Thursday, October 10, 2013

Ciuman berharga(ibubapa & anak)

Harga Sebuah Ciuman.

1 ciuman yang sentiasa didambakan oleh anak-anak iaitu ciuman ibu dan ayah. Apalah erti hidup seorang anak pada hari tersebut jika mereka tidak mendapatkan ciuman seorang ibu dan ayah. Mereka merasa sangat kosong jiwa dan hati malah minda anak-anak ketandusan cinta.

Menurut pakar kanak2, Liyana Malek: "Pengalaman saya sebagai pakar kanak-kanak melebihi 7 tahun dalam membantu ibu bapa menguruskan tenaga anak-anak untuk mengelakkan ibu bapa menjadi tarzan melihat perbuatan ciuman adalah satu tindakan yang wajib dilakukan oleh ibu bapa yang mempunyai anak"

99% cara yang paling efektif untuk anak-anak berkomunikasi tanpa berkata-kata adalah ciuman kerana ini adalah cara yang terbaik untuk meluahkan perasaan.
Ciuman kepada anak-anak adalah lambang kasih-sayang, cinta dan kerinduan seorang anak kepada ibu bapa.

Perasaan anak perempuan untuk dicium adalah 80% lebih tinggi kerana anak perempuan cenderung untuk dibelai dengan kata-kata yang lembut dan ciuman serta pelukan setiap hari sebelum tidur. Anak-anak yang tidak mendapat ciuman ayah dan ibunya setiap hari mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapatkan ciuman daripada orang lain kerana ciuman membentuk jambatan mental, emosi, fizikal dan pskologi anak-anak setiap hari. 
Ummi pernah bincangkan hal ini dengan sahabat-sahabat syurga(Sahabat syurga adalah sahabat yang boleh naikkan saham akhirat kita), kejadian/fenomena 'couple' ataupun dengan kata lain 'bercinta sakan' sebelum nikah adalah dari kalangan anak-anak yang tidak dapat atau tidak cukup kasih sayang daripada ibu bapa. Lantas, jika sesiapa(kaum lawanan jantina) menghulurkan secebis kasih membuatkan mereka rasa dikasihi melebihi ibu bapa sendiri sehinggakan ada yang sanggup jadi anak derhaka.. Nauzubillahi min zalik..

Menurut kajian perubatan, anak-anak yang mendapat ciuman oleh ibu bapanya mempunyai sistem imunisasi badan yang lebih baik dan otak anak-anak menerima satu signal yang merangsang hati untuk merasa kasih-sayang yang terjalin antara mereka dan ibu bapa. Terdapat 5 situasi utama yang memberikan signal positif untuk anak-anak mendapat ciuman yang berkualiti.
1. Sebelum ibu bapa pergi kerja.
2. Semasa ibu bapa pulang ke rumah.
3. Ketika anak-anak sedang mengamuk, sedih atau merajuk.
4. Selepas solat.
5. Sebelum tidur.


Notaummi:
Tengok muka anak-anak pun, memang muka nak kena cium..hehe(Rugilah sape yang tak cium nak-anak~hilangkan stress)




Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w mencium Al-Husain bin ‘Ali r.a, dan sedang duduk berhampiran baginda s.a.w adalah Al-Aqra’ bin Habis at-Tamimi r.a.
Al-Aqra’ r.a berkata : Aku mempunyai sepuluh orang anak, aku tidak pernah cium walaupun seorang daripada mereka.

Rasulullah s.a.w melihat kepadanya kemudian bersabda:
Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi [Sahih al-Bukhari : 5567]

2 comments:

Ummu Muhammad said...

rindu pak shaikh tetibe ;)

UmmiAbi said...

UmmuMuhammad:
Balik cium pak shaikh ketat2 ye..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...