Wednesday, November 19, 2014

Haiya 'alasSolah...(TIPS SOLAT UNTUK ANAK BAWAH 7 TAHUN)

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah & hafizah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala.. iaitu Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..





Allah berfirman: 

وأمر أهلك بالصلاة واصطبر عليها…..
Dan perintahkanlah kepada keluargamu untuk melaksanakan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya….(Thaha: 132)



Dalam sebuah hadis Rasulullah mengatakan:


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا، وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ»
“Muru auladakum bissolati wahum abnau Sab’i sinina, Wad ribuhum alaiha wahum abnau asrin. Wafarriku bainahum fil madoji-i “
“Perintahkanlah anak kamu untuk solat apabila masuk usia 7 tahun dan jika berumur 10 tahun dia tidak mahu solat, maka pukullah(yang tidak merosak/hanya sebagai pengajaran), dan pisahilah tempat tidur mereka(bagi anak lelaki dan perempuan)”. (HR. Abu Daud) 


Rasulullah menjelaskan dalam hadis ini bahwa ibu bapa harus memerintahkan anaknya untuk solat mulai dari berumur tujuh sampai sepuluh tahun. Itu artinya selama tiga tahun dia harus bersabar membimbing dan mengingatkan terus tentang solat(continous). Oleh  itu kita boleh buat kiraan(calculate) berapa kali perintah itu harus kita sampaikan kepada anak.


Perintah itu selama tiga tahun, tiga tahun sama dengan 3 x 365 hari = 1095 hari. Sementara solat 5 x sehari semalam. Jadi 1095 x 5 = 5475 x perintah.


Oleh itu, kita mempunyai kewajiban 5475 x mengingatkan anak untuk solat sebelum kita mempunyai hak terhadap anak. SUDAHKAH ANDA?
Betapa pentingnya solat kan.. Betapa ruginya kita yang dah terlepas atau sengaja meninggalkan solat sejak dari umur 7tahun atau 10tahun?(T,T)
Sempatkah ummiabi mengqada'kan solat2 yang terlepas (sejak dari umur 10tahun)?Allahu.... Moga Allah menerima taubat kami..


Ummi sekadar mahu berkongsi tips dari Al-fadhil Ustaz Wan Asrul bagaimana anak-anak beliau solat tanpa disuruh atau diarah.. Tips untuk UmmiAbi serta ibu bapa yang lain. Bagi ummi cara Ustaz Wan dan zaujahnya sangat terapkan kasih sayang dan bukan paksaan yang patut kita contohi.
Moga Ilmu yang disampaikan ustaz bermanfaat buat kita semua..





Kakak dah masuk 4tahun bulan 12 ni... Adik Zara pulak setahun 8bulan. Apa yang Ustaz Wan sarankan untuk kanak2 bawah 7tahun adalah sikap "tunjuk", "pendedahan" & "mendekatkan" serta "memperkenalkan" mereka terhadap "SOLAT".

*Adik Zara(1tahun+) dalam fasa memerhati seterusnya akan mencuba. Mungkin dia akan lakukan sehabis baik walupun tidak secantik/seelok apa yang ummiabi buat, namun itu adalah terbaik. Contohnya simpan buku. Kita akan simpan elok2, buku yang lebih besar di bawah sekali. Namun bagi Adik Zara, asalkan simpan buku(walaupun tak tersusun) itu adalah kejayaan yg cukup besar baginya.MasyaAllah..Alhamdulillah..

*Kakak(4tahun) dalam fasa mencuba dengan gandaan seterusnya terus memerhati. Mencuba dengan gandaan ini bermaksud, jika ummi suruh kakak angkat baju di ampaian. Berdasarkan pemerhatian sebelum ini memerhatikan ummi angkat kesemua baju termasuk seluar dan tuala(bukan baju sahaja) membuatkan dia faham angkat baju dengan yang lain2 juga. Cukup hanya ummi suruh dia angkat baju di ampaian tapi dia respon dengan mengangkat semua sekali wlupun tak cukup tangan & habis jatuh2 sepanjang jalan..hehee. MasyaAllah...Alhamdulillah..

Inilah yang Ustaz Wan tekankan buat ibu bapa, membesarkan anak mengikut fasa dan bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW. Cara ini lebih berkesan daripada kita menyuruh, menengking, memaksa anak2 melakukan sesuatu. Fitrah mereka yang berakal dah cantik Allah ciptakan. Namun, kita yang perlu bijak menggunakan & mengatasinya

Untuk permulaan, UmmiAbi buat benda baik2 "sengaja" di hadapan mata mereka. Kalau dulu masing-masing solat di dalam bilik, then kat luar mereka main2 sementara kami solat. Ooh...memang takkan dikacau time solat tapi didikan takde. So, sekarang semua telekung, jubah dan sejadah kami bawak keluar ke ruang tamu. Nak solat mesti depan mereka dengan niat mahu didik(tapi tak suruh).

Alhamdulillah..kalian suka..(^,^)
Perlahan-lahan kakak&adik zara akan turut serta solat berjemaah.
Kadang-kadang dah habis "jemaah" tak habis lagi solat masih nak solat..kikiki


Kalau time azan, mesti sekarang berebut-rebut nak amik wuduk & nak solat. Adik Zara pun dah pandai suruh sarungkan tudung. Kadang-kadang tak sempat, ummi sarungkan je tudung kerja ummi. Sebab ummi nak kena masak pulak. Kalau layan sampai ke isyak kita tak makan sayang2 intan ummiabi ooiii..hehehe

Alhamdulillah, kakak dah boleh lancar bacaan solat sampai rukuk walaupun masih pelat. Syukur ya Allah.. Adik Zara selalu mengikut sahaja apa yang kakak buat..(^,^) Sejuk sampai ke perut ummi melihat kalian..Nikmat sangat..

Kakak sujud..
Dia lari ke depan..hehehe
Abi selalunya solat di surau sebab surau sangat dekat dengan rumah kami. Kakak selalu request nak ikut, tapi abi cakap kakak elok solat di rumah, jemaah dengan ummi. Alhamdulillah...kakak dah mula faham..
Sekali-sekala atau hari weekend abi bawak gi masjid/surau..
Bahagianya mereka... Tempat paling mereka suka....Masjid buat mereka tenang..(^,^)


Moga anak-anak syurga ummi terus istiqamah dalam mendirikan tiang agama kita.. Ianya WAJIB, tiada langsung alasan untuk meninggalkan solat sehingga Allah beri kita rukhsah(kena lakukan juga walaupun x berdaya seperti sakit). Berdosa besar tinggalkan solat. Azabnya amat pedih..Nauzubillahiminzalik. UmmiAbi tak sanggup anak-anak kesayangan ummiabi terima azab itu.. Tak sanggup(T,T)
Jika kita tinggal puasa, perlu ganti kerana puasa itu wajib. Namun solat wajib pada waktunya. Cuma kita yang dah tertinggal solat kerana jahil, qada'lah selagi hidup..Moga Allah terima taubat kita dan juga terima solat qada' kita...(T,T)



Azab meninggalkan solat


Ohya..sebelum ummi akhiri nukilan kali ini, ummi nak share video yang sempat ummi record. Asalnya nak record "bacaan solat" kakak untuk tatapan abi bila balik dari surau. Tapi lain pulak jadinya... Bergegar badan ummi tahan gelak..kekeke..
Kalian memang penghibur UmmiAbi..Terima kasih Ya Allah..(^,^)

video
Kakak dah tak tahan sangatlah tu...Tengah syok2 baca bacaan dalam solat, adik Zara yang asalnya molek pakai tudung, tiba2 tudungnya terjatuh ke belakang...hahaha
Adik Zara "perasan" kita gelakkan kat dia, dan dan disembur...haha(Alahaiii) Cover malulah tu...(^,^)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...