Tuesday, June 24, 2014

Baked potatoes untuk baby(Zara), toddler(kakak) & adult(abu wafas), Untuk semualah..(^,^)

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala..Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear...kakak & adik zara,

Abi dalam proses nak kurangkan lemak di perut tau. Abi cakap berat dah naik, tak mahu makan nasi. Tapi..ummi tengok takdelah gemuk pun, comel je..kikiki..

So, nak ganti nasi...abi suggest karbohidrat simple selain nasi. Karbo dalam ingatan ummi hanyalah bijirin/cereal, potato, barley & bread. Tu je abi nak makan? Confirm bunyi orang masuk dapur cari makanan pukul 4pagi..hehee.

Tapi ummi cuba juga buat...Baru-baru ni ummi buat "baked potatoes". Tak sangka ianya sedap, laris & kenyang...hehee..

Mudah & jimat masa.
Ummi guna kentang biasa yang bulat2 tu je. Kalau dapat cari Russet potato(kentang besar) lagi best. Selepas basuh, Ummi potong dua potato tu, then kukus..
Dah kukus, korek keluar isi masukkan dalam bekas. Dalam bekas tu bolehlah gaulkan dengan perasa kegemaran. Perasa kegemaran ummi ialah campuran olive oil, pepper, daging cincang ataupun homemade sosej atau isi ayam(kalau ada sayur seperti carrot & spinach boleh potong kecil2 & masukkan sekali). Dah campur semua, masukkan balik bahan2 tadi ke dalam kulit potato. Boleh juga letak topping seperti cream or cheese. Then bakar sampai cheese cair & kekuningan.

Ummi, kakak & adik Zara pun join abi makan. Masing-masing kenyang & tak nak makan nasi dah..Adess..lepas ni bleh buat lagi & lagi..Semua dah suka ni...


Ni versi ummi. Guna potato biasa yang bulat2 tu..(apa yang ada di dapur je)
Ini rupa yang lebih jelas. Ummi ambil dari Uncle Google.
Ohya, versi ummi simple je asalkan sedap..he. Kalau dapat cari kentang russet tak payah korek & letak balik pun takpe. hanya gunakan pisau untuk slicing. Then tuang je perasa(olive oil+pepper+daging cincang) di atas sliced potato tu.
Contoh ummi ambil dari Uncle Google seperti di bawah:

Sliced baked potato.

Ni x putus habis, Kalau nak sliced macam di atas perlu letak senduk/spatula kat tepi potato tu. So nanti bila potong takkan terpotong habis.. :)

If dah terpotong, teruskan jadi macam ni jela..(^,^)

2 comments:

~LiZa IsMaiL~ said...

Tn/Pn minat berbisnes? atau sedang mencari pendapatan sampingan? Jika berminat, boleh hubungi saya. TQ

http://faza-shops.blogspot.com/2014/07/berniaga-lebih-mudah-jika-tahu-caranya.html

twinscraftlife said...

HI!! 안녕하세요~ we are twinscraftlife! pls visit our blog shop^^ 꼭 오세요~~!!^^ twinscraftlife.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...