Tuesday, June 24, 2014

Baked potatoes untuk baby(Zara), toddler(kakak) & adult(abu wafas), Untuk semualah..(^,^)

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala..Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear...kakak & adik zara,

Abi dalam proses nak kurangkan lemak di perut tau. Abi cakap berat dah naik, tak mahu makan nasi. Tapi..ummi tengok takdelah gemuk pun, comel je..kikiki..

So, nak ganti nasi...abi suggest karbohidrat simple selain nasi. Karbo dalam ingatan ummi hanyalah bijirin/cereal, potato, barley & bread. Tu je abi nak makan? Confirm bunyi orang masuk dapur cari makanan pukul 4pagi..hehee.

Tapi ummi cuba juga buat...Baru-baru ni ummi buat "baked potatoes". Tak sangka ianya sedap, laris & kenyang...hehee..

Mudah & jimat masa.
Ummi guna kentang biasa yang bulat2 tu je. Kalau dapat cari Russet potato(kentang besar) lagi best. Selepas basuh, Ummi potong dua potato tu, then kukus..
Dah kukus, korek keluar isi masukkan dalam bekas. Dalam bekas tu bolehlah gaulkan dengan perasa kegemaran. Perasa kegemaran ummi ialah campuran olive oil, pepper, daging cincang ataupun homemade sosej atau isi ayam(kalau ada sayur seperti carrot & spinach boleh potong kecil2 & masukkan sekali). Dah campur semua, masukkan balik bahan2 tadi ke dalam kulit potato. Boleh juga letak topping seperti cream or cheese. Then bakar sampai cheese cair & kekuningan.

Ummi, kakak & adik Zara pun join abi makan. Masing-masing kenyang & tak nak makan nasi dah..Adess..lepas ni bleh buat lagi & lagi..Semua dah suka ni...


Ni versi ummi. Guna potato biasa yang bulat2 tu..(apa yang ada di dapur je)
Ini rupa yang lebih jelas. Ummi ambil dari Uncle Google.
Ohya, versi ummi simple je asalkan sedap..he. Kalau dapat cari kentang russet tak payah korek & letak balik pun takpe. hanya gunakan pisau untuk slicing. Then tuang je perasa(olive oil+pepper+daging cincang) di atas sliced potato tu.
Contoh ummi ambil dari Uncle Google seperti di bawah:

Sliced baked potato.

Ni x putus habis, Kalau nak sliced macam di atas perlu letak senduk/spatula kat tepi potato tu. So nanti bila potong takkan terpotong habis.. :)

If dah terpotong, teruskan jadi macam ni jela..(^,^)

Thursday, June 19, 2014

Butter/Mentega atau marjerin??Yang mana pilihan anda?


BismillahirrahmaNirrahhim...Allahuma Solli "ala saiyidina Muhammad SAW.

Hi dear...kakak & Zara kesayangan UmmiAbi,

Ummi nak cerita sikit perbezaan Mentega & marjerin.



Mentega/butter sebenar(pure butter) ia dibuat dari lemak & protein susu dari lembu or kambing or kerbau, air dan garam (merujuk kepada kandungan jenama Anchor Pure).. Tapi ada juga mentega tanpa garam(Unsalted).



"Butter is a dairy product that consists of butterfat, milk proteins, and water. It is made by churning fresh or fermented cream or milk ...... Commonly made from cows' milk, butter can also be manufactured from the milk of other mammals, including sheep, goats, buffalo, and yaks. Producers sometimes add salt, flavorings, or preservatives. Rendering butter produces clarified butter or ghee, which is almost entirely butterfat".


" Butter usually consists of approximately 80 percent fat, 15 percent water, and five percent protein. The small amount of protein in butter acts as an emulsifier allowing the water and fat to stay suspended in single-phase solution. The unique mixture of fats on butter allow it to stay solid at room temperature and melt at approximately 90 degrees Fahrenheit.The natural color of butter ranges from white to pale yellow depending on the diet of the animal that produced the milk. Commercial butters are usually colored yellow with annatto or carotene to fulfill consumers expectations of yellow butter."


Sumber : wikipedia

Marjerin pula diperbuat dari minyak kelapa sawit dan kemudian diperkayakan dengan
rasa/perasa, bahan tambahan mengikut jenama yang berada di pasaran.





Marjerin LEPA SUSU(Dairy spread) yang merupakan campuran marjerin dengan bahan-bahan lain dan kemudian diperkayakan rasanya. Ia mengandungi minyak kelapa sawit, minyak isirong kelapa sawit, garam, lesitin soya, lemak susu tulen dll (merujuk kandungan lepa susu Buttercup).

Beberapa jenama Lepa Susu yang meletakkan nama mereka bermula dengan mentega(butter) adalah:



Pelik tapi benar... Pelik bila kita hanya membeli tengok brand. Tapi tak tengok ingredients/bahan2 kandungannya.. Perkataan Lepa Susu tupun dah menjawap ianya bukan butter. Contoh tertipu terbaik yang berada di pasaran sekarang adalah Buttercup. Ia hanyalah nama jenama(brand) tapi bukan mentega. So, jangan percaya jenama adanya perkataan "Butter" adalah butter. Contoh marjerin/butter bukan asli selain Buttercup adalah Butterfinger, Butterline etc..



So, Ummi simpulkan di sini..mentega asli(Pure butter) mengandungi lebih 80 peratus lemak susu dalam kandungan beratnya berbanding mentega susu lepa yang mengandungi kurang lemak susunya(yang lebih adalah bahan2 tambahan seperti minyak, lecithin soya dan bahan2 x berfaedah yg lain).Bagaimanapun, pure butter mempunyai 80% lemak susu(So, banyak juga trans-Fat yang meningkatkan kolesterol jahat LDL.jangan makan terlalu kerap juga lebih2 lagi pesakit jantung). #Oh ya, tak lupa juga kolesterol juga diperlukan untuk perkembangan otak, elastic/saraf sel, dan usus yang sihat. Apa2pun jangan BERLEBIHAN..Kan??
Untuk marjerin pula yang hanya menggunakan minyak kelapa sawit, walaupun kurang trans-Fat pada awalnya,  Tapi perlu diingat, marjerin zaman sekarang diproses di kilang. Bagaimana minyak kelapa sawit disolidkan??(maaf, atas campuran bahasa.Tujuan utk mudah faham sahaja). Ianya melalui proses hidrogenasi(hydrogenated). Lainlah pure butter, ia dibuat daripada krim & lemak tepu daripada susu lembu/kambing/kerbau. Proses pembuatan marjerin yang dinamakan hidrogenasi ini menghasilkan lemak trans yang dikatakan meningkatkan kadar LDL iaitu kolestrol jahat dan menurunkan kadar kolesterol baik (HDL). Lagi bahaya kan..?huhu..
Oleh itu, bagi pembuatan yang lebih alami/natural & tiada bahan atau tindakbalas kimia, silalah pilih PURE BUTTER walaupun harganya mahal sedikit(berbaloi dengan khasiatnya). Lagipun orang2 tersayang kita juga yang nak makannya nanti kan..


Maka jika anda menggunakan pure butter untuk membuat kek dan produk pastri, hasilnya ternyata lebih gebu, enak dan aromanya lebih harum dan sudah tentu lebih menyelerakan & lebih berkhasiat.

Namun...
Jika masih mahu menggunakan Marjerin, seeloknya, bacalah labelnya terlebih dahulu, Pastikan:
1)Marjerin tersebut memang dilabel lemak trans=0g (free trans-fat)
2)Elakkan membeli marjerin yang berlabel "partially hydrogenated Oil"
3) Lihat betul2 kandungan nutrisi Fat. Mesti kurang dari 2-2.5g, Jika lebih, kemungkinan mengandungi banyak minyak sawit.
4)Senang cerita, carilah yang buatan Orang Islam..yang lebih cara alami/natural, cara proses lebih minimum kerana marjerin adalah processed food. Produk ini perlu dimanipulasi/diproses juga utk dapatkan hasilnya..OK..?

Wallahu"Alam..Moga mendapat manfaat..

*Sayang Kakak & adik Zara ketat2*



Updated: Ummi jumpa entry yang lebih kurang infonya.

*It's not butter

*Utusan

Wednesday, June 18, 2014

Biskut coklat chip Organik ala Masyhur Mahbub

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala..Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..


Hi dear...Ummi lupa yang umi ada hutang masa buat entry Almond Milk... Maafkan ummi yer. So, untuk melangsaikan hutang ummi kongsikan di sini ye.. Ummi namakan biskut Coklat Chip ala Masyhur Mahbub. Amboii..nama..Ummi sendiri pun nak tergelak..kekeke.. (Masyhur=terkenal/famous), (Mahbub=beloved/amos). Sorry kalau salah, ummi hentam je... Adalah saki-baki Bahasa Arab Tinggi masa SPM dulu..huhu..

Bahan-bahannya mudah sahaja:

*250g Butter(Ummi guna Salted butter cap Tatura)
*1biji kuning telur
*1/2sk(sudu kecil) esen vanilla
*150g gula perang/molasses
*2cubit garam (Ummi guna garam pink himalaya)
 280g Tepung Gandum (Ummi guna Unbleached wheat flour Intasir)
 1sk Serbuk Koko (Ummi guna Van Houten)
 1/2 sb(sudu besar) Soda bikarbonat (Ummi guna Natural Soda bikarbonat)
 2sb susu tepung (Ummi guna susu Salic goat)
 100g chip coklat
 50g Almond(Ummi bakar dulu sebab guna saki-baki Almond milk)
 50g kismis(Ummi guna kismis hitam)
Pilihlah bahan-bahan yang natural/semulajadi...Yang bukan sahaja Halal malah toyyib untuk tubuh badan anak keturunan kita. Anda mampu mengubahnya..(^,^)
P/s: Boleh klik HOVER untuk dapatkan info(contoh: di bhn2 di atas: klik pada Esenvanilla, intasir, salic goat). InsyaAllah, Allah permudahkan...Nikmat mana lagi yang kamu dustakan..Allahu Allah...Nak cari halalan toyyiban pun dihujung jari sekarang..syukur.. Cuma pilihan di tangan kita kan..Tepuk dada tanya iman..:)

Caranya pun mudah sahaja:

Ummi blend semua bahan bertanda(*)bahan basah dulu. Then gaulkan bersama bahan-bahan selebihnya. Ummi gaul guna spatula/senduk kayu je.
Bulat-bulatkan guna air tangan, letakkan atas dulang pembakar. Tak payah penyek dengan sudu sebab nanti dia akan kembang & leper sendiri..
Bakar pada suhu 160degree selama 20-25minit(Ikut oven masing2)

Abaikan serdak2 biskut kat tray tu ye. Ni adunan ke-5 or 6..Ummi x ingat dah. Oven ummi kecik je. Kenalah repeat keluar masuk bakar banyak kali.. Gigih betul..hehe.. Bilalah abi nak hadiahkan ummi oven besar yang ade kipas tu?hehe...Nanti mesti abi jawap: Haipp..bersyukur dulu ummi...Nanti mintak pada Allah, mungkin Allah akan bagi ilham pada abi??Hmmm..betul...
Rupa memang ke laut..(Lau mummies pandai bulat2 bagi cantik, bagusla..)
Tapi rasa Alhamdulillah, abi cakap sebijik Masyhur Mahbub yg jual di MidValley tu..Eleh,abi ni...puji ada makna ni..Suruh ummi buat lagilah tu..hehe..
Harini buat, esok habis(Adess)*Lap keringat untuk bersilat lagi*

Tuesday, June 10, 2014

Sanah Helwah Wafa Izzara..You're a whole year young kiddo..

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala..Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Sorry...Ana Aasifah... 抱歉 bàoqiàn...Ummi minta maaf sayang.. Entry ini berada dalam draft...huhu. Xperasan..huhu...Maaf ye syg sebab lewat publish.
Sebenarnya birthday Wafa Izzara pada 27April. Sekarang dah Jun. Tapi UmmiAbi tak pernah lupa tau..hehe...Nipun lambat publish sebab termasuk dalam draft.

Sanah Helwah sayang ummi..Abi..& kakak.. Kami sayang awak ketat2.. (^,^)



Dah besar dah anak ummi ni. May Allah SWT bless you with everything you desire the most. Alhamdulillah..Allah sent us(UmmiAbi) a special gift twice(so far). The gifts, that filled our existence with love, joy and happiness. That gifts was everything. That gift was you & your sister. Both of u are everything to both of us. and............................

today Zara turn 1 already. Happy Birthday my little girl!Time flies....we(UmmiAbi & kakak) have always tried to give you the best. We know that life is not always perfect, but we always taught you to take the good and learn from the rest.

UmmiAbi & kakak sentiasa doakan Zara...Terima kasih kerana selalu menggelikan hati kami..Ceriakan hidup kami... Awak kelakar okay...hehe.. Kakak selalu tergelak tengok gelagat Zara.. 2nd child memang pelawak ek?hihi

Ummi doakan Zara menjadi anak yang solehah, mendengar kata, seorang yang sukakan ilmu, mudah menyerap ilmu samada ilmu akhirat ataupun ilmu takwil..Moga dirimu sentiasa dalam keberkatan & keredhaan Allah SWT. Moga Allah sentiasa berikan kesihatan yang baik..Allah sentiasa melindungimu sayang..
Moga Allah mudahkan rezeki & jodoh Zara. Ummi doakan Zara dapat menjadi isteri solehah buat insan bergelar suami soleh untukmu suatu hari nanti..yang amat mencintaimu hingga jannah..
Allahu Ameen..Ameen..Amen...

Oh ya...Zara baru je tumbuh 2 batang gigi(Menapak untuk berjalan dah 2,3langkah)...Bagus anak ummi... Takpe sayang...UmmiAbi follow je perkembangan Zara...Setiap hari ada je usaha Zara. Tapi...Zara suka sangat bab memanjat. Suka panjat tangga, meja, cabinet, kerusi, pagar tangga pun nak panjat..Pastu tersengih2..heheee. Comey...Tapi selalu buat jantung ummi nak gugur sebab dalam sekelip mata berada di tingkat atas, berada di atas cabinet etc..Hehee..Ummi kena gilir2 dengan abi observing Zara .... (^,^)


Memandangkan Wafa Izzara baru tumbuh 2 batang gigi & tidak diperkenalkan dengan sebarang manisan lagi buat masa ini so NO cake but, Ummi buat roti sebagai pengganti kek. Zara memang suka roti so ummi buat roti kegemaran Zara ye..

Alhamdulillah..She loves it... Syukur pada Allah, roti organik ummi buat kali ini gebu-gebas sperti mengetahui niat murni ummi untuk meraikan si cilik ini...(hehe..ummi angkat bakul sendiri ke?Jangan marah)

Tuesday, June 3, 2014

Duhai ibu..duhai ayah.. ingatlah,kami cepat membesar. Hargailah saat-saat ini..

Sedih....(T,T)
Ummi pun rasa, memang anak2 ni cepat membesar...UmmiAbi risau tak sempat & tak puas peluk cium mereka...huhu


Bismillah. SAW...Anak-anak Tak Selamanya Kecil ---> Bersabar...bersabar...bersabar...

Duhai ibu ayah...
Kami anak-anak tak selamanya merengek, kami tak selamanya berlari dan berbuat bising di dalam rumah, Kami tak selamanya berlebihan nakal. Dan kami tak selamanya memerlukan ibu ayah.

Duhai Ibu ayah....
Hari ini ibu ayah mahu genggamkan tangan, saat nanti kami akan lepaskan, dan menyapu pipi kami saat kami diciumi, mengelak saat mahu dipeluk. Menghindari saat mahu berceloteh. Suatu saat nanti kami akan mandi sendiri, makan sendiri, tidur sendiri dan punya kawan dan mentor sendiri.

Duhai ibu ayah....
Dan pastinya saat itu ibu ayah merindukan masa-masa susah kini. Rindu ingin menidurkan tidur kami, rindu ingin membacakan cerita, rindu mahu memeluk, bersembang, dan rindu mendengar celoteh kami.

Pedulikan penat lelah mengasuh kami. Lakarkan kenangan indah dengan kami. Kerana kepenatan bersama kelucuan itu lebih baik daripada tak ada teriakan, celoteh, tangisan, gelak tawa kami sama sekali di rumah kita..... semua itu tidak akan lama, kerana anak-anak kecil ibu dan ayah ini tak selamanya kecil.”

Sumber: Ain Muhammad 
(Former Training & Development Coordinator at SK Training & Consultancy Sdn Bhd)


*Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan ra pat . Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat -tempat yang sensitif... .. itu salah... Wallahu'Alam..

*Nabi SAW mencium Hasan (cucu Baginda SAW), ada bersama baginda SAW ketika itu seorang sahabat bernama Al-Aqra’. Sahabat itu berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah mencium seorang pun dari mereka!.
Nabi SAW bersabda:
(( مَنْ لَا يَرْحَمْ لَا يُرْحَمْ ))
“Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi”.
(Sahih Adab Al-Mufrad, Al-Bukhari, No Hadis 91)

Moga mendapat manfaat bersama..

Teach your Child(ren) at early age



Here is a list of things you need to teach your Child(ren) at early age:


1: Warn your Girl Child Never to sit on anyone's laps no matter the situation including uncles.

2: Avoid Getting Dressed in front of your child once he/she is 2 years old. Learn to excuse them or yourself.

3. Never allow any adult refer to your child as 'my wife' or 'my husband'

4. Whenever your child goes out to play with friends make sure you look for a way to find out what kind of play they do, because young people now sexually abuse themselves.

5. Never force your child to visit any adult he or she is not comfortable with and also be observant if your child becomes too fond of a particular adult.



6. Once a very lively child suddenly becomes withdrawn you may need to patiently ask lots of questions from your child.

7. Carefully educate your grown ups about the right values of sex . If you don't, the society will teach them the wrong values.
Doa buat anak2 perempuan


8: It is always advisable you go through any new Material like cartoons you just bought for them before they start seeing it themselves.

9. Ensure you activate parental controls on your cable networks and advice your friends especially those your child(ren) visit(s) often.

10. Teach your 3 year olds how to wash their private parts properly and warn them never to allow anyone touch those areas and that includes you (remember, charity begins from home and with you).

11: Blacklist some materials/associates you think could threaten the sanity of your child (this includes music, movies and even friends and families).

12. Let your child(ren) understand the value of standing out of the crowd.

13: Once your child complains about a particular person, don't keep quiet about it.



Take up the case and show them you can defend them.

Remember, we are either parents or parents-to-be.

Have a Nice day and Great Week Ahead

By the way...for us muslimin wal muslimat. Banin wal banat... Ummi nak highlight sket ADAB MINTA IZIN yang ummi dapat Ilmu dari BLOG USTAZ NAIM yang amat bermanfaat. Syukran wa jazakallahu khairan kathira ustaz..

Ajar anak "MINTA IZIN" dalam apa2 perkara yang bukan hak kita, seperti mengambil barang, masuk bilik & masuk rumah orang. Ajarin dari kecil...InsyaALLAH,mereka akan serap ke dalam jiwa hingga ke besar.InsyaALLAH..*Noted for ummi too*

Firman Allah: ‘Wahai orang orang yang beriman janganlah kamu masuk ke dalam sesebuah rumah yang bukan rumah kamu sehinggalah kamu meminta izin dan memberi salam ke atas ahli keluarga rurnah tersebut yang demikian itu adalah febih baik semoga kamu dapat mengambil peringatan.’ (Surah Al-Nur: 27)

CARA MEMINTA IZIN

Cara meminta izin yang telah ditetapkan dalam al-Quran ialah dengan memberi salam sebanyak tiga kali kepada ahli keluarga yang menjadi penghuni sesebuah rumah yang hendak diziarahi. Sekiranya diberi keizinan hendaklah masuk dengan baik, seandainya tidak diberi keizinan hendaklah pulang dengan cara yang baik tanpa ada sebarang keraguan atau rasa sedih. Ahli keluarga atau tuan rumah itu mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu yang menyebabkan dia menolak kedatangan anda pada waktu itu.

Mengambil langkah untuk pulang ini memang disuruh oleh Allah kepada hamba Nya melalui firman Allah:

‘Dan jika dikata kepada kamu pulang, olehmu, maka hendaklah kamu pulang kerana ini adalah sebijak bijak tindakan bagimu, dan Allah amat mengetahui dengan apa yang kamu lakukan.’ (Surah Al-Nur: 28)


Adab meminta izin ini telah dinyatakan di dalam hadis melalui satu peristiwa yang dilalui sendiri oleh Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Sahli bin Saad Al-Sa'iedi:

‘Bahawa seorang lelaki telah mengintai Rasulullah s.a.w. melalui satu lubang ke dalam sebuah bilik yang mana Rasulullah sedang melilit serban di kepalanya. Setelah ia perasan ada yang mengintai lalu Rasulullah berkata, "Kalaulah aku tahu bahawa kamu sedang mengintai nescaya aku cucuk mata kamu melalui lubang itu sesungguhnya di syariatkan keizinan itu disebabkan pandangan mata". (Riwayat Bukhara Muslim, Tarmizi Dan Nasaie)

Moga mendapat manfaat bersama...V(^,^)V

Monday, June 2, 2014

Rangsang Otak kanan


Hi dear...ummi belek2 draft, terjumpa entry ni...Tapi ummi tak pasti sumbernya dari mana. Nanti ummi check balik.InsyaALLAH... Apapun, isi entri ini tersangat bagus dalam ummi mendidik kakak wafa & adik zara yang makin lama makin mencabar minda ummiabi... Jom ummi kongsikan~

Artikel untuk parent and parent to be..

Subject: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...
 Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah
penggunaannya. ?
The Shichida Methods adalah satu sistem pembelajaran stimulasi minda untuk bayi, kanak-kanak dan tidak lupa juga ibubapa yang di asaskan oleh Professor Makoto Shichida. Mengikut kata Professor Makoto Shichida:We promote whole-brain education by developing the right brain and connecting it to the left-brain, allowing both sides of the brain to work together in balance.
The right brain is the more important hemisphere to influence the quality of the left-brain. For example, the right brain enables the child to learn subconsciously as well as enable the brain to be able to automatically process large amounts of information at high speed whereas the left-brain is able only to process small amounts of information at low speed.
Ages 0-3 is the period in which the child maximizes the utilization of the right brain. From ages 4-6, the child would start to switch to using the left-brain. Henceforth, the critical period of training the brain would be from ages 0-3. If the child is older, techniques will be taught by the Professor on how to modify the negative aspects.
If the brain is well nurtured, the child will develop a great vision about learning and can handle any challenges with ease for the rest of his life. Further on in life, it will be more difficult to modify the learning capability.
Hebat juga orang Jepun ni. Masa bayi lagi mereka dah mula ajar anak mereka menggunakan minda kanan berbeza dengan sistem kat Malaysia ni yang lebih dominan menggunakan minda kiri. Seperti yang pernah saya nyatakan bahawa gelombang mindabayi/kanak-kanak berada pada tahap theta/alpha di mana pada tahap ini mereka lebih peka pada pendengaran, penglihatan, sentuhan, gerak hati dan lain-lain (super learning).

Di bawah ni saya nak bagi beberapa tips yang di ajarkan pada ibubapa di Shichida Method…

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam(alpha state), cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak kita tu dah tidur,ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation.

2. Start guna cards untuk ajar anak.

Flash card ni boleh beli kat kedai-kedai buku kalau nak jimat buat sendiri. Buat kad banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat...Then ajar ABC-Z guna card dalam seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat diorang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila

kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak2 main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis
ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cina, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri....kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat diorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.....kita pun bukan tak biasa merapu....

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari....tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai. Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......

Saya pun tengah try lagi ni...

Semua perkara kat atas tu tak payah buat lama-lama. 30 minit-1 jam cukup, pasal budak-budak ni cepat bosan.

Syukran jazilan pada Ibu hebat yyang berkongsi tips di atas. Permainan yang sangat menguji minda..(^,^)

Sebenarnya benda-benda camni dah ada dalam Islam dan petua orang-orang tua, cuma kita jer tak berapa peka dan tak nak ambil tahu. Kalau dah tahu tu, amalkan lah selalu. Semoga dengan tip-tip di atas akan dapat menghasilkan anak-anak yang hebat, gemilang dan terbilang.Insyaallah…
Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM pun ada cakap benda yang sama dan dia
ada ckp ttg perkataan "jangan" kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna
perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong
senyap Kakak,,,berbanding Jangan bising Kak..

Dlm Islam sendiri pun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2
ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.Ameen...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...