Monday, August 25, 2014

Solat jenazah mudah je..

 Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala..Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear.... Pernah solat jenazah? Ummi tak pernah tapi selalu sangat nampak depan mata orang solat jenazah sebab biasanya yang ummi hadir di rumah, ruang sangatlah terhad.. Jika berkesempatan pergi ke masjid, Alhamdulillah..dapatlah sama2 menunaikan fardhu Kifayah ini.
Abi beli jugak buku & CD untuk kita sekeluarga tengok & fahami, nanti dah besar, Wafa & Zara tengok lagi & kita praktikkan k...

Sebenarnya tak susah solat jenazah ni. Belajar lah wahai saudara/keluarga/anak lebih2 lagi lelaki..Alangkah malunya malu pada Allah pastinya bila kita tidak pandai nak solatkan untuk ahli keluarga lebih2 lagi untuk mak atau ayah yang meninggal .. Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita ...

Ummi ada jumpa cara mudah & ringkas untuk solat jenazah di FB. Jom hadam sama-sama(^,^). At least yang ringkas ni dah ada dalam sanubari serta tersemat bila diperlukan, itu dah memadai daripada tak tahu langsung kan.... Sedih ibu bapa kita yang teringin sangat anak sendiri imamkan jenazah... Begitu juga impian UmmiAbi( jika Allah kurniakan insan bernama Wafi...Wafi... Jadilah imam kepada jenazah kami ye sayang Amin). Ia secara tak langsung adalah kerana Doa2 yang keluar daripada mulut Anak soleh solehah itu sendiri terus diterima Allah..Subhanallah...

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :


1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :

++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah ..

Alhamdulillah...
Untuk lebih details tentang solat jenazah bolehlah visit ke SINI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...