Friday, December 12, 2014

Alhamdulillah..Zara sempat "DCC" semasa kelahirannya

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah & hafizah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala.. iaitu Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear...
Tahu tak DCC tu apa?
Salah satu nikmat semasa bersalin selain Gentle Birth/Natural Birth, Home/car/toilet Birth, Hypno Birth, En Caul Birth & Water Birth...(^,^) Segala jenis "birth" tersebut dapat diteruskan dengan DCC/LB..

DCC ialah Delayed Cord Clamping iaitu ibu bersalin membiarkan seketika(2-30mins) tali pusat bayi bersambung dengan urinya sehingga ibu itu sendiri membenarkan si ayah atau pihak hospital memotong tali pusat tersebut.

LB ialah LOTUS BIRTH iaitu amalan tidak memotong tali pusat bayi selepas ibu bersalin dimana uri & talipusat disimpan sehingga TANGGAL SENDIRI dr pusat bayi.

Ibu-ibu yang bertuah yang dapat memberikan nikmat DCC kepada bayi mereka berkemungkinan boleh meneruskan dengan "Skin to skin contact" dengan baby & Lotus Birth pulak.. Allahu Allah..betapa bersalin itu sebenarnya nikmat jika kita tahu caranya. Semua orang perempuan(yang berkahwin) ingin bersalin seperti nikmatnya & mudahnya Mariam melahirkan Nabi Isa a.s.
Ummi tak nafikan yang "sakit Bersalin" itu sememangnya sakit, namun kita boleh dapat dalam bentuk "Nikmat" jika kita tahu bagaimana untuk menghadapi keadaan itu, dengan kata lain...kita BERSEDIA LEBIH AWAL DAN SENTIASA BERSEDIA(MENIKMATINYA)

Sebenarnya WHO pun ada recommended pasal ini tapi mungkin parents tak alert atau buat tak tahu atau memang tak tahu tentang DCC/LB ni. Medical teams of course tahu tapi tak ramai yang support/galakkan sebab apa tak tahula...mungkin meremehkan kerja mereka atau mereka sekadar memberi layanan ikut prosedur semata-mata(dari segi kemanusiaan & natural/gentle birthing pandai2lah ibu & ayah uruskan). Tapi mummies..selagi kita boleh bersuara, bersuaralah...itu anak kita. Kita tahu apa yang terbaik. Tapi parents yang nak DCC/LB ni mestilah "informed decision"(bukan sebab orang buat, kita nak buat). Kita mestilah ada ilmu dulu untuk terangkan pada hospital sebab kita DCC/LB. Ilmu tanpa Amal sangatlah sia2. Tapi Amal tanpa ilmu lagilah teruk. Kesannya akan kembali pada diri sendiri..

Alhamdulillah...jika baca balik entri ummi lahirkan Wafa Izzara, dengan izin Allah..Zara dapat nikmat DCC walaupun tak dapat LB sebab bersalin di hospital. Syukur tak terhingga...Jika dapat LB lagi best kan.. InsyaAllah..next birth. Minta sahaja pada Allah..(^,^)
Sebenarnya, masa lahirkan Zara ummi takde ilmu terperinci tentang DCC. Secara kebetulan dan rezeki dari Allah dapat nikmat DCC tu asbab ummi lahir takde staf assist(Unassisted birth walaupun di hospital uols..he), then mereka jadi kalut untuk pasang tag & ambil keterangan, acara potong talipusat delay lebih kurang 15minit lebih. . Lupa atau tak perasan kot..hihi. Alhamdulillah...perancangan Allah adalah terbaik..




Kebaikan DCC dan LB:

Ironinya dalam DCC/Lotus Birth ini ialah plasenta dapat memberi manfaat kepada babyi selama 9 atau 10 bulan ketika baby dalam kandungan, maka ia boleh terus memberi faedah kepada baby selepas kelahiran. Pengamal Lotus Birth percaya bahawa dengan kaedah ini, bayi tidak memerlukan imunisasi tambahan, kerana plasenta memberi cukup bekalan antibodi dan imunisasi yang diperlukan oleh bayi.


Lotus Birth dikatakan terdapat dalam ajaran Buddha, mungkin ada kaitan dengan kelahiran Siddhartha Gautama yang boleh berjalan sebaik saja dilahirkan, dan setiap langkahnya menghasilkan bunga teratai.

Di dalam Islam, uri diharuskan ditanam selepas dibersihkan dengan baik sebagai tanda pernghormatan terhadapnya.

Negara Amerika merupakan negara perintis Lotus Birth ini , dan diperjelaskan bahawaLotus Birth ini sebagai langkah pencegahan untuk melindungi bayi dari jangkitan luka yang terbuka.

Walaupun ia agak baru di Malaysia,Budaya tidak memotong talipusat ini telah lama diamalkan dalam budaya Bali dan budaya orang asli. Bali mempunyai pelbagai tradisi dan ritual mengenai proses kelahiran. Setiap kelahiran membawa cerita yang baru dan berbeza untuk dijadikan sebuah pelajaran. Setiap wanita menyanyikan lagu kelahiran sendiri untuk bayinya. Ada banyak kegembiraan dan perayaan pada saat kelahiran.

Antara beberapa sebab mengapa ibu-ibu memilih untuk melahirkan secara Lotus Birth?


1.Tidak ada keinginan ibu untuk memisahkan plasenta dari bayi dengan cara memotong tali pusat

2.Supaya proses peralihan bayi berlaku secara lembut dan damai, yang membolehkan penolong persalinan untuk memotong tali pusat pada masa yang tepat.

3.Merupakan suatu penghormatan terhadap bayi dan plasenta.

4.100% memastikan bahawa bayi mendapat kandungan darah optimum dan khusus yang diperlukan bagi bayi.

5.Mendorong ibu untuk menenangkan diri pada minggu pertama selepas bersalin sebagai masa pemulihan sehingga bayi mendapat perhatian penuh.

6. Mengurangkan kematian bayi kerana pengunjung yang ingin bertemu bayi. Sebahagian besar pengunjung akan lebih memilih untuk menunggu hingga plasenta telah lepas.

7.Alasan rohani atau emosional.

8.Tradisi budaya yang harus dilakukan.

9.Tidak bimbang tentang bagaimana mengklem, memotong atau mengikat tali pusat.

10.Kemungkinan menurunkan risiko jangkitan (Lotus birth memastikan sistem tertutup antara plasenta, tali pusat, dan bayi sehingga tidak ada luka terbuka)

11.Kemungkinan menurunkan waktu penyembuhan luka pada perut (adanya luka memerlukan masa untuk penyembuhan.sedangkan jika tidak ada luka, masa penyembuhan akan sekurang-kurangnya)

12.Tujuan lb juga adalah untuk mengelakkan kesakitan pada bayi (dgn mengerat tali pusat) dan membiarkan tali pusat tertanggal secara semulajadi disamping dikaitkan mempunyai faedah2 tertentu.

Antara faedah2 yg dikatakan dapat diperolehi daripada amalan lb adalah :
- Mempercepatkan penyembuhan & mencantikkan pembentukan pusat
- Meningkatkan imuniti bayi
- Meningkatkan ikatan mak dan baby (kerana bayi yg masih bersambung dgn uri dpt duduk lebih lama dgn ibu tanpa sebarang gangguan)


*Hanya kerana tali pusat telah berhenti berdenyut tidak bermakna tali pusat menjadi tidak berguna lagi. Tali pusat boleh terus berdenyut sekitar 2 hingga 3 jam.

kredit picture from mamanaturally

*Apapun sebabnya untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan dalam sesuatu tindakan, rujuk lah kepada pakar-pakar dlm bidang tertentu atau sebagai sandaran. Dapatkan saranan daripada pihak-pihak yang lebih tahu tentang hal ini..


Anda boleh membaca rujukan lanjut tentang lotus birth ini di sini atau anda juga boleh baca apa itu lotus birth


Apa-apa pun, perkongsian kami tentang Lotus Birth ini adalah untuk menambah pengetahuan anda.


Untuk cara>> pengurusan uri mengikut ajaran Islam, anda boleh rujuk di link berikut <<Pengurusan uri mengikut ajaran islam



Kredit Ilmu Bermanfaat dari entri Kak Faz dan Kak Pija. Syukran sodiqaati..(^,^)
Untuk menimba banyak dan banyak lagi ILMU BERMANFAAT boleh join Gentle Birth Group.

Wednesday, November 19, 2014

Haiya 'alasSolah...(TIPS SOLAT UNTUK ANAK BAWAH 7 TAHUN)

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah & hafizah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala.. iaitu Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..





Allah berfirman: 

وأمر أهلك بالصلاة واصطبر عليها…..
Dan perintahkanlah kepada keluargamu untuk melaksanakan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya….(Thaha: 132)



Dalam sebuah hadis Rasulullah mengatakan:


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا، وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ»
“Muru auladakum bissolati wahum abnau Sab’i sinina, Wad ribuhum alaiha wahum abnau asrin. Wafarriku bainahum fil madoji-i “
“Perintahkanlah anak kamu untuk solat apabila masuk usia 7 tahun dan jika berumur 10 tahun dia tidak mahu solat, maka pukullah(yang tidak merosak/hanya sebagai pengajaran), dan pisahilah tempat tidur mereka(bagi anak lelaki dan perempuan)”. (HR. Abu Daud) 


Rasulullah menjelaskan dalam hadis ini bahwa ibu bapa harus memerintahkan anaknya untuk solat mulai dari berumur tujuh sampai sepuluh tahun. Itu artinya selama tiga tahun dia harus bersabar membimbing dan mengingatkan terus tentang solat(continous). Oleh  itu kita boleh buat kiraan(calculate) berapa kali perintah itu harus kita sampaikan kepada anak.


Perintah itu selama tiga tahun, tiga tahun sama dengan 3 x 365 hari = 1095 hari. Sementara solat 5 x sehari semalam. Jadi 1095 x 5 = 5475 x perintah.


Oleh itu, kita mempunyai kewajiban 5475 x mengingatkan anak untuk solat sebelum kita mempunyai hak terhadap anak. SUDAHKAH ANDA?
Betapa pentingnya solat kan.. Betapa ruginya kita yang dah terlepas atau sengaja meninggalkan solat sejak dari umur 7tahun atau 10tahun?(T,T)
Sempatkah ummiabi mengqada'kan solat2 yang terlepas (sejak dari umur 10tahun)?Allahu.... Moga Allah menerima taubat kami..


Ummi sekadar mahu berkongsi tips dari Al-fadhil Ustaz Wan Asrul bagaimana anak-anak beliau solat tanpa disuruh atau diarah.. Tips untuk UmmiAbi serta ibu bapa yang lain. Bagi ummi cara Ustaz Wan dan zaujahnya sangat terapkan kasih sayang dan bukan paksaan yang patut kita contohi.
Moga Ilmu yang disampaikan ustaz bermanfaat buat kita semua..





Kakak dah masuk 4tahun bulan 12 ni... Adik Zara pulak setahun 8bulan. Apa yang Ustaz Wan sarankan untuk kanak2 bawah 7tahun adalah sikap "tunjuk", "pendedahan" & "mendekatkan" serta "memperkenalkan" mereka terhadap "SOLAT".

*Adik Zara(1tahun+) dalam fasa memerhati seterusnya akan mencuba. Mungkin dia akan lakukan sehabis baik walupun tidak secantik/seelok apa yang ummiabi buat, namun itu adalah terbaik. Contohnya simpan buku. Kita akan simpan elok2, buku yang lebih besar di bawah sekali. Namun bagi Adik Zara, asalkan simpan buku(walaupun tak tersusun) itu adalah kejayaan yg cukup besar baginya.MasyaAllah..Alhamdulillah..

*Kakak(4tahun) dalam fasa mencuba dengan gandaan seterusnya terus memerhati. Mencuba dengan gandaan ini bermaksud, jika ummi suruh kakak angkat baju di ampaian. Berdasarkan pemerhatian sebelum ini memerhatikan ummi angkat kesemua baju termasuk seluar dan tuala(bukan baju sahaja) membuatkan dia faham angkat baju dengan yang lain2 juga. Cukup hanya ummi suruh dia angkat baju di ampaian tapi dia respon dengan mengangkat semua sekali wlupun tak cukup tangan & habis jatuh2 sepanjang jalan..hehee. MasyaAllah...Alhamdulillah..

Inilah yang Ustaz Wan tekankan buat ibu bapa, membesarkan anak mengikut fasa dan bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW. Cara ini lebih berkesan daripada kita menyuruh, menengking, memaksa anak2 melakukan sesuatu. Fitrah mereka yang berakal dah cantik Allah ciptakan. Namun, kita yang perlu bijak menggunakan & mengatasinya

Untuk permulaan, UmmiAbi buat benda baik2 "sengaja" di hadapan mata mereka. Kalau dulu masing-masing solat di dalam bilik, then kat luar mereka main2 sementara kami solat. Ooh...memang takkan dikacau time solat tapi didikan takde. So, sekarang semua telekung, jubah dan sejadah kami bawak keluar ke ruang tamu. Nak solat mesti depan mereka dengan niat mahu didik(tapi tak suruh).

Alhamdulillah..kalian suka..(^,^)
Perlahan-lahan kakak&adik zara akan turut serta solat berjemaah.
Kadang-kadang dah habis "jemaah" tak habis lagi solat masih nak solat..kikiki


Kalau time azan, mesti sekarang berebut-rebut nak amik wuduk & nak solat. Adik Zara pun dah pandai suruh sarungkan tudung. Kadang-kadang tak sempat, ummi sarungkan je tudung kerja ummi. Sebab ummi nak kena masak pulak. Kalau layan sampai ke isyak kita tak makan sayang2 intan ummiabi ooiii..hehehe

Alhamdulillah, kakak dah boleh lancar bacaan solat sampai rukuk walaupun masih pelat. Syukur ya Allah.. Adik Zara selalu mengikut sahaja apa yang kakak buat..(^,^) Sejuk sampai ke perut ummi melihat kalian..Nikmat sangat..

Kakak sujud..
Dia lari ke depan..hehehe
Abi selalunya solat di surau sebab surau sangat dekat dengan rumah kami. Kakak selalu request nak ikut, tapi abi cakap kakak elok solat di rumah, jemaah dengan ummi. Alhamdulillah...kakak dah mula faham..
Sekali-sekala atau hari weekend abi bawak gi masjid/surau..
Bahagianya mereka... Tempat paling mereka suka....Masjid buat mereka tenang..(^,^)


Moga anak-anak syurga ummi terus istiqamah dalam mendirikan tiang agama kita.. Ianya WAJIB, tiada langsung alasan untuk meninggalkan solat sehingga Allah beri kita rukhsah(kena lakukan juga walaupun x berdaya seperti sakit). Berdosa besar tinggalkan solat. Azabnya amat pedih..Nauzubillahiminzalik. UmmiAbi tak sanggup anak-anak kesayangan ummiabi terima azab itu.. Tak sanggup(T,T)
Jika kita tinggal puasa, perlu ganti kerana puasa itu wajib. Namun solat wajib pada waktunya. Cuma kita yang dah tertinggal solat kerana jahil, qada'lah selagi hidup..Moga Allah terima taubat kita dan juga terima solat qada' kita...(T,T)



Azab meninggalkan solat


Ohya..sebelum ummi akhiri nukilan kali ini, ummi nak share video yang sempat ummi record. Asalnya nak record "bacaan solat" kakak untuk tatapan abi bila balik dari surau. Tapi lain pulak jadinya... Bergegar badan ummi tahan gelak..kekeke..
Kalian memang penghibur UmmiAbi..Terima kasih Ya Allah..(^,^)

video
Kakak dah tak tahan sangatlah tu...Tengah syok2 baca bacaan dalam solat, adik Zara yang asalnya molek pakai tudung, tiba2 tudungnya terjatuh ke belakang...hahaha
Adik Zara "perasan" kita gelakkan kat dia, dan dan disembur...haha(Alahaiii) Cover malulah tu...(^,^)



Monday, November 10, 2014

Homemade Strawberry Jam

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah & hafizah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala.. iaitu Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear...suka strawberry x? Rugi kalau tak suka..hehe
UmmiAbi & the kiddos(WafaZara) suka sangat2 strawberry ni.. Pantang ada orang tanya nak pesan apa jika mereka ke Cameron Highland.

Baru-baru ni maklong sekeluarga pergi lagi Cameron. So alang2 maklong tanya ummi nak apa, Ummi teruslah order strawberries. Dah lama ummi teringin nak makan jem strawberry..huhu...


Alhamdulillah..dapat jugak Strawberries segar dari ladang.. Syukran maklong..


Macam biasa, Wafa & zara dah pilih2 untuk dijadikan kudapan..

Abi pun pilih gak..nak buat dessert katanya.. Tapi memang "lazat" dessert abi ni. Sila pm abi if nak recipe. Serious ummi xtahu camner pembikinannya. Tengok2 dah siap...(^,^)
Ummi hanya ternampak abi blend putih telur+gula organik. Selebihnya nanti ummi tanya..hehe ;p


Ok..sebelum makan, ummi akan rendam dulu strawberri kita dengan cuka buah.. sebab kita takde Ozone Machine lagi. Ummi guna cuka buah teen..

Ummi masukkan semua strawberries yang tinggal(half lagi the kiddos & abi dah amik) then masukkan je dalam Slow juicer.
Slow Juicer akan asingkan air strawberry & fibre(serat). So fibre/serat/hampas strawberi tu yang digunakan untuk buat jem..(xperlu masuk air ye dalam semua proses ni) 
+
ummi campurkan fibre+madu secukup rasa+kayu manis(bagi wangi)
kacau sampai pekat...Then SIAP...

Alhamdulillah...ummi sangat berpuashati dengan jem ni.. Eh..angkat bakul plak..:p
Rasa manis2 madu & masam2 strawberry...Nyummylicious..
Anak2 pun happy..Suka makan..
Jem ni boleh di makan dengan roti, lempeng, letak atas donut dan macam2 lagi. Menaikkan selera anak2.. Berkhasiat pulak tu, tanpa bahan pengawet, bahan kimia atau kondisioner yang dibenarkan syubhah..
Alhamdulillah..Allah bagi.... (^,^)

Ohya, air strawberries ni janganlah buang pulak. Minum fresh gitu..(^,^)

Wednesday, November 5, 2014

Zara 1st time batuk & 1st time demam. Remidi batuk & demam.

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala iaitu Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Ya Allah, sihatkanlah anak-anak solehah UmmiAbi.. Janganlah mereka merasa sakit walau sedikit. Biarlah mereka sentiasa sihat bahagia supaya mereka terus tenang mendengar serta menghafaz kalamMU..Aamiin..

Siapa tak risau anak2 tak sihat kan? Tapi Alhamdulillah.. sikap gelabah, panik, tak boleh fikir dan seangkatan sikap buruk tersebut dapat UmmiAbi kikis sedikit demi sedikit semenjak bersahabat dengan Para Jelitawan Organik yang sentiasa memberi sokongan & tak jemu-jemu "repeat" berbagai ramuan/remidi alami asalkan anak-anak syurga kami sihat walafiat.. Ada sesetengah pihak tidak suka perkataan 'repeat" kerana bagi mereka setiap ibu perlu usaha dan cari sendiri fail2 yang mereka sudah sediakan. Namun, ummi faham golongan ibu muda-mudi sekarang yang bertanya dulu baru cari..hehe.. Macam ummi pun, kita baca semua fail2 tu ketika tidak memerlukannya(just for infor). Baca semasa kelapangan masa & ketika itu anak tidak sakit  sihat.
Tapi tiba2 anak sakit   tidak sihat, time tulah blur..Kena buat apa yer?huhu...semua memory bercampur. Ketika itu ummi dah tak sempat nak selak fail2 dalam FB GNRAM.
Tapi Alhamdulillah, Allah mudahkan ummi mendapat infor dari sahabat2 JLO yang tak kenal erti putus asa n jemu melayan demi ilmu2 bermanfaat. Dapat sahabat2 yang baik(mengingati akhirat) juga adalah rezeki dari Allah.. Alhamdulillah...
Tak lupa juga buat Maktok(semestinya orang pertama yang ummi called, kerana ubat terbaik yang diharapkan--->DOA). Moga Allah panjangkan umur maktok & Tokabah serta diberikan kesihatan yang baik selama hayat mereka..Ameen..

*Entri kali ini agak panjang sebagai rujukan UmmiAbi akan datang dan seterusnya mengamalkannya secara istiqamah jika keadaan memerlukannya..

Ohya...Ummi mula2 nak cerita tentang Wafa Izzara(anak solehah menyenangkan)..Alhamdulillah..

Unvac girl ni baru 1st time demam+batuk pada umur 1tahun 6bulan baru2 ni. Allahu...
Zara bukanlah x pernah demam atau batuk  langsung sebelum ni, demam setakat dedar2 badan(suhu termometer masih bawah 37degree) tapi kita rasa dia suam2. Then esok ok.. Batuk pulak, adala sket2 macam dia gatal tekak then bagi madu terus ok.. Itu jer. Lebih dari tu xpernah.(Alhamdulillah..)

Cuma kali ini yang termometer bacaan menunjukkan 38degree(Betul2 demam ni..) (^,^)
Disebabkan tak pernah sakit tidak sihat, maka adegan "cranky" sangat hebat. Zara langsung taknak kat abi,dan hanya merengek, mengempeng, melekat pada ummi sahaja.... tight bonding gitu..hihi..
Macam biasa, ummi akan EL(Emergency Leave) saja..Abi pun joined EL.. Sama2 jaga budak manja. Dengan kakak sekali tak pegi Tahfiz pada hari tersebut. Pakat tak boleh tidur. Zara merengek sepanjang malam(tak pernah demam kaaannn..)


Muka zara masa baby dah lebih kurang sama dah ngan baby dalam pic tu kan..hehee...
Pic atas tu kolik(colleague) ummi bagi lepas ummi ceritakan kenapa ummi & abi sengaja terpaksa EL..huhu

So, ummiAbi bertenang dan memulakan farmasi dapur. Breastfeeding +-24hour/day of course. Then menyediakan ubat tanpa dadah..semestinya dari makanan sunnah.
Alhamdulillah..setakat ini badan zara tidak tercemar lagi dengan sebarang ubat dadah seperti paracetamol atau suppository(ubat masuk di punggung). Sistem imun yang Allah telah ciptakan sedia ada mampu bertahan sampai sekarang..sampai bila-bila, tidak perlu dimusnahkan oleh logam/materials serta bahan-bahan kimia seperti vaksin ataupun ubat dadah itu..huhu.

Alhamdulillah serikandi ke2 ni pandai makan ubat sunnah.
Mulanya dia akan merengek tapi bila dah rasa manis2 madu tu, siap jilat2 lagi syringe tu..hahaha


Untuk demam pula, kami menganggap badan anak2 diserang tentera jahat(virus/bakteria), so badan anak2 perlukan tentera yang lebih kuat, bukan dgn melemahkan tentera sediaAda, mereka sedang berjihad..

Kita sama-sama tahu bahawa suhu badan yang naik ketika demam adalah kerana tindakan daya tahanan badan manusia yang ingin melawan virus-virus yang menyerangnya.,

TENTERA SEDIAADA(Antibodi dalam diri) VS TENTERA JAHAT(Virus/bakteria)

Tentera sediaAda(antibodi badan) akan mengangkat senjata menyerang dan ketika itu badan akan panas. Jika kita beri ubat dadah sekaligus melemahkan tentera sediaada(antibodi) dan hanya melengahkan tentera jahat(Virus/bakteria). So, tentera jahat mungkin akan lali & tertidur seketika. Pada masa ini, kita dapat rasakan badan anak mula sejuk/tak panas/suhu turun.Jangan terlalu gembira ya. Namun, sebenarnya yang berlaku adalah hanya symptom sahaja berkurang. Tentera jahat(Penyakit/virus/bacteria) itu masih ada....
Dan tiba2 tentera jahat yang tertidur tadi terjaga balik(menyebabkan badan panas semula).., haa..bersedialah...Tentera sediaAda(Antibodi) tadi terkejut & mengangkat senjata tergesa-gesa

Then parents bagi ubat dadah balik...tentera jahat pun tertidur semula & episod seperti di atas berulang..sampailah anak tu nanti akhirnya diserahkan ke hospital.
----Doctor, tolong anak saya, demamnya ON-OFF..(hehe, macam pernah dengar dialog itu kan?)-----

Badan anak2 yang selalu demam ON-OFF ini menyebabkan sistem imun badan tidak dapat membentuk dengan sempurna. Jangan terkejut jika sampai mereka dah kahwin pun dok demam ON-OFF lagi..huhu.. Kasihanilah mereka.. Kekalkan kekuatan tentera sediaAda yang Allah cipta dalam badan sejak dari lahir lagi. Jangan lemahkan dengan ubat dadah atau vaksin. Tugas kita dengan izin Allah hanya kuatkan lagi tentera2 tersebut dengan memberi immune booster seperti madu, cuka buah, habbatussauda,extra virgin olive oil, virgin coconut oil. Semua ini untuk meningkatkan lagi sistem imun badan anak2...


Panjang pulak episod demam(cerita tentera) tu ye.. Maafkan ummi.. No more tentera jahat selepas apa yang terjadi pada kakak wafa(Dulu bergantung pada paracetamol). Sebenarnya jika merawat anak secara alami/natural,sakit anak lagi cepat sembuh & virus tersebut lambat datang balik.Jika ambil tindakan serta merta, batuk selesema takkan melarat. Kalau diberi ubat dadah kemungkinan juga lambat sembuh. .Ada yang terus-menerus makan ubat sunnah sebagai supplement Alhamdulillah, dilindungi Allah dari sebarang penyakit. Yang penting, bila mengamalkan sunnah ni, pemakanan pun kena jaga.

Rasulullah pernah bersabda, "Penyakit itu datangnya dari perut.."

Elakkan makanan syubhah(yang memudaratkan kesihatan), jika tidak...berlakulah fitnah pada makanan/ubat sunnah.. Nauzubillahi min zalik..
Benar kata Ummu Muhammad seperti link di atas, kadang2 ummiAbi sendiri terpaksa diam(Diam lebih baik) kerana sesetengah orang yang tidak sefikrah & "tidak faham" konsep pemakanan sunnah sambil tolak syubhah. Bagaimanapun, sebelum diam, Kami berusaha menerangkan berdasarkan pengalaman sendiri serta pembacaan, namun ada yang masih menggunakan perkataan "Tapi...." menyebabkan kami ambil keputusan diam dan doa yang baik2 sahaja..


So, dah tak boleh makan ubat dadah, camner nak turunkan suhu?(Berdasarkan pengalaman apa yang ummiAbi amalkan dengan izin Allah, Allah cepatkan kesembuhan(malah menaikkan imunisasi badan anak2)..


"Ikhtiar itu perlu iaitu dengan berusaha mencari (cara) halal dan mohon doa kepada ALLAH,”
So, kenapa cari dadah(yang syubhah) dulu baru cari yang sunnah?
USAHAKAN DAHULU CARA ISLAM/SUNNAH/NATURAL..JIKA TIDAK BAIK,BARULAH CARI YANG SYUBHAH(DADAH/PARACETAMOL/ANTIBIOTIK.. (INI PUN JIKA DARURAT KERANA DAH HABIS IKHTIAR)

UmmiAbi nak share pengalaman ummiAbi handle Kakak dan adik zara tanpa ubat dadah. Ini hanyalah berdasarkan pengalaman kami sahaja. Dari pengalamanlah kami belajar dan berilmu. Moga dapat manfaat buat ibu bapa yang terbaca membaca juga..Amiin...


0) SOLAT/DOA/TACKLE ALLAH:
-Semua orang solat, tapi bila nak minta sesuatu dengan Allah kenalah tackle Allah kan. Buat solat special sket. Jika jarang solat hajat, masa nilah gandakan solat hajat/taubat/tahajjud....

Kalau nak sesuatu dari abi, mesti masak special, syampukan kepala ke..picit ke..kan?Then abi rasa relax & kita boleh request macam2 kan..haha

Itu manusia dengan manusia.. Jika dengan Allah mestilah kena berganda kerana sesuatu berlaku itu adalah kehendak ALLAH, dan ALLAH juga yang memulihkan & menyembuhkan..

Masa anak sakit tak sihat, confirm takleh tidur.. kadang2 anak sakit tak sihat ni peringatan dari Allah untuk kita yang leka/lalai dengan dunia. Bila kita dalam kesusahan barulah mula insaf dan mengadu pada Allah. Sambil anak mengempeng nak dekat dengan kita je...Boleh bawak dia ambil wuduk sekali dan solat hajat/tahajjud/taubat sambil anak di sebelah kita. Mohon pada Allah..tackle Allah...mengadu pada Allah...ceritakan pada Allah apa yg berlaku..Kasihanilah anak2.. Moga Allah mendengar rintihan kita di kala semua orang sedang tidur nyenyak. Moga saat2 ini juga malaikat mencatit supaya bekalan2 kita ke akhirat dilipatgandakan..Insyaa ALLAH.


Jika anak2 dah besar macam kakak wafa(4tahun), boleh ajak dia ambil wuduk sekali atau kita wudukkan dia. Dia akan rasa lebih tenang di sisi kita yang tengah solat.Alhamdulillah...MasyaALLAH..



1) SPONGING/KERAPKAN MANDI
-Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Demam panas adalah daripada serpihan neraka, maka sejukkanlah ia dengan air.

Hadis ini tetap memiliki nilai perubatan yang benar di dalamnya. Sehingga kini di zaman perubatan serba moden, kaedah paling berkesan untuk meredakan suhu badan yang tinggi kerana demam panas adalah dengan air, malah adakalanya direndamkan seluruh badan pesakit ke dalam kolam yang berisi ais jika didapati suhu badannya terlalu tinggi.
-UmmiAbi akan sediakan kolam untuk anak2 berendam sambil main. Masa ni alirkan air di celah2 pelipat seperti ketiak,peha,bawah lutut serta banyakkan juga air di bahagian kepala serta perut. Teruskan main air. Anak pun happy..(^,^). Jika anak tak suka berendam, jerlum anak dengan towel basah. Air+asam jawa/bunga raya turut membantu mempercepatkan lagi suhu turun.


2) MASSAGE & STRETCH
-Selepas mandi, sapu minyak dan urut2 sikit badan anak. Anak akan rasa selesa(selepas mandi kan sejuk). Ummi selalu guna minyak habbatusSauda. Garlic oil pun ok..
Point2 penting untuk urutan.
Urut bahagian kaki yang paling penting kerana terdapat zon2 yang kita perlu 'aware'


3) BONE BROTH SOUP=SUPER FOOD
"Bone broth is known as a super food. The cooking process breaks down bones and connective tissues – including proteins, minerals and fat – that heal the body in various ways. And because bone broth comes from pure nature, it’s sometimes more beneficial than taking supplements, especially for people with severe digestive problems.

When you ingest bone broth, it feeds the body with collagen, which is the building block of cells to bones, ligaments, cartilage and the brain. Gelatin, a form of collagen used in food, is used (among other benefits) to help digestion because the liquid gets absorbed into the body quickly and without much effort. Making bone broth excellent for people with food sensitivities and gastrointestinal disorders because it is usually very safe and tolerable for the body.

There are other virtues of bone broth. Bone marrow helps the immune system by carrying oxygen to cells in the body. Minerals such as calcium and phosphorus are essential for maintaining healthy bones and generating energy. And using cartilage-rich bones such as knuckles and chicken feet is said to be effective in treating arthritis and other degenerative joint diseases."-Dr. Auer

Sup tulang ayam organik/lembu/kambing direneh bersama Si Putih Garlic & ginger banyak2=power up immune system(immune booster)

Ini menu wajib jika anak2 x sihat.

Tentera jahat(Virus) dalam badan orang demam ni suka ambil kesempatan. Mereka akan mengambil/memakan protein daripada badan, jadi orang yg demam perlukan makanan tinggi protein untuk melawan virus dan juga memastikan protein dalam badan tidak hilang, selain itu pesakit juga perlu makan makanan berasaskan cecair supaya tidak kekeringan.



4) AIR PENYEJUK BADAN
-Boleh ajak anak2 dating sambil minum air kelapa.hehe...
-Banyakkan juga minum air masak/mineral atau air mineral+madu.
*Ohya, jika beli air mineral, elakkan bli yang berpenutup putih(Itu bukan air mineral ye, tapi air paip yg dirawat). Air mineral yang menjadi pilihan kami adalah SPRITZER setakat ini.


5) HOMEMADE LOZENGES (halia+madu) untuk batuk berkahak.
-Ni kakak Wafa suka. Dia akan hisap2 hingga xde rasa madu dah. Alhamdulillah..Sangat melegakan tekak yg perit. Bukan strepsils, woods' atau Ricola ye. Yg tu ade gula n diproses..Tak pasal2 anak2 jadi hyper & sugar rush..Lain pulak jadinya..hihi. Buat sendiri lagi sedap dan berkhsiat tau.. (^,^)
Ummi potong kecil2 Halia, then masukkan madu + perahan lemon.
Bagi anak kemam.
Ni ummi dapat dari FB.
Kemam2 lemon pun sedap..


6) BANYAKKAN BAKTERIA BAIK
-Ummi cuma nak confirmkan di sini...(berdasarkan pengalaman masa kakak wafa admitted ward dlu), jika suhu tak turun di hospital mereka akan ON ANTIBIOTIC. Ummi tak tahula siapa manusia yang mula2 mencipta Antibiotik ni?huhu..
-Antibiotik sebenarnya tidak diperlukan untuk merawat penyakit yang disebabkan virus/bacteria. Antibiotik hanya membunuh bakteria samada baik atau jahat(semua dia hentam..). Sayangnya....kan...
-Sebenarnya bakteria baik PERLU dalam badan kita lebih2 lagi dalam proses pencernaan. Bakteria baik dikenali sebagai ‘probiotik’ manakala bakteria yang membantu probiotik berfungsi dengan baik disebut ‘prebiotik’.

-Sistem tubuh manusia melawan penyakit melalui lapisan kulit, sistem kekebalan tubuh iaitu immune system, lapisan mukosa, dan melalui ‘mikroflora usus’.

-Mikroflora(Normal flora) usus yang terdapat dalam usus ini tidak lain adalah koloni2 bakteria baik iaitu probiotik. Contoh2 bakteria baik yang membantu sistem imun: Streptococcus mutans, E-coli, Lactobacillus etc..(Bakteria2 probiotik seperti lactobacillus ini secara alami terhasil dari produk tenusu seperti buttermilk dan yogurt).
Natural Yogurt + organic rolled oat + honey = Nyummilicious.
Sedap...ummi pun makan bertambah-tambah. Kalah orang demam.. :p


7) Jika semua ikhtiar dah buat, tapi anak masih demam & batuk(dalam pemerhatian seminggu), bersangka baiklah dengan Allah. Ada lagi yang perlu kita korbankan. Bukan wang atau masa sahaja, gembirakan orang lain supaya doa2 mereka dapat menggembirakan anak2 kita.

-SEDEKAH-

Mungkin tips ni dah ramai kongsikan. Namun belum cuba belum tahu kan.. UmmiAbi dah cuba, resultnya sangatlah "ohsem". Lagi Allah uji, lagi kita bersedekah. Lagi Allah tarik nikmat(nikmat sihat, nikmat duit banyak), lagi kita bersedekah. Jujurnya ummi nyatakan di sini, dulu ummi nak sedekah pun ummi masih berkira2 tgk untuk ummi cukup tak..huhu(T,T)

Abi tak suka...Allah lagi tak suka kan..huhu

Abi ceritakan konsep sedekah yang sebenar. Ape yang kita ada & sayang itulah sedekah. Jika kita dapat gaji & beli keperluan semua, yang tinggal itu untuk sedekah bukan untuk kita.. Yang masih ada itulah sedekah. Ada juga sesetengah orang kaya bertaqwa bila dapat gaji diorang sedekah dulu baru beli keperluan..Allahu..Murahnya hati mereka. tak hairanlah Allah lipatgandakan kekayaan mereka. Sedekah dulu baru kira, bukan buat kira2 untuk sedekah. Jika pergi masjid, apa yang ada dalam poket semua kita masukkan dalam tabung. Jika dalam poket rm100..RM100lah kita hulurkan. InsyaALAH...3kali ganda kita akan dapat balik. Cubalah...terasa nikmat sedekah itu. UmmiAbi kongsikan hanyalah sekadar berkongsi pengalaman yang bermanfaat(tidak lebih dari itu). Mana tahu, dengan izin Allah kita sama2 mendapat nikmat anak sihat dan murah rezeki. Di setiap sesuatu yang berlaku pasti ada atau terselit hikmahNYA..IN syaa Allah..




Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah......setakat ini Allah izinkan anak-anak ummiAbi sihat walafiat dengan cara2 begini. Tanpa ubat dadah, tanpa antibiotik, tanpa nebulizer dll yang dahulunya kami bergantung harap pada benda-benda tersebut untuk kakak wafa sehingga kakak wafa kurang imune system(cepat demam balik selepas itu). Untung adik zara, tiada secebis paracetamol atau dadah atau racun yang sempat memasuki badannya. Syukur Allah beri kami ILMU agak cepat walaupun dah terlepas pada kakak wafa. Namun pengalaman2 merawat dan menjaga kakak wafa adalah ILMU ALLAH yang tak dapat kami lupakan sampai bila2. Rupanya ada cara lain yang lebih baik(malah terbaik) selain sumbat anak2 dengan ubat dadah.. Bila anak demam, terus ON farmasi dapur sendiri tapi sumber dari Ilahi..:)



Setakat ini, result yang UmmiAbi boleh beri(ini bukan jaminan, tapi berdasarkan pengalaman sahaja):

*Untuk anak syurga special kami: Wafa Sofea(prematured)= ambil masa 2atau3 hari untuk sembuh demam dan seminggu untuk batuk & then ok..

*Untuk anak syurga kuat kami: Wafa Izzara(Normal, unvac, No drug, n overdue baby)=ambil masa 1hari1malam atau 2hari(plg lama) untuk baik dari demam serta 2,3 hari untuk kebah sepenuhnya batuk & then ok.. Izzara baru 1st time demam..So, harapnya sistem imun makin kuat bertahan sampai tahun2 mendatang..Aamin..

Dan yang paling menyenangkan kami, memang lambat virus demam tu nak datang balik... Kalau dulu Kakak wafa sebulan sekali demam, sekarang setahun dalam 2kali je. Cuma batuk akan muncul jika dia tak jaga makan atau kami terlepas pandang pemakanan dia. Contoh jika ada orang bagi makanan seperti gula2 atau air kotak(tanpa pengetahuan kami), malam tu confirm batuk dan muntah segala racun benda2 mengarut yang dia dah makan tu(nikmat detoks juga tu).. tapi Alhamdulillah..ummiABi tetap meneruskan Remidi seperti di atas kerana itulah yang terbaik buat anak2 kami setakat ini.. Alhamdulillah, nikmat Allah yang mana lgi kamu dustakan?

Anak2 sihat adalah NIKMAT yg tidak terhingga buat kami sekeluarga..





Yang baik itu semestinya dari Allah.. Yang buruk lagi hina itu adalah dari kami sendiri..Maaf jika ade khilaf dalam penulisan kali ini..
Moga mendapat manfaat bersama. Jazakumullah khairan kathira..

Wednesday, October 15, 2014

Almond Milk Lazat Berkhasiat

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah & hafizah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala.. iaitu Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear, Kakak & Zara mesti ingat ummi pernah buat Almond Milk yang lemak berkrim kesukaan kamu berdua tu kan. Tapi kan....yang tu ummi buat guna Magic Bullet, dan...ummi buat lagi tapi kali ni menggunakan Slow Juicer. Caranya lebih mudah, hampas yag dihasilkan sangatlah halus serta almond milk yang terhasil dari SJ memang superb. Sangat sedap & berbeza rasanya dari guna Magic bullet atau blender biasa.
Ya Allah..serius sedap...Alhamdulillah..ummi sangat2 berpuas hati dengan Almond Milk kali ni..



Macam biasa, ummi rendam badam + kurma + air filter Semalaman.

Masukkan semuanya dalam SJ...
SJ akan asingkan siap2 hampas badam & susu badam..

-Nyummilicious-

Dah dapat susu badam tu untuk kita yang dewasa ni boleh terus minum..sedap sangat.
Untuk anak2 ummi tapis dengan kain lampin(beli tak pernah pakai masa wafa newborn dulu). Kain lampin tu ummi basuh dengan pencuci buah/sayur atau pencuci pinggan pun boleh then rendam air panas... Tekstur selepas tapis MasyaALLAH...sangat lembut di tekak..takde rasa sisa hampas langsung.. Laju je Kakak & Zara minum..



Alhamdulillah...Allah bagi sedap & lazat untuk kami nikmati Almond Milk kali ni..


Almond Milk kali ni ummi dapat buat banyak sikit, so ummi frozenkan dalam storage botol Zara. Botol2 banyak sangat yang tak digunakan.. So bila nak guna just thawing & rendam dalam air panas(betul2 sama macam kita thawing ebm)

Tuesday, October 14, 2014

Slow Juicer bukan sebarang juicer atau blender.

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat anak2 solehah & hafizah yang diredhoi ALLAH Subhanahu wa Taala.. iaitu Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..Amin..

Alhamdulillah...berjaya kumpul duit setiap bulan dalam group untuk membeli idaman hati----->Slow Juicer(^,^)



Slow Juicer ni bukan mcam pengisar buah yang menggunakan blade tu ye. Ia menggunakan konsep perahan di mana nutrient asal buah-buahan yang di perah tidak hilang zatnya.
MENGAPA PILIH SLOW JUICER??(maaf atas penggunaan bahasa di bawah kerana sesetengah "terms" susah untuk di'translate"kan(maaf juga untuk yang ini) bagi memudahkan kefahaman..huhu..

1) SJ@Slow Juicer(Juicer perlahan) ini  berputar antara 45-75rpm manakala Hi-speed Juicer berputar sekurang-kurangnya 1500rpm. Blender lagilah laju(boleh speed sehingga 3000rpm).... Semakin tinggi rpm semakin tinggi haba yang dikeluarkan untuk menyahaslikan nutrient/zat buah/sayur.. Alahai, ruginya..

2) Crushes(include compressed/grind/squeeze etc) SJ (mcm Konsep batu Giling/lenyekan) memelihara banyak enzim/nutrien berharga manakala Hi-speed juicer/blender membunuh kebanyakan enzim kerana hi-speed menggunakan blade stainless steel.


3) SJ crushes pulak menggunakan auger plastik pepejal manakala blade(bilah) hi-speed berputar pada kelajuan yg tinggi sekaligus menyerap oksigen & jus yang terhasil akan teroksida(further-oxidized).

4) Bila guna pemerah SJ(Slow Juicer), ummi boleh menyimpan cold-pressed juices tersebut dalam tupperware kedap udara atau botol kaca berpenutup & ia akan kekal baik untuk 3 hari selepas itu.(So, the nutritional properties tidak akan diminish/berkurang) manakala  jika menggunakan Hi-speed juicer after 30mins or less, juices dah turn brown & ada separation...
Sj adalah masticating .. Buah tu di "Perah" perlahan2. SJ tidak menggunakan blade yg mengeluarkn haba oleh itu tidak membunuh enzim buah-buahan sekaligus menyebabkan jus masih aktif & fresh. Jus Aktif tidak cepat teroksida dan boleh bertahan sehingga 48 jam. Waaah...gitu ;P

video

5) Antara slow juicer, Hi-speed juicer, shake'N'take serta blender/magic bullet.... Semestinya ummi memilih RPM & speed rotary yang paling rendah serta tidak menggunakan blade kerana ingin menjaga kualiti zat & nutrient buah-buahan & sayur-sayuran. Buah/sayur sekarang pun agak mahal kan. So, if jus yang terhasil pun kurang nutrient, apa je yang masuk dalam tubuh badan ummi & keluarga ummi kan... Bagi ummi SJ ni memang berbaloi sangat2.

6)Ohya, sebelum terlupa, SJ ni bagus untuk kanak2 & orang tua kerana jus yang dihasilkan sesuai dengan sistem pencernaan mereka. SJ akan memerah buah/sayur dan hasilnya terbahagi dua dengan cara memisahkan hampas sisa dengan ekstrak jus.

Hampas ini sebenarnya kaya dengan serat (fiber). Jika kita minum jus tanpa serat, sistem pencernaan kita lebih relax..tidak perlu bekerja keras untuk memecah makanan dan menyerap nutrisi. Bahkan, hal ini dipercaya membuat nutrisi lebih mudah diserap oleh tubuh dalam jumlah yang jauh lebih besar daripada jika kita makan buah-buahan dan sayuran secara real.. Eh faham ke ni??


Jika ada serat pula, Serat sebenarnya sangat berguna untuk membantu memperlambatkan  proses pencernaan dan memberikan pelepasan nutrisi ke dalam aliran darah. Penggunaan SJ akan sangat membantu apabila kita memiliki sistem pencernaan yang sensitif atau terdapat penyakit yang menyukarkan sistem pencernaan atau ada masalah pencernaan..
Kiranya...kalau takde serat ni, nutrient /zat pada buah/sayur lebih cepat diserap ke dalam darah..

7) Cara nak bersihkan pun senang SJ ni...sebab ia tiada blade atau mata pisau yang tajam. Hanya alirkan air & hampas2 pada corong tu boleh dicuci bersih guna berus comel..

Jus dari SJ:

Fresh from the fruits/vege

Jus dari Blender/Magic Bullet selalunya menghasilkan smoothie(jus bersama hampas/fiber):




Kredit: Ilmu2 dari perbincangan pakar2 jus Jelitawan Organik esp Sis Naila Zakiyyah.. Barakallahu fikunna.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...