Monday, May 26, 2014

Kenali ARAK dalam makanan anda...Please check!!!




Rum: arak yang diperbuat dari molasses
Wine/wain-arak yang diperbuat dari anggurAdvocaat: arak yang diperbuat dari kuning telur
Whiskey: Arak yang diperbuat dari bijirin (oat, barley, jagung etc)
Beer-arak dari barley
*Lotte turut mengeluarkan coklat Pepero.
*Rum/Advocaat/Whikey Turut terdapat dalam produk coklat, kek dan makanan

Senarai penuh jenis-jenis arak dan arak yang digunakan dalam makanan dan masakan boleh dibaca di sini. Selepas ini jauhkan produk-produk yang disyaki ada arak

1. http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_liqueurs
2. http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_alcoholic_beverages




10 golongan dilaknat Allah dan Rasul bagi perkara berkaitan arak:

1. Orang yang memerah arak
2. Orang yang diminta diperah untuknya
3. Orang yang meminumnya
4. Orang yang membawanya
5. Orang yang meminta dibawa arak kepadanya
6. Orang memberi minum arak kepada orang lain
7. Orang yang menjual arak
8. Orang yang mendapat hasil daripada arak
9. Orang yang membeli arak
10. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya

Hadis riwayat Ibnu Majah

Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak-anak panah, adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya.” (al-Maidah: 90)


Ilmu makanan ini perlu pada setiap umat Muhammad....Gali & gali ILMU...kerana ia akan menjadi perosak darah daging terutamanya HATI...

Jika anak2 sukar menghafal, susah nak ingat agama, payah menerima ILMU, bukan salah mereka, tapi carilah khilaf sumber dari mana silapnya kita yang menyuapkan makanan yg membentuk HATI mereka begitu. Wallahu'Alam..





Banyak terdapat dalam Al-Quran & hadis tentang makanan ni. Allah & rasul berkali-kali ingatkan kita tentang makanan...

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Hak anak ke atas bapa ialah bapa hendaklah memberi nama yang baik, mengasuhnya dengan budi pekerti yang baik, mengajarnya menulis, berenang dan memanah. Janganlah berikan kepadanya rezeki selain yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila telah layak berkahwin”. (Hadis Riwayat Hakim)



Firman Allah s.w.t.dalam Al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.”



Hadis Nabi S.a.w yang menyebut tentang penyakit yang berpunca dari perut ,kini dibuktikan dengan penemuan sains,Islam sejak dahulu mengajar manusia ke arah kebaikan melalui perantaraan Hadis dan Al-quran .Seperti yang disebut dalam firman Allah s.w.t bahawa kerosakan adalah di sebabkan tangan manusia itu sendiri . Islam mengajar manusia mengenai kebersihan dan tidak berlebihan dalam pemakanan kerana ia mengundang pelbagai penyakit . Pengetahuan sains berlandaskan Al-Quran dan sunnah mampu menarik keluar manusia dari lembah kerosakan .



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang”. (Hadis Riwayat Abu Dawud)



Sabda Nabi s.a.w., yang bermaksud: “ Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut; sedangkan orang kafir itu makan dengan menggunakan tujuh buah perut.” (Hadis Riwayat Bukhari)



Rasulullah s.a.w. turut bersabda : “Tiadalah wadah yang disisi anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya sendiri, di mana dia menyangka bahawa dengan beberapa makanan, maka tulang sulbi (kekuatannya) akan dapat tegak kembali. Seandainya dia terpaksa bersikap demikian, maka (isilah perutnya) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan yang sepertiga lagi dikosongkan untuk pernafasan (bernafas).”






Wallahu'Alam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...