Sunday, October 12, 2014

Tutup aurat...dan solatlah sayang.. Tak perlu telekung.

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah & hafizah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala.. iaitu Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear, ummi pernah mengalami beberapa situasi "serba-salah solat" ketika ummi belajar di alam persekolahan dan universiti dulu...

Entah sejak bila "telekung" merupakan syarat untuk menunaikan solat. Mungkin mindset atau telah diasuh dari kecil, nak solat mesti kena ada telekung.

Situasi 1:
Menghadiri kelas petang, ummi & kawan2 akan menunaikan solat di surau. Ummi & kawan2 memang jenis bawak telekung(padahal sudah bertudung labuh & memakai stokin-pakaian seragam SMKA). Ini mindset, entah kenapa sanggup berpeluh2 pakai 2,3 lapis kain untuk menunaikan solat. X selesa sebab tak mandi 1 hal, berpeluh melekit-lekit 1 hal..Boleh khusyuk ke?Banyaknya hal...Pakaian seragam kami memang sudah tebal, ade cekak di tangan & berstokin tebal...
Kesannya, jika terlupa bawak telekung, semua kelas dipergi & ditanya, sesape bawak telekung??I nak pinjam.. sambil tercungap-cungap berlari ke surau balik... Alahai...menyesal kalau ingat balik.

Situasi 2:
Di surau R&R ketika ummi sekeluarga on the way balik kampung. Ramai lagi makcik2 yang tak solat lagi sebab menunggu telekung. Ummi tengok di penyidai, telekung dah habis orang awam guna. Ummi hanya bawak stokin tebal je. Pergi ambil wuduk, tukar stokin kaki biasa(skin sock) ke stokin tebal(black sock). Solat seperti biasa..
Selesai solat, ummi perhatikan makcik2 tadi masih menunggu giliran untuk menggunakan telekung. Apa yang ummi perasan, makcik2 itu sudah cukup syarat sah untuk solat kerana pakaian mereka longgar & labuh iaitu berbaju kurung., cuma tiada stokin. Allah..kalau ummi ada stokin lebih & tidak mengejar masa, boleh bagi... Waktu solat dah nak habis...huhuhu(T,T). Ummi hanya bawak 1 stokin je masa tu untuk digunakan untuk solat seterusnya.
Ummi doakan mereka sempat kejar waktu solat...

Situasi 3:
Ummi tengah buka kasut untuk masuk solat di Surau shopping complex/Mall..
Terdengar beberapa remaja keluar surau balik & mengomel telekung dah habis..
Remaja 1: Kita balik solat kat rumahlah..telekung dah habis..
Remaja 2: A'ah...sempat ni...
Alahai, sayangnya....mereka meletakkan solat no.2 selepas telekung. Sepatutnya apa2 pun solat dahulu. Cari cara untuk mendahulukan solat. Jika ada duit, boleh ke shopping complex balik & beli stokin atau skirt labuh(jika seluar jeans yang dipakai terlalu ketat).
Ummi doakan mereka masih panjang umur & sihat semasa tiba di rumah masing2..

Kesalahan ummi:
Abi meletakkan kesalahan pada ummi kerana meletakkan "diri sendiri selemah-lemah iman" kerana hanya mendoakan dari hati. Tidak menegur dengan perbuatan mahupun perkataan. Allah...
Abi pernah kata, kadang-kadang "mereka" ini dihantar oleh Allah untuk menguji kita atau untuk Allah beri ganjaran kepada kita. Tapi kita selalunya lepaskan begitu sahaja.. Ruginya...
Sama juga seperti orang miskin datang minta duit pada kita...ataupun seorang pakcik yang kehabisan duit untuk pulang ke kampung memilih kita untuk meminta sedikit wang buat tambang bas... Juga seorang fulan menceritakan dompetnya hilang kepada kita.. Semuanya bergantung pada tindakan kita seterusnya, sama ada mahu ganjaran dari Allah SWT ataupun tiada apa2 kredit yang kita dapat...
Rugi kan sayang?

Ok, berbalik pada situasi2 di atas,

Bagi ummi, telekung sesuai di rumah kerana di rumah sahaja kita berpakaian tidak formal seperti kain jarang, lengan pendek, tidak bertudung etc. Kerana kat rumah pelbagai aktiviti dilakukan bersama keluarga. Tiba waktu solat, kita tidak perlu menukar baju tebal & bertdung bagai. Hanya menyarung telekung & bersolat...(^,^)

Di luar rumah, kita sudah menutup aurat. mengapa perlu menyarung telekung pula? Bukankah syarat sah solat hanya menutup seluruh tubuh kecuali muka & tapak tangan? Inilah sebabnya mengapa ISLAM mewajibkan muslimah menutup aurat bukan bungkus aurat. Islam itu mudah, namun jangan ambil mudah ye..
Apa yang dapat dikonklusi di sini... Menutup aurat itu bukan sahaja wajib, malah memudahkan kita sebagai muslimah.
Untuk memahami lagi, jom tengok video yang bermanfaat ni...:)
video
Kredit video to SITI HAZIRAH ZAINI

#Ohya, ummi sekadar mahu berkongsi tips ummi setakat ni. Ummi memang suka pakai jubah(dalam mesti pakai seluar panjang ye jika ingin berjubah). Then, bila mahu solat, just bawak stokin je...
Tapi...itu dulu...sekarang dah ade anak ni, ummi akan standby sehelai jubah dalam kereta if baju kita terkena muntah anak ke...terpijak dek kasut anak ke... So, ada 1 beg kecik untuk sehelai jubah & sehelai stokin...(tapi selalunya bawak keluar stokin je sbb baju bersih je..). Tak berat mana pun setakat sehelai jubah & stokin comel tu..kan..
Tips ni juga untuk digunakan bila tiba2 kita menerima 1 berita kematian atau nak gi kenduri atau melawat orang sakit. Takkan nak pakai baju yang pergi kerja tu melawat orang sakit atau kematian kan.. Boleh pakai jubah yang memang dah tersedia dalam kereta tu.. (^,^). Sopan, tenang & menyihatkan orang yang sakit tu..:)

JOM ULANGKAJI:



SYARAT-SYARAT SAH SOLAT

1-Beragama Islam
2-Baligh
3-Suci dari hadas
4-Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat.
5-Menutup aurat. Aurat bagi wanita,seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya.
Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut.
6-Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.
7-Menghadap kearah kiblat
8-Mengetahui mana yang termasuk rukun dan mana yang sunat.

p/s: Abi beri pendapat pada syarat No.5-aurat bagi lelaki..Walaupun aurat bagi lelaki ant pusat dan lutut, namun kita solat untuk menghadap Allah SWT yang kita cintai. Seeloknya berpakaian cantik seperti jubah & baju melayu serta berwangi-wangian. Mengapa jika kita berjumpa orang kenamaan atau sultan siap berpakaian formal, berseterika, bertali leher??huhu...Sedangkan menghadap RAJA SEKALIAN ALAM kita sekadar ala-kadar?(T,T) Astagfirullah..


RUKUN-RUKUN SOLAT

1-Niat
2-Ihram
3-Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa,
disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk,
berbaring , telentang atau dengan isyarat.
4-Membaca surah al-Fatihah(dengan sebutan yang betul) pada tiap-tiap rakaat.
5-Rukuk dengan toma`ninah.
6-I`tidal dengan toma`ninah
7-Sujud dua kali dengan toma`ninah
8-Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
9-Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
10-Membaca tasyahud akhir
11-Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
12-Membaca salam yang pertama
13-Tertib mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.


Panduan untuk anak2 gadis UmmiAbi dan para muslimah semua...
Klik BATAS AURAT WANITA DALAM SOLAT (Sangat bermanfaat)


Moga bermanfaat...Ingat-menginatilah sesama kita...

2 comments:

JASMIN said...

salam..saya nk tanya sekiranya pakai jubah dan labuhnya sehingga meleret2 ke lantai kemudian kita solat sah ke solat kita?

UmmiAbi said...

Wa'slm. Bagi ummi, kalau kat masjid/surau atau umah(confirm lantai umah kita mop n ank2 jugak ade yg merangkak atas lantai-means tempat yg bersih) x kisah jubah atau kain meleret2 menyapu debu yg suci(kira kategori debu boleh wat tayammum). Tapi kalau di luar rumah jadi DBKL(Dewan Bandaraya), hmmm...semua sampah di sapu pun tak elok. Syarat sah solat mesti dalam keadaan bersih termasuk pakaian. Ummi tekankan balik di sini:
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT

1-Beragama Islam
2-Baligh
3-Suci dari hadas
4-Suci seluruh anggota badan, PAKAIAN dan tempat.
5-Menutup aurat. Aurat bagi wanita,seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya.
Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut.
6-Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.
7-Menghadap kearah kiblat
8-Mengetahui mana yang termasuk rukun dan mana yang sunat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...