Friday, May 9, 2014

Homestay NORA (Trip to Perlis)

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat buat anak2 solehah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala..Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear.... Sebelum ni ummi ada buat entry tentang Homestay Hasspura. Disebabkan permintaan terlalu ramai, Mak Long Wafa (kakLong kepada ummi) telah membina 1 lagi mahligai untuk sahabat2 serta pelancong yang nak ke utagha. So, kali ni dah ada 2 homestay diberi pilihan. Homestay Hasspura(paksu ummi) & Homestay Nora(KakLong ummi).

So, nak cerita tentang Homestay baru ni..Ciri-ciri kekampungan yang best sangat..











HOMESTAY NORA terletak berhampiran pekan Simpang Empat, Perlis. Iaitu di belakang Hasspura Homestay. Homestay baru sahaja siap dan harga pengenalan kami RM130/malam.

Homestay boleh didiami dalam 15 orang.

Alamat HOMESTAY NORA: Batu 6 1/2, Kampung Batas Lintang, Jalan Alor star - Kangar, Perlis.

HOMESTAY NORA berlatarbelakangkan sawah padi dan taliair. Pemandangan yang cantik ketika matahari terbenam dan musim padi.

Bagi yang berminat dan inginkan homestay dengan suasana kampung yang tenang boleh menghubungi:
1. 012-4515298 - Pn. Nora
2. 017-3470418 - En. Ayub
3. 04-9809614 - En. Ismail/ Pn. Arpah

Kemudahan:
- 3 bilik tidur
- 1 tandas dan 1 bilik air
- petisejuk
- dapur masak
- ruang tamu yang luas
- Iron dan Iron Board

Lokasi:
- 1km ke Pekan Simpang Empat
- 8km ke Pekan Kangar
- 8km ke Kuala Perlis (jeti ke Langkawi)
- 15km ke Bandar Diraja Arau (UiTM Arau)
- 18km ke Tempat Riadah dan Rekreasi Sg. Batu Pahat, Taman Ular, Taman Burung, Kelab Golf.
- 30km ke Bandar Alor Star, Kedah.
- 45km ke Pusat Membeli-belah Bazar Padang Besar dan laluan keluar-masuk ke Thailand.
- 50km ke Pasar membeli-belah Wang Kelian dan laluan keluar-masuk ke Thailand.
- 700m ke Masjid Bohor Mali dan Masjid Simpang Empat.
- 1km ke Medan Selera Pekan Simpang Empat.
-1km ke Stesyen Minyak Caltex dan Shell.
- 11km ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

PEKAN SIMPANG EMPAT (1km dari HN)
Pasar malam : Setiap Hari Jumaat
Pasar Pagi: Setiap Hari Selasa
Pasar Tani: Setiap Hari Khamis

*HARGA BERPATUTAN DENGAN LOKASI YANG STRATEGIK UNTUK BERMALAM, PENGINAPAN MELEBIHI 1 MALAM HARGA BOLEH DIRUNDING.

Wafa Sofea & Wafa Izzara kalau masuk dalam rumah ni memang susah nak ajak keluar lebih2 lagi si solehah Wafa, ada aura yang menenangkan di situ. Susah nak terangkan, mai ghasa tengok..hehee

WS with her besties, Afin Naufal yg bijak...
WS with her smart cousin..Inilah tauke homestay Nora..hehee


Nak pusing2 kawasan homestay tak? Jom Wafa Sofea bawakkan..:)
Klik bawah ni...(^_^)Selamat Mencuci Mata (@-@)

3 comments:

nora ismail said...

http://noraayub.blogspot.com/2014/05/nora-homestay-simpang-empat-perlis-3.html?m=1
Boleh LIKE FB Pages Homestay NORA, Perlis

Anonymous said...

Available lagi tak 24hb May ni?

Anonymous said...

Hi ummi Wafa.. Homestay ni dekat tak dengan jeti Kuala Perlis?Berapa jarak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...