Monday, April 14, 2014

Makan sunnah berdulang..

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala..Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear, Alhamdulillah...rumah kita bertambah lagi dengan amalan sunnah Rasulullah. Saat makan sekarang adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh Wafa Sofea & Wafa Izzara. Sampaikan bila ummi bawak dulang penuh makanan ke ruang makan, Wafa Sofea menjerit keriangan.."Yeay...makan..makan..., Jom abi, jom zara..." (^,^) *(Saat ini Wafa Izzara pun merangkak laju2 untuk ke ruang makan..Amazing, dia pun faham waktu makan sudah tiba walaupun dia x boleh makan..hehe.. Dia suka teman kitorang makan~thumbs up dik)
WS & WI sangat teruja & gembira sekarang. Mungkin dalam hati mereka masa makan adalah masa bersama ummiAbi, Masa itulah ummiabi bersembang-sembang, ketawa riang, suap-menyuap, berkongsi gelas..bertanya khabar(??)..huhu.. Maafkan ummi wahai kakak & adik zara, masa terhad buat kita sekeluarga pada hari siang kerana kerjaya UmmiAbi membataskan waktu siang kita. Tapi kita gunakan waktu yang sikit ini dengan berkualiti ye=makan bersama-sama semestinya..:)

Rasulullah SAW gemar berkongsi makan dalam dulang bersama-sama dengan sahabat Baginda. Secara tidak langsung ianya mewujudkan kemesraan dan meningkatkan kasih sayang terhadap sesama Muslim. Selain itu, amalan berkongsi makanan dalam satu dulang juga dapat mengelakkan pembaziran. Sabda Rasulullah SAW:“Berkumpullah kalian dalam menyantap makanan, kerana dalam makan bersama itu akan memberikan barakah kepada kalian.” (HR Abu Dawud)
 setakat ini, dulang pemberian maktok satu-satunya pinggan kita di rumah. Dulang ni maktok dapat harga rm2 semasa pergi Teluk Intan  tapi sangat berkualiti. Entah camner maktok boleh dapat dengan harga begitu.
Oh ya, ini dulang Aluminium biase je, bukan perak yang mahal2 tu ye..sebab tu murah(^_^)


 bila kita makan begini, akan terjalin ukhwah antara kita umat Islam.. tiada pembaziran berlaku..setiap biji nasi dlm hidangan akan kita habiskan..barulah datang keberkatan Allah.

Imam Abu Hamid al-Ghazali rahimahullah menyatakan antara etika makan ialah membicarakan hal yang baik dan menceritakan kisah orang yang soleh ketika makan. Menurut al-Hafidz dan Sheikhul Islam Ibn al-Qayyim rahimahullah, Rasulullah SAW bercakap dan berbual ketika makan.


“Ada kalanya Nabi SAW bertanya apakah makanan pada hari ini dan memuji makanan itu.” (HR Muslim). “Dan ada kalanya Nabi SAW mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya. Ada ketika Nabi SAW sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk pauk dan minuman.” (HR Al-Bukhari).


Ketika makan jangan terlalu banyak bercakap atau bercakap dengan makanan penuh dalam mulut. Juga jangan bercakap mengenai hal yang boleh menimbulkan rasa jijik atau loya. Hendaklah mengambil makanan yang paling dekat. Dalam satu hadis, yang diriwayatkan daripada Umar bin Abi Salamah RA, beliau berkata: “Semasa aku kanak-kanak, aku makan di dalam bilik bersama Rasulullah SAW. Tanganku melintasi (menjangkaui) segala piring-piring, lalu disebut oleh Rasulullah SAW: “Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu.”


Umat Islam juga dilarang menggunakan bekas makanan yang diperbuat dari emas dan perak. Bukan sekadar kurang adab, malahan merupakan satu dosa apabila seseorang itu minum dan makan dengan menggunakan bekas daripada emas dan perak. Tindakan menggunakan emas dan perak ketika makan dan minum, melambangkan kesombongan, sedangkan sifat sombong adalah hak mutlak Allah SWT sahaja.


Dalam satu hadis, daripada Huzaifah bin Al-Yaman RA, beliau berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Jangan kamu minum dalam bekas dari emas dan perak dan jangan kamu makan dalam pinggan dari keduanya kerana sesungguhnya ia untuk mereka (yakni orang-orang kafir) di dunia dan untuk kamu di akhirat.” (HR Al-Bukhari & Muslim)


Berkata Imam an-Nawawi: “Telah disepakati oleh sekelian ulama’ bahawa diharamkan menggunakan bekas dari emas dan perak sama ada untuk makan, minum, bersuci atau bentuk-bentuk penggunaan yang lain, sama ada bekas itu besar atau kecil, sama ada yang menggunakannya itu lelaki atau perempuan.” (Syarah Sahih Muslim, Imam an-Nawawi)

2 comments:

aneezjaafar said...

ezreen.. kami kena beli dulang juga nampaknye. bes je tengok makan sharing sedulang. last buat masa ikut daurah kt wangsa maju. kat smkap dulu pun penah rasanya. makan macam ni jimat pinggan nak basuh. cara kan. hikmah disebalik sunnah Rasulullah. :)

UmmiAbi said...

A'ah...haneez, hidupkan sunnah dalam baitul muslim kita. Selain dpt pahala, Anak2 pun happy... Memang jimat tau, xyah basuh pinggan byk2 n 2,3 gelas. Lebih2 time catuan air ni...hehee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...