Thursday, October 24, 2013

Moga Allah selamatkan dari kekejaman makhluk

Dunia sekarang macam-macam. Ummi nak baca paper pun takut & seram. Meremang bulu roma bila tengok berita pembunuhan, pencabulan, rogol, penculikan dll yang menakutkan.. It is worrying indeed.. :(
Moga Allah melindungi kita semua..

Scheduling back our usrah groups/meeting/or any taklimat ...safety comes first!its not nice having ladies moving late at night even for dakwah purposes. More whatsapps meeting and dakwah tru FB...Moga Allah ampunkan kita for not moving around that much..takut!!!

Ummi nak share pesanan ringkas yang amat berguna untuk ummi, anak-anak ummi & semua wanita..
dari FB aunty FadhlinaSidek (Naib presiden Angkatan Belia Islam M'sia/Muslim Youth Movement of M'sia(ABIM)
Adik-adik perempuan, anak-anak,  kakak-kakak dan teman-teman wanita yg dikasihi sekalian.
Dengar baik-baik.

Memandangkan tahap keselamatan dan murahnya nyawa manusia melebihi harga barang dan kos kehidupan, kak Fad mahu semua kaum wanita pertingkatkan keselamatan diri.

1. Adik-adik perempuan, sila awalkan waktu usrah. Elakkan usrah tamat lewat malam yg memaksa adik-adik pulang lewat bersendirian.

2.Jangan pernah keluar rumah berseorangan tanpa teman, heret mak, roommate, abang, adik dan bapak sekali. Jangan heret tunang atau teman lelaki..nanti jadi jenayah lain.

3. Cari alternatif meeting organisasi yg tidak melibatkan logistik , jarak yg jauh dan meeting selepas meeting yg habis lewat. Jika terpaksa juga bermesyuarat sehingga lewat, setiap kereta yg membawa ahli mesyuarat wanita, mesti diiringi pulang dengan sebuah kereta ahli mesyuarat lelaki bagi memastikan keselamatan ahli mesyuarat wanita.

4.Maklumkan kepada keluarga ke mana kalian pergi termasuk jika terpaksa menggunakan jamban awam, kerana jamban awam juga adalah crime scene. Tinggalkan nota jika tiada siapa di rumah/bilik. wassup dan sms.

5.Bawa senjata yg munasabah, pepper spray dan alatan lain. Belajar juga skil mempertahankan diri sedikit sebanyak. Pemerhatian awal, kebanyakan mangsa keganasan seksual meninggalkan tanda kepada penjenayah seperti gigitan, cakar dan lebam bagi membuktikan bahawa mereka telah sedaya upaya mempertahankan diri mereka daripada dicerobohi. Al Fatihah buat semua mangsa yg mempertahankan maruah mereka sehingga akhir hayat.

6.Pertingkat Ma'thurat sebagai pendinding! Minta pertolongan Allah selalu. Doa keluar rumah, doa dalam perjalanan dll, mesti diyakini!Minta mak doakan kita selamat pergi dan balik walau ke kelas, kerja dan musafir. Doa mak sangat mujarab!

7.Sistem Check in/out. Selalulah check in/out adik-adik perempuan kita, kakak, mak dan teman-teman kita. Kenal siapa kawan-kawan, keluarga, circle dan tempat hang out ahli keluarga kita juga kawan-kawan kita.

8.Nyawa kita lebih murah daripada ayam, keselamatan di tempat awam mesti dipertingkatkan. Jangan lalai ketika shopping, handbeg, duit cash dan anak-anak! Elakkan keluar dn berkunjung ke tempat awam yg ramai dengan membawa anak-anak. Duduk rumah, bersenam, makan, solat dan baca buku dengan anak-anak. Keluar jika perlu bukan ikut nafsu!

9. Our darlings...our precious daughters. Mulalah bincang maudhuk reproduktif dengan mereka. Sakit hati saya tatkala teman usrah mengkhabarkan anak muridnya seawal usia 9 tahun dicabul sepupunya yg berusia 10 tahun! seorang ibu mengkhabarkan anak perempuannya mencabul rakan sekelas beramai-ramai dengan memasukkan jari ke dalam faraj teman-temannya. Sentap! Allah, Allah....

10. BAPA...peranan bapa mesti terus diperhebatkan. Bapa mesti hebat di mata anak-anak. Bapa mesti melaksanakan tugas dan anjuran modul Luqman. Bapa ini tunjang keluarga. Bapa tidak boleh hilang dalam kemelut kekeuargaan dan disibukkan dengan alasan kerja.

MOGA ALLAH MELINDUNGI KITA DARI KEJAHATAN/KEKEJAMAN MAKHLUK..AMIN..

2 comments:

Ummu Muhammad said...

Allah...kecut bace T_T

Izan Ishak said...

Allahuakbar... mmg takut dgn mcm2 berita skrg ni kan ummi. jenayah boleh berlaku di mana2 saja n ke atas sesiapa jua.

moga Allah terus lindungi kita dan seluruh keluarga kita hendaknya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...