Friday, April 26, 2013

Nasi Lemak SS


 Hi dear...
Minggu lepas ummiabi tak beli lauk(untuk buat stok). Abi punya jadual packed sampai malam & ummi pun dah tak larat nak keluar malam2 cari lauk. Nk keluar makan kat kedai lagilah.... Tersangatlah "rajin" nak bersiap... Memang masing-masing mood "nak lepaking kat rumah je".

Tapi....ummiabi tetap jugak masak. Wafa Sofea tengah ada selera nak makan...tu yang syok masak walaupun simple..Syok tengok wafa makan nanti...hehe..
So, Masak ape yang ade jela...*sigh*
Dalam freezer hanya ada ayam je....Dalam fridge pulak ada telur..Sayur sawi adela sket untuk sekali makan..
So,ummi buat nasi lemak SS... Apa tu SS....? SS tu abi cakap Simple & Sedap.. Walaupun Simple tapi Sedap gak...hehe. Yang penting air tangan ummi tu...heh~

Dengan magic bullet, cincang2 bawang n letak cili paste..
Buat sambal msuk telur rebus je

Beras+santan+halia=nasi lemak ekspress..


Ummi goreng ayam sorang seketul..
Taraa...siap dah.. Ni jer dinner kami. Tapi makan bertambah tau...(^,^)
Okla kan...nampak seimbang je walaupun simple...zat besi sayur ade, karbohidrat  pada nasi pun ada..Vit K & protein pada telur pun ok.. Kalsium pada ikan bilis pun ada...Waah..ok apa..(puji diri sendiri*sigh*)
So,ummi cakap kat abi(sambil terangkan piramid makanan seimbang..haha)
"Kalau abi cakap SS means Simple & Sedap....Ummi pulak nak namakan nasi Lemak SS jugak yang bermaksud Syok Sendiri)"
Inilah Nasi Lemak SS kami...Simple & Sedap atau dengan kata lain Syok Sendiri..asalkan kenyang sudaah...Hehehe

Nota ummi:
Seronok kan tengok suami & anak makan hasil tangan kita...Lebih2 lagi kalau dapat pujian...
Bling-bling mata tidur malam tu..Mimpi indah..hehe(Syok sendiri lagi..)

Thursday, April 25, 2013

Ubat selesema Wafa Sofea


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..


Hi dear...
Baru-baru ni Wafa sofea selesema sket. Dah lama budak tecit ni tak selesema...Tiba-tiba ambil dari baby sitter baru2 ni, hidung dia berair sket.. Tapi x demam @ batuk..Alhamdulillah.. Maybe sekarang musim hujan. Sejuk kot... Tapi wafa active macam biase. Makan pun selera(^,^)

Ummiabi memang tidak pernah bagi ubat selesema kat wafa... So far guna normal saline je jika hidung wafa betul-betul tersumbat. Selebihnya, kami hanya sedut sampai hidung wafa recover sendiri. Bagi abi, tiada istilah ubat selesema melainkan kita keluarkan hingus/mucus dalam hidung tu seterusnya bersihkan hidung. Itulah yang sebaiknya.. Ubat selesema yang doc bagi hanyalah sekadar "pain killer" untuk kita berkhayal & melupakan ketidakselesaan hidung yang tersumbat & meleleh tu. Sebab tu ubat selesema drowsy/mengantuk kan..

Balik je rumah, ummi suruh wafa main macam biasa, ummi terus ke dapur siapkan makan malam. & macam biasa, wafa tetap jadi assistant ummi di dapur walaupun selesema. Terima kasihlah nak oooii...selesema pun nak tolong ummi. Tolong kaco..*sigh*
Ummi ambil bawang, dia pun sibuk je nak ambil bawang. Ummi biarkan...Mainlah sayang, asalkan tak kaco ummi..Sebelum makan kita mandi k..hehe

Masa mandi tu ummi tengok hidung wafa dah tak berair & takde selesema dah. Memang kering terus. Alhamdulillah~
Dan ummi tahu, puncanya sebab Wafa main bawang tadi. Dengan kuasa Allah SWT, bawang yang wafa main tu(esp bawang putih@garlic) jadi penawar kepada selesema wafa. So, lepas ni kalau selesema kita main masak2 dengan bawang ye Wafa...hehehe

Sebelum ni memang ummi pernah dengar yang garlic ni sesuai sangat untuk flu treatment. Of course sebab tengok kat farmasi siap ada pil garlic.. So, garlic ni memang terbukti banyak khasiatnya kan..



Ummi try google..Jom tengok apa yang ummi dapat selain dapat melegakan selesema wafa..hehe

35 health benefits of garlic:

1. Helps treat atherosclerosis.

2. Helps lower cholesterol.

3. Has the ability to lower blood pressure.

4. Helps treat gout.

5. Treating and preventing the flu and upper respiratory tract infections.

6. Prevents the growth and spread of bacteria.

7. Helps treat Tuberculosis.

8. Treating purulent wounds.

9. Helps treat Trichomoniasis (a sexually transmitted infection.)

10. Boosts your metabolism.

11. Prevents the spread of collon cancer…

12. …gall bladder cancer…

13. …rectal cancer…

14. …breast cancer…

15. …and prostate cancer.

16. Helps aid digestion.

16. Treats a yeast infection.

17. Dissolves blood clots.

18. Increases appetite.

19. Kills intestinal worms and parasites.

20. Helps treat cataracts.

21. Helps treat arthritis.

22. Helps treat diabetes.

23. Help treat staph infection.

24. Hells get rid of a tooth ache.

25. Treats acne.

26. Kills warts.

27. Helps treat tetter.

28. Helps in the treatment of boils on the skin.

29. Has a soothing effect on the intestines.

30. Garlic phytoncides are used to treat asthma…

31. …chronic bronchitis…

31. …and whooping cough.

32. Helps cure insomnia.

33. Slows the process of aging.

34. Inhibits the growth of Candida albicans.

35. Strengthens the body’s immune system —

Woww...banyaknya...
Selain tu,

Bawang putih mengandungi pelbagai bahan aktif seperti alliin (hanya dalam bawang putih segar), allicin, diallyl disulphide (yang mengeluarkan bau seperti sulfur yang kurang disenangi oleh sesetengah orang), ajoene (menghalang pencernaan lemak sebelum diserap oleh badan dengan cara membantutkan tugas enzim lipase, dengan itu lemak tidak diserap), serta pelbagai bahan lain (lebih kurang 200 bahan) termasuklah kalsium, potassium, vitamin B, vitamin C, antioksidan, selenium, dsb.
Di antara khasiat bawang putih:

1. Sulfur dalam bawang putih berfungsi sebagai antibiotik dan antifungus – bagi masalah kulit seperti kurap, jerawat, dsb. Ia berkesan membunuh bakateria/kuman yang menyebabkan jerawat dengan cara menepekkan bawang putih segar yang ditumbuk/dilumatkan di bahagian yang berjerawat.

2. Membantu mencegah tekanan darah tinggi.

3. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung


4. Bawang putih juga mempunyai sifat anti-artritis dan dapat mengubati masalah sakit sendi yang disebabkan oleh rheumatoid arthritis.

5. Bawang putih juga dapat memperbaiki proses penghadaman kerana ia berupaya membunuh bakteria yang tidak baik dalam perut dan usus. Dengan itu, ia dapat membantu mengurangkan masalah sembelit, busung air, cacing, dsb.

6. Bawang putih juga dapat mengurangkan kadar gula dalam darah dengan meningkatkan kadar pengeluaran insulin, ini baik untuk pesakit diabetes.

Sumber: Elaila.net
Nota ummi:
Tak salah kita guna cara ubatan tradisional dahulu sebelum mencuba yang moden sebab yang moden ni banyak sangat drug... Mencari yang AFDAL itu kan sunnah..(^,^)
Apepun usaha kita, jangan lupa tawakal pada ALLAH.. Ingat, yang menyembuhkan hanyalah ALLAH...:)

Wednesday, April 24, 2013

Alhamdulillah..rezeki 2013


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..

Alhamdulillah....Alhamdulillah..Alhamdulillah... Syukur Ya ALLAH atas rezeki2MU...


"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS Ar Rahman)

Sungguh kamu pasti akan ditanya pada hari itu akan nikmat yang kamu peroleh saat ini (Q.S At Takatsur 102:8 )

Syukur Ya Allah...

Ummi study di sini...
Ummi dapat elaun tajaan pun dari sini.. (So, ummi x pernah hutang PTPTN,Alhamdulillah)
Alhamdulillah.. Tahun 2013 genaplah 4tahun berkhidmat di sini..(lepas konvo terus dapat surat jawatan tetap..Alhamdulillah) (^,^)
Allahu Allah..
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" 

JANUARI 2013
Abi adalah pegawai di sektor swasta. Kalau sebelum ini ummi kerja di UM, KL... dan abi pula bekerja area Shah Alam.. Masa ni bawak keta masing-masing & ummi sangat penat & kelam kabut untuk ambil wafa sofea & memasak. Abi kerja di sektor swasta banyak kerja & selalu balik lewat. Di rumah pun still ON laptop habiskan kerja-kerja ofis..Quality time with family??sangat kurang..
Berkat doa moga dipermudahkan segala urusan...Alhamdulillah abi mendapat tawaran & sekarang bekerja di sektor awam..
Di mana???hehe..
Abi study engineering & of course dapat fakulti Kejuruteraan kan.. (^,^)
Yang paling buat ummi happy sangat sebab fakulti engineering ni sebelah je dengan fakulti perubatan(tempat ummi bekerja)
Ya Allah...terima kasih..:)
So now, pergi together..balik pun together..hehee
Kereta pun share...Jimat sangat.. :)
Setiap hari ambil Wafa awal..
Wafa yang paling happy sekali..nampak ummiabi jemput dia bersama-sama..

Dan semalam...setelah berkhidmat selama 4 tahun, ummi dapat Sijil Perkhidmatan Cemerlang dari UM..
Alhamdulillah...
Walaupun ummi tidak dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tetapi bagi ummi Sijil Perkhidmatan Cemerlang ini pun dah memadai bagi ummi yang masih lagi digelar "pegawai freshie/junior" ni. Ada pegawai yang dah 8-10tahun bekerja tidak dapat apa-apa penganugerahan lagi. Rezeki masing2.. Apapun keikhlasan kita bekerja kerana Allah..itu lagi penting kan..?


Anugerah yang paling bernilai buat ummiabi & Wafa Sofea sempena tahun 2013 adalah....
Bertambah lagi zuriat anugerah kurniaan dari Illahi..buat peneman ummiabi & kakak Wafa Sofea..
Syukur padaMU Ya ALLAH..

Tidak semestinya rezeki itu adalah duit.. Dapat nikmat bahagia juga rezeki.. Dapat husband & anak yang baik itu juga rezeki kan..? Syukurlah~
Moga bertambah-tambah rezeki pada tahun ini & tahun2 akan datang..Semuanya datang dari ALLAH SWT..<<Alhamdulillah>>

Psst...Ummi mimpi semalam...Kitorang naik kete gi jalan2..kat belakang wafa ngah joget dengan "adik perempuannya". Adik prmpuan??Comel sangat.. Tp scan x nampak lagi ni..Ish...tak sabar lak ummi. Comey btul diorang dok joget2 kat belakang tuu... Cute sangat2...
Ummiabi terima je gender apepun adik wafa sofea nanti. Tapi kalau gegurl, nak suruh dia joget mcm dalam mimpi tulah..heheh

Tuesday, April 23, 2013

Ustaz VS Gadis Liberal


Ustaz VS Gadis Liberal
Isu: AURAT

Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”
Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

Sunday, April 21, 2013

Abi beli "ball"



Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..

Hi dear..
Kisah bola ini diceritakan oleh abi pada ummi:

Semalam masa abi & wafa jalan-jalan di Tesco Setia Alam, Wafa asyik tengok je booth orang jual mainan. Tapi dia diam je. Then dia nampak bola...terus cakap"ball" (Wafa tak pernah mintak mainan setakat ni,setakat tengok je).
Abi pun bawa dia ke booth tu. Wafa pegang je..Tak mintak pun. Pandai cairkan hati abi ye..hehe..

Abi: Wafa nak "ball"??
Wafa: ..........................(sambil pegang-pegang ball)
Abi:  Wafa ambillah...Wafa nak colour ape?Amik hijau nak..?Hijau cantik.. (Ehh..abi yg lebih..hehe)
Wafa: Yeay..ball...!!!

Balik tu, ummi perasan wafa tak lepas asyik berkepit dengan "ball" je. Bermulalah episod Makan,cari "ball"...tido, cari "ball"..hehe..So sweet sayang... macam musim FIFA..semuanya bola..*sigh*
Tido pun nak "ball"

Siap basuh..(padahal main dalam rumah je)
Nota ummi:
Tengok gaya Wafa, dia ni jenis menghargai apa2 barang yang diberi. Alhamdulillah.. Teruskan nilai murni itu ye sayang.. Setakat ni, semua barang mainan & puzzle takde pun hilang atau cacat/kurang. Selepas main, mesti simpan balik dalam box. Syukurlah...(^,^)

Thursday, April 18, 2013

Menarik minat anak SOLAT 5 WAKTU


TIPS TARIK MINAT ANAK BERSOLAT ♥♥♥
Kredit to ~Medan Telekung FB Dunia Mcm2


Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :


1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.

Hebat, kan... Jom praktiskan kat anak2 kita..

Tuesday, April 16, 2013

SEDIKIT


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..



Perbezaan 'SEDIKIT' kita dengan Rasulullah ﷺ

1. Rasulullah ﷺ marahnya SEDIKIT & kita pula SIKIT-SIKIT mahu marah

2. Rasulullah ﷺ tidurnya SEDIKIT& kita pula SIKIT-SIKIT mahu tidur

3. Rasulullah ﷺ makannya SEDIKIT& kita pula SIKIT-SIKIT mahu makan

Allahu Rabbi.. Kami rindukan Mu ya Rasulullah~

sama2 kita ikut dan contohi baginda Rasullulah S.A.W .
sebagai panduan bersama..

Sumber: FB ustaz azhar idrus

Thursday, April 11, 2013

Didik anak solat 5waktu


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..

Terdetik ummi nak kongsikan pengalaman Wardina Safiyyah mengenai cara beliau mendidik anaknya tentang solat 5 waktu. Tips yang bagus untuk dipraktikkan..Bagi sesetengah orang, maybe solat diajar dari kecil merupakan perkara biasa yang patut dilengahkan. Lebih baik mengajarkan ABC, one-two-three atau verbal/communication seawal usia. Namun, perkara wajib dipandang remeh & seterusnya memberi tanggungjawap tersebut kepada ustaz/ustazah di sekolah. Bila anak susah nak terima, mulalah salahkan ustaz/ustazah & perkataan "takper"...ilmu agama tua2 pun boleh belajar. Tupun kalau sempat...Kalau tak sempat??? Apa yang nak dijawap bila Allah tanya nanti?Sah-sah SOLAT adalah soalan pertama yang akan disoal di akhirat nanti..
Bagi ummiabi, kejar ilmu akhirat, confirm dapat ilmu dunia...Tapi kalau kejar ilmu dunia, ilmu akhirat mesti tersangkut.. Kalau anak itu menjaga solatnya, secara tidak langsung dia menjaga akhlak & maruahnya. Ummi takde pengalaman lagi, tapi dari pemerhatian ummi melihat abang/kakak, ipar duai yang membesarkan anak2 di mana solat sangat penting & perkara utama yang perlu dilaksanakan sebelum perkara lain membuatkan ummi terfikir, "patutlah anak saudaraku ini hebat, diajar solat sejak dari kecil & menjadi keutamaan dari perkara lain"
SubhanALLAH...moga kita dapat didik anak-anak menjadi anak soleh-solehah wa musleh samaada dengan cara tersendiri mahupun tips dari yang berpengalaman.


Perkongsian dari FB wardina:


Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was looking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Nota ummi:
Happy for her... So, parents, take action now...solat at SEVEN..not at seventy seven...(pesanan buat ummiabi juga)
kucing pun solat...
Oh ya..ada satu lagi tips untuk menarik minat anak untuk solat 5 waktu...di SINI

Nasi Arab lagi...


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..


Hi dear...kitorang memang sukakan nasi Arab...sebab dia "panjaaaang"..hehe, xdela sebab nasi brasmathinya yang panjang2 tu, tapi sebab ianya berbaloi & wafa Sofea makan banyak bila di Restoran Nasi Arab ni. UmmiAbi pun rasa bahagia tengok Wafa makan dengan seleranya..
Baru-baru ni maktok datang KL, so dinner nasi arablah... Malam tu semua berkumpul..Besstt :)




Terubat rindu pada maktok...
Bulan 5 nanti kita balik rumah maktok sampai raya ok wafa... (^,^)

Nota ummi:

Semalam makan lagi nasi arab...hehee...(jangan marah aaa....)
 Rupanya minggu lepas sebelum tu pun ada makan..(ades*sigh)
 Then baru perasan ada gambar weekend baru-baru ni pergi singgah masjid negeri, Sh Alam.. Sempat makan petang kat Restoran Nasi Arab(hanya makan shawarma/kebab). Alhamdulillah...Syukran abi (^,^)

Kesimpulan:
X jemu ke???
Jawap Wafa:No..No..No...Never.(sambil goyangkan jari telunjuk ke kiri & kanan)

Wednesday, April 10, 2013

BANANA


Barakallahu lakum.

Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..


Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..


Hi dear..Let's talk about BANANA.. not BANANANA (Wafa's favourite)
video


BANANA -A very interesting FACTS ....Read And Share

This is interesting. After reading this, you'll never look at a banana in the same way again.

Bananas contain three natural sugars - sucrose, fructose and glucose combined with fiber. A banana gives an instant, sustained and substantial boost of energy.

Research has proven that just two bananas provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one fruit with the world's leading athletes.

But energy isn't the only way a banana can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

DEPRESSION:
According to a recent survey undertaken by MIND amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana. This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

PMS:
Forget the pills - eat a banana. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

ANEMIA:
High in iron, bananas can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.

BLOOD PRESSURE:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the banana industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

BRAIN POWER:
200 students at a Twickenham (Middlesex) school ( England ) were helped through their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

CONSTIPATION:
High in fiber, including bananas in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

HANGOVERS:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a banana milkshake, sweetened with honey. The banana calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

HEARTBURN:
Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating a banana for soothing relief.

MORNING SICKNESS:
Snacking on bananas between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

MOSQUITO BITES:
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of a banana skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

NERVES:
Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous system..

Overweight and at work? Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and chips. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

ULCERS:
The banana is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chroniclercases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

TEMPERATURE CONTROL:
Many other cultures see bananas as a 'cooling' fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Thailand , for example, pregnant women eat bananas to ensure their baby is born with a cool temperature.

So, a banana really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has FOUR TIMES the protein, TWICE the carbohydrate, THREE TIMES the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals.. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, 'A BANANA a day keeps the doctor away!'

PS: Bananas must be the reason monkeys are so happy all the time! (^,^)
SUMBER

Tuesday, April 9, 2013

1st time nak post tentang politik

Politik???Oooppss...ummi tak campur politik... Daftar pun tak...camner nak ngundi ni..?hehe
Parlimen dah dibubarkan, pilihanraya akan menjelma tak lama lagi.. Bendera-bendera kempen dah berkibar sepanjang jalan. Dalam berita pun tak habis2 cerita politik...
Ummi tak suka orang2 yang EMO cakap tentang politik.. Macam nak gaduh..huhu.. Kita kan ISLAM..itu lagi penting.. Jagalah maruah sesama saudara. Walaupun ummi pegawai kerajaan, tak semestinya ummi sokong kerajaan & tak semestinya ummi sokong pembangkang. Tapi bagi ummi, sesiapa yang mengundi tu, ummi & semua rakyat Malaysia berharap pilihlah yang betul2 dapat menggunakan duit serta amanah ALLAH dengan cara yang betul.. Tu je, sebab yang bagi rezeki bukan kerajaan, tapi ALLAH... Kita hanya memilih orang-orang yang betul amanah & boleh dipercayai untuk melaksanakan/menjalankan tanggungjawap menguruskan amanah ALLAH ini kepada rakyat... Ingat!! mereka ini kita pilih untuk menguruskan rezeki/amanah dari Allah, tapi bukan mereka ini yang beri rezeki...

Apa yang ummi belajar Sirah dulu, kepimpinan selepas wafatnya Rasulullah SAW melalui musyawwarah.. Konsep yang digunakan sahabat semuanya berlandaskan ISLAM(point nya di sini adalah ISLAM..bukan matlamat menghalalkan cara yg mementingkan duit, pangkat & kesenangan semata-mata)
Bayangkan bagaimana Abu Bakar R.A. memerangi orang-orang murtad (keluar dari agama Islam) selepas wafatnya Rasulullah SAW. Konsep kepercayaan & kepimpinan para sahabat membuatkan program tersebut berjaya.
Pada zaman kepimpinan Umar Al-Khattab(Amirul mukminin). Beliau meletakkan diri beliau sebagai rakyat bagi merasai sendiri penderitaan rakyat untuk memberi zakat yang hak(benar) serta adil.
Teringat ummi tentang cerita ustazah masa di tingkatan di sekolah dulu..
"Beliau(Umar) menyalakan lampu di malam hari, seperti rakyat2 lain. Beliau berbincang dengan menggunakan lampu tersebut untuk urusan kenegaraan. Apabila orang yang berbincang-bincang dengannya membicarakannya hal-hal di luar urusan kaum muslimin, maka beliau memadamkan lampu. “Lampu ini milik Negara. Oleh kerana itu, tidak benar jika digunakan untuk keperluan peribadi.”
"Beliau sering meronda di waktu malam untuk memerhati rakyat jelatanya dalam keadaan seperti mereka juga(rakyat). Beliau meronda dari satu kampung ke satu kampung sehingga 5batu jauhnya.. Ingatkah lagi anda cerita ini??di mana Umar/Amirul mukminin ternampak seorang ibu merebus batu untuk melekakan anak-anaknya sehingga mereka tertidur kelaparan? Dan dengan rasa bersalah Amirul Mukminin balik ke BaitulMal dan memilih tepung & minyak yang paling bagus, dipikul di atas badannya sendiri untuk diberikan kepada ibu tersebut. Malah memasak sendiri tepung tersebut buat anak-anak yang kelaparan itu.. SubhanALLAH.. 
Ummi tiba-tiba teringat cerita abi tentang Khalifah Umar Abd Aziz. Di bawah kepimpinan Khalifah Umar, tiada seorang pun rakyat mustahiq atau yang menerima zakat. Semuanya muzakki..yang memberi zakat. Betapa makmurnya kepimpinan di bawah khalifah Umar. 
Khalifah Umar tidak pernah juga membeli pakaian rasmi untuk ceramah(hal-hal kerajaan) menggunakan duit BaitulMal. Beliau hanya mempunyai sepasang baju untuk ceramah & pada suatu hari sambil memberi ceramah beliau mengipas2 bajunya.Setelah selesai ceramah, salah seorang sahabat menghampiri beliau dan bertanya, “Baginda, ada apa gerangan engkau mengikas-ngipaskan bajumu?”. Kemudian Khalifah Umar menjawab “Bajuku basah, aku cuma punya satu baju, tadi aku cuci dan sekarang aku pakai kembali”.
Mendengar jawaban tersebut tentu saja sahabat sangat kaget. Sahabat kemudian bertanya “Mengapa engkau tidak membeli baju saja dari dana Baitul Mal, engkau adalah pemimpin kami”. Mendengar pertanyaan tersebut khalifah umar kembali menjawab “Ah tidak usah, Aku tidak ingin memberatkan dana umat”.

Sumber: Buku-buku khalifah/kepimpinan abi kat rak buku. Musim pilihanraya bagus baca..hehe



Ummi hanya berdoa semoga kita dapat pemimpin2 yang amanah, baik & bertanggungjawap dalam melaksanakan urusan & amanah ALLAH ini. Ingat, semuanya akan di soal di akhirat nanti..
Dalam sebuah pemerintahan harus ada pemimpin yang adil dan mahu berkorban untuk rakyatnya. Selain itu, pemimpin harus dibantu oleh ahli-ahli parlimen yang punya karakter seperti Abu Bakar yang bekerjasama, Umar yang berani dan bertanggungjawap, Utsman yang kaya raya dan dermawan, serta Ali yang punya jiwa pejuang tak kenal lelah.***
Ummi nak kongsikan cerita PAKCIK & ABG POSMEN ni...macam related sangat dengan post ummi kali ini.. :)

Alkisah posmen…

Ada seorang pakcik tua suka menerima surat.

Setiap hari dia akan menunggu kedatangan posmen.

“Terima kasih banyak-banyak. Anta paling hebat di dunia. Tiap-tiap hari ada surat untuk pakcik,” pakcik itu memuji posmen.

“Pakcik, ana ini penghantar surat sahaja,” jawab posmen itu.

“Tidak. Tanpa anta manalah surat ini dapat datang,” jawab pakcik itu kembali.

Pakcik ini menjadi terlalu memuja posmen.

Satu hari, di bulan Ramadhan…

Pakcik menunggu surat, tapi posmen tidak berhenti di depan rumahnya.

Untuk 4 hari berturut-turut, posmen tidak berhenti.

Hari ke 5, pakcik tak tahan, lalu menahan posmen.

“Mengapa anta tak hantar surat pada pakcik?” sergah pakcik itu.

“Sebab tak ada surat untuk pakcik,” jawab posmen itu.

“Mana mungkin tak ada surat. Sebelum ini, tiap-tiap hari anta akan hantar surat pada pakcik,” sergah pakcik itu lagi.

“Ana penghantar surat sahaja pakcik. Kalau tak ada orang hantar surat pada pakcik, ana tak ada apa yang boleh hantar pada pakcik,” jawab posmen dengan penuh sabar.

“Kalau tak ada surat, buatlah surat untuk pakcik! Itu pun tak tahu,” jawab pakcik itu.

Selepas seketika, surat pakcik mula datang kembali.

Satu hari, posmen itu memberitahu pakcik, “Besok ada orang baru ganti ana. Ana dah naik pangkat.”

“Habislah surat pakcik,” keluh pakcik itu.

Posmen tidak berkata apa-apa.

Besok posmen baru mula menghantar surat pada pakcik. Kebimbangan pakcik bahawa suratnya tidak sampai selepas posmen bertukar hilang bila posmen baru mengirimkan surat kepadanya.

“Bagusnya posmen baru ini. Surat masih datang seperti biasa. Tak sangka tukar posmen pun dapat lagi surat seperti biasa,” kata pakcik seperti biasa.

Anak pakcik yang mengirim surat setiap hari ke pakcik. Di bulan Ramadhan, anak pakcik kemalangan masuk hospital, tak sempat kirim surat, tapi juga tak beritahu pakcik kerana bimbang dia risau…

Begitulah kisah di mana pakcik terlalu memuja kebesaran posmen yang menghantar surat kepadanya, sehingga terlupa bahawa surat datang daripada pengirim surat. Posmen ini hanyalah pengirim sahaja. Jika ada surat, posmen akan hantarkan walau bertukar orang.

Begitu juga rezeki kita di bumi Allah. Rezeki kita Allah yang tentukan. Manusia jadi pengirimnya – kadangkala kerajaan jadi pengirimnya. Ada yang terlupa perkara ini sehingga menganggap kerajaanlah yang menentukan rezeki mereka. Walhal kerajaan ini pengirim sahaja. Bertukar kerajaan tidak akan menyekat rezeki yang Allah dah tentukan. Allah akan cari pengirim lain sekiranya rezeki itu dah ditentukan untuk kita.

Dapat cerita ini?

Senyum.(Sumber: FB Dato' Tuan Ibrahim)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...