Tuesday, April 24, 2012

Best ke kahwin?

Barakallahu lakum.
Hmmm...ramai kawan-kawan ummi yang nak mendirikan rumahtangga bulan ni.. Alhamdulillah..
Sempat jugak beberapa orang classsmate yang terjumpa masa makan bertanyakan ummi, BEST TAK KAHWIN??
Hmmm...Alhamdulillah.. bagi ummi jika kita ada suami & anak(means family), segalanya untuk mereka.. Apa yang kita buat sekarang pun mesti minta pendapat suami dan dengan izin suami..Best tau.. Rasa ada je orang caring.. Kalau dulu orang yang paling risau tentang kesihatan kita ialah ibu bapa, sekarang orang yang lebih risau adalah suami.
Bagi ummi, insan bernama SUAMI merupakan salah satu kunci untuk kita (muslimah) memasuki syurga.

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)


Abi selalu sangat sebut hadis kat atas ni..huhu...sampai leh hafal dah..;) 

Redha mereka amat penting bagi kita.. Nak dapatkan redha mereka, mestilah kena jaga hati & perasaan mereka.. juga maruah mereka.. Redha Allah terletak pada redha suami kita..:)

Satu rahsia yang nak dikongsi.... kalau berkahwin, jangan risau tentang rezeki.. Allah mesti cukupkan walau camne pun. Jika ada anak, setiap anak itu Allah dah tulis rezeki mereka.. Tapi, jangan boros..sebab jika kita ikut perangai syaitan, Allah bagi banyak mana pun tidak akan cukup. Itu yang menyebabkan masalah kewangan berlaku. Yang penting zakat & sedekah jangan tinggal..InsyaALLAH..berganda Allah ganti balik..:)
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (an-nur : 32)
"Perkahwinan juga dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan".
Ya...memang benar.. ummi dapat rasakan sendiri setelah berkahwin...:) Moga ALLAH terus memberikan sinar kebahagiaan buat kami..Amin.
Ministry of moment

Hadiah perkahwinan daripada ALLAH :)

Tuesday, April 10, 2012

Jom menabung

Barakallahu lakum. Wafa Sofea sekarang pantang nampak duit syiling... Bukan nak bli coklat ye, tapi nak menabung.. Pandai anak ummi ni..kecik2 dah menabung untuk masa depan... Teruskan sampai bila-bila ye sayang~
Ummi suruh wafa penuhkan tabung "cap itik" buatan ummi ni dulu..Lau dah penuh, ummi nak belikan yang baru..hihi


X cukup dengan tu...setiap kali buka purse ummi kalau nampak duit syiling...jeng,jeng,jeng...

Jom masuk dalam tabung..Lagi cepat penuh, lagi bagusss.. Sebab ummi janji nak belikan yang baru...;)

Wednesday, April 4, 2012

Bila wafa ikut ummi masuk ofis

Barakallahu lakum...
Harini ummi kerja half day(abi cuti fullday,hehe) coz paginya wafa kena amik darah untuk follow up ngan doctor next week....So, abiummi bawak si comei wafa sofea gi UM pas amik darah.. Abi cakap alang-alang nak hantar wafa gi umah mama(babysitter wafa), tunggu jela ummi kerja sampai kul 5pm. So,sementara ummi wat kerja, abi main2 dengan wafa.. Wafa ni senang jaga, dukla mana pun asalkan ade orang melayan dia, dia mesti happy..;)
Then bila masuk waktu solat, abi akan pass wafa kat ummi.. Nak x nak, ummi kenalah bawa wafa masuk ofis ummi.. Suka dia... Jom layan gambar wafa..;)



Happy sokmo anak ummi ni...;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...