Thursday, February 28, 2013

Azizah punya pasal



Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Azizah"
Perompak : "Azizah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu,"

lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,

Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku..."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Azizah...."
Perompak : Ler..





Nota ummi:

Sekadar perkongsian untuk senyuman.. Namun harus diingat...

“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya.” [TMQ an-Nisa’ (4):93].

Hukum Hudud: Qisas(balas)..Dengan erti kata lain,hutang nyawa di balas nyawa..

Wednesday, February 27, 2013

Budak Jujur


BERITA JOHOR

Kejar kereta pulang RM37,500

Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun
namun kejujuran dan kemurnian hati
Amir Azizan Hashim mungkin jauh
mengatasi orang dewasa apabila dia
memulangkan semula beg tangan
berisi RM37,500 (SG$15,000) milik
seorang wanita warga Singapura yang
tercicir.

“Saya mengayuh basikal selaju mungkin
mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi
mengembalikan beg tangannya,” katanya
mengimbas kejadian itu yang berlaku
berhampiran sebuah pasar raya di Taman
Soga, di sini, awal Januari lalu.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini,
ditemui selepas menerima sijil
penghargaan atas kelakuan terpujinya itu
daripada pihak sekolah, semalam.
Sijil penghargaan itu disampaikan Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.

Amir Azizan berkata, kejadian itu berlaku
kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu
ketika dia ke pasar raya berkenaan untuk
membeli akhbar. - harian metro

p/s: jujurnye budak ni. tahniahlah atas kejujuranya. Sejuk perut ibunya yg mengandungkannya..Ibu bapanya mesti bersyukur mempunyai anak sebegini.. Moga anak-anak ummi juga menjadi anak2 solehah wa musleh..(^,^) Amin..Amin..Amin

Tuesday, February 26, 2013

Taubat Nasuha









Diriwayatkan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w, Umar Ibnu Khattab salah seorang sahabat terdekat Rasullulah s.a.w menangis di depan pintu salah seorang isteri Rasullulah, yang didalamnya ada Rasulullah s.a.w. Mendengar suara Umar Ibnu Khattab berada di luar, maka Rasulullah s.a.w segera keluar dan bertanya kepada Umar Ibnu Khattab, “Hai Umar kenapa engkau menangis?”

Kemudian Umar menjawab: “Wahai Rasulullah, bersamaku ada seorang pemuda yang telah membuat hatiku sedih dengan tangisnya.”

Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan Umar agar membawa masuk anak muda tersebut ke dalam. Atas perintah tersebut, Umar Ibnu Khattab lalu mengajak pemuda yang datang bersamanya sambil keduanya tetap menangis.

Pemuda itu disuruh duduk di depan Rasulullah s.a.w dan Umar Ibnu Khattab duduk di sebelahnya. Rasulullah s.a.w kemudian bertanya: “Hai pemuda, kenapa engkau menangis?”

Pemuda itu menjawab sambil tetap menangis: “Wahai Rasulullah, dosaku sangat besar dan aku takut Allah memurkaiku…”

“Apakah engkau telah menyekutukan Allah dengan sesuatu?” tanya baginda s.a.w.

“Tidak, ya Rasul,” sahut pemuda itu sambil tetap menangis.

“Apakah engkau telah membunuh seseorang dengan alasan yang tidak benar?” Rasulullah s.a.w kembali bertanya.

“Tidak ya Rasul,” sahut pemuda itu sambil terus menangis.

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh, dosamu sebesar apa pun, Allah akan mengampuninya, sekalipun memenuhi langit dan bumi.”


“Sungguh dosaku lebih besar dari itu, ya Rasul,” sahut pemuda itu.

“Apakah besar dosamu melebihi Arasy? Besar mana dengan Arasy?” tanya baginda s.a.w lagi.

“Dosaku sangat besar, ya Rasulullah.”

“Lalu besar mana dosamu dengan keagungan, ampunan, dan rahmat Allah?” tanya Rasulullah s.a.w.

“Tentu keagungan, ampunan, dan rahmat Allah lebih besar. Tetapi dosaku sangat besar, ya Rasulullah” jawabnya diantara esakan tangisan.


Kerana kurang mengerti maksud pengakuan dari pemuda itu, akhirnya Rasulullah s.a.w mendesaknya, “Cuba katakan dosa apa yang pernah kau perbuat?”

“Aku malu menyebutnya, ya Rasulullah…” kata si pemuda itu.

Kerana Rasulullah s.a.w terus mendesak pemuda itu untuk mengatakan dosanya secara jujur. Maka dengan perasaan malu dan takut, pemuda itupun menceritakan dosa yang dilakukannya.

“Wahai Rasulullah, aku ini seorang penggali kubur, sejak tujuh tahun lalu. Hingga meninggalnya puteri dari seorang sahabat Ansar. Melihat kecantikan dan kemontokan tubuhnya, nafsu berahiku memuncak. Setelah kuburan sepi, ku bongkar kuburnya dan ku telanjangi mayat gadis itu. Setelah ku cumbui, nafsu berahiku tak dapat ku tahan, lalu ku setubuhi. Ketika itu mayat gadis itu (diizinkan Allah) berkata, “Tidakkah kau malu kepada Allah, pada hari Allah menghukumi orang-orang berbuat zalim, sementara engkau menelanjangiku dan menyetubuhiku diantara orang-orang yang telah mati. Engkau membuatku dalam keadaan junub dihadapan Allah!”

Mendengar pengakuan dari si pemuda itu, Rasulullah s.a.w segera bangkit berdiri dan meninggalkannya, seraya berseru: “Hai pemuda fasik, pergilah! Jangan engkau dekati aku! Nerakalah tempatmu kelak!”

Pemuda itu pun segera keluar meninggalkan rumah Rasulullah s.a.w seraya menangis. Dia berjalan dengan arah tak menentu keluar kampung. Sampailah dia di padang pasir yang luas lagi panas. Tujuh hari lamanya ia tidak makan dan minum kerana penyesalan dan kesedihan yang sangat mendalam hingga lemahlah keadaan tubuhnya tak kuasa lagi berjalan, lalu kemudian jatuh tersungkur di tempat itu. Di atas pasir ia bersujud kepada Allah, lalu berdoa dan memohon ampunanNya dalam tangisnya.

“Ya Allah, aku adalah hambaMu yang telah berbuat dosa besar. Sekarang aku datang ke pintuMu, agar Engkau berkenan menjadi penolongku disisi kekasihMu. Sungguh Engkau Maha Pemurah kepada hamba-hambaMu dan tiada tersisa harapanku kecuali kepadaMu. Ya Allah Tuhanku, sudilah menerima kehadiranku, kalau tidak datangkanlah apiMu dari sisiMu, dan bakarlah tubuhku dengan apiMu di dunia ini, daripada Kau bakar tubuhku di akhirat nanti.”

Setelah itu Malaikat Jibril a.s datang kepada Rasulullah s.a.w. Usai menyampaikan salam dari Allah, Jibril a.s berkata: “Wahai Muhammad, Allah s.w.t bertanya kepadamu, “Apakah engkau yang menciptakan makhluk?”

“Bahkan Dialah yang menciptakan diriku dan mereka,” jawab Rasulullah s.a.w.

“Apakah engkau memberi rezeki kepada mereka?” tanya Jibril a.s.

Rasulullah s.a.w menjawab: “Bahkan Dia memberi rezeki padaku dan mereka.”

“Apakah engkau menerima taubat mereka?” tanya Jibril a.s untuk kali yang sekiannya.

“Bahkan Dia yang berhak menerima taubat dan mengampuni dosa-dosa hamba-Nya” ujar Rasulullah s.a.w.


Jibril a.s lalu berkata, Allah berfirman kepadamu; “Telah datang kepadamu seorang hambaKu dan dia menerangkan satu dosa dari beberapa dosanya, maka kamu berpaling (marah) kepadanya daripada dosanya, maka bagaimana keadaan orang-orang mukmin kelak, apabila mereka datang dengan dosa yang banyak lagi besar ibarat gunung yang besar? Engkau adalah utusanKu yang Aku utus sebagai rahmat untuk seluruh alam. Maka jadilah kamu orang yang sayang menyayangi pada semua orang yang beriman, menjadi penolong bagi orang-orang yang telah berdosa dan memaafkan ketelanjuran dan kesalahan mereka (hambaKu); kerana sesungguhnya Aku telah mengampunkannya (menerima taubatnya) dan dosanya.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. mengutus beberapa orang sahabat, maka mereka temui pemuda tersebut lalu memberikan khabar gembira kepadanya dengan maaf dan ampunanNya. Lalu mereka membawa pemuda tersebut berjumpa Rasulullah yang mana ketika itu beliau (Rasulullah) sedang menunaikan sembahyang Maghrib, dan merekapun bermakmum di belakangnya.

Ketika Rasulullah s.a.w. membaca surah Al Fatihah yang dilanjutkan dengan surah At-Takaatsur (Al Haakumuttakaatsur), sesampai baginda membaca ‘Hattaa Zurtumul Maqaabir’ (Kamu telah dilalaikan sehingga kamu masuk kubur), maka berteriaklah pemuda itu dengan keras sekali langsung jatuh. Ketika mereka selesai sembahyang, mereka dapati pemuda itu telah meninggal dunia. Mudah-mudahan Allah Taala membelas kasihaninya.


SUMBER

Wordless Wednesday#18~Let me be FREE~



Thursday, February 21, 2013

Set bersalin pilihan ummi


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam waminkassalam Tabarokta Yazaljalali wal Ikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..
Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..

Ummi nak kongsikan set bersalin pilihan ummi setakat ni. Set-set ni ummi memang pakai dari bersalinkan Wafa Sofea lagi. So, sekali guna dah puas hati, ummi teruskan jela dengan produk yang sama. Produk lain ummi tak pernah try lagi... Ingat kali ni nak try produk lain, tapi hati jadi risau pulak.. Risau x bertempat  kot-kot tak boleh terima produk tu. Pepun, belum cuba, belum tahu kan.  Macam produk yang ummi guna nilah..dah cuba, so teruskan jela..nampak serasi dengan ummi..(^,^)

Pilihan ummi setakat jadi mum-to-be & doter's mum ni ialah:

Tropical Herbs keluaran AMWAY

Harga lebih kurang je dengan set bersalin jenama lain---> Lebih kurangRM300, percuma bengkung.

Ubat pil ni jela semata2(After birth-44hari). Senang kan.. Just telan je.. Xde kena  bancuh-bancuh or tablet larut2 dalam air tu. Memang ummi tak boleh "terima" ubat-ubat bancuh ni.

Dapat free bengkung

Sebenarnya yang ni paling ummi suka.. set mandian & pembersihnya sangat wangi... Masa ummi kena warded selepas delivered wafa dulu, ummi mandi guna herba mandian nilah, sampai de jiran sebelah bilik shower tu tegur,harum semerbak je bau..Siap tanya beli sabun katner..hehehe. Kenangan tu..
Apa yang bestnya, kali ni ummi dapat beli grill pan dengan setiap pembelian set bersalin ni dengan harga rm39 je. Lau x,harga dalam catalog RM200++..:
Ummi terpaksa  cancel pemanggang ajaib yg ummi sruh maktok beli. Kira kebetulan, ummi memang nak beli grill  pan yang tengah hangat di pasaran & FB tu...tapi beli set bersalin,dapat  harga berbaloi pulak. Kira bertuah gakla kan..
Dan 1 lagi, yang ni jenama KOREA. Kebanyakan grill pan yang ummi pernah nampak banyak Made in China... (Ummi anti sket brg2 made in China ni..hehe)
Syukurla..dipermudahkan ALLAH sekali lagi..
Oklah...testimonial ummi dengan grill pan ni:
Roti telur..Rasa sama je cuma lau guna grill pan ni--->Zasss..SIAP.
Boleh bahagi 2..Rasanya grill pan lain tak boleh divide. So, nak basuh pun senang grill pan yang ni..kan..(^,^)

ABI VS UMMI



Nota ummi:
Wafa Sofea ikut muka saper masa kecil2 dulu?
Macam abi jer menang..heh!

Wednesday, February 20, 2013

" SEGMEN UPKAN FOLLOWER BY HANA "


1st time ummi jumpe segmen yg berlangsung selama setahun lebih... So, untuk ummi yg jarang buka blog n update ni, amatlah sesuai... Masa panjang lagi....hehee. Boleh ta'aruf dengan kenalan maya selama setahun lebih.. Bijak Hana...(^,^)

SEGMEN : FOLLOWING IS SIMPLE


Suka...sebab simple (^,^)
Click banner je..:)

Tuesday, February 19, 2013

Wordless Wednesday#17~Jimat & berguna~


Hadiah birthday Wafa


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam waminkassalam Tabarokta Yazaljalali wal Ikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..
Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..

Hi dear...Maafkan ummi sebab lambat post tentang hadiah Hari Lahir Wafa ni.. Sebenarnya hadiah ni ummiAbi beli online. Oleh kerana masalah teknikal, penghantaran delay. Tapi Alhamdulillah..sampai pun. Oleh sebab Wafa dah 2tahun, ummiabi decide beli hadiah yang lebih kepada pengajaran & tarbiah. Dari pemerhatian ummiAbi pun, kami tengok Wafa suka cerita2 yang lebih kepada pembelajaran. Contohnya cerita "Seronoknya mengaji" kat Oasis tu.., Video "Bunny & friends" & video2 kumpulan "ALif".Alhamdulillah..
Akhirnya...sampai jua..


Taraa..Inilah dia..set pembelajaran Al-Furqan, Bacalah Anakku & Read-easy.

Pembelajaran Bahasa Melayu

English Learning

Al-Quran & Allughotul 'Arabiah..
Set pembelajaran ni boleh diajar untuk kanak-kanak umur 3tahun sampai 7tahun. Pembelajaran berperingkat. Untuk umur Wafa Sofea, lebih kepada audio & visual. Ada CD disediakan..So,ummiAbi akan dedahkan wafa pembelajaran dalam bentuk visual & audio dulu.. Bagi dia biasakan dengan pendengaran & kefahaman dulu..

UmmiAbi akan mulakan dengan CD Al-Furqan dulu sebabnya bagi UmmiAbi, jika kita mudah mendapat ilmu akhirat,In Syaa ALLAH...Allah akan permudahkan ilmu dunia pula.. Tidak dinafikan banyak penghafaz Al-Quran yang berjaya dalam bidang dunia seperti perubatan & engineering.

UmmiAbi harap Wafa Sofea gembira belajar & tidak jemu dalam mencari Ilmu..Moga Allah permudahkan urusan kami dalam mentarbiyah anak-anak. Kami hanya usaha, tawakal, serta memupuk dari belakang.. Langkah seterusnya haruslah Wafa teruskan dengan baik serta diberkati ALLAH. Moga setiap Ilmu Wafa diberkati selamanya..Amin..Amin..Amin..

NotaUmmi:
Oh ya..Ade 1 lagi hadiah buat Wafa.. UmmiAbi dah pun confirmkan dengan makngah untuk beli laptop kesayangannya..hehee..

Makngah baru je post kat FB, ummiabi decide nak beli.. Lagipun makngah sayang sgt laptop tu..Jual pun sebab jarang guna. Lau makngah rindu bolehla datang ke rumah pnjam kat wafa ye..hehehehe.. Makngah pun dah setuju. dalam minggu ni nak gi ambil kat makngah. TQ makngah..:)

So,lepas ni Wafa dah ade laptop sendiri. Mudahlah ummi nak download & mainkan CD2 buat wafa.. Xpayah nak kacau laptop abi dah..hehehe


Impian ummi:
Sharing dari FB seorg 'ummu fulan' --->‎"Nanti jika saya ada anak,saya akan MENGAJARKANNYA terlebih dahulu tentang ALI-BA-TA-TSA sebelum di ajarkan oleh guru ngajinya..

sehingga, ketika di HARI KEMUDIAN, ada pertanyaan : Siapa yang mengajarimu alif-ba-ta-tsa pertama kali? Dia akan menjawab : Ummi♥

Ummi juga mahu begitu...Ummi harap sangat dapat mengajarkan anak-anak ummi sehingga khatam Al-Quran. Ummi harap, UmmiAbi adalah insan2 yg mengkhatamkan sendiri pembelajaran Al-Quran anak-anak. 
Alhamdulillah..dipermudahkan Allah...kami juga masih belajar & masih mempertingkatkan ilmu Al-Quran. Setiap hari Khamis malam, Surau perumahan kami memperuntukkan & menyediakan seorang guru/ulamak yang akan mengajarkan Al-Quran serta cara membaca Al-Quran dengan betul. Setakat ni abi tidak melepaskan peluang tersebut..& balik rumah terus sampaikan ilmu yang abi belajar kepada ummi pula.. Ya Allah...sentiasa permudahkan urusan kami Ya Allah..Alhamdulillah..jika kami x cari, ia sendiri akan datang dengan ketentuanMU...Syukur..(T,T)

Thursday, February 7, 2013

Donut bertukar roti

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam waminkassalam Tabarokta Yazaljali wal Ikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..
Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..

Hi dear...weekend baru-baru ni ummi buat doh donut. Ni kali ke-2 buat setelah donut 1st dulu wat x berapa comey..hehe.

Tapi Alhamdulillah..kali ni betul2 jadi & gebuss sangat. Recipe yang 1st dulu ummi google je cari simple2 punye donut. Tapi tak gebu macam kali ni.. Maybe sebab masa tu cari resipi yang sukatan mudah.Yang sukat guna cawan & sudu sebab ummi takdela alat penimbang..huhu. Yang kali ni gebunya lain sket...best sangat bila doh menjadi..
Kali ni pun ummi xde penimbang.. Tapi ummi ikut juga sukatan gram tau sebab ummi beli cawan penyukat.huhu..kesian ummi kan..?heh,cari penimbang x jumpa2..
Nilah cawannyer..Ummi sukat betul-betul 500gram tepung tu.  Menjadi gak..Alhamdulillah..
Kali ni ummi betul-betul ikut sukatan. Oh ya ummi ambil resipi dari blog Ummi Izan. Ummi Izan pulak ambil resipi dari blog k'Ita masam-manis yang selalu keluar magazine tu..hehe.

Ok..ummi tulis resipinya kat entry ni sebagai rujukan ummi masa datang..Mesti nak buat lagi..(^,^)
UNTUK DOH:
~500g tepung roti/tepung gandum + 100g gula + 11gram instant yeast + 4biji kuning telur +200mL air

Ummi campurkan tepung(di ayak dulu) + yeast & gaul bagi sebati....Then baru  masukkan bahan yang lain..
~Masukkan pula 100g margerine/ butter (ummi guna buttercup) + 1sudu kecil garam.
uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh, canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm.
Rehat doh semula 20 minit.

Ummi uli dengan kudrat yang ada & rehatkan doh 20minit. Doh kembang dengan semangatnya.
Nak dijadikan cerita, masa ummi nak wat bentuk donut tu..Time nilah si wafa sofea anak bertuah kesayangan ummi bangun dari tidur datang nak tolong kacau ummi...huwaaa...
So, ummi bagi sket doh bulat tu kat Wafa..ingat nak suruh dia main uli2 dlu sementara ummi wat bentuk donut. Tapi wafa.. Apalagi, baru bangun tidur kan, terus ngap...Ala..siannyer..anak ummi dah lapar..
Alahai..makan doh mentah...
So, nak buat bentuk bulat tu take time, ummi buat jela lilit2 kat sosej..Senang.. Terus goreng & boleh hidang kat anak dara yang tengah lapar tu.. Ummi xleh dengar dia cakap "nak..nak.." means 'lapar'. Ummi rasa wat roti pun sedap..Gebu & lembut je... Lagi sedap dari kat kedai roti..(puji sket sebab penat uli..huhu)


*Kak Ita ada bread maker, so lagi senang...Xlah berpeluh-peluh macam ummi..heh~
"Ita masukkan semua bahan ke dalam BM. Bila dah siap tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Bentuk doh menjadi donut. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Doh siap untuk digoreng"
**Jika nak buat seperti donut k'Ita ala2 Big Apple, boleh wat hiasan coklat ni:
Untuk Hiasan
200g Coklat masakan - cairkan
100g kepingan Almond

#Rasa macam nak mintak hadiah birthday bread maker kat abi..Bestnyer kalau ada..
(abi...baca tak ni???hehe)

Kenyang sudaa anak dara ummi..
Habis semuanya..(Abi pun cakap sedap) (^,^)
Alhamdulillah..
Nota ummi:
Tapi ummi x puas hati lagi tak dapat buat donut..Next time nak buat gak donut sebab gula ummi dah blend..Simpan je dulu..huhu..

Wednesday, February 6, 2013

Kenapa ummi " BF weaning " Wafa genap 2tahun?

Allahumma antassalam..waminkassalam..Tabarokta Yazal jaliwal ikraam buat Wafa Sofea, "Adik" Wafa dalam rahim ummi(Subhanallah)...Abi di Fakulti Engineering UM, Family ummiABi & muslimin muslimat dirahmati Allah...:)

Alhamdulillah ummi panjatkan kesyukuran pada Ar-Razzaq(Maha pemberi rezeki) Allah SWT kerana mencukupi hak penyusuan Wafa Sofea selama genap 2tahun. Walaupun selepas 2 tahun susu ummi masih berbaki, namun ummi gagahkan jua untuk weaning(ceraikan susu) wafa. Hal ini kerana memang ummiAbi niat masa Wafa dalam rahim lagi untuk penyusuan 2tahun( utk preparation 'adik' wafa pula), then Alhamdulillah..dimakbulkan Allah Wafa disahkan dapat 'adik' selepas genap umur 2tahun penyusuan & another reason adalah kami berdua(ummi & wafa) betul2 dah bersedia. Kenapa ummi cakap Wafa Sofea bersedia?sebab sangat senang untuk BF weaning wafa. Seminggu sebelum Wafa genap 2tahun, ummi selalu slowtalk & cakap2 masa dia tidur supaya dia boleh terima weaning process ni.(Lagipun masa awal kehamilan 'adik' wafa, ummi dah sakit2 belakang untuk night weaning dengan Wafa) Then, sampai masanya, bila dia mintak"mi..nak syusyu..", Ummi sayu...tapi ummi slowtalk cakap "Wafa dah besar..dah 2tahun, takleh minum susu ummi lagi, kita bagi adik pulak ye". Then dia tersengih & main macam biasa. Subhanallah..Alhamdulillah...senangnya weaning proces bersamamu sayang.. Kamu sangat memahami. Ummi x perlu letak asam jawa, kicap or nescafe... Allah kan ada...(^,^) Tak sangka rohaniah wafa sofea terkesan dengan 'slowtalk' ummi masa dia tidur..Ajaib kan..? Syukuuur...
So,start Wafa 2tahun, ummiAbi bagi susu apa ye untuk menggantikan susu ibu? Semestinya Susu kambing pilihan kami...(^,^). Ummi dah intro awal2 lagi susu kambing dengan Wafa Sofea & nampak serasi so continue jela..Sekali lagi Alhamdulillah dipermudahkan..:)

Oh ya, berbalik pada tajuk, ummiAbi memang nak 'BF weaning' Wafa genap 2 tahun. Memang dalam Al-Quran pun termaktub 'genap 2tahun'. Lagipun UmmiAbi dah niat dari awal ditambah pula prosesnya dipermudahkan..
Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 14 :
Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Firman allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 233:
Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".

Setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.
Ada juga ummi bincangkan hal ini di FB...Rata2 menunjukkan positif untuk BF weaning dalam tempoh genap 2tahun...


Tapi jika proses 'weaning' agak sukar & mengganggu emosi ibu & anak, penyusuan lebih 2tahun adalah HARUS ye. Ni ummi pernah terbaca di  SINI...

Dan ummi just nak bagi pendapat, yang mengatakan bahawa anak jadi degil jika menyusui lebih 2 tahun maybe mitos atau kata orang2 tua supaya anak stop BF. Tiada hadis berkenaan ayat tersebut. Dan ummi ada terbaca di SINI, anak yang berusia lebih 2tahun biasanya dah pandai bercakap.Anak-anak sangat naif dan tidak segan silu bercakap apa saja, termasuk bercerita fasal fizikal ibunya. Ada anak kecil yang tidak segan silu memicit-micit payudara ibunya, walaupun di khalayak ramai.  secara tak langsung  ‘mencabuli’ privasi ibunya, maklumlah, anak yang suka ‘bergayut’ tidak kira masa dan kadang-kala memberontak jika tidak dapat apa yang dia mahu . Banyak kebenarannya di situ kan..

Ingatlah..apapun doa & didikan ibu bapa yang membentuk anak-anak.. Jika Gangnam style yang diajar, Ganyang stylelah sifatnya.. Tapi jika berpandukan Al-Quran & sunnah Rasulullah..maka terdidiklah mereka dengan cara Islam itu.. Ini untuk peringatan ummi..Ummi percaya & yakin..In Syaa Allah..

Option McD: Drive thru or Drive away



VERSUS
Now..ur option?
McD (3 officials dari bhgn human resource, dan Marketing) VS  Aqsa Syarif [ pengerusi (Dr Hafidzi Mohd Noor), GM (kamarulzaman Shahrul Anwar), Mike Allen VPM (Viva Palestina Malaysia) dan PR eks Aiman Zin Kandar]


McD terima award from Israeli govt for helping israel's economy.
Perbincangan Aqsa Syariff dengan McD: sharing from FB Aqsa Syariff.

"Mereka kata kenapa boikot McD sebab kita tlg bumiputera. McD sedia pekerjaan 80% melayu/islam. Mereka kata McD tempat mereka cari rezeki-McD is like their home. yg ini saya jawab sasaran boikot bukan pekerja McD. We are not against you. there's nothing personal about boycott McD. we are not against your livelihood. we are against McD supporting Israel. and remember that boycott is still relevant regardless of who works at McD. it is not like majority of McD workers are melayu muslim than we should not boycott. if let say that majority of McD workers are non malay/non muslim than it is ok to boycott? Israel is waging war against humanity. Israel is not against Islam in particular, Israel is targeting the whole of humanity. when they kill children and they attack schools they are not targeting muslims per se-they are targeting the whole of mankind. so we do not buy the argument that since the workers are muslims than we should reconsider our boycott campaign. to us it does not matter who works at McD. McD Malaysia is as guilty as McD corp US and we should not make any distinctions between the 2 entities. they are one and the same"

"kemudian mereka tanya kenapa tak boycott syarikat US yg lain. maka kami jawab kita bukan boycott US companies, bahkan kita bukan boycott syatikat yahudi. kita boycott syarijat yg membantu kewangan Israel. kami tak peduli, kalaupun syarikat itu milik umat Islam, jika dia tolong Israel maka syatikat itu akan jadi sasaran boycott juga sama macam McD. Jadi jgn salah faham-boycott McD bukan sebab dia syarikat USA".

**************************************************************************
It's our own choice to boycott or not . don't bash people who don't boycott them.
Boikot yg termampu wahai saudaraku.. Since McD plg besar sumbang,apa salah boikot.. Dan klau tu yg kte mampu boikot,ALLAH tetap kira pahala usaha kita.. Menunjukkan kita kasih sesama Islam.. Wallahu'Alam..

Tuesday, February 5, 2013

Gender "adik" Wafa Sofea


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam..waminkassalam..Tabarakta ya zaljalaali wal ikram..buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family ummiabi & semua muslimin & muslimat yang beriman...

Baru-baru ni ummi wat ultrasound. Kakak senior ummi kerja kat Jabatan O&G(Obstetrik & Ginekologi). So,bila2 rasa nak scan, trus je serah diri kat dia..hehe.. Memandangkan next week sepatutnya scan, so Chinese New Year nak gi bercuti di Terengganu, ummi scan awal sket.. So,nak tahu gender 'adik' wafa yang tengah bergolek2 dalam perut ummi ni?Tapi sorry ye..Buat Ultrasound dia malu2la...macam kakak Wafa jugak dulu.. 7bulan baru nampak. Tupun jenuh doc cucuk2 probe ultrasound tu bagi dia buka kaki sket..hehee.. So, lau malu2, ummi cakap xpela..xpayah paksa dia..(^,^)

Hmm..sebelum preggy, ramai tanye bila nak tambah(Ummi akan jawap bila2 masa je Allah nak bagi). So, dah preggy ni ramai lak tanye apa gender adik wafa..?? Selalu tanya soalan yang hanya ALLAH yang tahu..(macam dalam entry ni). Cuba tanye sihat ke masa preggy ni?Ummi loya ke x..kan? Ummi happy tak?Yang tu ummi bolehla jawap coz dah lalui..hehe..
Honestly...ummiabi xkisah.. Pernah jugak ummi tanye abi agak-agak lelaki or perempuan adik wafa nanti? Abi dengan tenang jawap dia tak kisah langsung. Yang penting baby & ummi sihat, baby cukup sifatnya & jadi anak yang soleh/solehah. Abi pernah bagitahu ummi, anak-anak kita ni Allah dah tetapkan sebelum kita lahir lagi...sama seperti rezeki, jodoh & maut. Apa yg penting sekarang Abi berdoa moga Allah permudahkan ummi melahirkan baby ni macam wafa aritu. In Syaa Allah..

Ummi pelik jugak baca komen2 dalam Group Ibu2 @ parenting di FB. Ada yang hamil anak ke-2 dikatakan  "Accident" sebab anak 1st pun masih baby lg... Huh...cmner leh accident?Anak tu tak dirancang? kenapa mesti nak rancang? Semua tu perancangan Allah... & perancangan Allah adalah yg terbaik.Pelik kan? Best apa dapat anak yang sebaya ni. Macam kembar bila tengok. Tapi pepun kita boleh berdoa, namun jangan merancang. Please..sebab ummi dah jumpa ramai planning family yang taknak anak lagi, last2 Allah tak bagi terus. Yang ada anak sorang pula cakap "cukuplah sorang dulu, ni pun x larat"..at last, sampai tua mereka hanya ada anak tunggal..Ingat!Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita adalah DOA.(Ummi sentiasa doakan moga Allah berikan zuriat utk mereka). Macam ummiAbi memang berdoa nak anak ke-2 selepas Wafa Sofea genap menyusu susu ibu sehingga 2tahun. (Kalau x dapat tahun ni, redha & berdoa lagi).Alhamdulillah...Allah makbulkan. So,tahun ni Wafa berumur 2tahun setengah dapat adik. So, ummi akan melalui breastfeeding journey bersama adik pulak..(^,^) Alangkah bahagianya perasaan ummi..


UmmiAbi tak beli lagi barang-barang baby...sebab barang-barang Wafa masa baby masih baru & banyak tersimpan. Wafa pakai sekejap2 je..Baby kan cepat besar..:) Err..tapi 90% banyak pink colour....hehe. Lau dapat baby boy, kenalah beli warna2 boboy. Lau dapat girl, dah ready baju-baju tu semua untuk digayakan dengan adik wafa(if gugurl) nanti..(Waah, x sabar ummi & kakak Wafa..)

Baru-baru ni ada ummi beli sepasang pyjamas untuk adik Wafa. Abi pesan lau nak beli, beli warna unisex(bukan color pink for girl & blue for boy). Nilah baju pertama yang ummi beli untuk adik Wafa dan tak beli2 dah ,tunggu baby keluar nanti baru beli pulak ye...(Fresh dari kedai..heh)
Beli color merah..Perempuan boleh pakai, lelaki pun boleh..:)
Nota ummi:
Ummi harap sangat kali ni ummi dapat melahirkan anak "On due" & sihat walafiat, tak ditahan di ward lama2..Lau x, ummi mesti rindukan Wafa Sofea & hati jadi x keruan...Moga Allah permudahkan..Amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...