Thursday, August 28, 2014

Mari menjala


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala..Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Alhamdulillah, 1st time ummi menjala untuk dapatkan roti jala ni... For the newbie macam ummi ni bila menjadi, bersyukur sangat-sangat. Abi pulak volunteer nak masakkan kari ayam...Alhamdulillah, pucuk di cita ulam mendatang. Itulah abi... Naikkan semangat ummi yang mula2 takut/risau nak buat. Takut x jadi...hihik. Tupun nak takut kan, Klau tak cuba, mana tahu ye tak?


Ummi pakai tiub roti jala dari Syarikat Menang ni.. Maklong yang jual. Senang sangat. Bila nak menjala je kita picit & bancuhan tepung pun keluar. So, takdelah menitik-nittik. Jika tak picit, ia tak keluar pun.. So, seronoklah ummi menjala macam2 design..hihi...

Alhamdulillah...WafaZara & Abi makan sampai licin... (^,^)

Ohya, lupa pulak.... Roti jala yang ummi buat ni tekstur dia lembut sangat. Ummi guna bahan-bahan seperti di bawah:
Ummi guna 1cawan Unbleached Flour + 1 suku cawan filtered water(Ummi tak letak susu langsung) + 1 biji telur. Letak serbuk kunyit sket. Then tambah garam pink himalaya secubit & 3sudu besar Olive oil..
Ummi blend kesemuanya & masukkan dalam tiub roti jala tu & menjala suka-suki..hihi.
Ya Allah, lembut sangat roti jala tu....Alhamdulillah..

Tips: Apa2 bahan mixture pun, perlu masukkan/blend/pukul bahan2 basah & ringan (telur,air,minyak,butter etc) dulu, then barulah bahan kering(tepung, baking powder etc). *X kisahla semasa anda buat kek, roti, lempeng dll)


Selamat mencuba.. (^,^)

1 comment:

aisah hanafi said...

Ummi ajarkan cara buat karinye plak..tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...