Tuesday, October 29, 2013

WW#25~What is happiness?~~

Syukran jazilan abi..huhu

Thursday, October 24, 2013

Moga Allah selamatkan dari kekejaman makhluk

Dunia sekarang macam-macam. Ummi nak baca paper pun takut & seram. Meremang bulu roma bila tengok berita pembunuhan, pencabulan, rogol, penculikan dll yang menakutkan.. It is worrying indeed.. :(
Moga Allah melindungi kita semua..

Scheduling back our usrah groups/meeting/or any taklimat ...safety comes first!its not nice having ladies moving late at night even for dakwah purposes. More whatsapps meeting and dakwah tru FB...Moga Allah ampunkan kita for not moving around that much..takut!!!

Ummi nak share pesanan ringkas yang amat berguna untuk ummi, anak-anak ummi & semua wanita..
dari FB aunty FadhlinaSidek (Naib presiden Angkatan Belia Islam M'sia/Muslim Youth Movement of M'sia(ABIM)
Adik-adik perempuan, anak-anak,  kakak-kakak dan teman-teman wanita yg dikasihi sekalian.
Dengar baik-baik.

Memandangkan tahap keselamatan dan murahnya nyawa manusia melebihi harga barang dan kos kehidupan, kak Fad mahu semua kaum wanita pertingkatkan keselamatan diri.

1. Adik-adik perempuan, sila awalkan waktu usrah. Elakkan usrah tamat lewat malam yg memaksa adik-adik pulang lewat bersendirian.

2.Jangan pernah keluar rumah berseorangan tanpa teman, heret mak, roommate, abang, adik dan bapak sekali. Jangan heret tunang atau teman lelaki..nanti jadi jenayah lain.

3. Cari alternatif meeting organisasi yg tidak melibatkan logistik , jarak yg jauh dan meeting selepas meeting yg habis lewat. Jika terpaksa juga bermesyuarat sehingga lewat, setiap kereta yg membawa ahli mesyuarat wanita, mesti diiringi pulang dengan sebuah kereta ahli mesyuarat lelaki bagi memastikan keselamatan ahli mesyuarat wanita.

4.Maklumkan kepada keluarga ke mana kalian pergi termasuk jika terpaksa menggunakan jamban awam, kerana jamban awam juga adalah crime scene. Tinggalkan nota jika tiada siapa di rumah/bilik. wassup dan sms.

5.Bawa senjata yg munasabah, pepper spray dan alatan lain. Belajar juga skil mempertahankan diri sedikit sebanyak. Pemerhatian awal, kebanyakan mangsa keganasan seksual meninggalkan tanda kepada penjenayah seperti gigitan, cakar dan lebam bagi membuktikan bahawa mereka telah sedaya upaya mempertahankan diri mereka daripada dicerobohi. Al Fatihah buat semua mangsa yg mempertahankan maruah mereka sehingga akhir hayat.

6.Pertingkat Ma'thurat sebagai pendinding! Minta pertolongan Allah selalu. Doa keluar rumah, doa dalam perjalanan dll, mesti diyakini!Minta mak doakan kita selamat pergi dan balik walau ke kelas, kerja dan musafir. Doa mak sangat mujarab!

7.Sistem Check in/out. Selalulah check in/out adik-adik perempuan kita, kakak, mak dan teman-teman kita. Kenal siapa kawan-kawan, keluarga, circle dan tempat hang out ahli keluarga kita juga kawan-kawan kita.

8.Nyawa kita lebih murah daripada ayam, keselamatan di tempat awam mesti dipertingkatkan. Jangan lalai ketika shopping, handbeg, duit cash dan anak-anak! Elakkan keluar dn berkunjung ke tempat awam yg ramai dengan membawa anak-anak. Duduk rumah, bersenam, makan, solat dan baca buku dengan anak-anak. Keluar jika perlu bukan ikut nafsu!

9. Our darlings...our precious daughters. Mulalah bincang maudhuk reproduktif dengan mereka. Sakit hati saya tatkala teman usrah mengkhabarkan anak muridnya seawal usia 9 tahun dicabul sepupunya yg berusia 10 tahun! seorang ibu mengkhabarkan anak perempuannya mencabul rakan sekelas beramai-ramai dengan memasukkan jari ke dalam faraj teman-temannya. Sentap! Allah, Allah....

10. BAPA...peranan bapa mesti terus diperhebatkan. Bapa mesti hebat di mata anak-anak. Bapa mesti melaksanakan tugas dan anjuran modul Luqman. Bapa ini tunjang keluarga. Bapa tidak boleh hilang dalam kemelut kekeuargaan dan disibukkan dengan alasan kerja.

MOGA ALLAH MELINDUNGI KITA DARI KEJAHATAN/KEKEJAMAN MAKHLUK..AMIN..

Sunday, October 20, 2013

Cheesekut adalah cheese kek mudah yang sedap

Hi dear...
Dah lama ummi nak buat cheese kek tapi tak kesampaian. So, nak dijadikan cerita hujung minggu baru-baru ni abi pergi tengok wan(nenek wafa sofea&wafa izzara). Then abi belikan cream cheese kat kedai bakeri di sana. Waah...semangat ummi nk buat cheese kek. Tapi plan bertukar bila tengok kawan2 tagged gambar cheesekut di ig(instagram). Cara2 buat cheesekut sangatlah senang & rasanya sama seperti cheese kek....



Senang je buat cheesekut ni:

Creamcheese(250g) + 1/4 tin susu pekat + 2,3sudu susu segar =blend(Ummi takde mixer, so blend je guna magic bullet kesayangan ummi tu). * Kalau pekat, tambah susu segar lagi..
Then, atur-aturkan biskut cream cracker(corn cracker pun sedap) & di selang-selikan dengan lapisan cream cheese mixture tadi.. sampai cream cheese mixture habis.
*Ohya, sebelum atur2kan biskut tu, celupkan dulu biskut tersebut dalam creamcheese mixture(just bagi ia lembap2 je, bukan sampai lembik ok..)
Topping/atas sekali mestilah cream cheese mixture ye. So, nak nampak sedap sikit, ummi taburkan serbuk coklat atas topping tu. 
Lastly, tekan2 bagi mampat & masukkan dalam fridge...Dah sejuk & cream cheese pun x mencair kira dah boleh makanla...(^,^)
Seriously rasa dia memang ala-ala cheese kek..:)

Fenomena cheesekut...:
Cheesekut versi Maklong Nur.. Tebal(puas makan) & ade choc rice as topping lagi..

Cheesekut versi Makngah Dila...  Makngah letak nestum as topping. Mesti super sedap ni..

Ade jugak yang ummi nampak diorang selang-selikan dengan biskut Oreo. Apepun, ikut kreativiti masing-masing.. :)


Friday, October 18, 2013

Ubat Ajaib

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear...
Ubat2 organic(Say No to drug, YES to sunnah) UmmiAbi sekeluarga dah sampai...:)
Tak semestinya ubat untuk rawatan, ini juga supplements kami sekeluarga...
Madu
Ummi akan order MADU FATEH setiap bulan..
Ummi pilih madu FATEH sebab ianya telah diruqyah & disyorkan oleh Ustaz Wan Asrul..(^,^)
Boleh "klik gambar" utk enlarge..
Lagi satu, ubat ajaib yang ummi tunggu2 adalah..

EVOO from Olive House imported from Izmir Turkey
Ummi berkenan dengan EVOO jenama ni sebab ianya 100% Pati minyak zaitun(tanpa campuran minyak sayuran lain) & baca sendiri di label kotak di atas.
Banyak khasiatnya...
Sila Klik SINI
Notaummi:
Syukran jazilan buat UmmuMuhammad yang menemukan ummi dengan minyak ajaib ini...
Semalam wafa sofea batuk sket, (sebelum ni kalau batuk mesti melarat/continous) tapi Alhamdulillah atas izin Allah dengan usaha ummi mencampurkan EVOO dalam makanan Wafa Sofea then terus hilang batuk Wafa Sofea. Hilang yang ummi harap tidak kembali... Moga rahmat Allah itu sentiasa ada di dalam sunnah Rasulullah selagi kita mengamalkannya..Amin..Amin...

Wafa Izzara pulak tidur sampai hantar kat BS pun tak sedar pagi tadi hasil urutan badan dengan EVOO.. (^,^)

Wishlist: Minyak Habbatus sauda & minyak kelapa dara(Memang banyak di pasaran tapi pepun sebelum membeli mesti 3R = reading, research & relate dulu...)  (^,^)

Monday, October 14, 2013

Tutorial: Cara centerkan HEADER


Hi dear... Ummi baru tahu cara nak 'center'kan header. Ni 1st time ummi wat tutorial kat blog. Selalu bagi tutorial kat students je. Huhuhu..Orang lain rasanya dah berkurun tahu tutorial ni kan.. Takpela...ummi buat entri ni untuk 'reference' ummi akan datang. Jenuh ummi edit customize. Berapa kali tah klik-view blog-klik dashboard balik-klik view blog balik x center pun..
Then baru tahu..Bleh add-edit-etc kat CSS je.. OK, cara2nya..
Cari kat OPTION, select TEMPLATE
Then
ia keluar bawah ni...

Klik CUSTOMIZE
Then
ia keluar seperti di bawah
Click ADVANCE & select Add CSS
Add custom CSS(dalam kotak tu copy & paste code kat bawah ni)



.header-outer {margin-left:50px;}


Yang highlight colour merah adalah angka center di blog ummi. Anda boleh main2/tukar sampai header nampak center. Dah Ok & puas hati, Just click
 Apply to blog

Kalau guna cara ni ummi tak perlu dah nak buka coding html yg panjang2 berjela tu. Kalau tak suka pun boleh delete coding ni tanpa menjejaskan template ummi.




Notaummi:

Oh ya, kalau tak boleh copy kod tu dalam blog ummi ni, bolehla type sendiri  kod rahsianya..hehehe <mahapkan ummi Wafas ni yer>
 ( .header-outer { margin-left:50px; } )
Pendek je kan.. (^,^)
Lau x boleh jugak, mintak kat komen..Nanti ummi balas kat komen anda ye..:)

Thursday, October 10, 2013

Ciuman berharga(ibubapa & anak)

Harga Sebuah Ciuman.

1 ciuman yang sentiasa didambakan oleh anak-anak iaitu ciuman ibu dan ayah. Apalah erti hidup seorang anak pada hari tersebut jika mereka tidak mendapatkan ciuman seorang ibu dan ayah. Mereka merasa sangat kosong jiwa dan hati malah minda anak-anak ketandusan cinta.

Menurut pakar kanak2, Liyana Malek: "Pengalaman saya sebagai pakar kanak-kanak melebihi 7 tahun dalam membantu ibu bapa menguruskan tenaga anak-anak untuk mengelakkan ibu bapa menjadi tarzan melihat perbuatan ciuman adalah satu tindakan yang wajib dilakukan oleh ibu bapa yang mempunyai anak"

99% cara yang paling efektif untuk anak-anak berkomunikasi tanpa berkata-kata adalah ciuman kerana ini adalah cara yang terbaik untuk meluahkan perasaan.
Ciuman kepada anak-anak adalah lambang kasih-sayang, cinta dan kerinduan seorang anak kepada ibu bapa.

Perasaan anak perempuan untuk dicium adalah 80% lebih tinggi kerana anak perempuan cenderung untuk dibelai dengan kata-kata yang lembut dan ciuman serta pelukan setiap hari sebelum tidur. Anak-anak yang tidak mendapat ciuman ayah dan ibunya setiap hari mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapatkan ciuman daripada orang lain kerana ciuman membentuk jambatan mental, emosi, fizikal dan pskologi anak-anak setiap hari. 
Ummi pernah bincangkan hal ini dengan sahabat-sahabat syurga(Sahabat syurga adalah sahabat yang boleh naikkan saham akhirat kita), kejadian/fenomena 'couple' ataupun dengan kata lain 'bercinta sakan' sebelum nikah adalah dari kalangan anak-anak yang tidak dapat atau tidak cukup kasih sayang daripada ibu bapa. Lantas, jika sesiapa(kaum lawanan jantina) menghulurkan secebis kasih membuatkan mereka rasa dikasihi melebihi ibu bapa sendiri sehinggakan ada yang sanggup jadi anak derhaka.. Nauzubillahi min zalik..

Menurut kajian perubatan, anak-anak yang mendapat ciuman oleh ibu bapanya mempunyai sistem imunisasi badan yang lebih baik dan otak anak-anak menerima satu signal yang merangsang hati untuk merasa kasih-sayang yang terjalin antara mereka dan ibu bapa. Terdapat 5 situasi utama yang memberikan signal positif untuk anak-anak mendapat ciuman yang berkualiti.
1. Sebelum ibu bapa pergi kerja.
2. Semasa ibu bapa pulang ke rumah.
3. Ketika anak-anak sedang mengamuk, sedih atau merajuk.
4. Selepas solat.
5. Sebelum tidur.


Notaummi:
Tengok muka anak-anak pun, memang muka nak kena cium..hehe(Rugilah sape yang tak cium nak-anak~hilangkan stress)




Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w mencium Al-Husain bin ‘Ali r.a, dan sedang duduk berhampiran baginda s.a.w adalah Al-Aqra’ bin Habis at-Tamimi r.a.
Al-Aqra’ r.a berkata : Aku mempunyai sepuluh orang anak, aku tidak pernah cium walaupun seorang daripada mereka.

Rasulullah s.a.w melihat kepadanya kemudian bersabda:
Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi [Sahih al-Bukhari : 5567]

Tukar Header blog

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..


Hi dear...
Arini ummi buat header baru bersempena ummiabi dah ada 2 permata hati..Hehee..

Kalau sebelum ni ummi punya header seperti di bawah:
All about mujahidah sulung---Wafa Sofea
So, arini tukar kepada.......
Tahun 2013~bermula kisah2 2 beradik ni...Wafa Sofea & Wafa Izzara
Actually header asal macam ni...
Tapi ummi tak reti nak adjust width header ni..Asyiklah ke tepi..huhu...

Xpelah...janji ada 2 gambar anak-anak ummi ni. Ni je gambar yang ok... Susah betul ummi nak snap gambar mereka berdua. Bila si kakak dah ok, gambar adik pulak blur & sebaliknya.hehee

Notaummi: Kalau sesiapa yang singgah sini baca/terbaca doa2/perkataan baik2 buat anak-anak ummi dalam blog ini, ummi ucapkan ribuan terima kasih. Jazakillah wa jazakallah buat anda semua kerana mendoakan anak-anak ummi... Moga Allah membalasnya... (^,^)

Tuesday, October 8, 2013

Vaksin(4): Tanya Pakar~Apa kata ilmuwan(ahli vaksin/ahli imunisasi sendiri)

Apa Kata Para Ilmuwan Tentang Vaksinasi?

“Satu-satunya vaksin yang aman adalah vaksin yang tidak pernah digunakan.”
~ Dr. James R. Shannon, mantan direktur Institusi Kesihatan Nasional Amerika



“Vaksin menipu tubuh supaya tidak lagi menimbulkan reaksi radang. Sehingga vaksin mengubah fungsi pencegahan sistem imun.”
~ Dr. Richard Moskowitz, Harvard University



“Kanser pada dasarnya tidak dikenal sebelum kewajiban vaksinasi cacar mulai diperkenalkan. Saya telah menghadapi 200 kasus/penghidap kanser, dan tak seorang pun dari mereka yang terkena kanser tidak mendapatkan vaksinasi sebelumnya.”
~ Dr. W.B. Clarke, peneliti kanser Inggeris



“Ketika vaksin dinyatakan aman, keamanannya adalah istilah relatif yang tidak dapat diertikan secara umum”.
~ dr. Harris Coulter, pakar vaksin internasional



“Kasus/penghidap polio meningkat secara cepat sejak vaksin dijalankan. Pada tahun 1957-1958 peningkatan sebesar 50%, dan tahun 1958-1959 peningkatan menjadi 80%.”
~ Dr. Bernard Greenberg, dalam sidang kongres AS tahun 1962



“Sebelum vaksinasi besar besaran 50 tahun yang lalu, di negara itu (Amerika) tidak terdapat wabak kanser, penyakit autoimun, dan kasus/pesakit autisme.”
~ Neil Z. Miller, peneliti vaksin internasional

*Oh ya, sebut autisme.. Ummi nak "up"kan sket tentang MMR ni sbb yang ni kes paling common kat M'sia. Setiap bulan peningkatan kes pesakit autism di kalangan kanak-kanak meningkat. Boleh rujuk statistik hospital2 di Malaysia. Ummi yang bekerja di PPUM pun risau. Tapi bagi yang tak ambil tahu, maybe tak terkena pada anak sendiri @ tak menyedari/tak membaca/mengkaji sebab autism ni. 99% adalah disebabkan MMR vaccine. Hmm..



Tengok kandungan <MMR> (Nanti ummi terangkan "ingredients" bertoksik dalam vaccine) fokus MMR dulu= sorbitol, Thimerosal is a mercury. Oh...mercury dalam thermometer tu???Boleh move bila detect suhu panas? So, apa kaitan ngan kanak2 yang autism???
Kebetulanlah sangaaaat... :)

“Vaksin bertanggung jawab terhadap peningkatan jumlah anak-anak dan orang dewasa yang mengalami gangguan sistem imun dan syarat, hiperaktif, kelemahan daya ingat, asma, sindrom keletihan kronis, lupus, artritis reumatiod, sklerosis multiple, dan bahkan epilepsi. Bahkan AIDS yang tidak pernah dikenal dua dekad lalu, menjadi wabak di seluruh dunia saat ini.”
~ Barbara Loe Fisher, Presiden Pusat Informasi Vaksin Nasional Amerika



“Tak masuk akal memikirkan bahwa anda mampu menyuntikkan nanah ke dalam tubuh anak kecil dan dengan proses tertentu akan meningkatkan kesihatan. Tubuh punya cara pertahanan tersendiri yang tergantung pada vitalitas saat itu. Jika dalam kondisi fit, tubuh akan mampu melawan semua infeksi, dan jika kondisinya sedang menurun, tidak akan mampu. Dan Anda tidak dapat mengubah imun semulajadi tubuh menjadi lebih baik dengan memasukkan racun apapun juga ke dalamnya.”
~ Dr. William Hay, dalam buku “Immunisation: The Reality behind the Myth”



Dan masih banyak lagi pendapat ilmuwan yang lainnya.

Dan ternyata faktanya di Jerman para pakar medic, mulai doktor, pakar hingga perawat, menolak adanya imunisasi campak. Penolakan itu diterbitkan dalam “Journal of the American Medical Association” (20 Februari 1981) yang berisi sebuah artikel dengan judul “Rubella Vaccine in Susceptible Hospital Employees, Poor Physician Participation”. Dalam artikel itu disebutkan bahwa jumlah partisipan terendah dalam imunisasi campak terjadi di kalangan pakar mediks di Jerman. Hal ini terjadi pada para pakar obstetrik, dan kadar terendah lain terjadi pada para pakar pediatrik. Kurang lebih 90% pakar obstetrik dan 66% pakar pediatrik menolak suntikan vaksin rubella.

Pakar sendiri pun tolak vaksin di luar negara. Ramai juga doktor yang "dah mengkaji" iaitu informed decision dah tolak vaksin. Cuma di Malaysia perkara ni tak di war2kan atas urusan bisnes orang-orang atasan. Vaksin ni jadi periuk nasi mereka yang memberi keuntungan berjuta-juta.Syarikat farmasi juga seperti syarikat lain yang berorientasikan keuntungan. Ia berkaitan dengan perniagaan. So, bahan ujikajinya adalah anak-anak yang tak bersalah generasi kita ni..huhuhuhu....

Kalau baca bab perniagaan yang menjadikan anak-anak kita ni mangsa, huhu..lagilah.. Ade yang menangis baca kang..(T,T). InsyaALLAH..nanti ummi kongsikan..

P/s:
Kalau anda rajin membaca, Please baca buku ni...sangat bermanfaat dunia akhirat..:
*Rasulullah is my doctor
*Vaccine book by Dr. Sears
*Curing the incurable
*You'll never doubt your actions of unvaccinating your children
*etc..byk lagi,nanti ummi update.. (^,^)

Sumber: Sini & Sini & Sini
Syukran jazilan.. Jazakallah...

Monday, October 7, 2013

Vaksin(3): Tanya Pakar~Dr. Kurt Perkins(VACCINATION vs. IMMUNIZATION)

Sumpah Dr. Kurt di SINI..huhu..

Clarification needs to be created regarding VACCINATION vs. IMMUNIZATION. I’m all for immunization. The problem created by media and pharmaceutical influence is that people equate immunization with vaccination. Vaccination is simply injecting something into your body. This does not create immunity for your body. These are 2 totally separate entities.

Another thing that urks me is my ‘mom’s’ comments about me leaving out stuff and therefore destroying my credibility. I would like to add I make ZERO money off of this blog. I may book some speaking gigs from it but those revenues will come nowhere near the $20 BILLION per year the makers of vaccines cherish. Who do you think has more weight on their shoulders to hide information? Huh, mom? Huh?

With building immunity, it’s a natural process. With that natural process, your body uses many defenses. The first layer of defense is your skin. This blocks out any harmful opportunistic buggers. With a vaccine, this law of nature is totally bypassed by injecting you with a needle full of stuff your skin would never allow past it.
You also have a respiratory system that also aids in defense. You cough, you sneeze, and you blow your nose, in attempt to expel the potential invader. Coughing, sneezing, and snorting are results of your immune system working. Don’t suppress it with fever reducers, anti-histamines, etc. You’re just making it easier for the invader. 
 
You also have your gut-associated lymph system to fight with the stronger stuff. If your system is so deficient to get past these natural defenses, the potential invader, live or dead, enters the blood stream. Once something is in your blood stream, it can be transported any anywhere in your body, not good at all. It’s like open bar at a chiropractic convention.
A vaccine violates all laws of natural immune defenses by taking a potential pathogen along with all the TOXIC ingredients(aluminum, formaldehyde, adjuvants, etc) directly into your blood system. This process would never occur in building natural immunity. That last sentence is kind of an oxy-moron. Immunity is a natural thing. Vaccines are an artificial thing.
Nasihat Dr. Kurt:
When you are getting attacked (usually over Facebook, blog comments, rarely face to face), I want you to stay calm and just simply respond with this question.

“What scares YOU about MY child not being vaccinated?”
That’s it. Let them speak next. They may have some valid fears. But before you respond, again, ask them if they would like to hear your response on why that fear does or doesn't scare you? If they are not open to your response, just realize you're dealing with a bleeding corpse.

Notaummi:
Daripada apa yang ummi baca, ummi ringkaskan bahawa ramai manusia takutkan penyakit sehingga sanggup "inject" TOXIC pulak supaya imunity/bacteria baik ciptaan ALLAH yang sedia ada di dalam badan itu dilumpuhkan. Vaksin itu sendiri adalah suntikan yang mengandungi berbagai jenis racun yang dimasukan kedalam tubuh. Vaksin dihasilkan dari kuman (atau bahagian dari tubuh kuman) yang menyebabkan penyakit. Sebagai contoh vaksin campak dihasilkan dari virus campak, vaksin polio dihasilkan dari virus polio, vaksin cacar dihasilkan dari virus cacar, dll. Perbezaanya terletak pada cara pembuatan vaksin tersebut. Sebenarnya, Kusta, Tifoid, Tetanus, Difteria, Batuk Rejan, dll telah menurun sebelum ditemukan vaksin untuknya – iaitu merupakan hasil dari perbaikan sanitasi dan peningkatan kualiti makanan serta air minum ataupun GMO.”

Hmm..what can i said: "Natural selection. It has to do with nature, not with manmade vaccines. Don’t be fooled again”
.......because i love my children so much...

Semut minum susu ibu..


Almost 7 Oz...huhu....
Hi dear...Ummi sedih lagi... Aritu susu tumpah tapi ats careless sendiri. Semalam pulak maybe sudah ditakdirkan tiada rezeki lagi. Rezeki semut tu haa...huhu. Dah pam baru perasan de seekor semur dalam susu tu? Sayaaaangnya nak buang... Tapi ummi risau gak sebab pernah dengar kalau semut tu dah mati jadi bangkai, boleh jadi najis pulak..huhu..Xsanggup ummi nak bagi anak ummi minum..huhu..

Kalau ikut sains & perubatan, semut ni ada acid formic, dalam keadaan terancam/panik disebabkan terjatuh/lemas, semut tersebut akan merembeskan acid formic. والله أعلم بالصواب

Kalau ikut mitos/cakap orang tua lagi menggerunkan & tak logik..he..
Orang yang minum air/makanan mengandungi semut akan menjadi "bodo" seperti semut. Tapi semut tu "bodo" ke? Rasanya semutlah serangga paling bijak & rajin..kan...

Ummi cari info berkaitan semut ni..Then dapatlah penerangan yang mudah difahami.. Ummi kongsikan ye..


Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati

Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup

Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Lebih jelas lagi nyata.. jom sama2 dengar Ustaz Azhar Idrus..
video
Air menjadi najis apabila dengan sengaja dimasukkan semut yang sudah mati kerana semut yang sudah mati adalah bangkai. Orang Islam diharamkan memakan bangkai. Begitu jugalah air yang bercampur bangkai. Haram diminum sebab bangkai itu najis. Apabila semut yang masih hidup, dengan sengaja dimasukkan ke dalam air kemudian ia mati. Air itu hukumnya najis. Apabila semut yang sudah mati dengan sengaja dimasukkan ke dalam air pun, hukumnya najis. Tetapi andai semut hidup termasuk sendiri ke dalam air kemudian mati, air itu boleh diminum dengan syarat buangkan dahulu semutnya. Air juga tidak berubah sifatnya. Daripada rasa air kosong kepada rasa air berperisa semut pula.

So..kesimpulannya, susu ebm ummi tu boleh diminum sebab dia mati sendiri, bukan sebab ummi. Ummi tak sengaja & tak sedar bila dia masuk..huhu..tengok2 dah mati.

Memang rezeki semut & pokok.. Heee, ummi tak buang tapi ebm tu ummi siram pokok belakang makmal ummi ni... InsyaAllah, ada rezeki lain untuk wafa Izzara di next session..
Semut ni jadi tanda tanya maybe semut ni tak pakai kasut kan...Ummi terbayang-bayanglah pulak semut2 ni berjalan berkaki ayam  di atas sampah & menghurung najis dll(Apalah ummi ni, suka bayang yang bukan2..huh). Tak sampai hati ummi nak bagi anak-anak ummi minum susu yang dimasuki semut. Kecuali jika memang susu ummi dah takde. Ummi bersyukur susu masih ada.. Alhamdulillah..

P/s: Jika ada kucing yang lalu-lalang di makmal ummi ni, sah2 rezeki kucing tu...:) Ala...bukan minum sampai kenyang pun..Jangan jadikan isu pulak..heheh(^,^)

Tuesday, October 1, 2013

Vaksin(2): Tanya Pakar~Dr. Larry B. Palevsky


Pandangan Pakar Kesihatan Kanak – kanak dan Pakar Vaksin Mengenai Vaksin (dan mengapa ianya mendatangkan bahaya kepada anak anda)


#Jom ikuti kata-kata Dr Larry.
Dr. Larry B. Palevsky merupakan seorang pakar kanak - kanak terkenal , pensyarah dan penulis yang menggunakan pendekatan holistik dalam bidang kesihatan dan penyakit kanak - kanak.

“ Ketika saya di sekolah perubatan , saya diajar bahawa vaksin adalah selamat dan sangat berkesan , dan tidak ada sebab untuk percaya sebaliknya. Semua pengetahuan yang saya perolehi di sekolah perubatan adalah standard di mana – mana sekolah , pengajaran dan penulisan saintifik di serata Negara. Saya tidak mempunyai sebab untuk percaya bahawa ia adalah sebaliknya.


Saya telah mengamalkan perubatan dan vaksinasi selama ini dan percaya bahawa amalan saya selari dengan apa yang saya telah pelajari.
Tetapi , lama – kelamaan , saya selalu melihat, bahawa pengalaman saya selama ini, iaitu dalam penggunaan dan pembacaan tentang vaksin , dan mendengar pandangan ibu bapa mengenai vaksin, adalah sangat berbeza dengan apa yang saya pelajar dahulu.


..ia nya semakin jelas pada saya , kerana semakin saya membaca kajian – kajian , mendengar pandangan para ibu bapa dan berjumpa dengan pengamal – pengamal perubatan yang lain yang juga menyatakan kebimbangan bahawa vaksin tidak terbukti selamat atau berkesan sepenuhnya , berdasarkan penulisan saintifik yang boleh kita lihat hari ini.


…(dan) semakin jelas kelihatan, kajian saintifik yang diperlihatkan kepada kita sebenarnya , tidak direka untuk membuktikan dan menguji keselamatan dan keberkesanan vaksin.


Saya juga tertarik bahawa terdapat bahan – bahan (dalam vaksin) yang tidak diuji sepenuhnya , kumpulan (dalam kajian) untuk perbandingan tidak diuruskan dengan sepatutnya dan kesimpulan yang dibuat mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin tidak menepati standard saintifik yang diajar kepada saya semasa di sekolah perubatan.”

Adakah Benar Vaksin Ini “Penyelamat” Bagi Melawan Penyakit ?

Perubatan konvensional mengajar bahawa epidemic polio dan cacar(smallpox) telah lenyap disebabkan vaksin dan kebanyakan penyakit yang dihadapi di Amerika Syarikat telah dihapuskan melalui kuasa, kekuatan dan implementasi polisi vaksin.
Sementara itu , terdapat banyak kajian dalam penulisan perubatan yang menunjukkan bahawa ada banyak sebab yang menyebabkan penyakit – penyakit itu terhapus.



Sebagai contoh , satu artikel yang diterbitkan pada tahun 2000 di dalamPaediatrics Journal telah menerangkan bagaimana , sebelum Perang Dunia Kedua , kebanyakan penyakit berjangkit yang dihadapi oleh Amerika Syarikat seperti difteria, tetanus,polio, pertusis, demam campak, influenza, parapertusis , tuberculosis dan demam scarlet – kesemuanya telah berkurangan sebelum Perang Dunia Kedua dan SEBELUM terdapatnya antibiotic dan vaksinasi untuk merawat penyakit – penyakit ini.


Sebab – sebab pengurangan dalam tahap kejadian dan kematian dalam penyakit – penyakit ini adalah disebabkan oleh implementasi strategi kesihatan awam , termasuklah

Sumber air yang bersih
Keadaan hidup yang lebih baik
Kebersihan yang lebih baik
Nutrisi yang lebih baik
Terdapat banyak lagi contoh (lain).


Benarkah Kajian Keselamatan(Vaksin) Telah Dibuat?

Jadi, kenapa terdapat banyak perbezaan antara objektif para saintis dan pengamal perubatan yang bijak, berorientasikan sains berkenaan keselamatan dan keberkesanan vaksin?

-Dr. Palevsky berkata:


“saya rasa sekiranya anda bertanya kepada sahabat – sahabat saya dari mana mereka mendapat maklumat , mereka akan berkata ianya dari American Academy of Paediatrics, AMA , CDC dan jurnal – jurnal mereka.

Tetapi saya ingin mencabar mereka untuk membaca sendiri jurnal – jurnal berkaitan untuk melihat samada kajian saintifik dilakukan dengan cara yang sepatutnya menggunakan kumpulan kajian yang sesuai dan kumpulan kawalan (control group) yang sesuai.


Adakah bahan – bahan dalam vaksin telah dikaji sepenuhnya?


Adakah terdapat perbezaan antara didedahkan dengan virus, bacteria , logam berat atau toksin melalui udara, makanan, usus dan kulit anda, dibandingkan dengan disuntik ke dalam tubuh anda?


Adakah kita telah melihat apa yang akan berlaku kepada vaksin yang disuntik pada kanak – kanak? Adakah antibodi yang dihasilkan mencukupi untuk membekalkan perlindungan terhadap jangkitan penyakit?


Lebih banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan bahawa


Kajian tidak dilakukan secara menyeluruh
Penghasilan antibody bukan cara terakhir untuk melindungi tubuh anda
Terdapat perbezaan antara bagaimana (tubuh) kanak- kanak memproses bahan yang diterima melalui udara dan makanan dengan melalui suntikan
Terdapat partikel dalam vaksin yang boleh terkumpul dan menyebabkan kerosakan system immune badan
Terdapat partikel dalam vaksin yang akan menuju ke otak,dan
Terdapat DNA asing yang boleh masuk ke dalam tubuh anda(melalui vaksin)

Sumber: SINI

Sebenarnya...terlalu ramai doctor2 yang dah mengkaji & membongkar hal-hal berkaitan vaksin ni. Kita je perlu ambil tahu & kena RAJIN membaca.
Rupanya kalau klik OHUB group ni..makin risau sebab terlalu banyak bahayanya vaksin ni berbanding kebaikannya(rasanya takde kebaikan kot)..huhu




Nota ummi: Makin banyak ilmu, makin risau. Tapi keputusan vaksin ini adalah satu keputusan "Informed decision". Terpulang pada ibu bapa nak vaksinkan anak atau tak. Cuma kalau yang dah ade ilmu tu, buatlah keputusan yang baik demi anak-anak sebab yang terkena kesannya adalah mereka. 

Apa-apa pun vaksin terbaik untuk anak-anak adalah: DOA Ibubapanya..(^,^)
والله أعلم بالصواب

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...