Thursday, May 31, 2012

Tidur

Barakallahu lakum.
Sejak akhir-akhir ni ummi suka betul tengok Wafa tidur...Bukan sahaja comel, kelakar pulak tu...hehehe.. Kalau tido memang dia akan berpusing-pusing. Lau tidur dengan abi lagilah, kaki sekejap kat badan abi, sekejap kat muka abi...hehe,kesian abi..
Masa ni elok je atas tilam.

Ummi pergi dapur 10minit je, balik tengok dah kat luar tilam..Ish3...(Tp masih tidur nyenyak)
Kalau nak tahu, sejak kecil lagi Wafa tidur dengan bermacam2 position & shape...hehe. Ni kalau wafa dah besar mesti marahkan ummi..hihihi..;p Sorry ye sayang, ummi nak jadikan kenangan kita..sebab tidur sayang pun dah menghiburkan ummiAbi, apatah lagi aksi2 lain..;)


Ni masa Wafa baby...Masa ni ummi dalam pantang lagi tau..Tengok rambut wafa, masih "makan bantal".
Oh ya, Wafa dari lahir memang suka tidur meniarap. Ummi confident style tidur macamni sebab ummiabi tengok dengan sendiri Wafa dapat angkat kepala dia sendri dalam masa umur dia beberapa hari je.. Baby meniarap bagus untuk membentuk kepala yang cantik(takut kepala leper) & perut pun jarang kembung..Lagi satu dari pembacaan ummi, orang barat/English mengajar anak diorang tidur meniarap, bagus untuk otak katanya..
Tapi awas, jika baby anda tidak tahu mengangkat kepala sendiri @ kepala masih lembik, please...jangan bagi mereka tidur meniarap coz akan menyebabkan SIDS(Sudden Infants Death Syndrome).

Kebaikan tidur meniarap?
Boleh diguna pakai if baby dah pandai pusing or angkat kepala.

1-Tidur lebih lena.
2-Boleh elakkan kembung perut.
3-Tidur pun lebih lama sbb tak mudah terkejut.
4-Leher cepat kuat & keras
5-Membangunkan potensi otakya apabila deria dan saraf kaki dan tangan dirangsangkan secara semulajadi.
6-Elakkan baby drpd tertelan muntah dia. Dah banyak kes baby meninggal time tido sbb tertelan muntah.

Apa itu SIDS?
SIDS (Sudden infant death syndrome)

The unexplained death of an apparently healthy infant. SIDS or sudden infant death syndrome is a parent's worst fear.
An apparently healthy infant, usually less than 12 months old, with no obvious previous or present illness is laid in bed for sleep and never awakens. Examination of the infant's medical history, home, and even an autopsy do not reveal the cause of death in true SIDS cases. This nightmare occurs in about 1 out of every 1000 births. SIDS has been the leading cause of death among infants 1 to 11 months old. Fortunately, the number of SIDS deaths has been falling over the past few years. Infants at increased risk for SIDS are those younger than 6 months of age, those born prematurely, males, and twins or triplets. Although parents can't control these factors, research suggests there are risk factors for SIDS that parents can control. Factors that parents can alter to reduce the risk of SIDS are: Put your baby to sleep lying on her back rather than stomach or side (may reduce the risk of SIDS by 25% to 50%). Use firm bedding underneath your infant. Soft bedding (natural fiber mattresses, comforters, etc.) should be avoided- they may increase the risk of SIDS. Keep your baby's environment smoke free. Don't allow your infant to get overheated with excessive bedding, clothing, or a room heater.
Nota ummi:
Nanti anak dah besar, diorang sendiri akan tidur ikut keselesaan mereka sendiri.. Macam Wafa, sekarang dia banyak tidur miring daripada meniarap.
Tips untuk orang dewasa:
CARA TIDUR RASULULLAH:=
Dari al-Barra` bin Azib, Rasulullah Muhammad saw pernah bersabda, “Apabila kamu hendak tidur,maka berwudhulah (dengan sempurna) seperti kamu berwudhu untuk shalat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuhmu yang kanan”.
Al-Bara’ bin ‘Azib ra. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Muhammad saw bila berbaring di tempat tidurnya, beliau letakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, seraya berdoa: Robbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Robbi, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” (HR. At Tarmidzi)
Dari Al Barra’ bin Azib ra berkata, “Apabila Rasulullah saw berada pada tempat tidurnya dan akan tidur maka beliau miring ke sebelah kanan, kemudian membaca: “Allahumma aslamtu nafsii ilaika wawajjahtu wajhi ilaika wafawwadhtu amrii ilaika wa alja’tu zhahrii ilaika raghbatan warahbatan ilaika laa malja-a walaa manja-a minka illaa ilaika. Aamantu bikitaabikalladzii anzalta wanabiyyikal ladzii arsalta (Wahai Allah, saya menyerahkan diriku kepada-Mu, menghadapkan mukaku kepada-Mu, menyerahkan semua urusanku kepada-Mu, dan menyandarkan punggungku kepada-Mu dengan penuh harapan dan takut kepada-Mu, tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari siksaan-Mu kecuali hanya kepada-Mu. Saya beriman dengan kitab yang Engkau turunkan dari nabi yang Engkau utus.” (HR. Bukhari)
“Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

  • Berwudhuk
  • Berbaringlah dengan memiringkan tubuh ke kanan
  • Letakkan tangan kanan di bawah pipi sebelah kanan;
  • Dan tidurlah dengan tenang dan damai :)

    1. Sunday, May 27, 2012

      APASAL MALAS SEMBAHYANG???

      Barakallahu lakum.

      Sape2 yang malas sembahyang, jom fikir2kan...


      Apasal la aku malas sembahyang,
      Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
      Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
      Berdiri tanpa roh malam & siang...

      Apasal la aku malas sembahyang,
      Kerja dah best keluarga pun dah senang,
      Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
      Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....

      Apasal la aku malas sembahyang,
      Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
      Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
      Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

      Apasal la aku malas sembahyang,
      Main bola aku sanggup sampai petang,
      Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
      Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

      Apasal la aku malas sembahyang,
      Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
      Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
      Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

      Apasal la aku malas sembahyang,
      Siksa neraka Cuba la aku bayang,
      Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
      Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

      Nota ummi:
      Pernah rasa x?Kalau kita tak sembahyang mesti rasa tak sedap hati...Kdg2 nak keluar rumah pun takut..Macam2 fikir, cmner lau accident & tak sempat sembahyang?huhu... Hati rasa berdebar-debar... Tapi kalau kita sembahyang dulu sebelum keluar mesti hati tenang..Alhamdulillah..
      Tapi perkara yang ummi kena improved sekarang ialah "JANGAN LAMBATKAN SEMBAHYANG". Abi pun dah mula tegur...huhuhu.. Ummi pun tak sedar bila masa berlalu, terlalu pantas. Ingat nak buat kerja dulu, at last baru teringat tak sembahyang lagi, then barulah kelam kabut. Ya ALLAH..ampunkan dosa-dosaku yang lagho ni... (T,T)
      Nak tahu tak, kalau kita lambatkan sembahyang, sama seperti kita tak sembahyang...Boleh tengok SINI

      Sembahyang di akhir waktu?ALLAH terima ke?

      Barakallahu lakum..

      Sabda Nabi SAW

      سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
      Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih
      Rupa-rupanya ada cerita
      kalau kita lewatkan sembahyang kita yea

      Jika berpuasa
      Amalan kita direct terus padaNya
      Tapi
      Jika bersembahyang
      Ada posmen pula
      Untuk hantar amalan kita padaNya

      Kisahnya…..
      Setiap kita ada malaikat
      Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita
      Pada Ilahi

      Untuk sampaikan amalan kita
      Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
      Di mana setiap penjaga tol
      Kroni malaikat juga

      Jika sembahyang di awal waktu
      Tolnya "free"
      Sekatan tol tiada
      Tiada "jem"
      Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
      Untuk dinilaikan

      Tapi
      Jika sembahyang di akhir waktu
      Tol free juga
      Tapi sekatannya
      Astagfirullah….

      Di langit pertama
      Penjaga tol marahkan posmen kita
      Kenapa lewat poskan amalan kita
      Merayu-rayu posmen malaikat kita
      Minta diberi laluan
      Tetapi…
      Penjaga langit pertama
      Tidak heran
      Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
      Maka..
      Jatuh berderai…
      Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
      Satu persatu dikutip
      Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke
      -dua

      Dilangit kedua
      Samalah juga
      Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
      Merayu lagi kawan kita
      Tak dipedulinya
      Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
      Jatuh berderai lagi..
      Dikutip satu persatu amalan kita
      Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

      Dilangit ketiga,
      La…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
      Kenapa lewat hantar amalan tersebut
      Tiada kompromi
      Terus dibaling amalan kita
      Jatuh berderai amalan kita
      Tak ade nilai….
      Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
      Maka..
      Tak sampailah amalan kita kepada Allah
      Seolah-olah kita tak sembahyang juga
      Maka…
      Bersedialah kita menerima pembalasannya
      Tak di dunia di akhirat pula
      Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
      Ujian bertimpa-timpa

      Ish….
      Tak berbaloikan kita buat amal
      Tapi tak sampai
      Dahlah tu
      Tak de nilai
      Kena azab lagi nanti

      Ya Allah…
      Ampunkan kami…
      Kerana lalai…
      Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
      Lagi Maha Penyayang

      Jadikan hati kami
      Suka sembahyang di awal waktu
      Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
      Biarlah kami gawat di dunia
      Agar kami tidak gawat lagi
      Di hari akhirat kelak.

      Amin
      .
      Nota ummi:
      Astagfirullah...
      Sumber: SINI

      Thursday, May 24, 2012

      Dah kena pagar

      Barakallahu lakum.
      Wafa Sofea sejak dah dapat kaki, means dah boleh jalan ni asyik nak naik tangga... So, abi pun letak pagar supaya kejadian terjatuh tangga tidak berlaku..Sediakan payung sebelum hujan...:)
      Tapi bila dah ada pagar ni, seronok pulak dia dok kat pagar tu...Siap gegar-gegarkan pagar tu...konon nak bukalah..hehe
      Wafa: Hmm..lau masuk kat tepi muat x?
      Pagar ni just for safety purpose.. Ummiabi tak risau sangat kalau wafa berjalan ke tangga...coz dah de smart tag...eh, smart gate..hehe..smart ker?

      Wednesday, May 23, 2012

      Donut banyak lubang

      Barakallahu lakum.
      1st time ummi wat donut sendiri.. Ummi tengok mcm senang je kawan2 blog wat donut, tu yang nak try...Mlm tu jugak suruh abi belikan yis.hehe...
      Bahannya memang simple..tapi nak uli...Ya Allah,nak tergeliat tangan ummi..Penatnyerr..he

      Ni nak naikkan doh...Ummi xdela plastik utk wat kuih tu..So,ummi amik plastik baru buka ni...(baru means bersihlah tau..he)
      Dah siap sket...ummi wat bulat2 guna gelas je...tupun x cantik sangat kan..?
      Then ummi biarkan dulu untuk naikkan lagi doh donut ni...So sementara tu ummi panaskan minyak...
      Tiba2, tak disangka-sangka datanglah si tecik Wafa Sofea ni, ditambahnya lubang pada donut tu...huhu..
      Maybe dalam hati Wafa cakap: "Haa,macam ni baru cantik..kn ummi?"
      Ummi xsedar lagi tau, sampailah ummi terdengar bunyi "Pap,pap". Haha... Habis donut ummi kena "pap" ngan selipar. Dia dah wat lubang, then amik selipar ditepuk2 atas donut tu...Waaaa...nak nangis ummi...tapi bila tengok Wafa gelak, ummi pun tergelak, rasa nak "geget" hidung dia..

      Dengan sedihnya terpaksalah ummi buang donut-donut yang kena selipar tu. Ummi mintak maaf wahai tepung, gula, yis & susu...;(

      Then, ummi buat 2nd round & kali ni cepat-cepat goreng sebelum ditambah lubang & ditepuk selipar...hehe


      Hehe..jangan gelak ye tgk rupa donut ummi yang buruk ni..Entahla pe silapnya.Maybe sebab panas2 trus letak atas gula kot..huhu
      Tapi Alhamdulillah....abi kata sedap....abi makan paling banyak..hehe, terima kasih abi...:)

      Sunday, May 20, 2012

      Sejarah Susu Kambing

      Barakallahu lakum.
      Ummi just nak share tentang sejarah  SUSU KAMBING kegemaran RASULULLAH... Ummi dapat dari SINI.

      NABI ADAM
      Bermulanya Human Civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia

      NABI IBRAHIM
      Merupakan penternak kambing yang agong.
      Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing- kambingnya.
      Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam

      NABI ISA
      Juga menternak kambing
      Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik)
      Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini

      NABI MUHAMMAD SAW
      Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu’aith

      Peristiwa Israk Mikraj
      Nabi Muhammad s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibrail
      iaitu Arak, Madu dan Susu kambing.
      Baginda memilih susu kambing (“minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu”)

      Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa.
      Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.

      Last, but not least...


      SENYUM kambing pun comel..hahaha
      Thus, senyumlah selalu..senyum kan sedekah...:)

      kenapa SUSU KAMBING?

      Barakallahu lakum.
      Hmm...Bulan ni Wafa dah masuk 1tahun 5bulan.. Alhamdulillah still breasfeeding.. Masalah ummi sekarang wafa x suka susu lain selain susu ajaib ummi ni..huhu... Ummi tinggal lagi 7 bulan utk wean off wafa..
      Setakat ni ummi dah try bagi dia minum & rasa susu fm.. "Rasa" maksudnya just bg satu sudu or bagi makan dgn cereal..Antara susu yang berjaya buat ummi membazir adalah Dutch Lady(tepung & segar), S26 Gold, Pediasure & snow.. Hmmm..semuanya jadi hiasan je kat dapur ummi.. Wafa rasa sket then luahkan balik..So clever anak ummi...means deria rasa wafa sangat baik..kan..?dapat bezakan susu ajaib ummi dgn susu dari kilang..huhu..
      Ummi teruskan research tentang susu formula ni.. Bagus ke?Nape Wafa x suka ye? Lagi 1, nape kebanyakan susu kat supermarket tu mesti susu lembu?Xde ke susu unta ke...?Susu kambing ke..?Ehh, mention about susu kambing ni, ummi baru teringat yang Rasulullah sangat suka susu kambing...
      Ummi pn research tentang susu kegemaran Rasulullah ni.. Superb..memang terbaik...:) Then after discuss ngan abi, abi suggest untuk bagi susu kambing kat wafa tapi masalahnya susu kambing susahla nak cari..lebih2 lagi dalam bentuk formula/susu tepung..

      Antara kebaikan susu kambing:

      -Kambing ni dah wujud sejak zaman nabi-nabi lagi... semua para nabi pernah mengembala kambing(HR bukhari) so meminum susu kambing adalah salah satu sunnah nabi muhammad... macam mana orang boleh kata susu kambing memudaratkan kerana ia adalah minuman ruji masyarakat arab pada masa itu...

      -Susu kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan.

      -Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
      > Protein 2.1 kali ganda
      > Kalsium 2.2 kali ganda
      > Zat Besi 2.0 kali ganda
      > Potasium 2.1 kali ganda
      > Vitamin A 3.8 kali ganda
      > Garam Galian 2.0 kali ganda
      > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu

      -Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu

      -Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu

      -Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam

      -Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik

      -Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat :
      1-penyakit gastrik,
      2-demam kuning,
      3-lelah, penyakit kulit,
      4-memulih tenaga batin,
      5-sakit jantung peringkat awal,
      6-ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.
      begitu juga beberapa testimoni telah menemui kesembuhan dengan susu kambing antaranya:
      7-asma
      8- reput tulang belakang
      9-susah tidur
      10- resdung
      11- kencing manis
      12- menolong mencegah kanser
      13- tiroid
      14- Dll

      Waah..byknyer khasiat. Tapi kat mana nak cari? Ummi ajak abi gi Masjid shah Alam(MSSAAS), ada orang jual susu kambing tapi yang fresh..
      1 botol RM6..Tahan seminggu dalam fridge.
      Yang ni plak, yang segera..susu skim/tepung..
      Hmm...mana satu pilihan ummi? Ummi nak bagi yang fresh, tapi abi cakap takut cara proses tak elok coz kita tak tahu org tu collect susu mcmmana,proses berprosedur or tak..(xde alat/kilang) & cara penyediaan pun dengan sendiri...kena tawakal jela.. Tapi Wafa kan prem baby, so senang dapat jangkitan..So, yang fresh kena letak tepi dulu.. Kitorang tengok plak yang susu tepung.. De halal, cara penyediaan di kilang islam & senang didapati..Just call.. Hmmm...tapi kawan ummi cakap yang ni untuk dewasa. Kanak2 x digalakkan,takut panas..huhuhu..

      So, jalan penyelesaiannya, ummi wat research lagi... Ummi jumpa susu KARIHOME,susu kambing untuk kanak2. Ummi baca details kat SINI & SINI.. Testimonial pun memuaskan hati ummiabi..Ummi mintak sample dari company dia. Lagipun HQ dia kat Shah Alam je... Esoknya terus sampai sample susu, ummi bancuh 1Oz je kat wafa..Alhamdulillah..wafa minum tapi sikit(Okla...daripada susu lembu dia luahkan..) Then, petang tu jugak ummiabi  gi cari kat supermarket... Alhamdulillah ada...
      Belah kiri sekali tu sample yang ummi dapat...

      So, sekarang ummi bagi wafa rasa2 dulu dengan susu kambing ni...Contohnya makan cereal+susu kambing, & makan roti/biskut cicah susu kambing.. So far, wafa boleh terima..Tapi takat 1-2 Oz je..Xpela..ummi nak intro je...Lagipun wafa still fully breastfeeding...:)

      Oh ya, ada sahabat blogger yang beri pendapat tentang susu kambing ni...
      Syukran Ummu Muhammad...:)
      Lagi menguatkan keyakinan ummiabi untuk beli Karihome..hehe
      FYI, untuk mendapatkan sample free Karihome boleh klik SINI
      Where to buy Karihome? Klik SINI

      Sunday, May 13, 2012

      Kelebihan Breastfeeding...

      Biarlah gambar berbicara...;)

      Alhamdulillah...ummi dapat kad ni dari kawan-kawan FB yang sama-sama dalam perjuangan susu ibu..:)

      Saturday, May 12, 2012

      Black out...

      Barakallahu lakum.
      Malam tadi lebih kurang pukul 2.30am.... Ummi tersedar bila wafa merengek tak boleh tidur..Dia pusing kanan, dia pusing kiri...serba tak kena... Ummi pun buka mata, tapi gelap gelita.. Lampu tangga yang memang kitorang ON bila tidur pun dah OFF. Huhu...kipas pun tak berfungsi..Patutlah wafa terganggu tidurnya, ummi tengok dia dah berpeluh-peluh. BLACK-OUT rupanya..huhu...

      Ummi terus kejutkan abi kat sebelah & abi terus bangun turun bawah cari lilin..
      Ummi angkat Wafa bawa turun...maybe kat bawah sejuk, atas ni dah berbahang dah ummi rasa.. Then, rumah pun cerah sket coz abi dah pasang lilin & hp light... Abi tengok kat luar, memang semua rumah gelap... Abi terus call TNB & buat report.. Pegawai yg bertugas tu cakap maybe dalam 1 atau 2 jam lagi..huhuhu...
      Sian wafa...dia dah ngantuk sangat, mata masih pejam tapi kepanasan... Ummi pun kipas wafa dengan kipas kertas..Alhamdulillah..Wafa dah boleh tidur. Setengah jam berlalu, tangan ummi dah penat, nak gi toilet plak...tapi still blackout..huhuhu...pegi jugakla...;(
      Sementara ummi gi toilet, abi pulak kipas Wafa.... Kitorang gilir-gilir kipas Wafa. Takpelah sayang, ummiabi tak tidur "no hal"...asalkan sayang cukup tidur dengan selesa...
      Lebih kurang pukul 3.40am, rumah tiba-tiba cerah & kipas dah berfungsi... Alhamdulillah...ummi dukung wafa bawa naik atas. Kami sambung tidur balik...;)

      Notakecil ummi:
      Syukurlah tak lama kitorang dalam kepanasan & kegelapan.. Tiba-tiba teringat orang-orang yang kesusahan hidup tanpa elektrik.. Ya ALLAH, sukarnya hidup mereka, sedangkan kita baru beberapa jam dah serba tak kena.. huhu..Moga ALLAH mempermudahkan hidup mereka..Amin...

      Thursday, May 10, 2012

      BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

      Barakallahu lakum..
      Hmm..tadi de kawan ummi share something kat FB... Jom,ummi nak share lak kt sini, sebagai peringatan utk ummi bersama..


      Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

      Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

      Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

      Merencatkan TumbesaranPerut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

      Merencatkan AkalMemberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

      Mengancam NyawaAir boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

      Mengakibatkan Sawan TarikAir sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

      Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.


      Nota Ummi:
      Ummi memang tak pernah bagi air masak masa Wafa Sofea bawah 6 bulan, memang doc tak bagi masa tu. Ummi pergi kelas antenatal masa pregnant pun nurse yang bg lecture tu dah pesan awal-awal...
      Tapi, kadang2 de jugak maktok suruh bagi air masak(plain water) kat Wafa Sofea. Takut Wafa dahaga coz susu ibu pekat sangat, so ummi ganti air masak dengan air zam2.. Tanye maktok, boleh tak?Maktok cakap " lagi baguihhh".hehee..tapi bagi sikit2 je ok.. So, until now Wafa Sofea sukakan air zam2 daripada air masak/air mineral..:)
      Sebenarnya memang ada sebab kenapa doc tak benarkan kita bagi air masak/air mineral pada baby.. Janganlah galakkan ye.. Kesian baby.. Pada breastfeed mummies, percayalah..bagi ummi, susu ibu dah mengandungi 88% air...So, tak payah bagi airlah..Perut baby besar manalah sangat kan..nak isi air lagi, nak isi susu ibu yang sememangnya ada air..huhu.
      Lagi satu, air sekarang bukan bersih sangat, semua rumah dah ada water filter..(see, semua dah ragu2 minum air yang x ditapis). Air kita sekarang banyak yang dirawat semula dari punca air sawah, air sungai, air bawah tanah, & yang merisaukan dari air kumbahan..huhu.. Tapi kita pasrah & tawakal je. Perut baby yang masih baru nak matang boleh ke terima semua ni??Ummi pun kadang2 nak termuntah bila terminum air sirap kat kenduri yang dibancuh dengan air paip...Tekak yang tak biasa minum air paip akan rasa loya sket.Rasa payau sangat..huhu. Ummi harap sangat tuan rumah yang nak wat kenduri belilah air filter. RM10-RM20 kot 1 tong...Janganlah aniaya tetamu2 sampai macamtu sekali.. Tetamu ni datang bawa 1000 rahmat, dan pulang dengan keluarkan 1000 bala dari rumah kita...
      Ehh..ummi ni...dah lari tajuk pulak..hehe...maaf ye...sebagai peringatan bersama.;)


      ♥♥ Da habis baca, Jgn lupa share ye.. sama2 kite sebarkan info berguna ni pada ibu/bapa muda yg 1st time nk smbut bby ♥♥

      Tuesday, May 1, 2012

      Homestay Hasspura(Trip to Pegheleh)


      Hi dear..Ada sapa2 nak bercuti ke utagha(utara) ka? Family Tok abah Wafa ada sediakan homestay yang selesa & murah...

      Ini sebenarnya rumah nenek ummi, iaitu ibu tok abah(toknyang Wafa). Tapi toknyang Wafa dah "takde". Semua adik beradik tok abah dah ade rumah sendiri. So, kerana sayangkan rumah ni, adik beradik tok abah decide buatkan homestay je. Taklah terbiar... Banyak kenangan ummi adik beradik di rumah ni tau. Ummi main masak2 dengan sepupu ummi pun bawah rumah ni. Best tau.. Tempurung jadi mangkuk, ranting kayu jadi senduk...hehe.. Nasiknya jerami padi..Kalau balik kampung,mesti miang satu badan.Heh~
      Then balik kuarters NAVY , maktok jenuh sapu ubat, xnak bagi ada parut..Yela,semua anak2 dara..hehehe..

      Ummi ni kalau bab mengimbas memori, memang laju menaip..Tadi kata nak promote homestay kan..?Ok, berbalik pada tajuk, Homestay ni dekat je dari Jeti Kuala Perlis(jika nak ke Langkawi) & bandar Kangar. Tempat makan pun senang...Pekan Simpang 4 macam2 ada. Kalau nak makan bakar tepi pantai sambil dengar bunyi ombak rindu, boleh gi makan di Kuala Perlis..Makanan dia....memang sedap sangat. Ummi pastikan korang akan terasa lagi kesedapan ikan gerut bakar & jenahak 3rasa bila balik ke destinasi asal masing2...hehee..(^,^)



      Sesiapa berminat boleh contact adik Tok abah(Harison & Azenan)

      Dari tepi jalan..Jalan nilah nak ke Kangar, Simpang 4, Kedah, Pdg besar, Kuala Perlis, Langkawi..Semua boleh ikut jalan ni..

      Ni "penanda" homestay kami



      Add caption



      FULLY FURNISHED..JOM MELAWAT KEADAAN DALAM RUMAH PULAK:-



      Bilik

      Disediakan extra comforter & tilam


      view dari dalam bilik



      View dari dalam bilik depan..

      Laluan ke dapur
      Dapur lengkap semuanya..

      Nota ummi:
      Harga semalam RM120, Tapi jika contact ummi boleh dapat RM100. Email je ok...Anda akan dilayan oleh mak,abah serta keluarga paksu ummi di sana(^,^)
      Boleh juga klik SINI..


      Jumpa anda di sanaaaa!!!

      Ohya....kami ada menyediakan 1 lagi homestay yang lagi besar & selesa...iaitu HOMESTAY NORA yang dapat menempatkan 15orang tetamu. So, jika anda ramai & datang berombongan tak perlu risau... Dijamin selesa serta puas hati... Mai teghai dulu noo...(^,^)

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...