Monday, October 7, 2013

Semut minum susu ibu..


Almost 7 Oz...huhu....
Hi dear...Ummi sedih lagi... Aritu susu tumpah tapi ats careless sendiri. Semalam pulak maybe sudah ditakdirkan tiada rezeki lagi. Rezeki semut tu haa...huhu. Dah pam baru perasan de seekor semur dalam susu tu? Sayaaaangnya nak buang... Tapi ummi risau gak sebab pernah dengar kalau semut tu dah mati jadi bangkai, boleh jadi najis pulak..huhu..Xsanggup ummi nak bagi anak ummi minum..huhu..

Kalau ikut sains & perubatan, semut ni ada acid formic, dalam keadaan terancam/panik disebabkan terjatuh/lemas, semut tersebut akan merembeskan acid formic. والله أعلم بالصواب

Kalau ikut mitos/cakap orang tua lagi menggerunkan & tak logik..he..
Orang yang minum air/makanan mengandungi semut akan menjadi "bodo" seperti semut. Tapi semut tu "bodo" ke? Rasanya semutlah serangga paling bijak & rajin..kan...

Ummi cari info berkaitan semut ni..Then dapatlah penerangan yang mudah difahami.. Ummi kongsikan ye..


Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati

Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup

Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Lebih jelas lagi nyata.. jom sama2 dengar Ustaz Azhar Idrus..
Air menjadi najis apabila dengan sengaja dimasukkan semut yang sudah mati kerana semut yang sudah mati adalah bangkai. Orang Islam diharamkan memakan bangkai. Begitu jugalah air yang bercampur bangkai. Haram diminum sebab bangkai itu najis. Apabila semut yang masih hidup, dengan sengaja dimasukkan ke dalam air kemudian ia mati. Air itu hukumnya najis. Apabila semut yang sudah mati dengan sengaja dimasukkan ke dalam air pun, hukumnya najis. Tetapi andai semut hidup termasuk sendiri ke dalam air kemudian mati, air itu boleh diminum dengan syarat buangkan dahulu semutnya. Air juga tidak berubah sifatnya. Daripada rasa air kosong kepada rasa air berperisa semut pula.

So..kesimpulannya, susu ebm ummi tu boleh diminum sebab dia mati sendiri, bukan sebab ummi. Ummi tak sengaja & tak sedar bila dia masuk..huhu..tengok2 dah mati.

Memang rezeki semut & pokok.. Heee, ummi tak buang tapi ebm tu ummi siram pokok belakang makmal ummi ni... InsyaAllah, ada rezeki lain untuk wafa Izzara di next session..
Semut ni jadi tanda tanya maybe semut ni tak pakai kasut kan...Ummi terbayang-bayanglah pulak semut2 ni berjalan berkaki ayam  di atas sampah & menghurung najis dll(Apalah ummi ni, suka bayang yang bukan2..huh). Tak sampai hati ummi nak bagi anak-anak ummi minum susu yang dimasuki semut. Kecuali jika memang susu ummi dah takde. Ummi bersyukur susu masih ada.. Alhamdulillah..

P/s: Jika ada kucing yang lalu-lalang di makmal ummi ni, sah2 rezeki kucing tu...:) Ala...bukan minum sampai kenyang pun..Jangan jadikan isu pulak..heheh(^,^)

2 comments:

Zee Suhaini said...

oh camtu yer..selalu kalo air minum pon tengok jugak..kalo sedar ada semut memang buang tapi kalo tak sedar ngap ajer..kalo orang tua2 kan dorang sayang nak buang..sanggup tapis tu tuk buang semut..pasni kena alert la nampaknya..

Roslan Putra said...

walau tak najis pun... mesti dah rasa tak selera nak makan/minum kalau dah masuk semut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...