Friday, February 28, 2014

Kelebihan Madu Lebah




Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a :
"Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata : "Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'". Rasulullah s.a.w bersabda : "Berilah dia minuman madu". Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata : "Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah". Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab, "Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah". Lalu Rasullullah s.a.w berkata : "Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong". Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.

Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.Mengembalikan kekuatan tubuh badan.

Antara Khasiat Madu Lebah:

*Membersih dan menambah darah.
*Mengelak cacing perosak dalam perut.
*Menambah kelazatan makanan.
*Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
*Mudah dan cepat diserap oleh badan.
*Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
*Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
*Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
*Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
*Amat berkesan badi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
*Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
*Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.


**Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu)**






Cara Mengetahui Keaslian Madu Lebah

#Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut.
#Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.
#Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.
#Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan.Jika madu asli,ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan.
#Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan.Madu asli akan membentuk bulatan.
#Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu.Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak.
#Titiskan setitis madu ke atas kertas.Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.
Hasil Ujian maklong Nor untuk tatapan ummi..TQ maklong(^,^)



S: Bagaimana untuk kenal pasti madu yang asli?
J: Ada banyak cara tapi satu cara mudah – ambil madu dan tuang ke dalam air masak. Madu asli akan jatuh dengan cantik tanpa merubah air tersebut. Air hanya akan berubah setelah dikacau. Madu tiada tarikh luput. Keasliannya tidak bergantung pada cair atau pekat kerana bunga berbeza akan menghasilkan warna, kepekatan yang berbeza.

**Ohya...daripada perbincangan ilmuan dari Group Organik, Madu Kelulut tidak boleh diambil terlalu kerap. Madu asli biasa/madu lebah biasa boleh dijadikan supplemen & dibuat minuman harian tetapi agak berisiko untuk madu kelulut. Ini kerana Madu lebah kelulut mempunyai tahap Anti-keoksidaan yang agak tinggi berbanding madu lebah. Mungkin sesetengah orang tidak tahan..

“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar.


Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.

**Kalau kat rumah, madu lebah dijadikan supplemen/minuman harian. Namun madu kelulut hanya digunakan di saat memerlukan seperti jika ummiabi batuk, sakit tekak, radang tekak. Ia berfungsi lebih kepada UBAT, bukan supplemen. Ia untuk mengubati...bukan untuk mencegah... Wallahu'Alam...

Khasiat Habbatus Sauda'






Hadis 1
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.

Hadis 2
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.

Hadis 3
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.



Khasiat Habbatus sauda':


1. Menguatkan sistem kekebalan


Berdasarkan hasil penilitian, jintan hitam dapat meningkatkan jumlah cells T, yang baik untuk meningkatkan sel-sel pembunuh alami. Keberkesanannya hingga 72% jika dibandingkan dengan plasebo (hanya 7%). Dr. Basil Ali dan rakannyanya dari Collegeof Medicine, di Universitas King Faisal, menerangkanannya dalam jurnal Pharmasetik Saudi.


Keampuhan ekstrak Nigella diakui oleh Prof. G Reitmuller, Direktur Institut Immonologi dari Universitas Munich, dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat digunakan sebagai bioregulator. Dengan demikian, Nigella dapat dijadikan ubat untuk penyakit yang menyerang kekebalan tubuh seperti kanser dan AIDS.


2. Meningkatkan daya ingat, konsentrasi dan kewaspadaan


Dengan kandungan asam linoleat (Omega 6) dan asam linolenat (Omega 3), Nigella merupakan nutrisi bagi sel otak yang berguna untuk meningkatkan daya ingat dan kecerdasan. Nigella juga memperbaiki mikro (peredaran darah) keotak dan sangat cocok diberikan pada anak usia pertumbuhan dan lansia.


3. Meningkatkan daya ketahanan hormon


Hormon adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kelenjar endoktrin, yang masuk dalam peredaran darah. Dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis hormon, di antaranya hormon reproduksi yang berhubungan dengan gairah seksual. Salah satu kandungan Nigella adalah setrol yang berfungsi sintesa dan bioaktivitas hormon.


4. Meneutralkan racun dalam tubuh


Racun dapat mengganggu metabolisme dan menurunkan fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Gejala ringan keracunan dapat berupa diare, muntah, pusing, gangguan pernapasan dan menurunkan daya konsentrasi. Nigella mengandungi saponin yang dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.


Selain menjelaskan khasiat-khasiat dari Habbatus Sauda’ lebih lanjut, pada bagian kedua ini juga terdapat penutup yang membahas Habbatus Sauda’ dari sisi lain yang patut untuk dijadikan bahan renungan karena ia merupakan salah satu contoh dari untaian hikmah terhadap apa-apa yang datang dari Allah dan tasul-Nya.


5. Mengatasi gangguan tidur dan stress


Sapion terdapat pada Nigella mempunyai fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh, dan syaraf. Sapion berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stress.


6. Anti histamin


Histamin adalah sebuah zat yang dilepaskan oleh jaringan tubuh yang memberikan reaksi alergi seperti pada asma bronchial. Minyak yang dibuat dari Nigella dapat mengisolasi dithymoquinone, minyak ini sering disebut nigellone yang berasal dari Volatile Nigella. Pemberian minyak ini kesannya positif terhadap penderita asma bronchial. Penelitian yang dilakukan oleh Nirmal Chakravaty MD pada tahun 1993, membuktikan kristal dari negellone memberi kesan yang suppressive. Kristal-kristal ini dapat menghambat protemkinase C, sebuah zat yang memicu pelepasan histamin.


Penelitian lain juga membuktikan hal serupa. Kali ini dilakukan oleh Dr. Med. Peter Schleincher, ahli immonologi dari Universitas Munich ia melakukan pengujian terhadap 600 orang yang menderita alergi. Hasilnya cukup meyakinkan, 70% yang menderita alergi terhadap debu, serbuk, jerawat, dan asma sembuh setelah diberi minyak Nigella. Dalam praktiknya, DR. Schleincher memberi resep Nigella ke pasiennya yang menderita influenza.


7. Memperbaiki saluran pencernaan dan anti bakteri


Nigella mengandungi minyak atsii dan minyak volatil yang telah diketahui manfaatnya untuk memperbaiki pencernaan. Secara tradisional minyak atsiri digunakan untuk ubat diare. Pada tahun 1992, Jurnal Farmasi Pakistan memuat hasil penelitian yang membuktikan volatile lebih kuat untuk membunuh strain bakteri V Cholera dan E Coli dibandingkan dengan anti biotik seperti ampicillin dan tetrasiklin.


8. Melancarkan air susu ibu


Koordinasi bahagian lemak dan struktur hormon yang terdapat pada Nigella dapat melancarkan air susu ibu. Penelitian ini kemudian dimuat dalam literatur penelitian Potchestroom, tahun 1989.


9. Tambahan nutrisi pada ibu hamil


Pada masa pertumbuhan, anak memerlukan nutrisi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara keseluruhan, terutama pada musim hujan, anak-anak akan mudah terkena flu dan selsema. Kandungan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 yang terdapat pada Nigella merupakan nutrisi yang membantu perkembangan jaringan otak balita dan janin.


10. Meremajakan sel-sel kulit dan menunda proses penuaan


Kulit merupakan salah satu organ tubuh yang penting. Fungsinya melindungi tubuh dari kuman dan sebagainya. Nigella sangat baik untuk menjaga kelembaban, kehalusan, dan keremajaan kulit.


11. Nutrisi bagi makanan tambahan


Kaya dengan kandungan nutrisi sebagai tambahan tenaga, sangat sesuai untuk orang yang berusia lanjut, terutama untuk menjaga daya tahan tubuh dan relativitas sel otak agar tidak cepat nyanyuk. Nigella juga mengandungi 15 jenis asam amino penyusun isi protein termasuk didalamnya 9 asam amino esensial. Asam amino tidak dapat di produksi oleh tubuh dalam jumlah yang cukup, oleh karena itu harus diperolehi dari makanan.


Kredit: sumber


Alhamdulillah..Wafa Sofea suka sangat HBS. Hari2 minta nak kunyah..
Amalkan sampai bila2 ye sayang...(^,^)




Untuk lebih lanjut tentang kajian HBS, boleh rujuk ilmu di SINI..


CARA PENGAMBILAN bergantung pada keadaan badan:
Hasil perkongsian dari Ustaz Wan Asrul Al-Adrus. Terima kasih juga kpd Pn. Marina atas pertanyaan.




**Selain habbatus sauda' menjadi penawar segala pyakit , ada 1 amalan sebenarnya yg menjadi PENAWAR dari segala pyakit iaitu BERSEDEKAH. Perubatan Nabi SAW yg ramai tidak perasan sehingga mereka memandang sedekah itu megurangkn harta mereka.- Ustaz Haniff Abu Talib-

Wednesday, February 12, 2014

"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"


Hi dear...Ni kali ke2 ummi joined GA. Pun dari Ibu AA(Alisha&Aqilah). Sebelum ni pun dari Ibu AA gak. Syabas kak ina...(^,^) Moga murah rezeki selalu..:)

Syarat2 senang sangat, sambil2 tu boleh ziarah melawat para sponsor di bawah..hehe

  • Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses
  • Awanazstyle Muslimah Shop
  • The Veil By Ruzaini Rozlan
  • Scarf Sweethoney
  • Naylisha Boutique
  • Huda Collections
  • Ecadwinkyasha
  • Rozaimah Zie
  • Friday, February 7, 2014

    Port terbaik Wafa Izzara

    Barakallahu lakum.
    Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

    Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

    Hi dear...Ummi nak story tentang hobi adik zara. Sejak dah teror meniarap ni laju je dia menyusup ke tempat-tempat yang boleh dia menyelit..
    Kalau dulu kakak Wafa Sofea ada port yang dia suka, Wafa Izzara pun nak jugak...hihii

    Ohya, ada 1 lagi port yang dia suka pergi, belakang langsir kat sliding door. Huhu..dah 2X ummi x jumpa dia kalau Wafa Izzara masuk dalam tu...huhu. Sekarang ummi akan ikat langsir tu..Fobia ummi tiba2 dia hilang..(T,T)~adess*sigh*

    Thursday, February 6, 2014

    DIY Wall MakeOver by WS

    Barakallahu lakum.
    Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

    Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

    Hi dear...Pernah dengar tak 'Wall MakeOver by Na'?? Ummi suka sangat tengok painting works Kak Na's team ni. Betul2 macam wallpaper tapi bukan lekat2, diorang cat sendiri... Ummi aim jelah dlu. Nak buat kat rumah kita entah bilalah ye..hihi..

    Untuk makluman semua, Buat masa ni rumah UmmiAbi dah ada DIY Wall MakeOver....Tapi bukan dari Kak Na & the team, tapi dari WS(Wafa Sofea)..hahaa...

    Abi kata ni "mural" yang amat berharga dari Wafa Sofea. Susah nak cari dari mana-mana kedai... Kosnya pun murah. Lepas penat, dia minta fresh milk je..hihi..:)
    Tapi dia buat kerja ni sorang2 je, tengok-tengok dah ada...hihi... Tak sempat ummiAbi nak pantau & beri komen tau..;p

    Jomlah tengok hasil MURAL dari WS ni...hehe..
    Tangga bawah
    Tangga atas
    Ruang tamu
    Dapur

    Complete kan...?Semua ruang dia buat Mural, Sangat murah kosnya.. Kalau anda berminat, boleh pm UmmiAbi untuk bercakap ngan WS ye. Cakap yang korang baca dari blog ni..Nanti WS bagi diskaun kot..(Kalau tak silapla..) :p
    Haha....klise sungguh..X tahan pulak ummi gelak sorang2 untuk entri kali ni..*sigh*

    Wednesday, February 5, 2014

    Kenapa ummi suka makan tapi masih kurus?

    Barakallahu lakum.
    Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

    Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

    Hi dear...Ummi ni pemakan orangnya..(makan sikit tapi kerap). Tapi badan ummi kalau tak 40kg mesti 39kg. Pernah merasa berat 45kg-46kg masa pregnant Wafa Sofea & Wafa Izzara. Pas dah delivered(tak pernah exercise), terus kembali berat underweight.. Alhamdulillah, janji sihat kan. Tapi best gak lau berisi sikit, barulah kakak Wafa Sofea & baby Wafa Izzara sedap nak peluk kan..?hihi...

    Inilah punca berat badan ummi tak naik yer?hehe.
    Kerana butiran mutiara untuk anak-anak ummi, takpelah ummi kurus pun...hihi..Asalkan anak2 ummiabi sihat & jauh dari sebarang penyakit..(^,^)


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...