Thursday, June 19, 2014

Butter/Mentega atau marjerin??Yang mana pilihan anda?


BismillahirrahmaNirrahhim...Allahuma Solli "ala saiyidina Muhammad SAW.

Hi dear...kakak & Zara kesayangan UmmiAbi,

Ummi nak cerita sikit perbezaan Mentega & marjerin.



Mentega/butter sebenar(pure butter) ia dibuat dari lemak & protein susu dari lembu or kambing or kerbau, air dan garam (merujuk kepada kandungan jenama Anchor Pure).. Tapi ada juga mentega tanpa garam(Unsalted).



"Butter is a dairy product that consists of butterfat, milk proteins, and water. It is made by churning fresh or fermented cream or milk ...... Commonly made from cows' milk, butter can also be manufactured from the milk of other mammals, including sheep, goats, buffalo, and yaks. Producers sometimes add salt, flavorings, or preservatives. Rendering butter produces clarified butter or ghee, which is almost entirely butterfat".


" Butter usually consists of approximately 80 percent fat, 15 percent water, and five percent protein. The small amount of protein in butter acts as an emulsifier allowing the water and fat to stay suspended in single-phase solution. The unique mixture of fats on butter allow it to stay solid at room temperature and melt at approximately 90 degrees Fahrenheit.The natural color of butter ranges from white to pale yellow depending on the diet of the animal that produced the milk. Commercial butters are usually colored yellow with annatto or carotene to fulfill consumers expectations of yellow butter."


Sumber : wikipedia

Marjerin pula diperbuat dari minyak kelapa sawit dan kemudian diperkayakan dengan
rasa/perasa, bahan tambahan mengikut jenama yang berada di pasaran.





Marjerin LEPA SUSU(Dairy spread) yang merupakan campuran marjerin dengan bahan-bahan lain dan kemudian diperkayakan rasanya. Ia mengandungi minyak kelapa sawit, minyak isirong kelapa sawit, garam, lesitin soya, lemak susu tulen dll (merujuk kandungan lepa susu Buttercup).

Beberapa jenama Lepa Susu yang meletakkan nama mereka bermula dengan mentega(butter) adalah:



Pelik tapi benar... Pelik bila kita hanya membeli tengok brand. Tapi tak tengok ingredients/bahan2 kandungannya.. Perkataan Lepa Susu tupun dah menjawap ianya bukan butter. Contoh tertipu terbaik yang berada di pasaran sekarang adalah Buttercup. Ia hanyalah nama jenama(brand) tapi bukan mentega. So, jangan percaya jenama adanya perkataan "Butter" adalah butter. Contoh marjerin/butter bukan asli selain Buttercup adalah Butterfinger, Butterline etc..



So, Ummi simpulkan di sini..mentega asli(Pure butter) mengandungi lebih 80 peratus lemak susu dalam kandungan beratnya berbanding mentega susu lepa yang mengandungi kurang lemak susunya(yang lebih adalah bahan2 tambahan seperti minyak, lecithin soya dan bahan2 x berfaedah yg lain).Bagaimanapun, pure butter mempunyai 80% lemak susu(So, banyak juga trans-Fat yang meningkatkan kolesterol jahat LDL.jangan makan terlalu kerap juga lebih2 lagi pesakit jantung). #Oh ya, tak lupa juga kolesterol juga diperlukan untuk perkembangan otak, elastic/saraf sel, dan usus yang sihat. Apa2pun jangan BERLEBIHAN..Kan??
Untuk marjerin pula yang hanya menggunakan minyak kelapa sawit, walaupun kurang trans-Fat pada awalnya,  Tapi perlu diingat, marjerin zaman sekarang diproses di kilang. Bagaimana minyak kelapa sawit disolidkan??(maaf, atas campuran bahasa.Tujuan utk mudah faham sahaja). Ianya melalui proses hidrogenasi(hydrogenated). Lainlah pure butter, ia dibuat daripada krim & lemak tepu daripada susu lembu/kambing/kerbau. Proses pembuatan marjerin yang dinamakan hidrogenasi ini menghasilkan lemak trans yang dikatakan meningkatkan kadar LDL iaitu kolestrol jahat dan menurunkan kadar kolesterol baik (HDL). Lagi bahaya kan..?huhu..
Oleh itu, bagi pembuatan yang lebih alami/natural & tiada bahan atau tindakbalas kimia, silalah pilih PURE BUTTER walaupun harganya mahal sedikit(berbaloi dengan khasiatnya). Lagipun orang2 tersayang kita juga yang nak makannya nanti kan..


Maka jika anda menggunakan pure butter untuk membuat kek dan produk pastri, hasilnya ternyata lebih gebu, enak dan aromanya lebih harum dan sudah tentu lebih menyelerakan & lebih berkhasiat.

Namun...
Jika masih mahu menggunakan Marjerin, seeloknya, bacalah labelnya terlebih dahulu, Pastikan:
1)Marjerin tersebut memang dilabel lemak trans=0g (free trans-fat)
2)Elakkan membeli marjerin yang berlabel "partially hydrogenated Oil"
3) Lihat betul2 kandungan nutrisi Fat. Mesti kurang dari 2-2.5g, Jika lebih, kemungkinan mengandungi banyak minyak sawit.
4)Senang cerita, carilah yang buatan Orang Islam..yang lebih cara alami/natural, cara proses lebih minimum kerana marjerin adalah processed food. Produk ini perlu dimanipulasi/diproses juga utk dapatkan hasilnya..OK..?

Wallahu"Alam..Moga mendapat manfaat..

*Sayang Kakak & adik Zara ketat2*



Updated: Ummi jumpa entry yang lebih kurang infonya.

*It's not butter

*Utusan

2 comments:

Anonymous said...

Baru tahu buttercup bukan butter... Thanks for writing this post. Very helpful.

UmmiAbi said...

Alhamdulillah..Moga kita memilih yang lebih baik utk kesihatan keluarga..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...