Sunday, May 11, 2014

Zara 11months young-First solid foods?

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat buat anak2 solehah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala..Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear...
Ummi nak cerita tentang Wafa Izzara yang suka sangat mengunyah sekarang ni. Asbab faktor suka sangat meminta makanan sebaik memasuki 11bulan, ummiAbi pun intro Wafa Izzara solid food. Starting with blended solid food. Berbanding kakak wafa sofea yang mula makan seawal umur 8 1/2 bulan, Zara mula mengenal makanan seawal umur 11bulan. UmmiAbi pernah jugak intro pada umur 8 1/2 bulan seperti kakak, tapi zara tutup mulut rapat & tolak dengan lidah. Tanda protes tak mahu makan. So, ummiAbi hanya tersenyum & meneruskan penyusuan eksklusif susu ibu sahaja. Bagi ummiAbi, biarlah mereka sendiri yang bersedia. Jangan paksa. Lagipun, lagi lewat mereka makan lagi bagus. Baik untuk perut & penghadaman mereka..:)

Ummi pernah terbaca tentang bayi yang diberi makan terlalu awal menyebabkan sistem pencernaannya tidak berfungsi. Allahu...sedih ummi membaca berita ini.. Lagi menyedihkan bayi itu tidak bersalah, yang silap, ibu bapanya..Bayi berusia 3bulan sudah diberi makan kerana ibu kekurangan susu. Kesannya anak2 yang menanggung.. Boleh baca di SINI.
Untuk pengetahuan ibu bapa yang ibu kekurangan susu & anak masih bayi, boleh mohon bantuan ibu susuan di HM4HB. Ramai ibu2 yang diberi rezeki lebih dari Allah yang sudi menjadi ibu susuan. Disenarai juga nama & tempat mengikut kawasan untuk mudah dihubungi(Yang muslim mohon ibu susuan muslim ye). Memohon ibu susuan ini jauh lebih baik malah sunnah daripada memberi anak2 anda makanan yang memudaratkan. Namun, ibu susuan jangan putus hubungan demi nasab keturunan. Sila rujuk pakar ilmiah Islam jika berhadapan dengan perkara begini.

Beberapa perkara juga menjadi isu & dibincangkan di FB Perkongsian buat Ibu2 Terhebat.


Sumber dari FB Perkongsian Ibu2 Terhebat yg dinyatakan "untuk panduan semua".

Kenapa tidak boleh beri Solid Food terlalu awal pada bayi??

So, berbalik kepada anak solehah Zara: UmmiAbi sudah nampak tanda-tanda "ingin/geram pada makanan" pada umur 11bulan, thus, start 11bulanlah Zara weaning to solid food. (Baby weaning??=Weaning itu sendiri membawa maksud perubahan daripada minuman susu ibu atau susu formula sahaja kepada pemakanan makanan solid.. yang bertekstur halus)

Terdapat tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru, iaitu:
Mempunyai berat badan yang 2 kali ganda dari waktu dilahirkan
Kalau kita makan, dengan khusyuknya baby kita tengok makanan yang sedia terhidang kat atas meha
Memasukkan jari di dalam mulut mereka, kekadang lebih dari satu jari..
Setiap kali diacah dgn tangan ataupun sudu pasti dia akan membuka mulut (nganga)
Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
Mencuba untuk mencapai sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya.

Ummi mulakan solid food macam ummi buat kat kakak wafa dulu jugak... Boleh klik Solid Food WAFA(tapi tiada lagi processed food, dlm entri wafa dulu xde ilmu lagi tentang makanan2 tak berkhasiat tu).
 Ummi just steaming buah-buahan & sayur-sayuran je dulu. 
Sekarang Zara dah besar sket, Umur entri ini ditulis Zara berumur 1tahun++, ummi lebih kepada makanan bertekstur "mashed". Tak buat "pureed/blended" dah. Dia pun luah balik kalau ummi bagi yang lembik2 tu*sigh*.


Alhamdulillah...setakat ini dah diberi makan, Wafa Izzara sekali pun tidak pernah sakit perut. Enzim dari air tangan ibu orang kata..Wallahu 'Alam...(^,^). Walaupun kadang2 ummi bagi bahan mentah kepada babysitter untuk steam dan beri pada Zara, ummi tak lupa basuh dan bacakan Al-Fatehah serta selawat pada buah-buahan/sayuran Zara itu. Ummi yakin, bacteria pun lari bila hembuskan Nama Allah SWT & RasulNYA SAW.

3 comments:

NoEn said...

maka bermula la episod umminya bersilat didapur untuk si solehah wafa ;)

aneezjaafar said...

alamak.. niz xingat bila 1st time bagi Aina solid food.. seawal 5bulan kot.. Ya Allah, jangan la jadi apa-apa kat Aina pd masa akan datang. Patutla dia sll ragam kembung perut la bagai... Rasa bersalah kat Aina. Semoga Allah lindungi dia.. Lepas ni kena banyak belajar lg tentang hal ehwal anak-anak. Jangan syok sendiri je ibu aina ni.. :(

UmmiAbi said...

Noen:
Hihi...ummi dah senteng lengan baju ni...Semangat!!!kekeke(^,^)


Aneez:
Xpe niz..better late than never. Gali ilmu perlahan2... Anak2 ni ikut je apa yg kita sediakan. Jika berkhasiat kita beri, berkhasiatlah yg dia mkn. Semuanya utk kebaikan mereka kan... Kita lambatkan proses weaning pun sbb sayangkan dia..sayangkan perut dia. Tp apapun yg penting adalah doa kita buat mereka. InsyaALLAH..Allah lindung ank2 kita...(^,^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...