Thursday, August 28, 2014

Drive-thru Zoo(zoo versi UmmiAbi)

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala..Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..


Hi dear, dulu masa ummi preggy zara..kami pernah bawak wafa tengok haiwan eksotik di zoo versi UmmiAbi kan? Zara ingat lagi x?Zara kan dalam perut ummi masa tu..Ingat tak?heee

Kali ni makin bertambah haiwan-haiwan dalam kedai Eksotik tu tau... Ditambah pula kucing parsi, ular, ikan, iguana, itik, ayam dan banyak lagi...cuma ni semua hanya haiwan peliharaanla... takdelah gajah, singa, zirafah etc..hehe.. Yang tu kena gi Zoo Negara ye. Tapi tengok haiwan pet ni pun dah buat dua puteri kesayangan ummiAbi yang solehah wa musleh ni snyum sampai telinga.. Terlompat-lompat bila abang kedai tu bagi makan kat itik-itik. Terharu ummi.. InsyaAllah, abi janji nanti kita akan masuk zoo juga ye... (^,^)

Yang bestnya kat sini haiwan2 yang dah jinak dilepaskan je di kawasan lapang(kat padang permainan perumahan kitorang). Teruja budak2 tengok...hehee

Masa abang ni tengah bagi makan itik-itik tu, teruja betul Zara. Itik2 melompat, dia pun terlompat-lompat..kikiki

Alhamdulillah, sambil2 tengok tu, abi ajar cara sebutan yang betul =Itik(Malay) & duck(English), Ayam(Malay) & chicken(English) serta cara bunyi haiwan2 ni... Anatomi itik & ayam pun abi terangkan...

Wafa: Dia ada tangan tak abi? sambil tunjuk itik yang tengah kembangkan sayapnya..
Abi: Dia takde tangan, yang dia goyang2kan tu adalah kepak ataupun in English Wings.
Wafa: Oooo...dia ada kaki jelah...
Ummi: Alhamdulillah, cepat faham... (^,^)




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...