Friday, May 9, 2014

Tukar Susu Anak kerana MALTODEKSTRIN??


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala..Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear...Ummi ada mention dulu pilihan susu UmmiAbi setelah Wafa Sofea wean off breastfeeding genap 2tahun adalah susu kambing kan...
Alhamdulillah..Masih meneruskan pengambilan susu sunnah ini tapi kali ni lebih kepada susu segar bugar. Kalau sebelum ini kami memilih susu Susu Tepung Farmasi, tapi pilihan sebulat suara untuk anak special kami, kami memilih susu kambing segar dari ladang..(^,^)


Ummi pun nak jugak. Hot choc terbaik..:)

Namun, kami juga tetap kena ada pilihan susu kambing tepung jika stok susu segar kehabisan. Ini kira sebagai back upla..hehe.. Kami memilih Susu Salic dari Muaz Marketing. Alhamdulillah, syukur allah temukan kami dengan susu kambing asli yang langsung tiada bahan tambahan lain.

Walaupun tiada bahan2 tambahan, susu ni memang sedap. Lemak berkrim. Ummi pun dah ketagih minum susu ni hari2..heh


Pertukaran susu buat mujahidah solehah Wafa Sofea diputuskan apabila biiznillah( syukur Alhamdulillah Allah bagi ruang) kami mendapat lagi Ilmu Organik dari sahabat2 organik tentang Maltodextrin.

Mesti ramai tertanya, Apa itu MALTODEXTRIN? Sebelum tu, sila check susu tepung, M**O, & minuman kegemaran anak-anak anda di rumah. Adakah terdapat kandungan Maltodextrin?? Huhu..semua minuman kegemaran ummiAbi & Wafa Sofea setakat ni memang ada Maltodextrin. (T,T). Syukurlah Allah masih memberi peluang pada kami memilih & menukar susu buah hati kami kepada yang lebih baik... Halalan malah toyyiban.. Mencari yang Halal itu mudah.(Kedai Bak Kut Teh pun ade sijil HALAL) tapi mencari Toyyiban itu kena gali2 ILMU. Source/punca/sumber makanan dari akar kena betul2 halal & tidak memudaratkan. Jika Halal, tapi memudaratkan & mengundang sakit bukanlah toyyiban kan..huhu.
**Bagi umat Islam apabila kita bicara mengenai konsep halal, ia melangkau pada toyyiban (sesuatu yang baik). Jadi apabila disebut halalan toyyiban ia memberi maksud sesuatu yang halal dan bersifat baik serta elok.
Konsep ini sangat positif untuk semua aspek kehidupan manusia. Ia adalah satu tuntutan dan menjadi tanggungjawab setiap orang untuk memenuhinya.


Oklah..Jom study tentang MALTODEXTRIN ni..(Syukran jazilan buat sodiqaaati sahabat2 syurga Organik membincang & menyedarkan bahayanya bahan ini dalam makanan/minuman kita).

Daripada pendapat pakar-pakar perubatan bertauliah(Alopati & homoepati) serta ilmuwan-ilmuwan yang mengkaji, dapat disimpulkan Maltodextrin ni sangat bahaya jika diamalkan.


  1. Maltodextrin
  2. Maltodextrin is a polysaccharide that is used as a food additive. It is produced from starch by partial hydrolysis and is usually found as a white hygroscopic spray-dried powder.Wikipedia
  3. FormulaC6nH(10n+2)O(5n+1)

Maltodextrine ni adalah additive untuk extend shelf life produk dan juga gula . Basic source ialah glucose tambah glucose. Jadi boleh bayangkan la bagaimana rasa kemanisannya.
Ianya lebih manis dari gula pasir biasa. Maltodextrin ialah Simple sugar- terus serap dalam saluran darah yang mengakibatkan risiko kencing manis(Diabetes), High blood, heart attack dll pnyakit moden.
Jadi bila minum , gula darah sangat senang naik. Jgn hairan kenapa budak2 pun boleh terkena kencing manis, dan sakit mcm2 kerana pggunaannya terlampau meluas dalam produk makanan. Industrial banyak guna sebab ia murah banding guna-gula pasir biasa. Ramai orang tertipu dgn maltodextrine. Produk tulis tanpa gula ingatkan sihat tapi ada maltodextrine yang lebih bahaya rupa2nya. Sedangkan glycemic index tinggi - Susah nak cari produk tanpa maltodextrine. Hal ini terjadi kerana pengusaha takut orang tidak mahu beli bila produk tersebut tak sedap tanpa gula tapi diletaknya Maltodextrin(glucose tambah glucose) ni..huhu...(T,T)


Bukan minuman sahaja, kalau pergi supermarket boleh senaraikan berapa banyak produk yang mengandungi Maltodextrin ini. Tak kisah samada dalam produk slimming, minuman 2/3/4 in1 bertenaga2 ni, all in1 selalu letak maltodextrine.. Juga dlm snek oat.. Bijirin sarapan.. Perencah masakan segera pun ada . Jd jgn tertipu dgn propa tanpa gula.

Semua produk ada Maltodextrin ke?
So, semua processed food ada Maltodextrin ke?Hmmm...kalau dibelek & ditenung lama-lama pada ingredients setiap pek makanan tu, 99% ada...huhu... So,nak makan apa? Nak minum susu apa?
Allahu Allah...

Semua yang baik juga ada dijual di supermarket/online/kedai organik/kedai Islam Az-Zain/Mahnaz.. Tak semua produk jahat & tidak baik. Jangan asyik nak bertanya..Bangun dan carilah.. Semuanya ada jika kita usaha tapi tak semua boleh muncul depan mata tanpa usaha..kan.. Ayuh bangun & bertukar..Pilihan di tangan kita.

Teringat cerita Bani Israel yang tidak bersyukur dengan makanan yang baik seperti madu & burung. Boleh baca di SINI.


Syukran jazilan Pengetua Tahfiz Wafa... Rajin design untuk mudah faham..:)



Mengapa mesti TUKAR?
Terpulang mahu tukar atau tidak... Hak masing2 demi darah daging & keturunan kita. Memakan makanan yang haram/syubhah memberi kesan besar kepada kehidupan Muslim terutama dalam mempengaruhi jiwa dan minda. Jasad yang terbina daripada makanan haram/syubhah akan mendorong melakukan perbuatan yang dilarang ALLAH.MASYARAKAT Islam seharusnya tahu Islam adalah agama yang syumul.

Ia meliputi segala aspek kehidupan, daripada sekecil perkara sehinggalah urusan pentadbiran negara. Dalam erti kata lain, agama Islam menentukan hukum, undang-undang dan peraturan berkaitan kehidupan manusia.
Wallahualam.. Gula putih.. Maltodextrin dan lain2 pemanis tiruan juga salah satu faktor kpd kanak2 jd extra hyperactive atau dikenali sbg sindrom sugar rush.. Jd jgn gula3kn anak dgn gula2 dan jajan2 lg selepas ini... Kita nak anak behave, tapi sebenarnya silap itu dari kita sendiri... 
Benar kata Ustaz Ebit Lew, " Jika anak nakal, jangan marah dia..tp pergi masuk bilik & solat sunat mohon ampun pada Allah..Ianya silap kita. Mohon taubat & berdoa...Harapkan Redha Allah..." 
Segala yang sesuatu berlaku di atas dunia ini adalah atas pilihan kita sendri... (^,^)

Wallahu'Alam....


3 comments:

Norhasilah Hassan said...

salam,
1-mana boleh dapat susu kambing segar dari ladang tu?
2-mohon izin info bergambar tu nak copy
tqvm

UmmiAbi said...

Wa'slm.
1-Dear sis duk mana?Byk susu segar kambing dijual sekarang. Ikut daerah & negeri... Kalau kat Melaka boleh contact TIAF atau Muslim Cottage(di FB). Klau di Klang valley ade gak yg buat delivery. Di johor boleh terus amik dari ladang. Dear sisi, boleh pm sy di fb untuk sy kongsi info atau contact berkaitan..
2-Saya izin share untuk manfaat bersama..:)

まさ きゆらし ルイドゥ ルイドゥ said...

Assalamu'alaykum, Umm
izin share di facebook

Terimakasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...