Thursday, March 22, 2012

Biodata kekasih Allah

Inilah tempat tidur kita nanti

Tiada lagi katil tilam empuk..Tiada lagi bantal kekabu..Tiada lagi peneman....Hanya Iman & amalan sebagai bekalan..

Perkara Allah sembunyikan dari kita

6 perkara Allah sembunyikan :

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu,
akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya "Muhammad". Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'


Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Wednesday, March 21, 2012

Wafa masuk UM

Alhamdulillah...harini mama wafa dah sihat... Semalam mama mintak cuti sehari sebab Dr. suruh mama rehat. Sehari sebelum tu mama ada bagitahu ummi yang dia macam nak pitam. So, petang tu adik dia datang nak bawak gi klinik. Mama ada suggestkan hantar ke taska kakak dia coz kakak mama ni buka taska. Mama cakap tak payah ummiabi nak ambil cuti. Duit taska tu pun mama yang nak bayar. Alahai mama, sehari je..Takpela, lepas discuss ngan abi, then Abi cakap dia sanggup jaga daripada hantar wafa ke taska. Kitorang dh fobia dengan taska/nursery ni..So, semalam abi jadi baby sitter jaga wafa..hihi...
Hmm..ingatkan baby sitter kat umah..Rupanya abi nak bawak wafa ke um. Abi cakap senang, wafa nak susu je, trus call ummi. Then ummi kuarla ofis jap susukan wafa...hehe..clever abi. Yang pening ummi...kena buat kerja cepat-cepat. Takut nanti tak sempat kalau abi call.

Tapi Alhamdulillah..wafa macam biasala..cool.. Tak nangis langsung.. Memang susah nak dengar wafa sofea nangis sekarang ni..Dah besar kan..?he
Abi cakap wafa tidur je..Then dalam kul 10 lebih dia jaga, abi bawak wafa masuk surau fakulti perubatan. Tak boleh duk dalam kereta lama2, bahaya..

Dalam surau, abi suapkan wafa bubur & main-main dengan wafa. Happy je abi cakap.. Abi buka laptop pun dia sibuk nak main laptop tu jugak.. Pastu manja-manja asyik nak baring kat pangku abi..hehe, so sweet..
Dalam tengahari ummi datang jenguk wafa & breastfeeding wafa. Seronok dia bila tengok ummi datang..hehe. Dalam pukul 1pm kitorang balik rumah.. Ummi ambil half day jela. Sian pulak abi, esoknya nak exam..So, ummi pulak jadi baby sitter kat rumah memandangkan abi nak study...:)
Still tidur lagi. Ni tidur dari malam tadi tau. Langsung tak sedar ummi angkat masuk kereta..hehe

Tidur lagi masa ni..Belakang tu fakulti. Time ni angin sepoi-sepoi bahasa. Sedap tidur..he

Dalam surau.. Cian lak ummi tengok. Tapi xpe..puashati sebab dalam jagaan abi..;)

Dah pandai turun...

Barakallahu lakum.
Hi dear...sebelum ni ummi pernah citer yang Wafa Sofea teror bab memanjat tangga, katil, meja dan benda-benda yang boleh dipanjat kan..? Sekarang wafa nak tunjuk skill menurun pulak ye..hehe..

video
video
Nota ummi:
Kita sebagai parents tak payah paksa anak-anak untuk melakukan sesuatu. InsyaALLAH fitrah anak-anak adalah terus belajar & membesar. Mereka akan lakukan perkara-perkara baru secara automatik. Namun, kita boleh merangsang otak mereka dengan tambahan ilmu dan sentiasa menyokong mereka.
Tunjukkan ekspresi kita samaada terkejut, teruja, gembira & excited dengan kebolehan & kemampuan mereka... Pujian & galakan akan memberi semangat untuk mereke lebih meneroka alam yang makin mencabar ini..:)

Tuesday, March 20, 2012

Sandwich abi

Barakallahu lakum.

Ni last week punya cerita... Abi buat sandwich sebab masing-masing kekenyangan & taknak makan nasi.
Nampak simple tapi rasanya kalah burger Ramly tau...hehe

Taraa...dalam tu de isi ayam goreng..Yummilicious.;)
Terima kasih abi...Nanti buat lagi...;p

Wafa Sofea makan bertatasusila..;)

Barakallahu lakum.
Hi dear...ummi pernah story dulu Wafa suka makan sendiri sekarang kan..?Sejak dia turn 1 ni memang suka berlagak nak wat sendiri semua. Berlagak comel & independant ye.. Ummi pun senang hati.. Itu salah satu mind development. Yang ummi suka tengok wafa makan ni adalah sebab bila kita bagi biskut/roti, dia tak terus sumbat biskut/roti tu tau.. Dia akan cubit roti tu & makan sikit-sikit. Ummiabi tak pernah lak ajar, tapi spontan dia akan cubit roti tu. Kalau suap kat mulut pun, wafa akan suap sikit-sikit, kalau TERbanyak, dia sendiri akan luahkan semula. So, kebarangkalian untuk wafa tercekik amatlah kurang & ummiabi tak risau sangat. Tapi, camner pun kita tetap kena guide & awasi ketika anak-anak makan..

Jom layan wafa tengah makan..

video
Tengoklah tu, pandainyer sayang ummiabi ni.. Kalau besar sangat, dia akan luahkan.. Ummi akan letak pinggan plastik kat depan dia. Kalau dia nak luah or letak balik makanan dia, dia akan letak dalam pinggan.. Tapi kalau xde pinggan, ummi kenalah kutip..hehe

video
Hehe..yang ni pulak baru lepas mandi. Of course lapar kan..? Siap joget2 lagi dapat makan..;)

Nota ummi: Maaflah ye kualiti video HP cap "itik" ummi ni kurang memuaskan...Doakan ummi dapat bli HP baru ye..hehe

Friday, March 16, 2012

Mimpi Rasulullah..sedarlah wahai umat...

Barakallahu lakum.
Hari Jumaat~seperti biasa ummi nak share ilmiah pengubat untuk mencuci hati.
Jom..ummi kongsi tentang MIMPI RASULULLAH SAW yang ummi dapat dari seorang sahabat ummi melalui email..

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi M...uhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Nauzubillahi min zalik..Berdoalah kita mohon dilindungi dari seksaan azab yang mengerikan...

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Saturday, March 10, 2012

Ben Ashaari dan header blog saya

Assalamualaikum.
Hmmm...memandangkan malam ni abi cakap x payah masak(sebab kekenyangan menghadiri 3 kenduri). So,bolehla berehat-rehat..hehe..ternampak pulak segmen uncle Ben ni. Ummi nak joinla...
nak join gak? klik SINI

Nak explain apa ye tentang header ummi ni?coz pic dia pun ummi mintak kat uncle Google. Tapi sebenarnya dalam minda ummi asyik terfikir FAMILY..
So,maksud header blog ni lebih kepada kekeluargaan sebab blog ni ummi dedikasikan untuk family ummi...

Syukran jazilan 'ala kulli hal..;)

Thursday, March 8, 2012

Solid food for my baby dah "basi"?

Hai..Barakallahu lakum.
Actually bukan solid food yang basi..tapi its story..huhu. Ni kes yang dibuka semula setelah menjadi pekasam di dalam draft. Hehe..Wafa dah boleh makan kepsi dah ummi ooii...heh~Takpela..asalkan ummi dapat nukilkan untuk kenangan ummi sekeluarga..;)

FYI, Wafa Sofea minum susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan(No food, no nestum, no kunyah2 bagi rasa or something like solid food yang boleh merosakkan usus anak-anak jika diberi sebelum masanya). Just breastmilk..Why?

*Breast milk contains the right types of nutrients and in ideal amounts that our baby needs. The nutrients from breast milk are easily digested and absorbed by our baby’s body.

*Breast milk also contains important immunological compounds that help to protect baby against a variety of infections, including diarrhoea.

*Your baby's digestive system is too immature for solid foods before 6 months. Although he can suck very well, he does not have a lot of saliva to help digest food. Until he is at least 3-4 months old, his system lacks certain digestive enzymes, such as an enzyme called amylase, needed for digesting cereals (starches or complex carbohydrates). His body has trouble digesting some fats before he is 6 months old. Some foods will pass through him undigested and end up in his diaper. And some high protein foods, like eggs, meat, and even cow's milk, given too early may cause problems with your baby's immature kidneys.

* Beginning solid foods too early has been associated with other problems later in life, such as obesity, respiratory problems like bronchial asthma, and food allergies. For more information on how food allergies are caused by too-early introduction of solid foods.
~info from Wafa's paed( Specialist Hosp Ampang)


**Complementary feeding usually begins at 6 months, when baby’s digestive system is mature enough to digest different types of semi-solid and solid foods. There are also signs to indicate that baby is now ready to receive complementary foods (i.e.foods other than breast milk).


OKlah..untuk persediaan makanan pejal si cilik kami, UmmiAbi beli Avent blender & steamer. Kenapa blender & steamer?? cause 1st solid food must start with blended food(small texture like liquid,pureed or mashed). Once baby gets used to it, then baru introduce to another food group.



Mudah & senang kan..?Ummi just masukkan carrot(potong dadu) then Avent akan steam & blend. Trus boleh suap wafa makan..:)
Lau de extra or buat banyak, ummi masukkan dalam tupperware kecik2 & masukkan dalam freezer(tahan 3bulan). Esok lau nak makan, just thawing, warming & eating..hehe
Ni contoh puree..(carrot, potato &  bocolli). Lepas steam & blend, ummi masukkan dalam bekas cube ni. Then tutup dengan cover & freeze. Bila nak guna, just thawing and masukkan dalam bubur.

Untuk pengetahuan semua, ummi prefer steam dari rebus sebab steaming hanya mengubah texture makanan tersebut kepada lembut tanpa menghilangkan nutrisi yang terkandung di dalam makanan.
Refer from wiki---->Steaming also results in a more nutritious food than boiling because fewer nutrients are leached away into the water, which is usually discarded.
So, untuk umur Wafa 6-8bulan, ummi sediakan blended/mashed/pureed food.(Tapi untuk Wafa ummi start bagi makan umur 6bulan lebih)
Contohnya:
~Beras/oat + Buah(Epal, pisang, pear, prun, betik, anggur)
~Beras/oat + Sayur(Kacang hijau, labu, keledek, lobakmerah, kacang pis, kubis  bunga,brokoli,  asparagus, jagung, bayam,kacang buncis, kacang panjang)
~Beras/oat + Ayam, tauhu, telur(12 bulan), kekacang, daginglembu, ikan(seperti salmon, ikan merah , tenggiri)




Blended/pureed fruits



Macam-macam gaya


Cedapp nyerrr...

Bila umur wafa 9-12 bulan, ummi dah boleh ubah tekstur makanan. Daripada blended/mashed/pureed, ummi just potong dadu or lenyek2 je makanan tu. Kalau potato, ummi ske potong panjang2 then steam & bagi wafa pegang makan sendiri..So cute.Kalau wafa makan carrot or tomato, dengan baju-baju dia cute..hehehe. Lau nak lebih cute, boleh bagi dragon fruits...Yang ni memang mengancam colour dia.. Poop dia pun colour merah..hihi..
Ni beras ummi basuh, blend sket & sangai(goreng tanpa minyak). Pastu simpan dalam fridge. Nak guna, masuk air + pureed buah je & siaplah bubur..:)


Utk bahan mentah seperti ayam/daging/Ikan ni ummi perisi siap2(means ambil isi je,tulang buang siap2), then msukkan dlm tupperware ikut hari(untuk seminggu)

Wafa Sofea dah umur setahun lebih ni lagi senang kerja ummi... Wafa dah boleh makan makanan yang lebih keras seperti biskut, honey star, koko krunch & macam2 lg. Kalau ummi tak sempat wat breakfast contohnya ada event kenduri or ta'lim. Ummi just sediakan wafa sofea EBM(expressed breast milk+honey star or lain2 cereal). Anak ummi memang tak cerewet bab makan...macam abi..Alhamdulillah..:)

EBM+Koko Krunch
Tudiaaa...ni ngah makan cupcake red velvet...Ummi tinggalkan pakai pampers je. Lau x,lagi comel dengan baju bercalit-calit kaler merah..hehe. Jangan marah ye sayang..Sayang memang chumeeell..;)
Tukar selera..Asyik bubur je kan..? Sekali sekala ummi buatkan wafa macaroni+sup. X kisahla sup ayam/sayur/daging. Wafa memang makan sampai licin..Nyummy..:)
 **Ummi puas hati dapat masak/bekalkan untuk Wafa Sofea. Setakat ni ummiAbi x beli dah makanan yang dikilangkan seperti Heinz, baby bites & nestum. Pernah sekali try bagi nestum kat wafa, tapi wafa asyik luahkan je. Ummi try rasa, mak haiii....manisnyerr..berapa banyak gulalah diorang letak dalam tu kan..?huhu. Patutla paeds Wafa ckp,lau nak gemuk & obes,leh bagi makan makanan yang byk kandungan gula..huhu. Bukan sahaja obes, xpasal2 dapat diabetes kang..Nauzubillah..
Oh ya..lagi satu kelebihan masak sendiri untuk anak, selain daripada berkat air tangan ibu..semasa buat bubur/nasi tu kita bolehla bacakan surah/ayat2 lazim untuk mendoakan anak kita. InsyaALLAH..doa ibu cepat dimakbulkan. Bacalah doa penerang hati, Surah alam nasyrah, surah Toha ayat 1-5 & banyak lagi surah/doa yang boleh diamalkan..:)
Walaupun Wafa sofea tak mok2 & bam2 macam baby lain, tapi ummi tahu apa yang terbaik untuk wafa.. Dia sihat walafiat..Alhamdulillah..Kata-kata perangsang doc kesayangan wafa, Dr Fazil : "Pedulikan weight development...sebab yang penting sekali mind development. Apa yang saya nampak mind development wafa is VERY GOOD even she's prem baby..." Syukurlah...:)

Hujan itu nikmat & rahmat

Barakallahu lakum.
Akhir-akhir ni KL & Lembah Klang asyik hujan je..Alhamdulillah..atas rahmat Allah yang menyejukkan muka bumi yang semakin hari, semakin terasa bahangnya. Namun, kita perlu berdoa supaya hujan yang diturunkan ini membawa rahmat, bukan membawa bencana seperti banjir. Ada juga beberapa kawasan dah dinaiki air. Ummi doakan mereka yang menghadapi situasi tersebut redha & menunggu hikmah dariNYA. Bagi ummi sekeluarga pulak, Alhamdulillah...cuaca akhir-akhir ini memang menyamankan. Tidur lena je ummiAbi & wafa....Itu pun satu NIKMAT..Alhamdulillah..:)
Amboiii...sedapnyer tido....;p

Thursday, March 1, 2012

‎11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

Barakallahu lakum. Sempena hari Jumaat yang barakah ni ummi nak share 11 orang daripada kita yang mendapat doa malaikat. Untungnya kan..?Doa malaikat didengar & dikabul Allah SWT sebab malaikat adalah suci & tiada dosa.. Marilah sama-sama kita amalkan..
1.  Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.



Akhir kata..anda buat, anda dapat..;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...