Friday, December 12, 2014

Alhamdulillah..Zara sempat "DCC" semasa kelahirannya

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah & hafizah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala.. iaitu Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear...
Tahu tak DCC tu apa?
Salah satu nikmat semasa bersalin selain Gentle Birth/Natural Birth, Home/car/toilet Birth, Hypno Birth, En Caul Birth & Water Birth...(^,^) Segala jenis "birth" tersebut dapat diteruskan dengan DCC/LB..

DCC ialah Delayed Cord Clamping iaitu ibu bersalin membiarkan seketika(2-30mins) tali pusat bayi bersambung dengan urinya sehingga ibu itu sendiri membenarkan si ayah atau pihak hospital memotong tali pusat tersebut.

LB ialah LOTUS BIRTH iaitu amalan tidak memotong tali pusat bayi selepas ibu bersalin dimana uri & talipusat disimpan sehingga TANGGAL SENDIRI dr pusat bayi.

Ibu-ibu yang bertuah yang dapat memberikan nikmat DCC kepada bayi mereka berkemungkinan boleh meneruskan dengan "Skin to skin contact" dengan baby & Lotus Birth pulak.. Allahu Allah..betapa bersalin itu sebenarnya nikmat jika kita tahu caranya. Semua orang perempuan(yang berkahwin) ingin bersalin seperti nikmatnya & mudahnya Mariam melahirkan Nabi Isa a.s.
Ummi tak nafikan yang "sakit Bersalin" itu sememangnya sakit, namun kita boleh dapat dalam bentuk "Nikmat" jika kita tahu bagaimana untuk menghadapi keadaan itu, dengan kata lain...kita BERSEDIA LEBIH AWAL DAN SENTIASA BERSEDIA(MENIKMATINYA)

Sebenarnya WHO pun ada recommended pasal ini tapi mungkin parents tak alert atau buat tak tahu atau memang tak tahu tentang DCC/LB ni. Medical teams of course tahu tapi tak ramai yang support/galakkan sebab apa tak tahula...mungkin meremehkan kerja mereka atau mereka sekadar memberi layanan ikut prosedur semata-mata(dari segi kemanusiaan & natural/gentle birthing pandai2lah ibu & ayah uruskan). Tapi mummies..selagi kita boleh bersuara, bersuaralah...itu anak kita. Kita tahu apa yang terbaik. Tapi parents yang nak DCC/LB ni mestilah "informed decision"(bukan sebab orang buat, kita nak buat). Kita mestilah ada ilmu dulu untuk terangkan pada hospital sebab kita DCC/LB. Ilmu tanpa Amal sangatlah sia2. Tapi Amal tanpa ilmu lagilah teruk. Kesannya akan kembali pada diri sendiri..

Alhamdulillah...jika baca balik entri ummi lahirkan Wafa Izzara, dengan izin Allah..Zara dapat nikmat DCC walaupun tak dapat LB sebab bersalin di hospital. Syukur tak terhingga...Jika dapat LB lagi best kan.. InsyaAllah..next birth. Minta sahaja pada Allah..(^,^)
Sebenarnya, masa lahirkan Zara ummi takde ilmu terperinci tentang DCC. Secara kebetulan dan rezeki dari Allah dapat nikmat DCC tu asbab ummi lahir takde staf assist(Unassisted birth walaupun di hospital uols..he), then mereka jadi kalut untuk pasang tag & ambil keterangan, acara potong talipusat delay lebih kurang 15minit lebih. . Lupa atau tak perasan kot..hihi. Alhamdulillah...perancangan Allah adalah terbaik..




Kebaikan DCC dan LB:

Ironinya dalam DCC/Lotus Birth ini ialah plasenta dapat memberi manfaat kepada babyi selama 9 atau 10 bulan ketika baby dalam kandungan, maka ia boleh terus memberi faedah kepada baby selepas kelahiran. Pengamal Lotus Birth percaya bahawa dengan kaedah ini, bayi tidak memerlukan imunisasi tambahan, kerana plasenta memberi cukup bekalan antibodi dan imunisasi yang diperlukan oleh bayi.


Lotus Birth dikatakan terdapat dalam ajaran Buddha, mungkin ada kaitan dengan kelahiran Siddhartha Gautama yang boleh berjalan sebaik saja dilahirkan, dan setiap langkahnya menghasilkan bunga teratai.

Di dalam Islam, uri diharuskan ditanam selepas dibersihkan dengan baik sebagai tanda pernghormatan terhadapnya.

Negara Amerika merupakan negara perintis Lotus Birth ini , dan diperjelaskan bahawaLotus Birth ini sebagai langkah pencegahan untuk melindungi bayi dari jangkitan luka yang terbuka.

Walaupun ia agak baru di Malaysia,Budaya tidak memotong talipusat ini telah lama diamalkan dalam budaya Bali dan budaya orang asli. Bali mempunyai pelbagai tradisi dan ritual mengenai proses kelahiran. Setiap kelahiran membawa cerita yang baru dan berbeza untuk dijadikan sebuah pelajaran. Setiap wanita menyanyikan lagu kelahiran sendiri untuk bayinya. Ada banyak kegembiraan dan perayaan pada saat kelahiran.

Antara beberapa sebab mengapa ibu-ibu memilih untuk melahirkan secara Lotus Birth?


1.Tidak ada keinginan ibu untuk memisahkan plasenta dari bayi dengan cara memotong tali pusat

2.Supaya proses peralihan bayi berlaku secara lembut dan damai, yang membolehkan penolong persalinan untuk memotong tali pusat pada masa yang tepat.

3.Merupakan suatu penghormatan terhadap bayi dan plasenta.

4.100% memastikan bahawa bayi mendapat kandungan darah optimum dan khusus yang diperlukan bagi bayi.

5.Mendorong ibu untuk menenangkan diri pada minggu pertama selepas bersalin sebagai masa pemulihan sehingga bayi mendapat perhatian penuh.

6. Mengurangkan kematian bayi kerana pengunjung yang ingin bertemu bayi. Sebahagian besar pengunjung akan lebih memilih untuk menunggu hingga plasenta telah lepas.

7.Alasan rohani atau emosional.

8.Tradisi budaya yang harus dilakukan.

9.Tidak bimbang tentang bagaimana mengklem, memotong atau mengikat tali pusat.

10.Kemungkinan menurunkan risiko jangkitan (Lotus birth memastikan sistem tertutup antara plasenta, tali pusat, dan bayi sehingga tidak ada luka terbuka)

11.Kemungkinan menurunkan waktu penyembuhan luka pada perut (adanya luka memerlukan masa untuk penyembuhan.sedangkan jika tidak ada luka, masa penyembuhan akan sekurang-kurangnya)

12.Tujuan lb juga adalah untuk mengelakkan kesakitan pada bayi (dgn mengerat tali pusat) dan membiarkan tali pusat tertanggal secara semulajadi disamping dikaitkan mempunyai faedah2 tertentu.

Antara faedah2 yg dikatakan dapat diperolehi daripada amalan lb adalah :
- Mempercepatkan penyembuhan & mencantikkan pembentukan pusat
- Meningkatkan imuniti bayi
- Meningkatkan ikatan mak dan baby (kerana bayi yg masih bersambung dgn uri dpt duduk lebih lama dgn ibu tanpa sebarang gangguan)


*Hanya kerana tali pusat telah berhenti berdenyut tidak bermakna tali pusat menjadi tidak berguna lagi. Tali pusat boleh terus berdenyut sekitar 2 hingga 3 jam.

kredit picture from mamanaturally

*Apapun sebabnya untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan dalam sesuatu tindakan, rujuk lah kepada pakar-pakar dlm bidang tertentu atau sebagai sandaran. Dapatkan saranan daripada pihak-pihak yang lebih tahu tentang hal ini..


Anda boleh membaca rujukan lanjut tentang lotus birth ini di sini atau anda juga boleh baca apa itu lotus birth


Apa-apa pun, perkongsian kami tentang Lotus Birth ini adalah untuk menambah pengetahuan anda.


Untuk cara>> pengurusan uri mengikut ajaran Islam, anda boleh rujuk di link berikut <<Pengurusan uri mengikut ajaran islam



Kredit Ilmu Bermanfaat dari entri Kak Faz dan Kak Pija. Syukran sodiqaati..(^,^)
Untuk menimba banyak dan banyak lagi ILMU BERMANFAAT boleh join Gentle Birth Group.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...