Tuesday, July 31, 2012

Birthday Abi


Barakallahu lakum.
Maaf..ini post yang berada dalam draft...ummi baru update..Maaf ye abi,tp ummi still celebrate & make a prayer for you..:)


17/7/2012...birthday abi..


Ni je yang mampu ummi buat beli...  Buat?hehe,waiting for that...I will..InsyaALLAH..
Tapi...abi still happy walaupun ummi beli..Dia cakap sedap...:) Oklah kan? asalkan boleh buat abi happy.. InsyaALLAH,nt kalau ummi ada masa,ummi buat sendri kek untuk abi & anak2 ummi k..
Abi siap cakap dia x mengharap pun...dia tahu ummi penat kerja...;)
Ingat dia punye birthday pun dah buat dia happy sangat...Syukran...:)
HAPPY BIRTHDAY ABI...:)
I am so lucky to have a husband like you.
Every year with you is better than the last.
Happy Birthday Dear!
Hanging out with you is still my favorite thing to do.
Happy Birthday to my partner and my best friend.
My love for you grows and grows with each passing year.
You are still the man of my dreams.
I can't imagine living without you at my side.
Growing old with you is one of my favorite things to do.
Happy Birthday to the love of my life.
You're not just my husband, you're also my best friend. Happy birthday dear...
Moga Allah anugerahkan kesihatan yang baik buat abi, dimurahkan rezeki & berbahagia selamanya bersama ummi & anak-anak....;)


Thursday, July 26, 2012

Tajamkan penglihatan, jelaskan kerabunan


Ummi ada nampak 1 post ni kat FB. Boleh kita sama2 amalkan...Memang bagus untuk ummi yang rabun ni..hehe.
Jom,ummi share kat bawah ni pesanan sahabat kita ni ye:

Assalamualaikm.. di sini  ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mngurangkan rabun mata.. semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun,, saya tengok kwn2 sy ramai jugak yg rabun dan tepaksa menambah power 'spec mata'.. jadi, saya tiba2 teringat ilmu yg ustaz sy ajar ni..

jadi kawan2, masa anda semua mnjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:
فكشفنا عنك غطاءك فبصرك اليوم حديد...
(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)



kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)..

insyaAllah, sntiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yg penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

insyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.. ^_^
DIkongsi oleh seorang sahabat~~

Selamatkah tukar baju dalam fitting room???



Mesej ini sangat penting untuk anak-anak gadis / wanita yang menukar pakaian di pasaraya/pusat beli belah(Dalam fitting room)...

Hanya menjalankan ujian mudah ini: Letakkan hujung kuku anda terhadap permukaan reflektif dan jika terdapat GAP antara kuku anda dan imej kuku, maka ia adalah cermin ASLI. Walau bagaimanapun, jika kuku anda TERUS menyentuh imej anda, BERHATI-HATI..ITU CERMIN TEMBUS..ADA YANG SEDANG MEMERHATIKAN ANDA MENUKAR PAKAIAN

Jadi ingat, setiap kali anda melihat cermin untuk menyalin pakaian,buat "ujian kuku." ambil masa seminit je nak buat ujian ni.

Wednesday, July 25, 2012

Jahat

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...Jahat kan Yahudi ni..huh..

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.(Nasib baik wafa suka minum susu kambing...)
Sedapnyer  kambing bakar...


Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

Sumber:Share dari FB...

Bonus raya


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus raya ½ bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini.

Pemberian bonus raya dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus raya dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus raya dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus raya kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama

Nota ummi:
Alhamdulillah...syukur pada ALLAH..sape nak bagi kan?lepas duit minyak balik kampung pun dah bersyukur... Duit gaji boleh simpan..hehe.TQ ALLAH~
Kepada rakyat Malaysia: Halal ye....:)

Monday, July 23, 2012

Hadiah kasut


Barakallahu lakum...
Alhamdulillah...Wafa Sofea dapat hadiah kasut dari makcik angkatnya..hehe...Terima kasih aunty Noree.. Aunty Noree ni kakak angkat abi. Dia manager BATA...haha,that's Y dapat kasut....hehehe. Nanti nak dekat raya aunty Noree nak bagi lagi kan?hehe..Pepun,nilah 1st shoes Wafa Sofea sejak dia boleh berjalan... Wafa loves it... Bangun tido mesti sebut & tercari-cari.."shoe,shoe"....(^,^)
kedua-duanya brand BABY BUBBLES
kiri: size 1
kanan: size 2..
Wafa muat size 1, yang size 2 tu kena simpan dulu..



1 happy family(Kak noriza sekeluarga)
Such a nice, kind-hearted family.
Diorang ni antara sahabat/rakan/family yang baik pernah ummi jumpa...
Jenis suka tolong orang, x berkira, pemurah, & suka berkawan...;)
Nice to meet them...

Nota ummi:
Lau nak beli kasut2 yang cantik2, bolehlah berkunjung ke kedai k'noree yang sangat baik ni...Serius dia cantik & baik tau..hehe:)
K'Noree punye kedai BATA di cawangan TESCO SHAH ALAM & GIANT SEK. 13. Kalau pergi TESCO & GIANT kat situ, blehla jenguk2 KEDAI BATA K'noree..:)

Dr. Wafa Sofea



Barakallahu lakum.
Semalam Wafa Sofea sakit perut.. Ummi ambil stetoskop(stethoscope) & dengar kat perut dak tecik ni.. Memang ada banyak bunyi angin. Cian diaa...
Tula...macam-macam dimakannya..Babysitter pun cakap semalam,Wafa makan sampai kembung perut.
Then, ummi pun letak minyak Yu Yee. Dah ok, mintak nak makan biskut..Aik, boleh isi lagi??Layan jelaa....
Stetoskop tu ummi nak simpan, tapi Wafa nak main...bagi jela,ummi letak kat leher dia...
Tengok Wafa leka makan biskut(stetoskop tergantung2 kat leher, xnak buka),
ummi pun wat kerja kat dapur..
Ummi dengar senyap je kat depan....jenguk jap..


Ooo...budak sakit perut dah jadi doctor...Amin...
Hehe...yang tak tahan dia letak stetoskop pun kat perut bear..Bear sakit perut jugak..haha

Hehe...budak tecik ni memang cepat belajar. Apa yang kita buat, dalam beberapa saat mesti dia pun nak buat.. Alhamdulillah....itu pun anugerah ALLAH..:)
Maybe Wafa x faham apa fungsi stetoskop...tapi dia faham cara menggunakanya. That's learning process..Wafa's tot...hehe.


Nota ummi:
Buat anakanda Wafa Sofea...Ummiabi tidak akan memaksa apa jua bidang yang Wafa akan ceburi nanti, tetapi menyokong & tetap memberi sokongan.. Yang pasti, buatlah yang terbaik dalam bidang yang Wafa ingin terokai sekaligus menjadikannya karier yang HALAL. Apa pun, mesti ingat ALLAH..kerana perancangan ALLAH adalah yang terbaik.. Ingat pesan abi...Kita nak kejar ilmu dunia boleh,tapi jadikan ilmu akhirat no.1...Kita nak kaya boleh, tapi jadilah orang kaya yang bertaqwa..:)
Alhamdulillah, abi masih meneruskan pengajian..InsyaALLAH,tahun depan kita boleh ke majlis konvokesyen abi...Doakan abi dapat memegang pHD pula nanti ye..:)
Ummi???Hehe..InsyaALLAH...ummi dah register, abi cakap kalau tahun depan wafa takde "adik" lagi, ummi bolehla meneruskan pengajian...hehe..InsyaALLAH..perancangan ALLAH kan lebih baik...Moga ALLAH kabulkan permintaan & impian kami sekeluarga...Amin..Amin..Amin..

Friday, July 20, 2012

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

Assalamualaikum.
Barakallahu lakum.
Ummi nak join segmen Uncle Ben sempena bulan Ramadhan yang mulia ini..
Klik SINI
Hmmm....blog ummi taklah best pun..Cuma apa ilmu yang ummi tahu, ummi cuba sampaikan.. Di samping tu, ummi baru tahu betapa seronoknya berkawan dengan sahabat-sahabat maya ni.. Banyak ilmu yang dikongsi bersama.. Sharing is caring..:)

Tips bersahur dari maktok

Barakallahu lakum..
Esok dah berpuasa..Ramadhan Kareem... Selamat berpuasa semua..:) Moga Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan tahun2 lepas..Amin..

So, esok pagi dah kena bangun sahur ye... Hmm,mesti ramai liat nak bangun sahur kan?Siap ada yang makan siap-siap malam ni sebab malas nak bangun.Ish2..tu bukan bersahur, tu makan tengah malam..nanti gemuk tau..hehe.

Ummi sekeluarga bangun makan sahur mesti makan makanan berat seperti nasi. Teringat maktok, masa ummi adik-beradik kecil2 lagi dia mesti masak seawal pukul 4.30am dan kejutkan kami pukul 5am. Selalunya lauk kering-kering je. Lau de kuah pun tak heavy seperti masak asam, masak kicap, etc. Lau masak lemak or kari, mesti tokwan je yang habiskan. Bagi ummi, makan nasi dengan lauk kering2 ni lagi berselera contohnya dengan ikan bilis goreng bawang atau berlada, telur dadar & ikan/telur masin..Ikan bakar+air asam lagilah...:) Makan sahur pun boleh bertambah tau..Pastu, maktok siap buat air teh & air milo(nak Ho,Ho,Horlicks pn bleh) sementara nak tunggu masuk imsak habis atau azan subuh tu... Pandai maktok pancing selera anak-anak. Maktok memang rajin.. InsyaALLAH, ummi akan buat juga begitu untuk keluarga ummi. Mesti kreatif untuk mengajar anak-anak serta bapaknya untuk suka bersahur.hehe.. Bersahur adalah sunnah, bukan bangun kerana terpaksa~tapi ingin mengejar pahala..:)


Bersabda Nabi saw:
“Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Nabi bersabda:
“Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para malaikatNya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:
Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).
Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

Nota ummi: Selamat bersahur & berpuasa dari Abi, Ummi & Wafa Sofea:)
Oh ya..lupa pulak...Kalau bersahur jangan lupa makan kurma..Ummi pun nak suruh abi belikan kurmalah..


Makan ni mesti bertenaga masa puasa...

Assalamualaikum.
Barakallahu lakum

Ummi kalau puasa mesti kena makan kurma..
Balik ni  nak minta abi tolong belikan kurma..:)
Nada suara wat ala-ala iklan tu ye..haha


Nak tahu khasiat KURMA? Klik SINI

Thursday, July 19, 2012

Sendiri mau ingat...


Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka.

 Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama' Sunnah yang lain2.

 Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.

 Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"

 Ulama' Sunnah itu menjawab,"Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, Syiah gemar mencuri kasut!"

 Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah s.a.w."

 Ulama' Sunnah seraya berkata,"Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?"

 -Sheikh Ahmed Deedat-


Nota ummi:
Hmmm...akhir2 ni ummi kena layan banyak students foreigner dari Iran(Students from Iran give high ranking research to UM lately, hmmm..pls,forgetlah bout ranking.Huhu..). Cara pemakaian, cakap & sikap tidak seperti muslim. Bila ditanya, sah SYIAH... Hmmm...layan jela, asalkan jangan ikut akidah mereka sudah...Nauzubillah~
Hmmm...(haish,banyaknya mengeluh)..Ummi masih teringat lg cerita abi haritu, dia tengok kat Youtube kekejaman Syiah di Iran. Seorang lelaki (sunnah) merayu mana perginya ahli2 sunnah(ISLAM) di dunia yang hanya mendengar kekejaman syiah?Hanya selemah-lemah iman(hanya mampu berdoa?).
Isteri & anak beliau dibunuh dihadapannya oleh pihak Syiah. Lagi menyedihkan, anaknya dibunuh dengan meletakkan di  dalam microwave & ON di depannya..Astagfirullah~menangis ummi dengar cerita abi(T,T)

Tuesday, July 17, 2012

Betul ke Bulan Ramadhan syaitan kena ikat??

Barakallahu lakum.
Hmmm....ada kawan ummi tanya, bulan Ramadan ni syaitan kena ikat kan?tapi kenapa ye masih ada manusia tak berpuasa, masih buat maksiat, masih mencuri di bulan Ramadan?Yang lagi pelik pernah kawan hostel kena histeria pada bulan Ramadan???

Ustazah ummi pernah cerita dulu, bulan puasa syaitan memang kena ikat, tapi tak semua...Hanya syaitan yang berpangkat besar & kuat je contohnya Iblis, Jeneral syaitan, ketua, JKKK, & AJK2 syaitan je...yang anak buah bawahan ni masih bersama kita. Sebab tu, masa bulan Ramadan ni kena banyakkan membaca Al-Quran, berzikir & membuat kebaikan. So, setakat ahli keturunan syaitan/jin  yang kecil-kecil InsyaALLAH kita dapat tewaskan..

Diantara hadith yang sering disebut setiap kali hadirnya Bulan Ramadhan ialah hadith yang berbunyi :
“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta dibelenggu syaitan-syaitan”.
... Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Ia adalah hadith yang sahih yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari
(lihat Ibnu Hajar, Ahmad bin Ali bin Hajar(1998), Fathul Bari, Kaherah : Dar al-Hadis, jld.4, hlm.140)

Hadith di atas memberikan gambaran kepada segelintir Umat Islam bahawa Bulan Ramadhan adalah Bulan yang bersih dari segala perlakuan maksiat manusia dan dosa.
Ini kerana, punca manusia membuat angkara dan terjebak ke kancah dosa, iaitu syaitan telah "dibelenggu dan diikat"


Oklah...Jom berkenalan dengan geng Syaitan ni...(Termasuk syaitan yang akan dibelenggu next week nanti):



 Nota Ummi:
Memang ada jin islam...malah lebih baik dari manusia. Tapi ingat,jangan sesekali terpedaya dengan jin/syaitan yang jahat-jahat ni terutama iblis laknatullah...

Bulan puasa bulan menahan marah

Barakallahu lakum.




Bulan puasa ni kita kenalah control sket hormon Adrenalin kita..Banyak-banyakkan berzikir..:)
Jangan marah2 ye..:)

Monday, July 16, 2012

Marah ker?


RINGKASAN PERIHAL MARAH
Sabda Rasulullah Saw (bermaksud)
“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam”
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)
Dan Firman Allah Swt Melalui Surah Ali Imraan Ayat 133-134 (bermaksud)
... "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.(Iaitu) orang-orang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."

Kedua FIRMAN dan HADITH ini menjelaskan bahawa PERASAAN MARAH adalah Perbuatan yang SANGAT TERCELA serta dibenci oleh Allah Swt.
Dan akan MERENDAHKAN MARTABAT Seseorang itu samaada Disisi Sesama Manusia mahupun Disisi Allah Swt.




Nota ummi:
SubhanALLAH...Rasulullah SAW saintis terhebat..:)

Thursday, July 12, 2012

Bread butter pudding

Assalamualaikum.
Barakallahu lakum.

Malam tadi last ummi berpuasa ganti. So, dalam kereta dok terfikir nak makan apa untuk berbuka. Rasa macam tak nak makan nasi, buat sandwich pun ok..Malam-malam sikit baru ummi masak nasi..Then, balik dari kerja terus gi beli roti gardenia.

Balik tu, tengok ada lagi roti yang abi beli semalam.. Lor..ingatkan dah habis, So, banyak pula roti... Apalagi,wat bread butter puddinglah..hehe. Ni kali ke berapa puluh ntah wat bread butter ni. Kali ni je post kt sini..hehe. Cuma kali ni ummi tak koyak-koyakkan, ummi susun je atas loyang,baru nampak macam ala2 kek marble gitu..;)

Ummi campak je semua bahan-bahan dalam dapur kecil ummi ni..
Simple je. Ummi guna 1 buku roti tu(lau butterscotch lagi sedap). Sapu buttercup kat semua roti..Then sapu juga buttercup dalam loyang. Susun je roti-roti tu dalam loyang..

Dalam bekas lain, campak masukkan 1tin susu cair atau susu segar full cream + 3sb gula halus/kastor + 2biji telur + 1 1/2 sk esen vanilla.(Lau nk manis, leh tambah lg gula kastor tu, ummi letak sikit sebab abi tak suka manis2..:) Dah sebati semua, curahkan dalam loyang.
Taburkan kismis & badam(ini suka-suka ummi je,sebab dalam fridge tengok ada, setengah orang suka tabur gula perang supaya crunchy)
Pastu, kukus 15minit..Siap.
Senang je nak wat bread butter pudding ni... Masa ummi jadi student dulu lagi dah buat..So simple.

Taraa...ni sebelum potong, lau potong nampak cantik macam marble sebab kita susun berlapis..:)
Ok...untuk sos kastard => masak atas api kecil 1tin susu cair/susu full cream + 2sb kastard + 1 1/2 sb gula halus + 1sk esen vanilla..

Biarkan sejuk, then masa makan nanti, just curahkan atas bread butter pudding tu====>nyummilicious ;p

Wednesday, July 11, 2012

Ingat halaman Al-Quran?


Assalamualaikum.
Barakallahu lakum.


Ummi nak sharing post dari sahabat FB ummi...Dia terjumpa satu tips menghafal "muka surat " Al-Quran yang sangat menakjubkan. Rupanya ada formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard saja.



Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran

Wordless Wednesday#2~port terbaekk dirumah maktok~

Tuesday, July 10, 2012

Macaroni cheese

assalamualaikum.
Barakallahu lakum..

Hari minggu yang lepas ummi buatkan Wafa Sofea macaroni cheese. Yela..doc sruh bagi makanan yang tinggi kalori seperti sup, cheese, nasi goreng, mee goreng etc supaya berat badan Wafa naik. Tapi Alhamdulillah..doc cakap jangan risau walaupun berat dia x naik,sebab dia sihat....Setakat ni dah setahun dia x demam @ selesema @ batuk. Nauzubillah lau ada sakit2 tu..Moga dijauhkan~
Jom ushar ummi kt dapur..:
Steam & blend sayur-sayuran.

minced meat..Goreng siap2...(Ummi guna butter utk goreng,so xpayah letak garam)

Msukkan blended vege+cheese..
Lastly msukkn je macaroni yg dah direbus & ditos..

Tadaa..Nyummehhh~

Zoom In sket..Stickilicious..

Mmmm..dap...tp Wafa still suka nasi..;p
Sory ye...Wafa tercekci lak..Kne buka bju,sbb nanti dengan baju2 makan cheese macaroni..hehe

Monday, July 9, 2012

Peringatan untuk diri...Insafnyerr

Assalamualaikum.
Barakallahu lakum.

Ramadan makin hampir...(Lagi seminggu je)
Alhamdulillah...Tinggal lagi sehari (esok) untuk ummi melangsaikan hutang puasa ganti. Ummi "terpaksa" buka puasa masa Ramadhan tahun lepas disebabkan rukhsah..iaitu masa tu ummi fully breasfeeding wafa(sampai sekarang,Alhamdulillah). So, Wafa memang totally minum susu ibu je,then risaukan puasa boleh memudaratkan wafa, ummi berbuka..Puasa mana yang termampu. Nasib baik 7hari je. Hari2 lain ummi gagahkan jua berpuasa selagi boleh(Risau nak "berganti" plk..hehe). So,nk dekat2 puasa ni gigih ummi habiskan hutang puasa ummi..Alhamdulillah~Sebelum ni ummi risaukan kemerosotan bekalan susu ibu untuk Wafa... Ummi pernah puasa masa Wafa setahun,tapi hasil mengepam drop terus. Daripada 2botol 4Oz bawak balik umah, jadi sebotol je. So,abi cakap xpayah puasa lagi.Sian Wafa x cukup susu..
So,bulan ni wafa dah setahun 7 bulan..Byk makan dari minum susu...Ummi boleh puasa direct walaupun bekalan susu ibu 1botol je bawak balik dari ofis. Tupun syukur Alhamdulillah...:)
Ummi nekad nak wean off wafa genap 2tahun or lebih... InsyaALLAH..Moga ALLAH teruskan limpah rezeki susu ibu buat Nurul Wafa Sofea sampai usianya 2tahun..

Hmm...Kalau Ramadan,mesti ramai terfikirkan "Bazar Ramadan" kan? Mcm2 jenis lauk & kuih.. Ummi x suka pergi "Bazar Ramadan" kecuali bila terpaksa. Bukan setakat terlalu ramai orang, tapi takut membazir. Memang banyak kali gak membazir bila beli kat Bazar Ramadan ni. Macam tahun lepas ada gak UmmiAbi pergi Bazar Ramadan, beli ikan bakar sebab teringin sangat2. Tapi bila time berbuka, nak makn rasa ikan bakar tu dah berbau. Mengucap panjang abi. Macam ni ke berniaga untuk juadah orang berbuka?huhu... Daripada sakit perut, so terpaksalah buang..huhuhu
Lagi satu, kalau pergi bazar ramadan ni rasa nafsu makan melonjak-lonjak..Rasa semua juadah tu nak makan..huhu.

So,bulan puasa tahun ni, kita muhasabahlah diri..Jangan ikut nafsu. Yang paling penting, jangan membazir. Peringatan untuk diri sendiri juga...huhu


Seorang kanak-kanak di Selatan Sudan mengheret mayat ibunya sambil menangis tanpa mengetahui bahawa ibunya telah meninggal dunia akibat dahaga dan kebuluran.. (T_T)

Apa nilai gambar ini di mata anda jika anda masih membazir makanan walaupun sebiji nasi atau setitis air?

Astaghfirullahhala'zim...~

Kisah Iblis bertemu RASULULLAH SAW

Assalamualaikum
Barakallahu lakum


Musuh yang nyata bagi seluruh umat Islam secara khususnya dan seluruh umat manusia secara amnya.
Kenali musuh anda wahai sekalian manusia!
———————————————————————————————————————————————————————
Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:
Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba – tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:
“Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. “
Rasulullah bersabda: “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”
Kami menjawab: “Allah dan rasulNya yang lebih tahu.”
Beliau melanjutkan, “Itu iblis, laknat Allah bersamanya.”
Umar bin Khattab berkata: “Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah”
Nabi menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”
Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..
Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad… Salam untukmu para hadirin…”
Rasulullah SAW lalu menjawab: “Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?”
Iblis menjawab: “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa.”
“Siapa yang memaksamu?”
“Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:
“Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.”
“Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh.”
ORANG YANG DIBENCI IBLIS
Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: “Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?”
Iblis segera menjawab: ” Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci.”
“Siapa selanjutnya? “
“Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT.”
“Lalu siapa lagi?”
“Orang Alim dan wara’”
“Lalu siapa lagi?”
“Orang yang selalu bersuci.”
“Siapa lagi?”
“Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain.”
“Apa tanda kesabarannya?”
“Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang – orang yang sabar.”
“Selanjutnya apa?”
“Orang kaya yang bersyukur.”
“Apa tanda kesyukurannya ?”
“Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya .”
“Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?”
“Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam.”
“Umar bin Khattab?”
“Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur.”
“Usman bin Affan?”
“Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya .”
“Ali bin Abi Thalib?”
“Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu.” (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)
AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI IBLIS
“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?”
“Aku merasa panas dingin dan gementar. “
“Kenapa?”
“Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat.”
“Jika seorang umatku berpuasa?”
“Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka .”
“Jika ia berhaji?”
“Aku seperti orang gila. “
“Jika ia membaca al-Quran?”
“Aku merasa meleleh laksana timah di atas api.”
“Jika ia bersedekah?”
“Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”
“Mengapa jadi begitu? “
“Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya… Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”
“Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
“Suara kuda perang di jalan Allah.”
“Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
“Taubat orang yang bertaubat.”
“Apa yang dapat membakar hatimu?”
“Istighfar di waktu siang dan malam.”
“Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”
“Sedekah yang diam – diam.”
“Apa yang dapat menusuk matamu?”
“Solat fajar (subuh).”
“Apa yang dapat memukul kepalamu?”
“Solat berjamaah.”
“Apa yang paling mengganggumu? “
“Majlis para ulama.”
“Bagaimana cara makanmu?”
“Dengan tangan kiri dan jariku.”
“Dimanakah kau menaungi anak – anakmu di musim panas?”
“Di bawah kuku manusia.”
MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS
Nabi lalu bertanya: “Siapa temanmu wahai Iblis?”
“Pemakan riba.”
“Siapa sahabatmu?”
“Penzina.”
“Siapa teman tidurmu?”
“Pemabuk.”
“Siapa tetamumu? “
“Pencuri.”
“Siapa utusanmu?”
“Tukang sihir.”
“Apa yang membuatmu gembira?”
“Bersumpah dengan cerai.”
“Siapa kekasihmu?”
“Orang yang meninggalkan solat jumaat”
“Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? “
“Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja.”
IBLIS TIDAK BEDAYA DI HADAPAN ORANG YANG IKHLAS
Rasulullah SAW lalu bersabda: “Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”
Iblis segera menimpali: “Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.
Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas.”
“Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?”
“Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”
IBLIS DIBANTU OLEH 70 000 ANAK-ANAKNYA
Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.
Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak – anak muda, sebahagian untuk menganggu orang – orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita – wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.
Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.
Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.
Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.
Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.
Syaitan juga berkata, “Keluarkan tanganmu”, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.
Mereka, anak – anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.
Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.
Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.
CARA IBLIS MENGGODA
Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?
Akulah makhluk pertama yang berdusta.
Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.
Tahukah kau Muhammad?
Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.
Sumpah dusta adalah kegemaranku.
Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.
Kesaksian palsu kegembiraanku.
Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata – kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak – anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.
Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya ke mukanya.
Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘lihat kiri dan kananmu’,
Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan ku cium keningnya serta aku katakan ‘solatmu tidak sah’.
Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.
Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.
Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.
Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.
Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.
Dan dia pun semakin taat padaku.
Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, ‘kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak. Jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.’
Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.
Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?
10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH SWT
“Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?”
“10 macam”
“Apa saja?”
Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.
Allah berfirman, “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.
Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.
Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.
Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.
Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.
Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.
Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.
Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.
Allah berfirman, “Orang – orang boros adalah saudara – saudara syaitan. ” (QS Al-Isra : 27)
Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.
Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.
Allah menjawab, “Silakan”. Aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.
Iblis berkata: “Wahai Muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda.”
Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.
Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun. Engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah.
Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.
Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.
Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.
Rasulullah SAW lalu membaca ayat : “Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT ” (QS Hud :118 – 119)
Juga membaca, “Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)
Iblis lalu berkata: “Wahai Rasul Allah. Takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong.”

Sumber: Insan-insan Berdakwah, perfectly imperfect


Nota ummi: Ingatlah sayang..Iblis pernah berkata:  “Wahai Muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda.” Namun sekali tergoda dgn bisikan iblis, maka akan bersamanya di akhirat kelak.
Berhati-hatilah dengan bisikan & godaan iblis... Zikrullah~

Kematian KAMAL ATARTUK yang menyeksakan

Assalamualaikum.
Barakallahu lakum.


Mustafa Kamal Antartuk (1881-10 November 1938) adalah pengasas Republik Turki dalam dasar sekularnya melarangkan rakyat memakai pakaian simbol Islam di pejabat-pejabat.Lelaki dilarang pakai jubah atau apa saja berbentuk Islam.Wanita dilarang memakai hijab dan sebagainya.Tetapi Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.Juga membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

Siapakah dia ini?

Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kamal Atatürk

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

.................................................................................................................................................

Sebagai selingan & menyejukkan hati(Panas je baca tentang Kamal terkutuk Atartuk ni kan):
Jom baca tentang RACHID NEKKAZ..our true hero...(^,^)

Kalau anda nak tahu inilah Rachid Nekkaz,

Seorang ahli perniagaan muslim Perancis yang mengumumkan dia akan membayar setiap denda bagi wanita yang didakwa dengan kesalahan memakai niqab -

Bukan sahaja di Perancis tetapi "dalam mana-mana negara lain di dunia yang melarang wanita daripada berbuat demikian"
Lanjut boleh  baca kat SINI


Nota Ummi: Sepatutnya Malaysia pun kena buat denda bagi wanita yang tidak bertudung. Itukan wajib..Ini baru denda dunia. Denda Allah???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...