Thursday, January 26, 2012

Sebut nama ALLAH lagi baik..malah terbaekkk

Barakallahu lakum.
Hmm..seringkali ummi dengar ungkapan tersasul OMG(oh my god), Oh mak kau/cow, n mcam-macam lagi. De yang kuar benda tak elok..huhu.malah..ada yang menyebut perkataan Islamic/Allah tapi tidak kena pada tempat dan situasinya. Ummi pernah dengar seorang makcik ni terdengar berita kemalangan tapi dia secara spontan menyebut MasyaALLAH. Bukan ke masyaALLAH digunakan apabila kita dapat atau nampak benda yang indah? Sepatutnya sebutlah Innalillah.. Dalam drama/filem pun banyak ummi perasan diorang sebut perkara yang sama. Kita kan Islam, setiap apa yang kita keluarkan samaada perkataan atau perbuatan mencerminkan Islam.. Ummi nak kongsi sket perkataan yang baik setiapkali kita melakukan sesuatu samaada spontan, dalam kawalan atau di luar kawalan kita. Moga lepas ni takdelah dengar-dengar umat Islam berperibadi rendah..huhu. Untuk peringatan ummi juga..Wallahu'alam..

Thursday, January 19, 2012

Lawak Gong Xi Fa Chai

Barakallahu lakum.
Lagi 2hari nak raya cina. De kat calendar ummi ni siap tulis Gong Xi Fa Chai..bermaksud,tahniah kerana anda sudah kaya-raya..perkataan yang sering disebut selain “gong xi fa cai” ialah “xin nian kuai le-harap anda gembira. Pesanan ummi pada yang beragama Islam, jika nak wish perayaan, kenalah tahu maksudnya ye. Jangan suka2 je sebut, takut jatuh hukum HARAM. Contohnya macam MERRY CHRISTMAS, bermaksud sejahtera ke atas tuhan yesus.Nauzubillah..
Jadi, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak.
Bila mereka mengucapkan selamat berkenaan dengan hari-hari besar mereka kepada kita, maka kita tidak boleh menjawabnya kerana hari-hari besar itu bukanlah hari-hari besar kita. Juga kerana ia adalah hari besar yang tidak diredhai Allah Taala; baik disebabkan perbuatan mengada-ada ataupun disyariatkan di dalam agama mereka akan tetapi hal itu semua telah dihapus oleh Din-ul-Islam yang dengannya Nabi Muhammad Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam diutus Allah kepada seluruh makhluk. Allah Taala berfirman.
Ertinya : Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi [Ali Imran:85]
Demikian juga, haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlis atau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, saling memberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam,
Ertinya : Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari Mereka[Hadits Riwayat Abu Daud]
Bagi ummi, menyerupai @ join mereka di dalam sebahagian hari-hari besar mereka akan menyebabkan timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan, dan hal itu boleh membuat mereka mencari-cari kesempatan (dalam kesempitan) dan menghinakan kaum lemah (iman). Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa, baik melakukannya kerana berbasa-basi, ingin mendapatkan simpati, rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan (penghinaan) terhadap Dinullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka. Seolah-olah kita meredhai kekufuran mereka..
Kepada Allah kita memohon agar memuliakan kaum Muslimin dengan Din mereka, menganugerahkan kemantapan hati dan memberikan pertolongan kepada mereka terhadap musuh-musuh mereka, sesungguh Dia Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Ish..ish..Ummi tulis tadi nak story lawak Gong Xi Fa Chai kan..? aiyaa..ummi tertazkirah pulak. Soli2..
Meh sni,ummi nak share citer ni, layan yer..:)

Subject: Chinese Names - Annie Wan (Anyone)

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan? (Anyone)

Operator : Yes, you can speak to me.

Caller: No, I want to speak to Annie Wan!

Operator: You are talking to someone! Who is this?


Caller: I'm Sam Wan (someone). And I need to talk to Annie Wan! It's urgent.

Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?

Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noel
Wan (no one) was involved in an accident. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.

Operator: Look if no one was injured and no one was sent to the
hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!

Caller: You are so rude! Who are you?

Operator: I'm Saw Lee. (Sorry )

Caller: Yes! You should be sorry.

Thursday, January 12, 2012

Tak boleh sentuh MAHRAM ke MUHRIM?

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Barakallahu lakum..

Selalu sangat ummi dengar de orang cakap, "Jangan pegang tangan saya, kita bukan muhrim".. Sepatutnya cakapla"kita bukan mahram"..
Hmm..penggunaan bahasa pun dah salah..nanti lagi salah tafsir..at last,mulalah confuse...
Okla..Ummi nak terang tentang istilah mahram, sebab masih banyak orang yang menyebut dengan istilah muhrim, padahal yang dimaksud adalah mahram.
Dalam bahasa arab, kata muhrim (muhrimun) ertinya orang yang berihram dalam ibadah haji sebelum bertahallul. Sedangkan kata mahram (mahramun) ertinya orang-orang yang merupakan lawan jenis kita, namun haram (tidak boleh) kita nikahi selamanya. Tapi kita boleh bepergian (musafir/jalan2) dengannya, boleh melihat wajahnya, tangannya, boleh berjabat tangan, tak batal wuduk ketika bersentuhan kulit, membuka aurat yang diharuskan sesama mahram (seperti tidak wajib bertudung) dll. Contoh mahram kita yang paling jelas, of course adik beradik, parents dan tokwan/maktok/opah kita kan..? Yang ni kira mahram automatikla..disebut mahram kerana keturunan.

Ni contoh mahram.. Ummi boleh je buka tudung depan tok abah dan paksu Nasrol tanpa was2..:)
Psst..ni pic masa tunang..hehe
Secara autonya kita boleh sentuh tangan diorang ni, boleh nampak aurat... Contohnya, adik perempuan sentuh abangnya.Dah memang abangnya keturunan dia. So,memang mahram dia & secara automatiknya dia boleh je sentuh tangan & buka tudung depan abang kandungnya.
Ada juga mahram atas sebab2 tertentu.. iaitu mahram kerana penyusuan.
Lau anak ayam tu pun menyusu ngan ibu kucing, maknanya anak kucing tu saudara susuan anak ayamla..hik2..
joking je..nk tergelak tgk pic ni.TQ Uncle Google..;)

iaitu kita berhubungan dengan dia kerana penyusuan susu ibu sewaktu kecil(satu ibu susuan, dengan minimum disusui 5x sampai kenyang-5X kenyang dah jadi darah daging). Contohnya, Ahmad menyusu dengan ibu Siti semasa kecil dari baby sampai umurnya 1tahun(sah-sah lebih dari 5X kenyang). So, Ahmad & Siti adalah saudara susuan. Diorang haram berkahwin dan siti boleh je bersalaman dengan Ahmad. & Ahmad boleh tengok rambut Siti.
Ada 7 golongan mahram kerana keturunan dan penyusuan(ni bg perempuan,lau lelaki sebaliknya):
1. Ayah, atuk dan seterusnya ke atas, baik  laki-laki maupun wanita.
2. Anak lelaki, cucu lelaki, dan seterusnya, ke bawah baik laki-laki-laki maupun perempuan.

3. Saudara lelaki sekandung, seayah atau seibu.

4. Saudara lelaki ayah(ayah saudara-adik lelaki/abg kepada ayah), saudara lelaki atuk (adik lelaki/abg kepada atuk) dan seterusnya ke atas baik sekandung, seayah atau seibu.

5. Saudara lelaki ibu (ayah saudara-adik/abg kpd ibu), saudara lelaki nenek (adik lelaki/abg kpd nenek) dan seterusnya ke atas baik sekandung, seayah atau seibu.

6. Putera saudara lelaki (anak saudara kita) sekandung, seayah atau seibu, cucu lelakinya dan seterusnya ke bawah, baik dari laki-laki maupun wanita.

7. Putera saudara perempuan (anak saudara kita) sekandung, seayah atau seibu, cucu perempuannya dan seterusnya ke bawah baik dari jalur laki-laki maupun wanita.

Dan satu lagi boleh jadi mahram kita ialah mahram kerana pernikahan.

Dengan pernikahan, keluarga bertambah besar, silaturrahim bertambah erat:)


Yang ni macam ummi & abi.. Kerana pernikahan, beberapa family abi yang dahulunya ajnabi(orang asing) secara tak langsungnya menjadi mahram ummi. Contohnya ayah mertua(ayah abi) & tokki(atok abi)  dah jadi mahram ummi. Ummi boleh bersalaman dengan mereka.
Contoh mahram secara tak langsung disebabkan pernikahan ialah(ni bagi perempuan,jika lelaki sebaliknya):

1. Suami ibu (ayah tiri), suami atuk dan seterusnya ke atas, berdasarkan surat an nisa:22
   (Jika lelaki: Isteri ayah (ibu tiri), isteri atuk dan seterusnya ke atas, berdasarkan surat an nisa:22)

2. Suami anak, suami cucu dan seterusnya ke bawah berdasarkan an nisa:23
   (Isteri anak, isteri cucu dan seterusnya ke bawah berdasarkan an nisa:23)

3. Ayah mertua, ayahnya dan seterusnya ke atas, berdasarkan an nisa:23
   (Ibu mertua, ibunya dan seterusnya ke atas, berdasarkan an nisa:23)

4. Anak lelaki istri dari suami lain (rabibah), cucu lelaki istri berdasarkan surat an nisa :23
   (Anak perempuan istri dari suami lain (rabibah), cucu perempuan istri  berdasarkan surat an nisa :23)

Iklan free ummi:
So,lau takde kene-mengena selain dari di atas, kita kenalah jaga aurat ye. Pakailah tudung & jagalah aurat apabila berhadapan dengan mereke..Moga bermanfaat untuk semua:)
~Yang takde kena-mengena ni contohnya: sepupu, dua pupu dan ke atas.., abang ipar-duai, adik lelaki ipar-duai.

X faham lagi?Okla..secara ringkasnya...
Harap faham...dan tutuplah aurat walaupun ada ikatan keluarga sebab x semestinya kita bersaudara, kita adalah mahram..;)

Sunday, January 8, 2012

Kak Azzah buat segmen review

Barakallahu lakum.
Hi...tadi blogwalking blog Kak Azzah. Lau buka blog, mesti terjah blog kak azzah ni..coz blog dia langsung x boring.. Best sangat, ditambah pulak dengan doodle yang dilukis sendiri(comel sangat).
Kak azzah de buat segmen review blogger. So,ummi nak joinla.. Sesape nak join bleh click header kak Azzah comey ni ye..:)

Thalassemia tu aper?

Barakallahulakum.

Hmm..last week ummiabi n si tomei wafa sofea balik kg abi(@KKB-Kuala Kubu Bharu). Kitorang meraikan anak-anak buah yang mumtaz dalam UPSR & Sek Agama. Congratulation wat akak Nurul & Akak Nurin..:) Then, nak dijadikan cerita, ngah asyik makan KFC & menjamu selera bagai,tiba-tiba kat TV de iklan Thalassemia. Paklong tiba-tiba tanya Thalassemia tu apa?cmner leh kena ek??Sume dah pandang-pandang ummi..Aduyaii..Ummi penah belajar dulu(siap kuar exam lg)tapi biasela, baca untuk score exam je n ilmu tu gone and gone n byebye..

So..de sikit-sikit je ilmu tu bermain di fikiran.. Recall punyer recall, then datanglah sket(huhu). Secara ringkas ummi cakap Thalassemia ni penyakit keturunan/genetik. Penyakit ni menyebabkan anemia coz gen dia tak dapat produce ataupun kurang produce sel darah merah, so hemoglobin & sel darah merah diorang berkurangan. Diorang pun Ooo... Aiyakk..betul ke ummi ni? Ummi pakai hentam je..hehe..Habisla lau salah. So, ummi terus cari info sal Thalassemia ni. Bila baca details, so tak lari jauhla jawapan ummi tu..SELAMAT..hihi..
So,sape-sape nak tahu details pasal Penyakit Thalassemia ni,bolehla teruskan bacaan..:) Oh ya,ujian saringan perlu dibuat untuk pasangan yang nak berkahwin.. So, please alert about this disease.
Apakah Thalassemia?
Thalassemia adalah penyakit darah yang diwarisi daripada ibu bapa. Penyakit darah ini menyebabkan terjadinya anemia;
Anemia ini disebabkan oleh kekurangan hemoglobin dan sel darah merah.
Hemoglobin adalah protein pada sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.
Apakah penyebab Thalassemia?
Thalassemia selalunya diwarisi daripada ibu bapa. Penghasilan hemoglobin pada sel darahmerah ditentukan oleh sepasang gen.Gen Thalassemia menyebabkan kekurangan penghasilan dan mengakibatkan anemia.
Siapakah yang berisiko mendapat Thalassemia?
Thalasemia kebanyakkan dihidapi oleh orang-orang Mediterranean, Timur Tengah dan Asia.Lelaki dan wanita mempunyai peluang yang sama mewarisi penyakit itu daripada ibu bapa.
Apakah tanda dan gejala Thalassemia?
Pembawa Thalassemia (Thalassemia Trait) tidak menunjukkan sebarang gejala. Mereka adalahsihat seperti biasa. Ia hanya dapat diketahui melalui ujian darah yang khusus.Pesakit Thalassemia major menunjukkan tanda-tanda pada usia awal kanak-kanak seperti;
Letih
Pucat dan kurang aktif 
Bahagian perut yang bengkak disebabkan pembesaran hati dan limpa.
Kekurangan selera makan
Tumbesaran yang terbantut
Bagaimana Thalassemia dikesan?
Thalassemia dapat dikesan melalui pemeriksaan darah, termasuklah complete Blood Count(CBC) dan pemeriksaan hemoglobin khusus. CBC memberikan maklumat jumlah Hb danpelbagai jenis sel-sel darah, misalnya sel darah merah.
Apakah jenis-jenis Thalassemia?(Ada 2 jenis thalasemia, alpha dan beta (berpandukan kepada jenis chain)
Dan terbahagi kepada 3 lagi, minor, intermedia dan major.
Yang sangat memerlukan pemindahan darah adalah yang major)
Thalassemia boleh dibahagiakan kepada 2 jenis;
1.Thalassemia Trait (pembawa penyakit)
2.Thalassemia Major (kadang-kadang disebut sebagai Cooley's Anemia)
Apakah risiko mendapat Thalassemia?
Apabila 2 orang pembawa Thalassemia berkahwin, maka ada 3 orang kemungkinan dengan setiap penghamilan
Anaknya mewarisi 2 gen normal 25%
Anaknya mewarisi 1 gen normal dan 1 gen Thalassemia dari ibu bapanya (ThalassemiaTrait) sebanyak 50%
Anaknya mewarisi 2 gen Thalassemia daripada ibu bapanya dan menghadapi Thalassemia Major sebanyak 25%
 
Iklan free ummi:
Ummi nasihatkan if sesiapa yang ada gen penyakit ini,sebelum berkahwin dengan pasangan, please..do the test/screening. Kesannya pada anak2, kasihan sangat..kerana mereka perlu pemindahan darah,
sepanjang hayat mereka.... Tak boleh miss satu kali pun.
Ini adalah kerana, budak yang ada penyakit Thalassemia, sel darah mereka
sangatlah abnormal, akibat struktur hemoglobin yang tak sempurna.
Ok,ummi ringkaskan di sini...
1) Seorang penghidap berkahwin dengan seorang yang sihat walafiat
SEMUA anak akan ada thalasemia tetapi minor sahaje.
Tiada kesan yang ketara dalam hidup anak2 ni,
ie tak anemic, dan tak perlukan pemindahan darah.
maka mereka dikatakan sebagai pembawa.
 
2) Pembawa berkahwin dengan penghidap..
Kemungkinan anak yang menghidap thalassemia major
adalah 50% which is sangat tinggi.
 
3)Kalau kedua ibu bapa penghidap, 
sangat pasti bahawa anak2 mereka semua akan 
menghidap thalassemia.
 
*Penghidap thalassemia memerlukan pemindahan darah yang kerap.
Jadi, iron dalam darah akan terkumpul dan tak dapat dibuang dari badan.
Maka mereka perlukan suntikan desferal.
Alternatifnya, mereka boleh diberi tablet exjade.
Tapi bayangkan lah mereka perlukan itu semua seumur hidup mereka.
Kasihan kan??? Maka, pergilah buat thalassemia screening..please..please..

Si Kaya & Pendayung Sampan

Barakallahu lakum.

Si kaya nak menyeberangi sebatang sungai. Tapi takde titi kat situ. Yang ada hanya sebuah sampan kecil yang diurus oleh si miskin. Si kaya tiada pilihan. Mahu tak mahu kena juga guna naik sampan. Si kaya naik ke sampan dan si miskin pendayungnya. Perlahan meninggalkan tebing sungai. Si kaya bergaya kerek merenung si pendayung.



Si kaya : Selain sampan yang buruk ini, apa lagi kenderaan yang kau ada?

Pendayung : Hanya sampan ini yang saya ada.

Si kaya : Rugilah kau kerana tak seperti aku. Aku ada kereta mewah. Rumah besar. Ke seberang ni pun sebab nak tengok kebun yang akan aku beli.

Pendayung diam tak terkata. Mengenang nasibnya dengan sampan buruk yang menanti karam. Mendayung perlahan sampai ke tengah sungai. Tiba-tiba satu tampalan lubang di perut sampan tercabut. Air masuk laju memenuhi sampan. Si pendayung tak sempat nak buat apa-apa.

Pendayung : Selain pandai memandu kereta mewah, adakah tuan juga pandai berenang?

Si kaya : Tidak. Aku tidak tahu berenang.

Pendayung : Rugilah tuan kerana tak seperti saya. Saya pandai berenang. Dan sekarang saya dapat menyelamatkan diri dari lemas.



~♥ The moral of story is usah memandang rendah pada sesiapa.   Setiap orang ada kelebihan yang tersendiri. ♥~

Aurat perempuan nampak jer..Aurat lelaki diremehkan..

Barakallahu lakum.

Pada suatu petang ada seorang budak laki menegur seorang budak perempuan kerana ternampak rambut yang terkeluar sikit dari tudungnya..

LELAKI : Weyh kenapa nampak rambut ni..pakai tudung tu betul-betullah, nama je sekolah agama..benda ni pun tak tau..

Budak perempuan itu pun membetulkan tudungnya..lalu budak perempuan itu pun memandang lelaki itu dari atas sampai bawah..

PEREMPUAN : Lelaki boleh ke pakai seluar pendek nampak lutut, nampak pusat? Ada ke dalam Al-Quran MEMBENARKAN memakai seluar pendek nampak lutut kalau main bola?

LELAKI : Kau perempuan, apa kau tau..(dah malu).

PEREMPUAN : Hang lagi teruk sebab SENGAJA PAKAI SELUAR PENDEK atas alasan BERSUKAN..bagi ayat Quran/Hadis yang membenarkan lelaki memakai seluar pendek nampak LUTUT, Hah,baru terdiam..lelaki ini hanya nampak aurat perempuan sahaja tetapi TIDAK SEDAR..diri sendiri pun punyai aurat tersendiri..

✿~ AURAT : Aurat adalah suatu KEHORMATAN DIRI bagi seseorang, yang WAJIB DIJAGA dan DIPELIHARA sepanjang masa..walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat..

✿~ AURAT LELAKI >> AURAT DARI PUSAT HINGGA LUTUT..
Walaupun bermain futsal/bola sepak, hendaklah memakai seluar yang menutup lutut/peha..

✿~ AURAT PEREMPUAN >> Semua kecuali MUKA dan TAPAK TANGAN..ini bermakna KAKI kena PAKAI STOKIN..dan pakaian hendaklah longgar dan menutup aurat dengan sempurna..


Iklan free:
Yang ni lelaki selalu buat..Harap niat kerana sunnah,bukan trend @ berfesyen k..:)
Ni pesanan Ustaz Azhar Idrus pulak...

Thursday, January 5, 2012

Bikin panas jer..

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Barakallahulakum..

Hmmm..hampir sebulan family ummi menghadap benda ni jer... Sedap memang sedap.Lau x namanya bukan RAJA BUAH.. Abi memang ari2 mesti kopek,xjemu2. Ummi lak,dh terhidang depan mata kn..?hehe..apalagi....? Tambahan pula, that's my milk booster u know..Lau ummi makan durian, memang meriahla EBM(expressed Breast Milk) ummi. Alhamdulillah.. Ya mateen..Ya mateen..
Tokki(ayah abi) yang tanam dulu..tapi yang sempat merasa, anak2 dan cucu2nya. Trima kasih tokki...kerana hasil tangan tokki,kami dapat merasa buah-buahan free yang enak2..:) Ada banyak lagi yang xluruh lagi. Bagusla,nanti lagi banyak abi makan..hehe.
So,lau dalam sebulan asyik menghadap durian je...badan dah mula panas2 bahang.. Tido malam pun dah xlena..tekak dah rasa perit. Ummi, Abi & Wafa...(huhu..sian wafa terkena bias sekali sebab she's breastfeeding--maafkan ummi sayang). Kitorang kena minum air banyak2 mulai harini...Wafa pun kena paksa minum walaupun dia bukan penggemar air masak(sangat susah nak bg dia air masak okke..tutup mulut rapat2,lau masuk dalam mulut pun,dia sembur balik..huhu).
Pasni, ummi kena lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan terutama makanan yang panas bahang macam Raja kapur buah ni..huhu..
K,ummi nak layan penyejuk badan plak ni..Skali minum 2 botol untuk melawan balik pemanas badan dek raja buah tu..

When Wafa Sofea turn 1...

Barakallahu lakum...
When Wafa Sofea turn 1,what can she do??A lot u know..hehe
Let us disscuss her details 1st..
NAME: Nurul Wafa Sofea bt Mohammed Salim Ibnu Rahman
D.O.B: 5/12/2010
(by Normal Spontaneous Vaginal Delivery, a 34 weeker preemie) lanjut boleh click
SINI

TIME: 8.30 P.M~ Isyak time prayer
ACTUAL EDD: 11/1/2011
P.O.B: UMMC(University Malaya Medical Center~ coz ummi working there)

Our lil' mujahidah has spent about 30 days in SCN PPUM+NICU, Hosp Ampang(specialist) before she finally discharged on 13/1/11 at 1.810 kg. 
Above all, we are truly thankful to Allah the most merciful for this beautiful gift and we hope to enjoy this beautiful creation until the end of time. Alhamdulillah


So,now she turn to 1year young..TQ sayang for give us happiness.. Senang menjagamu sebagaimana melahirkanmu..Allahu Allah..Alhamdulillah..

-Sekarang dia dah pandai imbang-imbang badan nak berdiri(jalan kena pegang or support with something like sofa or table). Lagipun gegurl kan..?penakut/gayat macam umminya sket.. Pakar orthopaedic sendiri bagitahu ummi yang baby girl more to speaking/language. Baby boy more to motor skill. Plus wafa Sofea is a prem baby(actually she's 11month if her due is on edd). So,no wonder she's a bit "takut-takut" when to start the step..but her mouth start babling, also can speak but in "German celup" language only. Can call me mama not ummi, & call abi= baba. Her paed said that the baby can speak with vokal "a" 1st, then continue with "i", "e", & "O". That's why mama 1st not ummi,huhu.. I'm waiting for that word honey..;)
- Can say "tata,bye2"(with wave Goodbye)...."Muahh"(with flying kiss)...so cute..;)
-She loves foods. Always want to bite the harden foods(4 little tiny teeth popping out)

-Suka mandi dalam bath tub sinki.. [Boleh basuh pinggan ummi sekali..;) ]
Alhamdulillah..atas nikmat air yang ALLAH berikan..:)

Hi..wanna to join me??
-Dah pandai merajuk..hehe, penah skali tu ummi tak bagi dia panjat meja, then terus pegi kat abi... Ummi cak2 pun, bo layan...haha..padan muka ummi..
-Dah teror panjat tangga & meja tapi tak reti turun balik..hehe.
-Suka tolong ummi "mengemas" rumah. TQ sayang...;)
-Dah suka pakai tudung..Alhamdulillah~(Dulu x suka sangat coz wafa cepat berpeluh..so,dia cepat rimas..asyik nak buka je,tapi sekarang ok je.."Wafa dah besyarlah ummi..hehe")
-Kalau bagi makan biskut or roti, dah pandai makan sendiri. Makan sikit-sikit pulak tu..Cleverla sayang ummi ni..;)

-Dah faham arahan. Kalau ummi & abi bagi arahan contohnya duduk, bangun, angkat tangan/kaki dan macam-macam lagi, Wafa akan ikut tanpa banyak soal..Comel sungguh..hehe.

-Kalau makan apa-apa tak kisahla biskut ke..buah ke..or roti,mesti nak suapkan kat ummi & abi sambil sebut "Nyum,nyum,nyum". Mentang-mentanglah ummiabi selau suap dia,then nak suap balik..

-Murah hati...Kalau ummiabi mintak apa-apa dari tangan dia samaada mainnan or makanan dia, wafa mesti terus bagi dengan senyuman lagi..Alhamdulillah..

-Dah tahu mana tempat sakit, gatal, & kotor. Kalau sakit perut,wafa akan datang kat ummi @ abi, selak bajunya & tepuk2 perut dia suruh letak minyak Yu Yee.hehe..comey taw..;)
Kalau gatal lak,dia akan garu-garu kat tempat tu sambil tunjuk kat ummi. Then ummi letak bedak,terus dah tak garu-garu dah..
Ada sekali tu, ummi tunjuk kaki dia kotor berdebu coz explore banyak sangat tempat..Ummi masuk stor pun dia syibuk gak nak masuk,then berdebu sket kaki dia. Ummi bawak dia kat sinki, pastu dia hulurkan kaki dia suruh basuh. Sejak tu,kalau ummi tunjuk kaki dia kotor & bawak gi sinki, mesti cepat2 dia hulur kaki dia tu..heh~

-Yang ni paling ummi terharu...Wafa sofea automatically akan angkat/tadah tangan berdoa sebaik dengar doa,surah,bacaan Al-Quran @ nasyid. Even azan pun dia tadah tangan berdoa. Pernah ummi menyusukan wafa,tiba-tiba azan berkumandang dalam tv, trus wafa stop feeding, bangun & tadah tangan berdoa. Dah habis tu, dia sambung breastfeeding balik...hehe..sweetnyerr.. Moga Wafa menjadi anak yang solehah.Amin..Amin..Amin..

Banyak lagi kalau nak ummi listkan satu-persatu kat sini..hehe..;)Macam ummi sorang ada anak kan..hihi..Takpela..Wafa anugerah & amanah ALLAH yang tak ternilai bagi ummiabi. Memang kami sangat bersyukur dengan kehadirannya.. InsyaALLAH..doakan moga Wafa Sofea terus membesar sihat & genius. Alhamdulillah...atas kurniaanMU ini Ya Allah~

Wednesday, January 4, 2012

Happy 1st birthday Nurul Wafa Sofea..:)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Barakallahu lakum.
1stly...Ummi mohon maaf sebab lambat post entry ni..
Wafa recently turn 1 year old young on 5th December 2011 a few days ago.

Wafa...on that day..wonderful day.., a star of pure love appeared to be our(ummi & abi) gift.. Present from ALLAH..
YOU!!....(NURUL WAFA SOFEA MOHAMMED SALIM)
Wow, I can't believe you're one already..Happy one, Honey Bun!You're growing up so fast, Happy first birthday little one!!
We're very thankful for all the joy you bring into our life.. Ummi & Abi amat3 sayang & kasihkan Wafa.. Moga Wafa membesar sihat walafiat, menjadi anak yang solehah, hamba ALLAH yang beriman dan bertaqwa..serta diberikan akal yang cerdas, seterusnya berjaya di dunia & akhirat.Amin..Amin..Amin..




Alhamdulillah, With Allah's will, Ummi has breastfed you until now. May Allah gives us chance to complete the journey until you turn 2. Ameen. *ummi loves u sooo much*
So, memandangkan Wafa still kecik molek..kitorang tak celebrate besar2 pun birthday Wafa. Just buat family treat. UmmiAbi belanja/wat makan2 dengan family je. Tunggulah Wafa dah besar sket dan dapat rasai sendiri feeling celebrate birthday tu, kita buat ye sayang.. Thus,Xmas day ummiabi & sume family berkumpul di kg@ Perlis.. UmmiAbi belanja Maktok&Tokwan together with all Ummi's sibling & treat at Koma Laut Ikan Bakar. Senyum je wafa on that night.. Tapi,ummi xsempat amik gambar, yela..nak pegang wafa n nak makan lg.. Nak jalan2 lagi..At last,sorang pun xde gambar. Tapi Ummi paparkan juga lauk& tempat yang exactly same on that night...TQ Uncle Google..:)
Ni masa siang

Keadaan masa malam

Ni antara lauk yang dipesan. Ikan yg dibakar tu ikan gerut. most popular fish kat perlis. Sedap tau.Lau bakar, mesti menjadii..;)
Tomyam wajib ader...
 Best sangat lepaking dengan family. Abang Zafryn,makngah,paksu O'ol(Nasrol) & maklong sekeluarga sempat lagi pusing2 kat Komalaut tu naik kuda. UmmiAbi, Maktok dan Tokwan xmo naik..hehe, tambahan malam tu angin kuat sangat. Sejukkk..takut wafa selesema plak..
After balik dari Perlis, next weekend tu kitorang balik Kuala Kubu Baharu(KKB) sambut birthday Wafa belah family Abi lak. Sume adik beradik abi balik kecuali PakLong coz nak uruskan akak Nurul nak msuk sek menengah. We all have fun at there. Just a simple celebration. Macam kat perlis,just wat makan2. Abi beli KFC banyak2, Wan masak 2,3 lauk and kebetulan Cik Shahir beli pulak nasi Arab.. Fuuh..memang kekenyangan..Alhamdulillah..

Nak jugak tempek KFC..hehe. Ni pun mintak kt Uncle Google..;)



OK...layan pic wafa dah besyar.. Harap wafa makin besyar lagi..coz wafa ni mudah sangat turun berat badan. Lau demam or batuk, mesti turun..tapi amatlah susah nak naik balik..huhuhu..Xpela sayang, asalkan sihat kan..?



Lau pasan,pic wafa ms tecik dlu tembam2 dan pic skrang dah kurus..huhu
Sila  click gambar utk tumbesaran..he
  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...