Tuesday, November 26, 2013

Sedut botol atau hisap botol??

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..


Hi dear...Baru-baru ni ummi pelik tengok Wafa Sofea hisap botol macam sedut botol.. Ehh...fahamkah??hehe..
Kisahnya begini...Selalunya Wafa Sofea suka baring bila hisap botol. Tapi baru-baru ni kalau hisap botol mesti duduk tunduk je. Nak tahu apa mujahidah solehah ummi buat??
Nampak macam hisap botol tapi macam tak hisap..
Inilah style...Sedut botol guna straw.

Ummi tanya, mana Wafa dapat straw tu...?Wafa cakap dalam laci. Ummi tengok kat dapur laci memang terbuka. Ini membuktikan Wafa Sofea dah besar & makin tinggi(^,^). Laci-laci dah boleh buka dengan sendiri. Pandai pulak dia gigit2 hujung puting tu supaya straw bleh masuk...hehe.
Dan...ini juga membuktikan yang Wafa Sofea mungkin sudah tiba masanya untuk STOP minum thru botol??Ok...Nanti ummi ajak abi beli cawan yang comel2 ye.. So far Wafa Sofea minum air memang dari cawan, botol hanya ketika nak tidur je. Maybe ummi kena bagi dia minum melalui cawan siap2 sebelum ke bilik tidur... Hmm, ummi akan tukar jadual Wafa Sofea perlahan-lahan ye sayang...(^,^)
Apapun, ummi ucap tahniah sayang... Selangkah lagi kemajuan/perkembangan tanpa training.. :)

WW#26~Berselirat

Selalu pas guna campak2 je atas meja...huhu
*******************************************************************


Baru bersemangat nak buat kerja...Hihi, Al-poyos ummi ni...takde kena-mengena pun kan...(^,^)

Tuesday, November 12, 2013

Telekung pertama Wafa Sofea

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear... Wafa Sofea suka ikut ummiabi solat jemaah. Kadang-kadang kita dah solat,then dia mula menggelabah cari tudung..
"Mana tudung wafa..mana tudung wafa..Ummi..wait...wait..."
Kalut betul time tu..hahaa... UmmiAbi x larat gelak dah ngan gelagat si solehah ni..

Sebelum ni kalau nak solat je dia cari tudung. Tapi sekarang dia Wafa Sofea dah ada telekung. Dah lama dah beli, baru nak buat entri(mahapkan ummi ye sayang)..




Siap dapat beg comel..Senang nak bawak balik kampung.

UmmiAbi & Wafa Sofea suka sangat telekung ni. Buatan dia kemas & cantik. Sweet je bila Wafa Sofea pakai(Haruslah puji anak sendiri kan..hihi). Bagi semangat pada anak-anak yang mula berminat pada solat. Didik mereka betapa pentingnya solat.. :)

Ummi beli dari sahabat syurga iaitu ahli JLO kesayangan ummilah, sape lagi....Kalau bukan Ummu Muhammad. Sesiapa nak order jugak, boleh beli kat SINI ye. Mesti puashati...(^,^)


Monday, November 11, 2013

WANITA yang DIROGOL JIN




RAMAI WANITA DIROGOL JIN TANPA PENGETAHUAN MEREKA. SIAPAKAH WANITA YANG AKAN DIROGIL JIN?

perempuan samada sudah berkahwin/tidak.

siapa TERINGIN NAK DI-NODAI JIN,selalu lah :


- MANDI TELANJANG.
- SUKA MANDI LEWAT PETANG.
- TIDUR SELEPAS ASAR.
- TIDUR DENGAN KAIN YANG TERDEDAH.

*jika terasa diri kita terlalu kerap melakukan semua perkara ni,cepat-2 sedar.

SEKALI JIN SUDAH JATUH CINTA PADA WANITA,ADALAH LAGI BAHAYA DARIPADA 'SIHIR'.

Cukup dalam masa 40 hari 'PERIKSA PADA BAHAGIAN CELAH/KELILING PEHA,LIHAT JIKA ADA KESAN LEBAM-2 dan jika kurang pasti lagi periksa secara terperinci kesan lebam itu ada 5 lubang halus'. Itu menandakan JIN sudah 'menodai' anda wahai wanita.

*andai kata jika wanita itu sudah berkahwin,maka JIN yang 'jatuh cinta' pada anda itu akan 'menceraikan' anda & suami,tanpa sedar.

*Dan jika anda belum berkahwin,jika sampai masanya anda & bakal suami anda mahu berkahwin,JIN yang sama akan cuba 'pisahkan' mereka dari brlangsungnya majlis kahwin itu. ASTAGHFIRULLAHALAZIM~ - Ustaz Mohd Kazim Elias




Notaummi:
Jagalah aurat walaupun kita bersendirian kerana selain malu(Alhaya'uminal iman~malu itu sebahagian drpd iman), ia juga sebagai melindungi diri.. 

Friday, November 8, 2013

saya suka MANDI



Ini budak kalau terkena air mesti "splash water" jadinya.. Seronok tak terkata..(^,^)

Nabi saw mandi pagi sebelum solat subuh 1 atau 2 jam sebelum terbit matahari, Kajian sains mengatakan orang yang mandi pagi akan meransang saraf tubuh menjadi cergas.

Sunday, November 3, 2013

Kakaklah penghibur No.1

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..
Hi Dear... Wafa Sofea sekarang adalah penghibur No. 1 bagi Wafa Izzara... Kakak buatlah apepun, mesti adik zara gelak punyer.. Kadang-kadang Wafa Izzara gelak mengekek-ngekek semata-mata nampak kakak solehah dia ni turun tangga je. Ish..betul2 aura kimia diorang ni.. Alhamdulillah (^,^)

video
Apelah lagu yang kakak nyanyi tu... Maybe lagu lawak kot? Hanya Zara je yang faham...hehee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...