Sunday, May 18, 2014

Almond Milk Lemak Berkrim

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala..Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear...
UmmiAbi memang penggemar susu...lebih-lebih lagi susu kambing.. Asyik minum susu kambing je.Kita tukar selera pulak.. Jom buat Almond Milk..(^,^)

Baru-baru ni kami sekeluarga dengan mkngah Dila serta pkngah EG & Afin shopping di Mahnaz.. Ya Allah...(@-@) drooling mata ummiabi shopping situ. Kalau bolh semua makanan kat situ nak bawak balik..huhu. Tengok kekacang yang berbagai2 jenis...ummi pilih pistachio & almond untuk kudapan di rumah nanti. Sebagai jajan Wafa Sofea jugak..;) So, roasted almond boleh dijadikan jajan & raw almond buatlah Almond Milk...Sedaaap..:)

Senang je nak buat Almond Milk ni...
Almond(dibasuh) & rendam semalaman.
Esoknya blend almond+kurma dengan air filter/masak=Almond Milk.
Nanti dia keluar macam colour santan(takyah letak susu).
Then tapis n minum..Ummi guna Magic Bullet.. blender ni dah siap ada penapis. Tinggal nak tuang je...(^,^)
Kalau guna tapis biasa, make sure lepas tapis tu, tapis dengan penapis kain/napkin pulak. Hasilnya dapat 100% cecair tanpa serdak..Sesuai utk anak2 nk minum.
Ohya..hampas Almond jangan buang..sayang woo kacang mahal.hehee.. Bolehla buat kudapan or cookies.. Kalau nak buat cookies nanti ummi share resipi(Klik resipi famous Amous), kalau nak buat kudapan, boleh goreng atas api tanpa minyak or bakar. Salutlah dengan coklat atau makan dengan susu. Makan begitu saja pun enak..Ikut kreativi masing2...

Antara khasiat badam/Almond ni ialah:

Badam Beri Tenaga Tambahan dan Menguatkan Memori :


Badam merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.

Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis.

Kajian berkenaan dilihat dapat membantu kesan antioksidan apabila memakan badam dan kajian seterusnya menunjukkan kesan Vitamin E dan terbitan polipenolik seperti flavonoid yang ditemui dalam badam dan pokok kekacang lain.



Tahukah anda badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang?:


Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese.



Badam Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung


Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.



Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan):


Kajian tersebut melibatkan 65 orang dewasa obes. Mereka dibahagi kepada 2 kumpulan. Kedua-dua kumpulan dibekalkan dengan diet yang sama jumlah kalori serta proteinnya.
Kumpulan pertama diberi diet berkalori rendah terdiri dari karbohaidrat kompleks. Kumpulan kedua juga diberi diet berkalori rendah yang di perkayakan dengan badam (2 genggam sehari).

Selepas 6 bulan di dapati kumpulan yang dietnya diperkaya dengan badam mengatasi kumpulan berdiet karbohaidrat dengan 64% dalam pengurangan berat badan, 56% dalam lilitan pinggang, 50% dalam pengurangan lemak.



Badam Meredakan Diabetes:


Di dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2.
Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response. Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan.



Badam Membantu Menghalang Batu Karang:

Kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.


Badam Menghalang Osteoporosis:

Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis.

Tahukah anda diet kurang kalsium boleh mecetuskan risiko barah usus?


Badam untuk Wanita Hamil:

Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

Badam Mengurangkan Risiko Berbagai Penyakit: Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain.

Dalam satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ’statin’. Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ’statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan ateri.

Info dari : SUMBER

3 comments:

Liza Hashim said...

Assalam fara.. Blh try nnt. Thanks share ye.

UmmiAbi said...

Wa'slm. Try..try...sedap berlemak tau..hehee

aneezjaafar said...

kan.. mcm sedap je.. almod tu bg ratah pun abis.. goreng garig2.. boleh ke.. wallahualam.. hee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...