dikenalpasti namun mudah- mudahan banyak darinya dapat kita jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH.

Selamat menimba ilmu..

Baiki cara solat khas untuk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah SOLAT kita.

Kaum lelaki tolong forwardkan/ajarkan pada isteri & anak perempuan mereka.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam2 gaya org dirikan solat, baru kini timbul kesedaran utk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.

Bagaimana solat yg tidak berkualiti diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
PASTIKAN BACAAN AL-FATEHAH BETUL(ini rukun..kalau x betul, xsah solat)
video

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illAllahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang(lebih2 lagi material laikera Lycra). Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, ummi lagilah hanya standby jubah bersih & stokin sahaja. Bukankah syarat sah solat adalah menutup aurat bukan memakai telekung kerana ada yang pakai telekung lycra nampak bentuk tubuh badan lagi mengecewakan..huhu).
Apabila tiba waktu solat, cuma sarungkan jubah di badan(make sure jubah juga bukan dari material yang jarang) dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (sebaiknya stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

P/s: Ingat wahai puteri2 ummi, tiada telekung tidak bermakna tidak boleh solat. Ummi pernah jumpa seorang wanita yang datang ke surau lalu duduk di belakang saf kerana kehabisan tudung surau. Beliau menunggu giliran muslimah yang telah habis solat. Ummi tertanya-tanya, bukankah beliau sudah cukup menutup aurat untuk menghadap Allah..? Beliau berbaju kurung yang longgar & tidak jarang. Tudungnya menutupi dada cuma beliau tidak memakai stokin. Alangkah indahnya jika kita menutup aurat ketika keluar sama seperti kita menghadap Illahi(ini syariat ISLAM ye). Jika lengkap berpakaian ikut syariat, tiada masalah solat dimana2, bila2 waktu sahaja.
Pernah juga ummi terdengar seorang muslimah memberi alasan tidak dapat solat pada waktunya kerana tidak membawa telekung..Alahu Akhbar. Sayang ummi, solat perkara pertama yang akan disoal Allah kelak. Bagaimana mahu menjawap nanti..? Nauzubillah...

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,
rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Benar, terasa agak berat.
Pakailah pakaian syariat supaya mudah solat atau pakailah telekung yang tidak jarang. Jika jarang pakai berlapis-lapis. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat, gagahkan juga. Yg penting,mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, ummi mengaku, ummi juga  masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.

‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.

**Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda ,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..**

Alhamdulillah

Alhamdulillah...Semalam ummi ade story kerugian susu hampir 1botol..
Syukur sangat...harini sekali pam terlebih 1 botol...Syukur pada ALLAH yang terus memberi rezeki buat Wafa Izzara..Alhamdulillah..Ummi harap sangat dapat menyusukan Wafa Izzara sehingga berumur 2tahun seperti kakaknya Wafa Sofea..Amin..:)
Selalu pam 1sesi=dapat 6 Oz(1botol)
Sepanjang waktu bekerja dapat pam 3 sesi.
Harini pam 1 sesi je dah dapat 2botol(almost 10 Oz)..
Ya ALLAH..Alhamdulillah..syukur..syukur...(^,^)
Notaummi:
Sejak akhir2 ni hati berbunga-bunga...Susu pun mencurah-curah.. Syukurlah, semua ini pinjaman daripada Allah....Moga kita sentiasa menjadi insan yang bersyukur...ALHAMDULILLAH..

Wednesday, September 11, 2013

Lencun

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Inilah lencun namanya... Habis baju ummi LENCUN dengan susu ibu... Entah ape yang ummi berangan sampai botol susu dah penuh pun x perasan..Huhuhu..Ruginya...
*Ni gara2 wat keje sambil mengepamla..huhu*
NotaUmmi:
Sedih sebab 1botol jugakla melimpah2 tadi..(xde rezeki botol tu,xpe...insyaALLAH ummi yakin Allah akan ganti rezeki itu dengan yang lbh baik). Now badan ummi berbau perfume susu ibu(Mahapla ye staf2 EM Unit Perubatan kalau selisih bau masyam2 susu..huhu). Rasa x selesa sangat sebab melekit-lekit..(Susu ibu kan lemak berkrim...manis sangat. Jangan semut datang hurung ummi dahla..huhu...) (^,^)v

Bila nak pukul 5pm ni...?Ummi nak balik....

Tuesday, September 10, 2013

Segmen Pertama Che Yam


Lamanya tak join segmen.. Ummi BW jumpa segmen Che Yam yang sangat simple ni. Ummi memang suka segmen simple2 ni...:) Lau sama2 nak join, silalah klik banner yang "sweet" tu ye..:)

WW#23~Antara Games ummi masa kecil~


Best tau..Boleh ilang stress(Nak try carilah utk Wafas..)

Monday, September 9, 2013

Golek-golek

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear...Sebelum ni ada ummi citer Zara dah boleh meniarap umur nak masuk 3bulan...Then hujung bulan(3++months) nak masuk 4 bulan dia dapat hobi baru pulak..Style golek2. Ummiabi kena observed ni coz aritu nak masuk bawah meja dah..huhu..
video
video
Wafa Sofea dulu meniarap pada umur 5bulan(coz she's prem baby at 34weeks). Lau ikut umur sebenar(Umur EDD) umur Wafa Sofea pun masa tu 4bulan.. Cuma Zara mendahului dengan golekan pusing2 pada umur almost 4bulan...Err...faham ke ape yang ummi bebelkan ni?hahaa.. Senang citer, anak2 ummi setakat ni boleh meniarap umur 3 bulan & meniarap in action(menjulur/golek2/kuak lentang etc) masa diorang lg beberapa hari nak msuk 4 bulan... Syukur Alhamdulillah..Itupun Anugerah terindah daripada ALLAH kan.. (^,^)

video

Wafa Sofea tak golek2, tapi jadi askar..menjulur ke belakang & ke depan...tapi mulut becok..hehehe.. Memang nampak dari baby lagi Wafa ni cepat bercakap..hihi.. Zara sekarang dah masuk 4 bulan banyak tersenyum & cakap(ada bunyi2) ikut mood. Kira cakap bila perlu je kan..heh~

Lain anak, lain perkembangannya..Apapun ummi ucapkan syukur & tahniah buat puteri2 ummi. Terharu ummi kerana kebanyakan perkembangan terjadi di depan mata ummi walaupun ummi bekerja..(^,^)

Alhamdulillah..perkembangan yang bagus sayang..

Tuesday, September 3, 2013

Kembar Zara..

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear...
Zara ade kembar tau...
Ni haa....
Baby doll kuning tulah kembar Zara...sebab Wafa namakannya "zara" jugak..hehe

Alkisahnya si baby doll ni dihadiahkan oleh maktok masa kami cuti panjang ummi berpantang aritu. Wafa Sofea sayang sangat kat baby doll ni..

Ummi:            Ape nama baby doll ni, Wafa?
Wafa Sofea:   Zaya...
Ummi:            Lor...Zara jugak ke? sama macam adik zara plk.
                      Habis tu, ni sape?(sambil tunjuk Wafa Izzara yang tengah
                      golek2 tu)
Wafa Sofea:   Ni adik zaya..(Tunjuk adik zara dia).
                      Ni zaya...(Tunjuk baby doll dia)
Ummi:            Hahaha....(Nama Zara jugak yg dia berkenan..cuma
                      adik dia panggil "adik zaya" & baby doll dia
                      panggil "zaya" je...)

Macam-macam keletah anak2 ummi...Selalu buat ummi happy sokmo..
Tq sayang..
Tq ALLAH..(^,^)


Notaummi:
psst...gmbar baby doll yg bwh skali tu Wafa yg snap. Bnyak betul dia tangkap gambar "baby" dia tu..huhu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...