Tuesday, October 30, 2012

Lembu & manusia boleh jadi sama

 
Kisah lembu dan manusia.

LEMBU: Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI: Aku makan nasi. kita tak sama.
 
LEMBU: tuan tidur di mana?
LELAKI: Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba-tiba kedengaran laungan azan....

LEMBU: itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.

LEMBU: tuan tak sembahyang?
LELAKI: tidak.

LEMBU: samalah kita.


Monday, October 29, 2012

Ada pagar pun terlepas..

Barakallahu lakum.
Hi dear...sebelum ni ummi pernah story tentang pagar kat SINI.
So semalam, ummiabi terkezut Wafa Sofea naik tangga dengan jayanya siap duduk atas tangga sambil tersengih...
Yang peliknya, ummiabi dah tutup pagar tu..macammana boleh terlepas? So ummi keluarkan Wafa balik & suruh Wafa "demo" sekali lagi macammana dia terlepas dari pagar tu...
Jomm..saksikan "Demo" Wafa..
 
Tgkla...siap sebut "cheese" lagi..hehe..
Ummiabi kena alert pasni..Pagar ada ke tak, sama jer...huhu.




Notaummi:
Ada jer idea anak2 ni kan...?hehe

Wednesday, October 24, 2012

Mandi kolam terbuka

Barakallahu lakum.
Weekend lepas ummi & wafa pergi mandi kolam di Kolam terbuka presint 9, Putrajaya.. Ummi & Wafa, Makngah & abg Zafryn serta maklong & abg mirul n abg irfan.. Kira geng2 ibu & anak jela pergi. Geng2 ayah semua ada kerja.. Pakngah pergi Melaka ada seminar, abi ada kelas & paklong pulak ada kenduri. So, ibuk2 aja yang pergi... Maklong yang drive..

Pagi tu maklong ada sediakan Macaronni cheese & chocolate cheese tart. Memang cheese..Senyum je kitorang sebab semua dah lengkap untuk berkelah..hehe..(Tq maklong)

Jomm..layan gambar ye...Untuk makluman semua, ni 1st time Wafa mandi kolam..& Wafa sangatlah teruja..sampai kecut jari jemarinya...hehe. Wafa nampak budak-budak lain terjun kolam, dia pun nak buat siap kira "one, two, three..."hehehe...macam2lah cayang ni...Nanti jika free lagi, kita pergi ajak abi pulak ye...














Makngah & abg Zafryn

Abg mirul & abg Irfan...
Mana mklong??Maklong tolong snap pic...hehe..TQ mklong..;)
Dah puas mandi, kita main playground.. Playground ni sebelah kolam ni jer..:)

Ummi..u want to join me??



Nota ummi:
Yang bestnye kat Kolam Putrajaya ni sebab semua yang berkunjung ke sini adalah orang Melayu Islam..Itu memang priority bagi ummiabi...
Bukan apa..ummi allergy sikit dengan bahasa Tamil & Mandarin/Hokkien dan seumpamanya..Serius,kalau terdengar mesti pening kepala.. tapi itu jela... Takdela sampai tak suka..ummi pening je..tak tahu kenapa..heee.
Tapi Bahasa Arab ummi suka dengar...tenang je(Bahasa syurga kan?) walaupun pernah students Arab ummi cakap dalam hp dengan umminya, ummi siap suruh dia translate sebab nak tahu...
Psstt..Wafa..Ummi dapat Bahasa Arab Tinggi dalam SPM=B, Wafa mesti dapatkan A tau...hehe

Monday, October 22, 2012

Kenapa umat Islam sembah Ka'abah?

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Iphone4 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di Iphone4-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak cakap begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan Iphone4nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi Iphone4 tersebut….. Pendakwah membelek-belek Iphone4 tersebut …. Pendakwah menggoncang-goncang Iphone4 tersebut sambil mengetuk-ngetuk Iphone4 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati Iphone4 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Iphone4, ini bukan bermakna emak awak ada dalam Iphone tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui Iphone walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 2500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli Iphone5 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……







Nota ummi:
Ya ALLAH...jadikanlah aku, suamiku serta keluargaku menjadi tetamuMU di BaitullahMU...Ya ALLAH..perkenankanlah....;(
Ummiabi teringin sangat hendak ke sana...huhu..

Thursday, October 18, 2012

Rezeki

Barakallahu lakum..
Hi dear..
Just sharing a nice quote..from FB & i'm totally agreed of it...
 
 
 
Ramai yang punya banyak duit tetapi masih tidak mencukupi dan
ramai yang punya kurang duit tetapi tetap mencukupi.

Kerana yang mencukupkan itu rezeki, bukan duit.

Ummi..bertahanlah~

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam, waminkassalam buat Wafa Sofea, Abi, family ummi & semua yang singgah blog ummiabi..:)
 Ya Allah...lagi sebulan lebih je Wafa Sofea nak "Wean-off" dari breastfeeding. Ummi baru 2 bulan preggy, Alhamdulillah..Allah masih beri kekuatan pada ummi. Lagipun kali ini ummi tiada alahan & loya.. Proses breastfeed wafa berjalan dengan mudah cuma Wafa Sofea akhir-akhir ni seperti tak mahu lepaskan ummi. Kadang-kadang sebaik sahaja ambil Wafa kat rumah BS, Wafa terus mintak nak BF dalam kereta.. Nasib baik sekarang abi yang drive.. Sebelum ni kalau ummi seorang je yang ambil wafa, ummi "bfkan" jugak wafa sambil drive sebab tak sampai hati..Mencabar jugak bila nak ambil corner nak masuk persimpangan rumah  walaupun rumah BS dgn rumah kami dekat sangat ( 1 taman perumahan, tapi lorong lain).
Bila malam nak tidur, Wafa Sofea tidak akan lepaskan ummi. Selalunya bila Wafa tertidur, Wafa akan "lepaskan" ummi & tidur sampai pagi..Tapi akhir-akhir ini, sampai pukul 3,4pagi pun masih mengempeng. Bila ummi nak "lepaskan", lagi kuat dia BF, dengan mulut dah dipenuhi gigi, kadang2 ummi terkejut & rasa sakit sangat, tapi ummi bertahan jela... Cuma kadang-kadang ummi minta maaf ye sayang..ummi terpaksa kejutkan Wafa perlahan-lahan supaya "lepaskan" ummi sebab pinggang ummi terasa sakit sangat. Yelah, asyik menghadap Wafa Sofea dari malam sampai pagi, tak beralih langsung kedudukan tidur ummi. Statik je sampai pagi...
Setiap malam kalau Wafa tak dapat Bf, Wafa akan menangis dan cakap: "Nak susu" berkali-kali.. Ya Allah, tak sanggup ummi tengok..Tak sampai hati...:( Ummi pasrah...bagi je asalkan Wafa dapat tidur & abi juga tak terganggu tidurnya..Tapi tula...ummi terpaksa tidur statik je sampai Wafa betul2 "lepaskan" ummi.
Kadang-kadang ummi rasa nak "wean off" terus..tapi memandangkan ummi masih dapat bertahan serta sokongan semangat dari abi, ummi teruskan..Lagipun bila ummi pam, baki yang ada masih 3Oz. Alhamdulillah..
 Abi cakap:"Bertahanlah..lagi sebulan je lagi... Ummi juga yang ingin bf Wafa sampai 2tahun kan?itu impian ummi kan..?Nanti lepas wean off mesti ummi rindu saaat2 ni dengan Wafa.."
"Ye abi..ummi bertahan...Ummi nak penuhi hak Wafa Sofea..Susu ibu adalah hadiah dari Allah yang diamanahkan untuk Wafa"
Ummi rasa Wafa macam tahu-tahu je selepas sebulan akan datang ni, Wafa akan "wean off" breasfeeding. Sebab itulah dia tidak lepaskan peluang yang masih ada ini. Bijak anak ummi ni..
Xpela sayang...kita teruskan "bonding" ini sampai Wafa Sofea genap 2tahun ye...Macam kata abi, pada masa tu mesti ummi rindu saat2 "bonding" kita..Ya Allah..sedih pulak...:'(
Macammanalah saat itu ye?Hmm..ummi taknak bayangkan lagi..Biarlah Allah yang menentukan segalanya.. cuma doa ummi mohon dipermudahkan dan Wafa Sofea juga tak terguris hati dengan ummi.. Moga ummi dapat penuhi hak ummi pada wafa dengan baik dan dipermudahkan..Amin..Amin..Amin..
Hai...sayalah Wafa Sofea... Ummi cakap saya bakal dapat adik, so saya gunakan peluang keemasan di saat akhir ni untuk tidak lepaskan ummi saya. Saya nak BF puas2..sebab nanti susu tu adik punya pulak...rugilah saya kalau tak pulun betul2..hihihi..... Doakan saya ye..;) pppsstt..ummi, lagi sebulan je k..nanti wafa lepaskan ummilah..peace..:)


Nota ummi:
Entah-entah nanti ummi yang bergenang air mata nak suruh wafa bf balik..rindu...huhu..

Monday, October 15, 2012

Mood oh mood

Barakallahu lakum...Hi dear..
Hmm...mood..oh..mood?Mana mood ummi ni?bukan mahmud ye..
Lately, penyakit "M" tiba2 menjelma...huhu..Orang kata mood dah ke laut,buat apa pun xmenjadi.. Ummi baru preggy 2bulan, dalam masa 2bulan ni boleh kira dengan jari berapa kali je ummi masak...Selebihnya, abi yang masak..Terima kasih abi, moga ALLAH membalas jasa baik abi..
Mana taknya, asal ummi masak mesti tak menjadi.. Ummi rasa masakan ummi tawar, then ummi tambah garam, rasa tawar lagi..then tambah lagi..masih tawar.. Suruh abi rasa,huhu..abi cakap masin..huhu..
Bila ummi rasa masin plak, abi cakap tawar, kena tambah lagi garam..Aduyaii...nape lidah ummi ni...?Nasib baik abi ok je..siap alter masakan ummi & makan je...huhu, sorry abi..;(
Abi cakap maybe pembawakan baby... Dulu masa pregnant Wafa Sofea, xdela pulak macamni..abi siap puji lagi ummi masak(chewaah..). Pastu ummi suka memasak time tu..macam2 resipi nak cuba..tapi sekarang.... Tapi abi ada cakap, setiap baby lain2 pembawakan dia...Walaupun pregnant baby kali ni ummi tak suka ke dapur, tapi ummi tak morning sickness..syukur Alhamdulillah...Masa preggy Wafa dulu, ummi memang morning sickness teruk, selagi tak mencecah 4bulan,memang asyik muntah...& segala isi perut keluar.  Kali ni, ummi sihat je, & tak muntah or loya..Rasa steady & kuat je..) Tp tulaa,mood nak masuk dapur tu takde..
Lagi satu, kalau ummi masak, confirm ummi tak makan sangat..Xlalu nak makan masakan sendiri...huhu...So,abi je masak sekarang... Sian abi, dahla drive pun abi(Ummi dah tak drive semenjak preggy ni), kemas umah abi & masak pun abi...
Tapi 1 je ummi perasan, ummi tak suka masak lauk pauk & nasi, tapi ummi suka buat masakan yg simple2 je sperti  macaronni, mee/kuetiaw goreng, kuih, dessert, cookies & coklat. Yang tu laju je..Buat sekarang pun boleh...Maybe senang sket kot...
Ni weekend aritu abi masak, walaupun simple tapi sedap...siap bakar ayam lagi...
Sayaaaang..abi, tqsm abi..huhu

Ada sekali tu ummi tak lalu makan langsung, bukan loya or muntah, tapi semua masakan ummi rasa tak sedap..huhu..Lidah ummi macam tebal je, tak de rasa...huhu..
Tapi sebagai balasan, abi bagi ummi hadiah lagi sebab tak lalu makan...
Abi cakap, "makan ni laju pulak..ish..ish.."
Heee....(^,^)
Nota ummi: Moga lidah ummi back to normal, & perut ummi boleh terima apa sahaja makanan..& yang paling penting----->MOOD....tolonglah datang balik...Amin..:)

Friday, October 12, 2012

Wafa Sofea pergi dinner

Barakallahu lakum...
Hi dear...
Weekend lepas ummiabi & Wafa Sofea pergi dinner kahwin classmate ummi..
Dinner di Grand Ballroom Dewan Perdana  Felda, Kuala Lumpur..
Aturcara majlis sangat berprotokol..sebab diorang buat dome & bukan buffet(So,datang duduk & akan dilayan).
Ummi rasa best & tenang sangat dalam majlis tu..Wafa Sofea pun ok..tidak banyak kerenah..Walaupun presentation lauk-pauk akan dibuat masa pengantin makan beradab, tapi diorang masih sediakan kudapan seperti kerepek,mashmallow, & coklat..So, kita taklah rasa lapar sangat sementara nak tunggu pengantin ke meja makan beradab..Suka wafa dapat makan coklat...hehe.
Makanan pun sedap...macam-macam ada, penuh atas meja.. Wafa suka sangat dessert dia coz de kek marble coklat,atas kek tu de vanilla ice cream & dicurahkan lagi dengan coklat pekat..hmmm..nyummilicious..
Tapi, ummi xsempatlah nak amik gambar lauk-pauk..sebab ummi baru je makan 2 suap, Wafa Sofea dah bising, "mi..naaak"...Then "mi...air.." macam-macam anak ummi ni...jenuh layan dia seorang..;)
Balik rumah semua tidur kekenyangan..
Catwalk on the red carpet..(chewaah,macam model pulak..kecik2 xpe,besar jangan ye wafa)

Anak abi..:)

Anak ummi(Abi snap blurr..huhu)


By the way, inilah pengantinnya..

Ummi doakan Aili & pasangannya bahagia hingga ke syurga...Amin..


Monday, October 8, 2012

Bau baby dari syurga

Barakallahu lakum.. Hi dear.. Semua orang mesti suka cium baby kan?Bau dia...SubhanAllah....xtahu nak cakap cmner...Best & tenang je..

Bau baby, memang sedap >,< Rupanya bau itu asalnya dari SYURGA :')

Sabda Rasulullah S.A.W. "Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA " (Al-Jami'u Ash-Shagril. Hal 164)
Ni masa Wafa Sofea beberapa hari je...Masa ni bau sebelum mandi memang sedap..Rasa macam xnak bagi mandi je..hehehe,apela ummi ni..;)

Ni masa Wafa 4bulan kalau xsilap, suka sengih ja....Bau masa ni+bau susu ibu=sedap sgt2. Rasa nak gomol2 je..

Abi cakap: "Muka ada tenyummm.."

Tara...ni masa 10bulan,baru pandai duduk without support (sambil main POK AMAI2)
Masa ni bau baby masih kuat lagi...
Sampai Wafa Sofea umur nak masuk 2tahun ni,kadang2 ummi cium masih ada lagi sisa2 bau baby...cuma dia dah makan macam2, so macam2 bau bercampur..hehe.
Orang kata baby yang minum susu ibu bau baby dia lama..Hmmm,betul ke??Ye kot...:)
 

Masa Wafa Sofea masih bayi,memang ummiabi x lepaskan peluang untuk cium & peluk Wafa Sofea.. Abi lagilah,masa ummi berpantang kat umah maktok, setiap kali balik tengok ummi& wafa, abi mesti letak Wafa atas dada & tido sampai pagi..Bagi kat ummi bila Wafa nak menyusu je.. Abi cakap, Yela..masa ni je boleh peluk cium, nanti dia dah besar mesti dah rasa malu & taknak dekat abi dah...hehe,alolo..cian abi..;) Xpela...asalkan Wafa tahu yang abi dia amat sayangkan Wafa tau...So far, ummi tak pernah tengok abi marah Wafa...bagi abi, insan kecil & cilik macam Wafa sekarang ni(umur 1++tahun) tidak mumaiyiz lagi(tidak dapat bezakan baik& buruk). Apa yang penting adalah kasih sayang. Jika dia buat silap atau salahpun bukan salah dia sebab dia tak tahu apa2. Yang salah adalah kita kerana tidak menegur secara baik..:) InsyaALLAH...ummi harap anak ummi sentiasa menjadi anak yang solehah buat ummiabi sampai bila-bila..Amin..


Notaummi:
Rindu nak cium Wafa Sofea masa baru lahir...Harum sangat....Tunggu cium adiklah pulak ye..hehe.

Wednesday, October 3, 2012

Duit rokok beli ferrari?


Barakallahu lakum.
 

Ummi nak share dari FB salah seorang students ummi(perokok tegar ni..) :
 
Girl: Awak merokok..??
Boy: Merokok.. Knape..??
Girl: Sehari brape kotak awak hisap..??
Boy: 3 kotak..
Girl: Harga sekotak brape..??
Boy: RM12...
Girl: Brape tahun da awak hisap rokok..??
Boy: 15
Girl: Cube awak kira.. Sehari 3 kotak da RM36.. sebulan jadi RM1080... setahun da RM12,960.. kena 15 tahun da boleh kua Ferrari sebijik....!!
Boy: Hmm.. Awak hisap rokok..??
Girl: Tak..
Boy: Tunjukkan kat saye.. Mane Ferrari awak..!!?
 
 
Notaummi:
Kalau ummi, ummi cakap...ummi x beli ferrari tapi bolehla simpan buat gi haji...:)
Moga Allah permudahkan..Amin..Mulai bulan ni ummi nak wat potongan gaji untuk masuk tabung haji Ummi & Wafa...:)



Monday, October 1, 2012

1st time makan sweet

Barakallahu lakum..
Hi dear...weekend baru2 ni 1st time Wafa Sofea makan Lollipop/sweet/candy ni...
Biasala...kat cashier supermarket banyak "umpan" macam ni kan? Trick mereka untuk menarik minat kanak2 ni..
Sebelum ni Wafa Sofea tak heran dengan "umpan-umpan" ni, tapi bila dah nak masuk 2 tahun ni dia memang tertarik dengan benda colour2 ni..huhu.
Ummi memang say "NO" pada sweet/candy ni. Taknak ajar anak-anak makan makanan tak berkhasiat ni..Banyak betul gulanya.
Then, tengok wafa asyik tunjuk kat Lollipop tu cakap "nak..nak", at last, abi pun suruh dia pilih & bayarkan. Abi cakap, xpela..sekali-sekala bagi dia rasa...
Hmm..ummi dah rasa tak best...Yela..gigi pun baru nak penuh semua..Mestila kena jaga. Ummi taknaklah gigi Wafa Sofea awal2 dah rongak..Huhu...
Hehe..Lollipop pun besar dari mulut comel Wafa..

Eeii...manisnyerrr..
 
Then, Wafa rasa sket2 je...pastu main2,lap2 kat baju(habis melekit..huhu) & nak buang Lollipop tu..hahaha...Maybe manis sangat kot.
Ummi bagi air masak & susu baru ok...
So,sebagai tanda terima kasih kat abi kerana membeli Lollipop kat Wafa, Ummi bagi je Lollipop tu kat abi suruh habiskan.
Waah..seronok abi makan benda tu sambil drive..Ummi tengok enjoy je dia menikmati Lollipop tu sampai habis tinggal stick je..hehe..
Psst...Ummi rasa,abi yang nak sangat Lollipop tu kan..?Mesti masa kecil nak makan tapi wan x bagi kan?(mahu,tapi malu)hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...