Sunday, January 4, 2015

Filter kawan, teman & sahabat


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah & hafizah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala.. iaitu Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Alhamdulillah..masih dipanjangkan umur menemani Abi, & anak2 dan berjumpa tahun 2015..

Tahun 2014 macam2 dah Allah bagi kat kita kan...?Alhamdulillah...Allah dah bg mcm2. Kadang2 kita minta kaca Allah bg berlian. Ada juga kita minta tapi Allah x bagi rupanya Allah bagi yg lebih baik.. Nikmat mana lagi yg kamu dustakan?Allahu Allah..syukur Alhamdulillah... Moga kita lebih bertaqwa bermula tahun ini & tahun akan datang(jika Allah izinkan umur panjang). Tingkatkan pahala..kurangkan dosa..(peringatan tegas buat UmmiAbi...huh)

Sambil minum2 dengan abi...

Ummi: Moga tahun 2015 abi murah rezeki dan menjadi org2 yg suka bersedekah serta lebih bertaqwa..

Abi: Rezeki tu Allah dah tulis...Dari kita belum lahir lagi dah termaktub. Yang merisaukan adalah amalan2 kita. Yang kita nak bawa menghadap Allah kelak..Apalah kita nak bawa dan tunjukkan pada Allah nanti...
Kadang2 abi penat dah nak ambil tahu pasal dunia, politik, kenapa pemerintah begini, mengata orang tu buat dosa, mengata itu, mengata ini...Cukup2lah... Banyaknya dosa dari setiap perkataan dan perbuatan yg sia2 selama ni.
Di padang Mahsyar nanti, masing2 berbogel tidak berpakaian dan duduk dekat2 antara 2tapak kaki je antara kita semua. Masa tu takde siapa pun nak ambil tahu pasal aurat org sebelah yang tidak berpakaian. Tangan kau cantik ke..kaki kau putih ke..Takde. Semuanya memikir pasal diri sendiri. Apa yang hendak kita tunjuk pada Allah nanti...huhu. Cukup2lah buat dosa...Kita cari dan cari pahala walaupun sikit tapi meningkat/istiqamah..

Ummi:..............................Allah..................
*************************************************************
Ummi: Jika kita dah usaha elakkan dari dosa tapi orang/manusia yang mencari pasal ataupun membawa dosa2(gosip/umpatan) kepada kita, bagaimana?

Abi: Elakkan..jauhkan diri...

Ummi: Jika datang juga?

Abi: Tinggalkan....berpisahlah/buat tembok pemisah . Pilihlah sahabat untuk akhirat pula..

Ummi: Hmmm..ibarat FB, jika x suka atau annoying  friend kita tu menyusahkan atau sekadar menambahkan dosa sahaja, Unfriend je..Mudah kan..(InsyaAllah..jika perkara baik, Allah mudahkan..)


Persahabatan Menurut Al Hadis dan Al Quran
Susunan: Amiene Rev

Kawan, persahabatan dan persaudaraan mempunyai makna yang menjunjung prinsip kehidupan. Saya(rujuk Amiene Rev) telah menyusun beberapa hadis dan ayat-ayat Al Quran berkaitan dengan persahabatan untuk dijadikan rujukan.

Ayat Al Quran Mengenai Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat
(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

Hadis Persahabatan: Memilih Kawan
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)


Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan: Orang Zalim Yang Menggigit Jari
"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)


Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Jangkitan Orang Durjana
"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)


Hadis Mengenai Persahabatan: Orang Mukmin
"Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin." [Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Jamuan Orang Bertakwa
"Janganlah memakan jamuan anda melainkan orang yang bertaqwa." (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Cermin
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah
"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)


Hadis Persahabatan: Memanfaatkan Kelebihan Diri Untuk Menolong Orang Yang Tidak Ada Kelebihan Tersebut
"Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan." (Riwayat Muslim)


Hadis Persahabatan: Rasa Sayang
“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Doa Untuk Sahabat
Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:
عن عمر رضي اللهم عنهم قال استأذنت النبي صلى اللهم عليه وسلم في العمرة فأذن لي وقال لا تنسنا يا أخي من دعائك فقال كلمة ما يسرني أن لي بها الدنيا

Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Bermanis Muka
Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)



Hadis Persaudaraan: Dua Muslim Berjabat Tangan
Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن البراء قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا

“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)



Hadis Persahabatan: Sering Ziarah-Menziarahi
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:
عن النبي صلى اللهم عليه وسلم يرفعه إلى الرب عز وجل قال حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتزاورين في وحقت محبتي للمتباذلين في وحقت محبتي للمتواصلين في

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Kelahiran Anak
بورك لك بالموهوب وشكرت الواهب ورزقك بره وبلغ أشده

“Semoga Allah memberkati anda dengan kelahiran anak ini. Semoga anda bersyukur terhadap kurniaan Allah, mudah-mudahan anda dikurniakan kebaikan setelah ianya membesar.” (Diriwayatkan daripada Hussein Saidina Ali)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Perjalanan Jauh
الحمد لله الذي سلمك وجمع الشمل بك وأكرمك

“Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anda dalam perjalanan, mempertemukan saya dengan anda serta telah memuliakan anda dengan perjalanan tersebut.” (Diriwayatkan daripada Para Leluhur Silam; Salaf)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Medan Perjuangan Atau Jihad
الحمد لله الذي نصرك وأعزك وأكرمك

“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kemuliaan dan pengorbanan.” (Riwayat Muslim, Nas’I daripada A’isya)


Hadis Persahabatan - Ucapan Untuk Saudara - Pulang Dari Menunaikan Haji
تقبل الله حجك وغفر ذنبك وأخلف نفقتك

“Semoga Allah menerima ibadah hajimu, mengampunkan dosamu, serta menggantikan semula harta yang telah anda belanjakan.” (Riwayat Ibnu Sunni daripada Ibnu Umar)


Hadis Persahabatan: Memberikan Hadiah
عليك بالهدايا فإنها تورث المودة وتذهب الضغائن

Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:
تهادوا تحابوا

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)


Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain.
Rasulullah s.a.w. menerangkan:
للمؤمن على المؤمن سبعة حقوق واجبة من الله وجل، الإجلال له في عينه، والود له في صدره، والمواساة له في ماله، وأن يحرم غيبته، وأن يعوده في مرضه، وأن يشيع جنازته، وأن لا يقول فيه بعد موته إلا خيرا عز


“Tiap orang Mukmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
menziarahinya ketika sakit,
mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”

(Riwayat Ibnu Babawaih)
Kredit sumber & ilmu bermanfaat hasil nukilan Duke Amiene



NotaUmmi:
Ingin sekali ummi tegaskan di sini(juga buat peringatan UmmiAbi juga)...
Dalam apa jua keadaan persahabatn/persaudaraan, janganlah ada perasaan 'bersangka-sangka". Sekali kita dah ada perasaan tersebut, syaitanlah makhluk paling girang dan gembira sekali..
Sentiasalah Husnuzon..elakkan Suudzon..





Firman Allah yang bermaksud : “Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.” (Al-Isra : 36)

Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka..

Wahai sahabat/teman/saudara mahupun jiran sekalipun, Jauhilah sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api, satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat..semuanya bergantung kepada bagaimana kita menilainya..



Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..
Orang beribadah disangka riak
Orang yang “relax” disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka “diet”
Orang baik disangka buruk
Orang tutup pintu kuat disangka marah rupanya angin :p
Orang berkejar masuk rumah disangka Tak Nak tegur rupanya anak meragam/kita pun x solat lagi
Orang tak keluar disangka Sombong rupanya Anak tengah tak sihat..
Jadi...bersangka baiklah kita..



☼ Orang buruk disangka baik
☼ Orang senyum disangka mengejek
☼ Orang masam disangka merajuk
☼ Orang bermuzakarah disangka mengumpat
☼ Orang diam disangka menyendiri
☼ Orang menawan disangka pakai susuk
☼ Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..
••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah...




Kita tak tahu keadaan orang yang disangka-sangka itu. Bukankan berfikiran positif adalah yang terbaik. Mengapa manusia suka dosa2 free melainkan pahala2 free yang boleh dijadikan tiket ke syurga???Allah..Ya Allah..Mohon perlindungan dari Allah melindungi UmmiAbi serta keturunan kami dari sifat bersangka-sangka ini.. Ameen..Ameen.

2015 ni filterlah kawan/sahabat/saudara/jiran/ahli group anda. Jika terpaksa unfriend, itu lebih baik jika statusnya lebih ke arah dosa/keburukan..
Wallahu'Alam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...