Sunday, October 20, 2013

Cheesekut adalah cheese kek mudah yang sedap

Hi dear...
Dah lama ummi nak buat cheese kek tapi tak kesampaian. So, nak dijadikan cerita hujung minggu baru-baru ni abi pergi tengok wan(nenek wafa sofea&wafa izzara). Then abi belikan cream cheese kat kedai bakeri di sana. Waah...semangat ummi nk buat cheese kek. Tapi plan bertukar bila tengok kawan2 tagged gambar cheesekut di ig(instagram). Cara2 buat cheesekut sangatlah senang & rasanya sama seperti cheese kek....



Senang je buat cheesekut ni:

Creamcheese(250g) + 1/4 tin susu pekat + 2,3sudu susu segar =blend(Ummi takde mixer, so blend je guna magic bullet kesayangan ummi tu). * Kalau pekat, tambah susu segar lagi..
Then, atur-aturkan biskut cream cracker(corn cracker pun sedap) & di selang-selikan dengan lapisan cream cheese mixture tadi.. sampai cream cheese mixture habis.
*Ohya, sebelum atur2kan biskut tu, celupkan dulu biskut tersebut dalam creamcheese mixture(just bagi ia lembap2 je, bukan sampai lembik ok..)
Topping/atas sekali mestilah cream cheese mixture ye. So, nak nampak sedap sikit, ummi taburkan serbuk coklat atas topping tu. 
Lastly, tekan2 bagi mampat & masukkan dalam fridge...Dah sejuk & cream cheese pun x mencair kira dah boleh makanla...(^,^)
Seriously rasa dia memang ala-ala cheese kek..:)

Fenomena cheesekut...:
Cheesekut versi Maklong Nur.. Tebal(puas makan) & ade choc rice as topping lagi..

Cheesekut versi Makngah Dila...  Makngah letak nestum as topping. Mesti super sedap ni..

Ade jugak yang ummi nampak diorang selang-selikan dengan biskut Oreo. Apepun, ikut kreativiti masing-masing.. :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...