Thursday, January 30, 2014

Tindik telinga


Hi dear...Ummiabi tengok ramai parents tindik telinga anak perempuan mereka dari kecil. Tindik telinga cantik...tapi ummiabi tak minat sebab takde sebab/manfaat..hihi. Ini pendapat ummiabi lah...Ummiabi memang takkan tindik telinga Wafa Sofea & Wafa Izzara sebab tiada sebab..hihi..klise betul ayat ummi..huhu. Ok, nanti ummi terangkan sebabnya, tapi bagi parents lain maybe diorang mahukan anak diorang cantik & berkeyakinan kot. Ummi pun x tahu nape, kena tanya balikla..Tapi apa pun tindakan mereka, mesti nak yg terbaik kan... UmmiAbi x cakap salah, cuma ni pendapat kami jika Wafa Sofea & Wafa Izzara tanya bila nanti mereka besar. & jika masa tu jika ditanya & mereka nak tindik telinga, ummiabi akan bawa mereka ke klinik untuk ditindik...(^,^)

Dari pengalaman ummi sendiri, ummi pun antara kanak2 yang awal tindik telinga masa umur 6tahun kalau x silap. Masa tu tok abah nak hadiahkan subang emas so kenalah tindik telinga kan. Hari 1st selepas tindik tu, terus bengkak macam kena infection. Then maktok bakar kunyit hidup n tumbuk dalam lesung buat ubat. Ya Allah baru sekarang ummi tahu air kunyit adalah ubat natural pengganti antibiotik yang paling berkesan. Kira maktok telah mendahului mencipta ubat-ubatan alami sejak ummi kecil lagi. Mabruk maktok....Maktok memang Puan Tabibah terbaik ummi sejak dahulu lagi...:) Alhamdulillah...hilang bengkaknya hingga dah kahwin ni jadi balik...huhu. Jadi 2-3 kali sebulan jika selepas mandi atau ambil wuduk & tak keringkan elok2 persekitaran telinga ianya akan lembap & terus pakai anak tudung, kesannya jadi bengkak & amat gatal. So, penjagaan yang agak rumit juga. Tapi ummi x salahkan parents ummi yang menindik telinga ummi. Ummi suka sebab dapat subang emas hadiah pertama dari maktok & tok abah.hihi... Mungkin asbab pemakanan ummi yang tak jaga, ia kembali ada jangkitan.

Dan sekarang,dah hampir 5bulan tak jadi dah semenjak ummiabi mengubah pemakanan secara natural & organik. Kuman & bakteria pun dah malu2 nak kacau/ganggu hidup kami.. Syukur Alhamdulillah...Segala yang baik itu semestinya dari Allah, yang buruk itu dari khilaf kita sendiri..

UmmiAbi nak anak-anak gadis ummi decide sendiri samada mereka ingin tindik telinga atau tidak. Terpulang pada keinginan masing2. Ataupun jika dah kahwin,tanyalah zauj masing2. Jika zauj suka tengok telinga ada bling2 & cantik di mata mereka..turutkanlah wahai puteri2 kesayangan ummiabi...:)
Lagipun subang itu hanyalah perhiasan untuk dilihat oleh mata kasar sahaja... Yang penting ingatlah...
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)

"Wanita yang berhias bukan untuk suaminya adalah bagai kegelapan pada hari Kiamat tidak ada cahaya baginya" (Hadis Riwayat Daud)



PANDUAN MENINDIK TELINGA ANAK


Ramai ibubapa yang mahu menindik telinga bayi perempuan mereka. Imam Ahmad berpendapat, hukum menindik telinga bayi perempuan hukumnya harus, manakala menindik telinga lelaki adalah makruh. (Ahkam Maulud, Ibn Qayyim hlm 27)

Jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam.

Kongres Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak kanak-kanak (UNICEF) juga menentang amalan ini kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar pada bayi.

Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga anak.

Saya mencadangkan agar prosedur ini dilakukan apabila anak sudah semakin membesar, sekurang-kurangnya enam bulan kerana bayi yang sudah berumur enam bulan mempunyai daya tahan yang lebih kuat.

Ada sesetengah doktor perubatan mengesyorkan anak-anak yang nak ditindik  disuntik dengan vaksin Diphteria-Tetanus-Pertusiss (DTaP) yang melindunginya dari tetanus. So, memang ada & Banyak kes jangkitan kuman yang lebih bahaya & lagi menyedihkan menyebabkan kejangan sawan akibat jangkitan kuman tetanus berpunca dari luka tindikan. Adakah ummi terkena jangkitan?huwaaa....Sebab itulah ummi prepare entri ini buat anak2 ummi. Dahla kebarangkalian jangkitan itu ada, jika nak prevent kena inject vaksin pulak tu...So, memang ada keslah..huhu...
"dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan " (Al Baqarah:195)
So,terpulanglah..fikir baik2. Jika jadi apa2, cari air kunyit macam maktok buat tau...(itu je pesan ummiabi).
Throwback---->Sila klik jika nak tahu ingredients of DTap..

Pastikan orang yang melakukan tindikan menggunakan jarum yang bersih dan steril. Prosedur ini lebih baik dilakukan di klinik kerana doctor akan menggunakan disposable sterilized needle. Doktor juga akan meberikan bius pada cuping telinga sebelum menindik cuping telinga bayi.(Ummi tindik kat kedai emas dlu...n terus dipakaikan subang~mungkin sebab itu jadi bengkak...entah steril atau x jarum penembaknya..kan..huhu)

Pastikan anting-anting yang hendak digunakan adalah dibuat dari bahan yang berkualiti dan tidak menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan titanium. Anting-anting yang dibuat dari kromium selalunya menyebabkan radang dan alahan pada cuping telinga.

Dalam masa 6 minggu pertama, ibubapa harus memberikan perhatian pada luka tindikan itu. Ini untuk memastikan tiada jangkitan kuman atau alahan pada cuping telinga anak. Jaga kebersihan luka menggunakan air bersih saja.

SUMBER
Photo: PANDUAN MENINDIK TELINGA ANAK


Ramai ibubapa yang mahu menindik telinga bayi perempuan mereka. Imam Ahmad berpendapat, hukum menindik telinga bayi perempuan hukumnya harus, manakala menindik telinga lelaki adalah makruh. (Ahkam Maulud, Ibn Qayyim hlm 27)

Jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam.

Kongres Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak kanak-kanak (UNICEF) juga menentang amalan ini kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar pada bayi.

Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga anak.

Saya mencadangkan agar prosedur ini dilakukan apabila anak sudah semakin membesar, sekurang-kurangnya enam bulan kerana bayi yang sudah berumur enam bulan mempunyai daya tahan yang lebih kuat. 

Pastikan anak telah disuntik dengan vaksin Diphteria-Tetanus-Pertusiss (DTaP) yang melindunginya dari tetanus. Banyak kes jangkitan kuman yang lebih bahaya menyebabkan kejang an sawan akibat jangkitan kuman tetanus berpunca dari luka tindikan.

Pastikan orang yang melakukan tindikan menggunakan jarum yang bersih dan steril. Prosedur ini lebih baik dilakukan di klinik kerana doctor akan menggunakan disposable sterilized needle. Doktor juga akan meberikan bius pada cuping telinga sebelum  menindik cuping telinga bayi. 

Pastikan anting-anting yang hendak digunakan adalah dibuat dari bahan yang berkualiti  dan tidak menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan  titanium. Anting-anting  yang dibuat dari kromium selalunya menyebabkan radang dan alahan pada cuping telinga. 

Dalam masa 6 minggu pertama, ibubapa harus memberikan perhatian pada luka tindikan itu. Ini untuk memastikan tiada jangkitan kuman atau alahan pada cuping telinga anak. Jaga kebersihan luka menggunakan air bersih saja.
Alolo..cian dia..macam x rela je..hihi...

Sunday, January 12, 2014

Hadiah sempena umur 3 tahun

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear.. Wafa Sofea dah pun masuk 3tahun bulan lepas... Alhamdulillah..Anak ummiabi dah makin besar & cerdik. Semua cakap ummiabi dah faham.. Semua kerja nak buat sendiri...Nampak kematangannya di situ..Syukur Ya Allah..
Cuma kalau kita ter'marah' or tak layan dia, mesti cranky sket. Biasalah...budak nak membesar,x mumaiyiz lagi..Tidak tahu membezakan yang baik & buruk. cuma kita sebagai ibu bapa kne double check balik,mana silap/dosa ummi/abi sepanjang membesarkan Wafa Sofea. Ummiabi akan sentiasa check & berubah & menjadi cermin buatmu sayang. Jika yang baik itu contohilah..Yang buruk itu baikilah... Moga Allah sentiasa limpahkan rahmatNYA buat kita..Amin..

Disebabkan Wafa Sofea dah masuk sekolah, ummiabi nak latih Wafa Sofea lebih fokus & dapat belajar memegang pensil/pen/colour pencils dengan baik... So, ummiabi belikan wooden beads untuk di'explore" oleh Wafa Sofea....


Ummi beli size XXL terus...Senang nak pegang & explore. Dengan mainan ni jugak Wafa Sofea kenal colours. Alhamdulillah...(^,^)
 Antara kelebihan Roller coaster beads ni adalah:
  • Develops fine motor skills and logical thinking
  • Melatih koordinasi tangan & mata (fokus)
  • Mengenal warna & bentuk
  • Mengembangkan kemampuan mengira
Alhamdulillah..yang penting Wafa Sofea gembira & sukakannya...
Ohya..Wafa Izzara pun suka. Pantang kakaknya main, dia pun golek & joined...(^,^)

Update:
Ramai yang pm di FB bertanyakan di mana ummiabi beli Roller coater beads yang saiz XXL ni sebab diorang tengok kat IKEA punyer pun teramatlah kecik.
Banyak mainan Wafas ummiabi beli di page JUAIMURAH PRELOVED yang harganya jauh lebih murah. Barang2 mainan ini dijual balik dari luar negara & diimport ke malaysia. Yang ummiabi beli roller beads ni dari Canada sebab ada ukiran Homemade in canada kat kayu mainan ni. Harganya memang Super Murah sebab UmmiAbi pernah tengok kat Toy r Us mainan seperti ini(kecil sikit) harganya mencecah RM200+. Huhu... Ditambah pula condition mainan ini yang perfect, tiada calar atau pudar colour. Memang seperti baru...(^,^) Yang penting kegunaannya.. Buat apa beli yang lebih mahal jika fungsinya sama kan... Itu membazir namanya..
Membazir kan amalan SyaitonnirRojim...

Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah Al-Israa" ayat 27:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.

Alhamdulillah..Allah permudahkan.. :)

About JUAIMURAH PRELOVED:
"WE IMPORT HIGH QUALITY TOYS FROM DEVELOPED COUNTRIES LIKE US, UK, SIN, AUSSIE AND DELIVER THROUGHOUT MALAYSIA"

Monday, January 6, 2014

Sanah Helwah Wafa Sofea(3tahun)


Hi dear..
Berakhir sudah bulan 12 2013...Bulan kelahiran Wafa Sofea... Jumpa bulan dec 2014 pulak jika Allah izinkan..Amin..
Sanah Helwah sayang..."Sanah helwah sakinah mawaddah barakah warahmah"
Ummiabi sentiasa doakan mujahidah solehah ummiabi berjaya di ukhrawi wa duniawi... Kejarlah akhirat sayang, nescaya dunia mengikut...insyaALLAH...
Moga insan soleh bergelar suamimu kelak dapat menjagamu dengan penuh kasih sayang lillahi Taala...
Malam hari kelahiran Wafa Sofea, ummiabi order nasi lemak special khas untuk jemaah surau di perumahan kita, Alhamdulillah majlis kecil bacaan surah Yasin & doa selamat disedekahkan buat mujahidah sulung ummiabi. Moga Allah sentiasa merahmatimu sayang. Then weekend tu ummi order kek(dari sahabat HALAL) & panggil saudara- mara terdekat je untuk celebrate. Saja je, nak bagi wafa sofea happy.. (^,^)


Alhamdulillah....makin hari ummiabi tengok perkembangan Wafa Sofea buatkan ummiabi ingin menangis terharu. Mujahidah sulung yg solehah dah makin besar walaupun fizikalnya kecil je. Takpe Wafa Sofea...Wafa sofea kan ikut ummiabi. kecik2 dlu kitorang kenit2 je. Biar fizikal kecil takpe, tapi ilmu & iman besar2 & sentiasa meningkat ye sayang..(^,^)

Apa yang ummiabi nampak sekarang wafa sofea dah makin berani, perkataan vocab dah makin banyak dan lancar(cuma ada 2,3 ayat yg mempunyai huruf s diganti dengan c seperti pasar=pacar...masam=macam..nasi=nacik...saya=cayer...hehe, comel je...tp ummiabi akan ulang2 ayat yg betul. Lama2 oklah kan. maybe Wafa Sofea tak biasa lagi. baru masuk 3 tahun, masih baru lagi kan,banyak perkataan perlu diterokai lagi...). Alhamdulillah..Syukur pada ALLAH..

Wafa Sofea pun sekarang kalau nk minta tolong buat apa2 kerja memang cepat je dia tolong..Alhamdulillah. Kalau ummiabi suruh ambil tuala or baju kat tingkat atas pun sanggup ambil. cuma kadang2 muncul sikap 'solehah sangat' dia pandai bagi alasan. Huu...salah ummiabi jugak sebab semuanya datang dari kami & pengasuh. Children are observing.Adelah tu silap kami memberi alasan di hadapan Wafa Sofea. Contohnya semalam ummi suruh Wafa Sofea ambilkan botol susu di tingkat atas.dlm masa yang sama dia tengah menulis aka menconteng buku. konon busy & tak dapat buat apa yang ummi suruh..
'Wait ummi...wafa penat..'.
Hah!!...terkesima ummiabi. haha...
'Wafa dok tulis tu x penat ke?'....
Wafa:'No..x penat'.
Then ummi bagitahu dia kalau Wafa penat, wafa kena rehat(maksudnya tak larat..kenalah rehat & tak boleh buat apa2). Kalau masih berdaya kena tolong jugak ummi sebab ALLAH bagi pahala. Tau x pahala tu aper?
....Geleng2 kepala....(sambil busy mencontengmenulis)
Ummi pun bagitahu anak solehah ni yang pahala tu hadiah dari ALLAH..Kalau banyak pahala,boleh masuk syurga... (Ummi cerita je...tp ummi tahu Wafa Sofea masih tak faham, insyaALLAH...nanti dia mesti lebih faham) :)
So,ummi tanya, "Wafa nak pahala?hadiah dari ALLAH?"
"Naaaak"
"Nak apa?"
"Nak pala lah..."
"hehehehe...jom, kita amik botol susu sama2 k..."

Alhamdulillah, dia akan follow je walaupun tak tahu pahala tu apa...(^,^)

Dari segi solat pun dah mula solat. Dia suka tengok & 'automatic' nak buat...Alhamdulillah ya ALLAH..engkau permudahkan... Betullah kata orang perkara baik tak payah paksa pun takpe, tapi tunjuk/buat depan2 anak. Nanti diorang sendiri akan ikut/contohi.. :) (utk umur 2,3 thn mcm wafalah..klau dah mumaiyiz kena rotan~Rotan sbb sayang sgt2)
Umur Wafa Sofea baru masuk 3tahun, so ummiabi tak tekankan n tak paksa lagi solat. Tapi kami memang sengaja solat berhampiran Wafa Sofea & Wafa Izzara. Wafa Sofea akan perhati & dengan sendirinya akan pakai tudung duduk sebelah ummi & ikut. Sekarang ummi dah beli telekung, so selalu berjemaah dengan ummi. Ya Allah, kalau nak tahu perasaan ummi...xtahu nak gambarkan macammana.. Terharu..menitis sikit air mata(sebab tahan, lau x banjir..huuu) tengok Wafa Sofea buat dengan kerelaan sendri perkara2 seperti ini. Allahu Allah...Alhamdulillah..

Ohya, harini 4 Rabiul Awwal 1435H~6hb januari 2014... Wafa dah start sekolah.Padahal baru je besday masuk 3tahun kan... Tapi untuk tahun sekolah Wafa Sofea dikira 4tahun. OKla...lagi awal lagi bagus.. Harini ummi yang nervous. Asyik teringatkan Wafa Sofea je..huhu. Ummi harap wafa sofea ok je kat Assalahuddin Smart Tahfiz School. Doa UmmiAbi sentiasa mengiringimu sayang... Belajar & tuntut ilmu rajin-rajin ye sayang. Moga membesar menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia & akhirat..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...