Tuesday, April 1, 2014

Tolak dadah, ambil sunnah

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat mujahidah & serikandi solehah UmmiAbi.. Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear....
Entri kali ni agak panjang(cover lama menyepi..hehe) kerana ummiabi selitkan kenangan perubahan kami ke arah pemakanan sunnah yang mengubah cara hidup & kualiti hidup kami 360 darjah..(eh...270darjah kot..or 180darjah je sebab banyak lagi perlu diubah & belajar..hihi)..

Alhamdulillah..SubhanAllah..Maha suci Allah kerana diberi kesihatan yang baik buat Wafa Sofea & Wafa Izzara. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah...Wafa Sofea jarang-jarang demam(last demam masa dia umur 1tahun++ ketika melawat Terengganu, pastu tak pernah demam~setakat dedar2 badan ade, tp tepid sponging je dah ok balik suhu badannya). Alhamdulillah, syukur & segala pujian itu HANYA MILIK ALLAH.. Wafa Izzara pulak tak pernah demam lagi setakat ni. Wafa Izzara=unvac baby. Tiada bahan yang melemahkan sistem imun dia so far..Syukur..syukur.. Wafa Sofea pulak ummi biasakan dengan ubat sunnah & ummiabi yakin kajian detox dengan makanan sunnah..Allahu Amiin..

Allah punya kuasa, makhluk tiada apa-apa...Itulah moto & visi kami terhadap ubat-ubatan farmaseutikal/drug. Apapun usaha kita, carilah yang HALAL & toyyiban. Bukan asal cepat nak sihatkan badan ank je, halal haram semua tolak tepi..Asalkan anak sihat.
Ingatlah, anak ini amanah...Segala yang berlaku ke atasnya akan ditanya kelak. Sesuatu yg berlaku atas kemudharatan anak juga adalah kerana jahilnya kita sebagai ibu bapa..(T,T)
Cukup-cukuplah....
Bermula sejarah hitam dalam hidup UmmiAbi atas khilaf sendri  sejak Wafa Sofea demam umur 9bulan kami mula kejarkan ke hospital (menyerah diri). Reda je doc masukkan antibiotik & pcm & nebulizer setiap 6jam--->4jam--->2jam.
Apabila baik & discaj, Wafa Sofea happy hanya 2bulan, demam & batuk kembali tanpa isyarat. Selagi doc beri pcm/antibiotik/dadah, selagi itu kami keluar masuk hotel/ward. Itu je jalan yang kami nampak ketika itu. Maafkan UmmiAbi sayang. Cukup-cukuplah...

So, dah kalau Wafa Sofea & Wafa Izzara tak diberi supplements & vaksin untuk kuatkan sistem imun mereka, tak takut ke jangkitan kuman/ penyakit menyerang mereka? Huhu...Ramai manusia takutkan penyakit rupanya. Lupakah anda Allah yang jadikan penyakit & Allah jua yang menyembuhkan?? InsyaAllah..penggantungan 100% pada Allah. Kita boleh usaha dengan memberi supplements/vaksin/ubat2 dadah, tapi pilihan di tangan kita kan..Semua itu adalah usaha. usaha zaman sekarang  memerlukan duit. Kita boleh beli benda lain yang tidak memudaratkan menggunakan nilai yang sama. Daripada berharap/berserah pada hospital/klinik/doktor, lebih baik serah diri & yakin hanya pada ALLAH. Nilai tu lebih berbaloi.

Ramai manusia yang takutkan penyakit sekarang sanggup berhabis duit asalkan anak sihat. Boleh berhabis duit sebagai usaha mencari Ubat dadah...Tapi sedarkah kita UBAT ni adalah rawatan. Rawatan pula ada yg memudaratkan & ada yang selamat, malah memberi kesan yang lebih baik atau lebih buruk untuk jangkamasa panjang. Jika tak dapat fikir kesan jangkamasa pendek, fikirlah jangkamasa panjang anak-anak kita. Mereka berhak hidup sihat walafiat sebagai pewaris generasi kita akan datang. Kenapa pilih ubat yang x selamat jika ada pilihan ubat/cara rawatan yang lebih selamat, halal, malah menambahbaik sistem imun? Tepuk dada tanya hati.... Hidayah, lifestyle, perubahan, & cara/kaedah boleh ditukar dengan bermula dari HATI.. (^,^) Dengan perubahan ini juga ia sekaligus merubah kesihatan kami sekeluarga. Kalau dulu setiap bulan mesti MC & ada ahlul bait kita yg sakit, kini Alhamdulillah...jarang sangat. Ummiabi tak maksudkan yang kami tak sakit langsung sejak tolak ubat dadah ni, tapi jarang sangat & tidak berlarutan. Jika selesema, esok mesti baik.. Jika, demam, esok mesti suhu kembali normal. Allahu Allah...Nikmat manakah yg kamu dustakan?? Demi Allah, DIA yang menurunkan ujian/sakit, & kepadaNYAlah kita mohon perlindungan/rawatan.






Alhamdulillah, Allah kuatkan juga hati kami yang selama sudah penat dengan ubat-ubatan dadah. Kami sudah penat dengan keadaan di mana ubat-ubatan ini hanya menggembirakan kami pada permulaan, & sakit itu pasti kembali(PASTI..tak bulan ni, pasti bulan depan demam balik). Ubat dadah ini hanya menghilangkan symtoms, bukan penyakit. Mungkin dulu kami happy bila bagi Wafa Sofea ubat paracetamol(PCM) & suhu badan kembali Normal dalam tempohmasa 24jam, tapi sistem imun Wafa Sofea makin lemah. Berdasarkan pemerhatian kami selepas beri PCM, Wafa Sofea jika terdedah pada hujan(walaupun setitik) atau terkena panas matahari(walaupun tak terik), malam itu juga suhu badannya terus mendadak mencecah 38 degree - 39degree. Dan macam biasa kami akan ended up hari tersebut dengan menyerah diri untuk dimasukkan ke dalam wad...(T_T)

Maafkan UmmiAbi sayang...Kami kurang ilmu ketika itu. Ianya tidak akan berlaku lagi bermulanya penggalian ilmu alami seusia Wafa Sofea umur 3tahun & adik Wafa Zara 0tahun(sejak dilahirkan x penah dicemari ubat dadah & vaksin).Alhamdulillah...
Namun kami amat2 bersyukur sebab ummi ada sedikit basic medic masa belajar dahulu, & kami memang siap2 pangkah ubat batuk & selesema. Bagi kami tiada istilah ubat batuk/selesema dalam dunia ni. So far, diri Wafa Sofea hanya dilemahkan oleh Paracetamol & nebulizer(kerana "hyperactive airways" berlaku jika dia batuk teruk). Owh, bercerita tentang PCM ni, ummi nak tunjukkan sesuatu:

Ni dari page KKM sendiri..

 Doktor2 yang dah berilmu sekarang pun kalau boleh xnak bagi ubat2 dadah ini dah.... Selagi boleh mereka akan elak..Alhamdulillah. Moga makin ramai doktor2 yang bukan mengejar dunia semata, tapi kumpul ilmu bermanfaat untuk akhirat jua...:)
Barakallahu lakum buat doktor2 yang memberi keizinan untuk share.. (^,^)



Saja ummi capture sekali ngan komen2 bermanfaat yg dikongsi oleh parents lain. Barakallahu lakum..


So, dah tolak dadah....apa solusi kita untuk mencegah & merawat jika penyakit tetap datang dengan izin Allah..??? Kembali rujuk pada yang Haq(benar). Rujuk pada Al-Quran & Assunnah.
Al-Quran & As-sunnah adalah panduan hidup kita.. 

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW bersabda: 
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi Nya.

Boleh klik pada link gambar makanan/ubat sunnah untuk maklumat lanjut...:)


Khasiat HABBATUS SAUDAK
Alhamdulillah..Wafa Sofea boleh makan Habbatus sauda macam kunyah kacang je...:) She loves it. Kdg2 kalau ummi lupa bagi, dia siap mintak...

Khasiat MADU



Alhamdulillah...Wafa Sofea mendapat air mutiara ini selama 2tahun genap.
Wafa Izzara pulak setakat ini(11bulan) tidak pernah putus air mutiara ini lagi... Syukur padaMU Ya Allah..
Kelebihan Air mutiara? Klik SINI

Kebaikan VCO


Ada terdapat banyak riwayat Rasulullah berkenaan cuka. Berikut antara riwayat yang pernah diceritakan oleh para sahabat;

"Cuka adalah kemudahan bagi manusia" Diriwayatkan oleh Muslim

"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja

Daripada Jabir r.a :
"Bahawa Nabi s.a.w pernah menanyakan lauk kepada keluarganya, lalu mereka menjawab: 'Kami tidak memiliki apa-apa, selain cuka'. Baginda pun lalu minta diambilkan, lalu makan dengan berlauk cuka. Baginda bersabda: 'Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka! "
(Hadith riwayat Muslim no.2052)

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH...
Sebenarnya ada banyak lagi makanan sunnah yang dijadikan penawar. Untuk entri kali ni, ummi hanya share ape yang ada di rumah kita je dulu. Nanti sambung lagi...

*jangan boring baca yer... Barakallahu fik... Moga mendapat manfaat.... (^,^)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...