Thursday, September 4, 2014

BFF sakit


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala..Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear, BFF(Best Friend Forever) ummi pernah sakit. Ummi risau sangat. Itulah kekasih yang dengan izin Allah(syukur Alhamdulillah ya ALLAH) banyak menolong serta menyokong dalam perjuangan susu ibu ummi selama ini. Tanpa dia(dengan izin ALLAH dapat kumpul duit belinya), ummi mungkin tak dapat meneruskan penyusuan susu ibu selama 2tahun kepada kakak & sekarang Adik Zara(1tahun 5bulan). Ia sudah berjasa selama 4tahun.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Inilah BFF ummi..Sayang sangat kat dia..
Tapi baru-baru ni BFF ummi ni macam dah penat,
Selalu sangat keluar perkataan "bAtt" tu?
Masalah battery ke?atau dah rosak ke?huhu...please..sayang ummi, jangan rosak sekarang...Adik Zara baru setahun lebih... We need u...(T,T)

So, ummi called Aunty Aja...mohon bantuan. Aunty Aja berikan khidmat untuk servis. Mungkin dah tiba masanya BFF ummi ni berehat kan... Dalam minggu yang sama, sampailah FS spare untuk ummi guna sementara BFF ummi masuk wad.. Alhamdulillah, cepat & efisyen servis aunty Aja ni..(Thumb's up)


Minggu seterusnya Aunty Aja pulangkan semula BFF kesayangan ummi. Alhamdulillah..dah sihat sepenuhnya... Jantung BFF dah tukar..Nasib baik ade stok..hehe..

Harga jantung BFF ni pun dah RM500+. Huhu...abi cakap boleh beli pam lain(tapi bukan FSlah). Takmau2...nak FS jugak...(^,^) (Boleh google keistimewaan Medela Freestyle ni.)
Syukran jazilan kepada abi yang volunteer bayarkan rawatan BFF ummi ni. Abi kata, apalah sangat, jika dibandingkan jasa BFF ummi ni yang telah membuatkan kami jimat  tanpa perlu membeli susu-susu tin yang tak berkhasiat tu selama membesarkan kakak & adik Zara. Harga susu tin tu pun kalau sebulan RM50/tin. Kalau 4tahun...huhu..kiralah sendiri...Membazir...& menangis...(T,T)

Ohya, semenjak BFF ummi ni dah tukar jantung baru...Ummi rasa macam pakai FS baru pulak. Suction lebih effektif cuma apa yang ummi perasan bunyi je macam kuat sikit. Tapi suction dia sangat mantop. Bunyi tu ada juga ummi tanya abi kuat tak?Abi cakap sama je. Entahlah..mungkin perasaan ummi kot.. Kita tengok camner & apa solusinya nanti ok..

Susukanlah anak-anak dengan susu ajaib pemberian Allah ni. Beli gadjet mahal untuk diri sendiri mampu kan..Apalah sangat nak beli pam terbaik yang berjasa untuk 2,3 orang anak tanpa membazir beli susu2 yahudi?InsyaALLAH, niat yang murni Allah akan bantu.. Jika sesiapa rasa dia takde susu, boleh jumpa consult dengan pakar laktasi di hospital2 berdekatan atau cari di group BFmembers, KIM atau TBN(The BF Networks). Ramai pakar yang bertauliah anda boleh jumpa & mereka ada pelbagai teknik untuk keluarkan susu & banyakkan susu. Jika takmampu ada breastpump pun, mereka akan tolong dapatkan..MasyaALLAH...ramai yang nak hulurkan bantuan. Cuma diri sendiri je perlu usaha serta sambut huluran bantuan & gali & gali ILMU.

UmmiAbi niat nak beri HANYA susu ibu pada anak2 semasa ummi disahkan mengandung anak pertama(kakak) lagi..Alhamdulillah, Allah permudahkan...di samping doa serta galakan & ILMU dari teman2 yang sama memperjuangkan SUSU IBU.. 

ALLAHU..Nikmat mana lagi yang kamu dustakan..?Berlapang dada, & sentiasa bersangka baik dengan ALLAH SWT..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...