Monday, May 26, 2014

Kenali Khinzir dalam makanan anda...Please check!!!

Ya Allah..lindungilah perut & iman kami..
Kalau sebelum ni ramai risau arak dalam makanan.. Kali ini Oink2 pulak ditambah sebagai perisa dalam produk makanan..(T,T)

Allahu...tersebar lagi makanan yang diragui...
Tengah hangat cerita terbongkarnya siasatan KKM keatas coklat Cadbury yg ada Oink2. So, nk mkn lagi??huhu..Buat sndiri jela..Kalau malas, tak payah makan...kan mudah. Islam itu mudah...Tp jangan ambil mudah..
Produk sekarang dah susah nak dipercayai. Syarikat2 yang hanya nampak duit(dunia) ni tak peduli jika rosak Iman(akhirat) kita. Kelak, keturunan kita yang mendapat kesannya. Memakan makanan yang haram/syubhah memberi kesan besar kepada kehidupan Muslim terutama dalam mempengaruhi jiwa dan minda. Jasad yang terbina daripada makanan haram/syubhah akan mendorong melakukan perbuatan yang dilarang ALLAH. Masyarakat Islam seharusnya tahu Islam adalah agama yang syumul. Toyyib dari segala aspek..termasuk rohaniah. Suka2 je "mencadbury buta" jasad org Islam...huhu.

Kadang khilaf manusia sendiri yang tidak ambil tahu apa yang disumbat ke dalam perut. Asal tulis HALAL, ah boleh makan. Orang Islam bukan sahaja kena cari produk HALAL, tapi HALALAN TOYYIBAN. Halal & baik sumbernya. Halal & tidak memudaratkan. Bukan isu cadbury sahaja, malah penggunaan Oink2 ni telah di pelbagai fungsikan(Multifunction). Setiap produk mesti org kafir nak masukkan. Malah ubat-ubatan pun tak ketinggalan.


Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada Khinzir/Bab1/Oink2. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin Khinzir.


Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur Khinzir:


1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging Khinzir di dalam masakan.


2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis Khinzir.


3. Hog:Istilah untuk Khinzir dewasa, berat melebihi 50 kg.


4. Boar: Khinzir liar.


5. Lard:Lemak Khinzir yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.


6. Bacon: daging haiwan yang disalai, termasuk Khinzir.


7. Ham daging pada bahagian paha Khinzir.


8. Sow:Istilah untuk Khinzir betina dewasa (jarang digunakan).


9. Sow Milk:Susu Khinzir.


10.Pig:Istilah umum untuk seekor Khinzir atau sebenarnya bermaksud Khinzir muda, berat kurang daripada 50 kg.


11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada Khinzir. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada Khinzir.



Ohya...ramai orang refer kod E sebagai tanda khinzir dalam makanan... Sebenarnya bukan ye. Boleh rujuk link SINI dan SINI.

Ummi kongsikan sedikit tentang Rahsia sebenar kod E ni:
Aditif Makanan dengan Kod E
Bahan-bahan ramuan tambahan dengan E-number diklasifikasikan sebagai berikut:
E100-E199 : Pewarna makanan
E200-E299 : Pengawet makanan
E300-E399 : Anti oksidan dan pengatur keasaman
E400-E499 : Emulsifier(Pengemulsi), Penstabil (Stabilizer), Tickerners (Pemekat)
E500-E599 : Pengawal Keasidan dan anti-cacking (Anti Pengeras)
E600-E699 : Penambah Perisa
E700-E799 : Antibiotik
E900-E999 : Pemanis dan Agen Pengilat
E1100-E1599 : Bahan-bahan kimia baru yang tidak termasuk klasifikasi standard

Ermmm..tapi kan...walaupun takde unsur oink2, kod E ni dari sumber yang halalkah? Toyyiban(tidak memudaratkan) ke? Nampak syubhah semua bahan2 ramuan di atas..



PENENTUAN STATUS HALAL ATAU HARAM
Status halal, syubahah atau haram sesuatu bahan makanan tidak ditentukan berdasarkan sebarang kod huruf atau nombor.

Sumber asal bahan tersebut dihasilkan adalah penentu kepada status halal atau haram. Biar apa jua kod huruf atau nombor digunakan, itu bukan penentu halal atau haram.

Maka, sewajarnya tumpuan Pengguna Muslim yang bijak adalah kepada sumber penghasilan aditif makanan.

Syubhah mungkin HARAM...mungkin juga HALAL, mungkin juga SYUBHAH walaupun ianya hanyalah pewarna makanan. Ingat, kita perlu tahu SUMBERnya, bukan nama atau kategorinya... Boleh refer HALAL FOOD GUIDE.
Kalau nak ikut syubhah, semua produk kilang adalah syubhah(ini pendapat ummi ye...maaf jika tak sependapat)..sebab kita tidak tahu cara buatannya, apa kandungannya lainlah jika kita tengok depan mata sndri kan..:) Syubhah adalah was2, tak toyyiban..di mana benda itu memudaratkan. Kalau letak bahan kimia sehingga pengguna sakit kronik seperti kanser??Adakah toyyiban lagi??huhu..Rujuk jenis2 bahan kimia dalam makanan di SINI. (T,T) (T,T)

Ohya...terkejut & speechless ummi tengok video di bawah...(lap air mata)..Ya Allah..lindungilah kami muslimin wal muslimat...Ameen..



Harap bermanfaat..Wallahu'Alam..

1 comment:

aneezjaafar said...

sangat bermanfat. boleh rujuk nanti. tq sharing.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...