Friday, February 28, 2014

Kelebihan Madu Lebah




Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a :
"Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata : "Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'". Rasulullah s.a.w bersabda : "Berilah dia minuman madu". Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata : "Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah". Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab, "Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah". Lalu Rasullullah s.a.w berkata : "Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong". Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.

Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.Mengembalikan kekuatan tubuh badan.

Antara Khasiat Madu Lebah:

*Membersih dan menambah darah.
*Mengelak cacing perosak dalam perut.
*Menambah kelazatan makanan.
*Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
*Mudah dan cepat diserap oleh badan.
*Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
*Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
*Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
*Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
*Amat berkesan badi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
*Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
*Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.


**Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu)**






Cara Mengetahui Keaslian Madu Lebah

#Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut.
#Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.
#Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.
#Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan.Jika madu asli,ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan.
#Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan.Madu asli akan membentuk bulatan.
#Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu.Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak.
#Titiskan setitis madu ke atas kertas.Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.
Hasil Ujian maklong Nor untuk tatapan ummi..TQ maklong(^,^)



S: Bagaimana untuk kenal pasti madu yang asli?
J: Ada banyak cara tapi satu cara mudah – ambil madu dan tuang ke dalam air masak. Madu asli akan jatuh dengan cantik tanpa merubah air tersebut. Air hanya akan berubah setelah dikacau. Madu tiada tarikh luput. Keasliannya tidak bergantung pada cair atau pekat kerana bunga berbeza akan menghasilkan warna, kepekatan yang berbeza.

**Ohya...daripada perbincangan ilmuan dari Group Organik, Madu Kelulut tidak boleh diambil terlalu kerap. Madu asli biasa/madu lebah biasa boleh dijadikan supplemen & dibuat minuman harian tetapi agak berisiko untuk madu kelulut. Ini kerana Madu lebah kelulut mempunyai tahap Anti-keoksidaan yang agak tinggi berbanding madu lebah. Mungkin sesetengah orang tidak tahan..

“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar.


Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.

**Kalau kat rumah, madu lebah dijadikan supplemen/minuman harian. Namun madu kelulut hanya digunakan di saat memerlukan seperti jika ummiabi batuk, sakit tekak, radang tekak. Ia berfungsi lebih kepada UBAT, bukan supplemen. Ia untuk mengubati...bukan untuk mencegah... Wallahu'Alam...

1 comment:

Mar Mansor said...

terima kasih atas perkongsian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...