Tuesday, March 25, 2014

Kebaikan Minyak Kelapa Dara/VCO

Hi dear, ummi nak kongsikan serba sedikit tetang VCO:

Apakah minyak kelapa dara/Virgin Coconut Oil?

Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat didalam buah kelapa tersebut.
Ia dihasilkan secara organik melalui proses pementasi semulajadi dengan tidak menggunakan haba bagi memastikan struktur lemak / patty asid yang kaya dengan "lauric Oil " tidak rosak seperti standard yang ditetapkan.
Hasil kajian saintifik dan penyelidikan yang dibuat, menunjukkan Minyak Kelapa Dara kaya dengan (MCFA) Medium Chain Fatty Acids dan dikelaskan juga sebagai “Super Food” oleh pakar-pakar antarabangsa. Khasiatnya menyamai susu ibu, memperkuat sistem imunisasi, memperbaiki metabolisma, melindungi dinding perut, Blood Clots, penstabil fungsi otak, saraf dan jantung.


JENIS MINYAK KELAPA YG SESUAI??

Untuk kegunaan luaran, expeller diekstrak(extract) atau lain-lain jenis minyak kelapa ditapis(refined coconut oil) akan digunakan, tetapi untuk kegunaan dalaman, minyak kelapa dara bertapis(unrefined virgin coconut oil) adalah yang terbaik.

KECANTIKAN LUARAN

1) Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis, kurap, panau, bersisik, ruam/ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat, telinga bernanah, resdung, batuk kering, sakit kuning dan lain-lain.

2) Membantu mengurangkan berat badan dan kegemukkan berlebihan dengan meningkatkan metabolisma.

3) Jika disapu (minyak kelapa dara cecair), ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi serta mencegah garis-garis halus.

4) Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.

5) Melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kepada kulit anda.

6) Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur. Ummi buat syampu tau VCO ni. Lembut je rambut. Lau nak wangi boleh tambah wangian Lavender or minyak wangi TIAF.





KECANTIKAN/KESIHATAN DALAMAN

1) Bagi ibu-ibu menyusukan anak, yang mengambil minyak kelapa dara sebagai sebahagian dari pemakanannya akan mendapati paras lauric asid dan capric asid bertambah secara ketara.

2) Anti Oksida (Mencegah atau melambatkan cell mati)

3) Antivirus dan antibaktera. Lauric asid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin didalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan ialah dengan menghancurkan dua lapisan plasma membrane pada organism berkenaan.

*Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication)

4) Pengganti mouth cleaner:
VCO membantu meningkatkan kesihatan mulut secara keseluruhan. Ini kerana sifat minyak adalah "melekit" dan apabila anda SWISH ia di dalam bakteria mulut, bakteria terlekat di dalam minyak & larut.
Untuk keterangan lanjut tentang pengganti LIS****NE ni, boleh klik SINI.


Ummiabi guna VCO cosway je..sebab mudah & senang didapati tambah pulak Organik. Kedai cosway dekat sangat dengan perumahan kita..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...