Thursday, January 30, 2014

Tindik telinga


Hi dear...Ummiabi tengok ramai parents tindik telinga anak perempuan mereka dari kecil. Tindik telinga cantik...tapi ummiabi tak minat sebab takde sebab/manfaat..hihi. Ini pendapat ummiabi lah...Ummiabi memang takkan tindik telinga Wafa Sofea & Wafa Izzara sebab tiada sebab..hihi..klise betul ayat ummi..huhu. Ok, nanti ummi terangkan sebabnya, tapi bagi parents lain maybe diorang mahukan anak diorang cantik & berkeyakinan kot. Ummi pun x tahu nape, kena tanya balikla..Tapi apa pun tindakan mereka, mesti nak yg terbaik kan... UmmiAbi x cakap salah, cuma ni pendapat kami jika Wafa Sofea & Wafa Izzara tanya bila nanti mereka besar. & jika masa tu jika ditanya & mereka nak tindik telinga, ummiabi akan bawa mereka ke klinik untuk ditindik...(^,^)

Dari pengalaman ummi sendiri, ummi pun antara kanak2 yang awal tindik telinga masa umur 6tahun kalau x silap. Masa tu tok abah nak hadiahkan subang emas so kenalah tindik telinga kan. Hari 1st selepas tindik tu, terus bengkak macam kena infection. Then maktok bakar kunyit hidup n tumbuk dalam lesung buat ubat. Ya Allah baru sekarang ummi tahu air kunyit adalah ubat natural pengganti antibiotik yang paling berkesan. Kira maktok telah mendahului mencipta ubat-ubatan alami sejak ummi kecil lagi. Mabruk maktok....Maktok memang Puan Tabibah terbaik ummi sejak dahulu lagi...:) Alhamdulillah...hilang bengkaknya hingga dah kahwin ni jadi balik...huhu. Jadi 2-3 kali sebulan jika selepas mandi atau ambil wuduk & tak keringkan elok2 persekitaran telinga ianya akan lembap & terus pakai anak tudung, kesannya jadi bengkak & amat gatal. So, penjagaan yang agak rumit juga. Tapi ummi x salahkan parents ummi yang menindik telinga ummi. Ummi suka sebab dapat subang emas hadiah pertama dari maktok & tok abah.hihi... Mungkin asbab pemakanan ummi yang tak jaga, ia kembali ada jangkitan.

Dan sekarang,dah hampir 5bulan tak jadi dah semenjak ummiabi mengubah pemakanan secara natural & organik. Kuman & bakteria pun dah malu2 nak kacau/ganggu hidup kami.. Syukur Alhamdulillah...Segala yang baik itu semestinya dari Allah, yang buruk itu dari khilaf kita sendiri..

UmmiAbi nak anak-anak gadis ummi decide sendiri samada mereka ingin tindik telinga atau tidak. Terpulang pada keinginan masing2. Ataupun jika dah kahwin,tanyalah zauj masing2. Jika zauj suka tengok telinga ada bling2 & cantik di mata mereka..turutkanlah wahai puteri2 kesayangan ummiabi...:)
Lagipun subang itu hanyalah perhiasan untuk dilihat oleh mata kasar sahaja... Yang penting ingatlah...
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)

"Wanita yang berhias bukan untuk suaminya adalah bagai kegelapan pada hari Kiamat tidak ada cahaya baginya" (Hadis Riwayat Daud)



PANDUAN MENINDIK TELINGA ANAK


Ramai ibubapa yang mahu menindik telinga bayi perempuan mereka. Imam Ahmad berpendapat, hukum menindik telinga bayi perempuan hukumnya harus, manakala menindik telinga lelaki adalah makruh. (Ahkam Maulud, Ibn Qayyim hlm 27)

Jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam.

Kongres Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak kanak-kanak (UNICEF) juga menentang amalan ini kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar pada bayi.

Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga anak.

Saya mencadangkan agar prosedur ini dilakukan apabila anak sudah semakin membesar, sekurang-kurangnya enam bulan kerana bayi yang sudah berumur enam bulan mempunyai daya tahan yang lebih kuat.

Ada sesetengah doktor perubatan mengesyorkan anak-anak yang nak ditindik  disuntik dengan vaksin Diphteria-Tetanus-Pertusiss (DTaP) yang melindunginya dari tetanus. So, memang ada & Banyak kes jangkitan kuman yang lebih bahaya & lagi menyedihkan menyebabkan kejangan sawan akibat jangkitan kuman tetanus berpunca dari luka tindikan. Adakah ummi terkena jangkitan?huwaaa....Sebab itulah ummi prepare entri ini buat anak2 ummi. Dahla kebarangkalian jangkitan itu ada, jika nak prevent kena inject vaksin pulak tu...So, memang ada keslah..huhu...
"dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan " (Al Baqarah:195)
So,terpulanglah..fikir baik2. Jika jadi apa2, cari air kunyit macam maktok buat tau...(itu je pesan ummiabi).
Throwback---->Sila klik jika nak tahu ingredients of DTap..

Pastikan orang yang melakukan tindikan menggunakan jarum yang bersih dan steril. Prosedur ini lebih baik dilakukan di klinik kerana doctor akan menggunakan disposable sterilized needle. Doktor juga akan meberikan bius pada cuping telinga sebelum menindik cuping telinga bayi.(Ummi tindik kat kedai emas dlu...n terus dipakaikan subang~mungkin sebab itu jadi bengkak...entah steril atau x jarum penembaknya..kan..huhu)

Pastikan anting-anting yang hendak digunakan adalah dibuat dari bahan yang berkualiti dan tidak menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan titanium. Anting-anting yang dibuat dari kromium selalunya menyebabkan radang dan alahan pada cuping telinga.

Dalam masa 6 minggu pertama, ibubapa harus memberikan perhatian pada luka tindikan itu. Ini untuk memastikan tiada jangkitan kuman atau alahan pada cuping telinga anak. Jaga kebersihan luka menggunakan air bersih saja.

SUMBER
Photo: PANDUAN MENINDIK TELINGA ANAK


Ramai ibubapa yang mahu menindik telinga bayi perempuan mereka. Imam Ahmad berpendapat, hukum menindik telinga bayi perempuan hukumnya harus, manakala menindik telinga lelaki adalah makruh. (Ahkam Maulud, Ibn Qayyim hlm 27)

Jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam.

Kongres Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak kanak-kanak (UNICEF) juga menentang amalan ini kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar pada bayi.

Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga anak.

Saya mencadangkan agar prosedur ini dilakukan apabila anak sudah semakin membesar, sekurang-kurangnya enam bulan kerana bayi yang sudah berumur enam bulan mempunyai daya tahan yang lebih kuat. 

Pastikan anak telah disuntik dengan vaksin Diphteria-Tetanus-Pertusiss (DTaP) yang melindunginya dari tetanus. Banyak kes jangkitan kuman yang lebih bahaya menyebabkan kejang an sawan akibat jangkitan kuman tetanus berpunca dari luka tindikan.

Pastikan orang yang melakukan tindikan menggunakan jarum yang bersih dan steril. Prosedur ini lebih baik dilakukan di klinik kerana doctor akan menggunakan disposable sterilized needle. Doktor juga akan meberikan bius pada cuping telinga sebelum  menindik cuping telinga bayi. 

Pastikan anting-anting yang hendak digunakan adalah dibuat dari bahan yang berkualiti  dan tidak menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan  titanium. Anting-anting  yang dibuat dari kromium selalunya menyebabkan radang dan alahan pada cuping telinga. 

Dalam masa 6 minggu pertama, ibubapa harus memberikan perhatian pada luka tindikan itu. Ini untuk memastikan tiada jangkitan kuman atau alahan pada cuping telinga anak. Jaga kebersihan luka menggunakan air bersih saja.
Alolo..cian dia..macam x rela je..hihi...

6 comments:

anne angelz said...

brpa lma nk smbuh ni??

anne angelz said...

brpa lma bole smbuh?

UmmiAbi said...

Kalau terkena jangkitan ke Anne? Kalau macam ummi, masa dulu hampir 6bulan gak then sekarang kalau berpeluh or pakai subang selain emas ia akan datang balik. At last, sampai sekarang ummi tak pakai apa2 subang. n xde dah sakit or gatal2 kat lubang cuping tu... (^,^)

anne angelz said...

mcmmna pkai kunyit tu??

anne angelz said...

mcmmna pkai kunyit tu??

UmmiAbi said...

Anne cari kunyit hidup(kupas kulitnya), then buh air sket n tumbuk dlm lesung atau blend dalam blender. hasilnya sapu pada tempat yg pedih tu. Ni kalau pedih.. If infection yang gatal plk..Maktok wafa selalu tumbuk tanpa air n bakar sket trus letak pada tempat gatal. Make sure kunyit hidup tu suam2 letak kat situ. Klau truk.. Kunyit hidup blend dgn air+madu, then boleh minum untuk antibiotik dalaman. Kunyit sangat bagus untuk jangkita pada badan kita. Alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...