Tuesday, September 23, 2014

Kisah Ular dan Gergaji (Mengawal marah)



Barakallahu lakum.

Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..


Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala..Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..


Hi dear,
Ummi nak ceritakan kisah penuh makna yang ummi share dari status Telekung Project
Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.


Ular tersebut naik berang dan beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."

(HR Bukhari & Muslim)

Moga anak-anak ummi(termasuk UmmiAbi) dapat menahan marah kerana marah itu punca kejahatan.

MenurutImam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah سبحانه وتعالى yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.


Namun kita dapat mengawal rasa marah dengan DIAM, AMBIL WUDHUK, ISTIGFAR, & GUNA AKAL YANG WARAS.

Teringat ummi kisah Saidina Ali R.A yang masih menggunakan akal dalam mengawal amarahnya..
Saidina Ali berada dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya.
Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya?? Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah.


Apa-apa situasi pun ingatlah ALLAH..ALLAH..ALLAH..(kita akan rasa nikmat SABAR)
Allah kan suka orang-orang yang sabar.. (^,^)


Pesan Maktok: Diamlah...Lebih baik kita diam dari apa yang keluar dari mulut kita jadi sia-sia/dosa atau pencetus pergaduhan. Dulu , ummi pernah mengadu pada maktok si fulanah selalu ejek ummi kecil, budak sekolah tadika(padahal dah year 6~awet muda kott)... Tapi maktok selalu balas: "Mulut tempayan kita boleh tutup, Mulut manusia kita tak boleh buat apa2.. Diam & bersabarlah"
Ummi diam...bersabar & paling menenangkan hati dengan SENYUM meleret2 pada rakan tersebut. (siap bagi sedekah..Bukankah senyum itu sedekah?)
Alhamdulillah, balik dari sekolah, ummi dapat panggilan yang tak disangka-sangka dari rakan tersebut memohon maaf pada ummi beriya-iya. Kami jadi best friend lepastu.


Allah ketuk hati dia..Alhamdulillah.. Apapun situasi, berserah saja pada ALLAH...mengadu pada ALLAH.. Wallahu'Alam.. (^,^)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...