Monday, September 30, 2013

Vaksin(1): Mengkaji

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..


Astagfirullah Al-Azim.. Istigfar ummi bilamana mendapat tahu kandungan Vaksin..
Ni belum lagi tanya JAKIM, Halal atau tidak??Cuba tengok kandungan Rotavirus..Ada PCV???FYI, PCV(Porcine Circovirus is DNA from pig pancreas)

Oh ya...boleh click Vaccine Ingredients untuk nampak clear & jelas
UPDATED: Oleh kerana ramai teman blog & fb  minta ummi info ingredients vaccine yang dalam gambar. So, ummi bagi link..
<<Straight from the CDC website>>


Vaksin ni apa ya? Oh ya, vaksin ni utk Perkenal virus lemah/x aktif kepada badan supaya badan ada maklumat pasal virus tu. Jadi bila virus tu serang, antivirus ada history untuk dirujuk, dan peluang berjaya tinggi. Yeke?Klise sangat penerangan ummi..Rujuk WHO jela...

Apakah itu vaksin?
Menurut WHO, vaksin ialah satu persediaan yang bertujuan untuk menghasilkan keimunan badan kepada sesuatu penyakit dengan meransang penghasilan antibodi. (Lebih kurang jer..)
**Bagaimana vaksin menghasilkan imuniti?
Apabila badan kita didedahkan kepada vaksin yang mengandungi mikroorganisma, badan akan menghasilkan antibodi dan pada masa yang sama akan menghasilkan sel-sel memori (ingatan) yang akan mampu untuk membunuh/memusnahkan/menyingkirkan mikroorganisma apabila ianya kembali menyerang badan pada kali kedua.

Antibodi kuat ke selepas suntik?Siapa yang jadi bahan ujikaji?Dah tested di makmal sebelum digunakan ke?Siapa sanggup?Bahan2?benar-benar berkesan atau tidak berkesan. Adakah vaksin ini selamat digunakan atau tidak? Semua perkara ini adalah persoalan yang sangat penting untuk dijawab. Jawapan di bawah yer...





Kita ada kajian yang membuktikan bahawa vaksin adalah berkesan dan selamat.
Ada juga akan kata daripada pembacaan American Academy of Pediatrics, AMA, CDC dan jurnal-jurnal lain membuktikan bahawa semuanya selamat dan berkesan(Ini selalu ayat-ayat doctor yang jual vaksin ni..)

Saya ingin mencabar mereka yang kata selamat ini untuk melihat sendiri kajian yang dilakukan:

  • Samada ia menggunakan study group (kumpulan kajian) dan contol group (kumpulan kajian kawalan) yang betul?
  • Adakah bahan-bahan yang digunakan dalam vaksin itu dikaji dengan betul?
  • Adakah terdapat perbezaan apabila didedahkan kepada virus, bakteria, heavy metal atau toksin melalui air, makanan, usus manusia dan kulit, jika dibandingkan apabila ianya disuntik terus ke dalam badan?
  • Adakah kita benar-benar mengkaji apakah yang terjadi kepada bahan-bahan dalam vaksin setelah disuntik ke dalam badan?
  • Adakah antibodi yang terhasil cukup untuk memberikan perlindungan daripada penyakit?

Saban hari, semakin banyak kajian-kajian yang menunjukkan bahawa:

  • Tiada kajian yang lengkap dan betul telah dilakukan.
  • Antibodi bukanlah satu-satunya cara badan mendapat perlindungan
  • Terdapat perbezaan bagaimana manusia memproses bahan melalui udara dan makanan berbanding dengan suntikanl.
  • Bahan-bahan dalam vaksin akan berkumpul dalam badan dan merosakkan sistem keimunan badan
  • Terdapat partikel dalam vaksin yang boleh masuk ke dalam otak
  • Terdapat banyak DNA asing yang masuk ke dalam badan

Adalah amat mengejutkan yang kita ini kekurangan maklumat tentang keselamatan dan keberkesanan jika dilihat adanya bertimbun paper jurnal yang boleh menaikkan syak akan keselamatan dan keberkesanan vaksin, dan tidak adanya kajian yang betul dan tepat tentang vaksin dilakukan(not tested in lab).

Apa yang kita ada pada hari ini adalah polisi yang berat sebelah, satu cara pemikiran yang tidak mungkin membenarkan apa-apa debat tentang vaksin. Apa tidaknya, syarikat-syarikat pengeluar inilah yang juga menyalurkan wang ke universiti-universiti untuk 'research'.

Awak ada ke kajian yang tunjukkan vaksin tak selamat?
Mesti la ada, buat apa nak bimbang bukan-bukan kalau tak ada.


Salah satu kajian yang telah dilakukan melihat kepada kesan kanak-kanak yang divaksinasi dan dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak divaksinasikan. Kajian yang diterbitkan di Journal of Allergy and Clinical Immunology pada April 2005 ini melihat kepada kesan kesihatan kanak-kanak yang divaksinkan sepenuhnya, yang divaksinkan separa dan mereka yang tidak divaksinkan lansung.

Para penyelidik bertanya kepada ibubapa tentang penyakit atopik iaitu alergi, asma, ezema dan hay fever. Para penyelidik tidak dibenarkan tahu ibubapa adalah daripada kategori kanak-kanak yang mana. Apabila data telah diproses, mereka mendapati bahawa rekod yang terbesar adalah daripada ibubapa yang kanak-kanaknya divaksinasikan sepenuhnya, kedua adalah yang dari vaksinasi separa dan yang paling sikit dengan penyakit atopik adalah dariapda yang tidak divaksinasikan langsung.

Analisis statistik yang dilakukan untuk melihat samada data ini terhasil hanyalah kebetulan sahaja atau data ini benar. Dan mereka dapati secara statistiknya data yang diperolehi adalah benar. Para saintis itu tidak dapat memahami bagaimana masalah ini mungkin berlaku kerana semua orang setuju yang vaksin itu selamat sepenuhnya dan berkesan .


Laporan daripada IOM, 2011 menemui bukti yang kukuh adanya hubungan antara beberapa vaksin dan kesan-kesan yang buruk. Contohnya MMR, varicella zoster, influenza, hep B, meningococcal dan vaksin yang mengandungi tetanus dikaitkan dengan anaphylaxis. Anaphylaxis ialah reaksi alergik yang sangat cepat (beberapa minit sahaja) yang kemudiannya menyebabkan kematian.

Kalau para pembaca dah tahu, masih mahu vaksinasikan anak lagi?

Berikan ummi kekuatan..(Maafkan ummi Wafa Sofea, Alhamdulillah..diberikan kesedaran untuk Wafa Izzara)
Wafa Izzara now(so far) is a healthy UNVACCINATED baby..
Wafa Sofea pulak dah terVACCINATED...ummi jahil lagi bab vaksin masa tu.. But don't worry my dear Wafa Sofea...Ummi tahu cmne nak detox all the vaccines in your body. (Kembali kepada sunnah).
Oh ya..untuk makluman, di Klinik Homoepathy pun dah de ubat Detox-vaccine or anti-vaccine.
Say NO to VACCINE...

Ini hanya pendapat kami, so hormatilah...Kami hanya berkongsi ilmu pada yang sudi..Jika tidak, silalah stop & keluar page..(^,^)Jika nak juga cucuk anak, silakan... Ibu bapa yang ambil keputusan untuk unvac anak adalah ibubapa yang informed decision. Perlu gali ilmu & bersedia menghadapi apa2 pun kebarangkalian.

Kalau kena penyakit, kita yang kena bertanggungjawab bukan orang lain, kalau anak sawan, alergi atau mati disebabkan vaksin, adakah doktor akan tanggung? Adakah syarikat pengeluar vaksin akan tanggung? Adakah kerajaan akan tanggung?
Kita ada hak untuk tahu apakah kandungan vaksin. Kita ada hak untuk tahu apakah risiko dan komplikasi (masalah) dari vaksin SEBELUM kita membuat keputusan untuk membenarkan diri atau anak-anak divaksinkan. Harus kita ingat bahawa semua vaksin dan produk farmasi yang lain membawa risiko kecederaan atau kematian. Jangan sekali-kali membenarkan vaksin atau ubat-ubatan diberikan tanpa diberitahu tentang SEMUA risiko.

Knowledge is power. Penuhkan dada dengan ilmu yang tepat tentang vaksinasi dan kesihatan. Buat kajian dan berbincanglah sebelum membuat apa-apa keputusan yang berkaitan kesihatan. Jadilah konsumer yang berpelajaran/berilmu dan kita akan mudah membuat keputusan yang bijak dan menlindungi diri dan keluarga. Ingat juga, dengan adanya ilmu, kita akan lebih mudah untuk berbincang secara ilmiah dan rasional dengan keluarga, rakan-rakan, doktor mahupun pakar kesihatan.

Setelah membuat keputusan, pastikan diri bersedia dan bertanggungjawab kepada keputusan yang dibuat.


Bagi kami, segala yang was2/syubhah boleh mendatangkan HARAM. Segala yang HARAM masuk dalam badan akan menjadi darah daging & membentuk sahsiah diri serta keturunan kita. Huuuu..ummiAbi sayangkan keturunan kita. Jagalah mereka..Lindungilah mereka...


Walaupun binatang yang digunakan itu halal dimakan, tetapi vaksin diambil dari binatang yang masih belum disembelih. Umat islam dilarang menggunakan bangkai ataupun anggota badan haiwan yang masih hidup sebagai makanan dan ubatan.
Ramai yang menjawab hukumnya harus jika dhoruroh, saya akan jawab pada point kedua tetapi soal makanan amat perlu dititik berat kerana ia akan membentuk darah daging manusia. Jika terdapat bahagian badan kita ini haram, doa susah untuk diterima, hati akan menjadi keras dan penyakit lain mudah singgah.

Umat islam harus memahami bahawa halal haram yang ditetapkan oleh syara` itu sebenarnya menjaga maslahah untuk manusia di samping menghindar keburukan di dunia ini`~ILham Darwisy
TAPI kan...ada yang beri pendapat VAKSIN ANAK adalah untuk mencegah. Bukankah konsep tawakal digalakkan dalam ISLAM?? Mencegah kan lebih baik..Memang tidak dinafikan, tapi jika kaedah pencegahannya itu sendiri adalah salah. Dalam kes ini vaksin memberikan kesan negatif kepada kesihatan manusia dan kesan ini jauh lebih teruk dan bahaya daripada kebaikkannya.

Bukankah Nabi saw bersabda setiap penyakit ada ubatnya dan madu\habbatussaudak adalah ubat segala penyakit keculi maut?

Ada ke ubat sebelum penyakit?

Bukankah sakit ada 2 sebab, ampun dosa atau kalau belum akil baligh naik darjat. Hatta tertusuk duri pun ada ganjarannya.....

Bukankah bakteria adalah mahluk Allah swt dan hanya menyerang manusia dengan perintah Allah swt?

Apa2 pun, Rasulullah hanya menyebut 2 perkara sebelum baginda wafat, AL-Quran & As-Sunnah..
RasulAllah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Aku tinggal-kan kepada kalian dua perkara, yang apabila kalian berpegang teguh kepada keduanya kalian tak akan tersesat, kedua perkara itu ialah: Kitabullah (Al-Qur'an) dan As-Sunnah..Ehh..saper kata Wafa Zara tak vaksin, ummi dah vaccinated Wafa Zara dari dia dilahirkan lagi..
SUSU IBU....vaksin terbaik anugerah ALLAH..


Kita sambung nanti...InsyaALLAH..

5 comments:

Surishariff said...

Ya Allah lindungilah anak2 kami..

Izan Ishak said...

ummi dah join grup dalam FB (Our Healthy Unvaccinated Baby)? Kak izan pun dah fully vax anakanda ber4. Join grup tu masa zayyan baru umur berapa bulan... last jab diamasa 4 bln camtu. pastu takmo dah vaksin2 lagi...

UmmiAbi said...

Surishariff
Syafakallah wa syafakillah.. Moga Alah melindungi anak2 kita.. Tawakaltu...

UmmiAbi said...

UmmiIzan:
Already joined OHUB. Byk info..Tupun x hbs baca lg.. Benda fakta ni mmg slow sket..hehe..Tp berusaha utk khatamkan. Wafa Sofea fully vaccinated jgk. Tp Alhamdulillah..sejak mengamalkan makanan sunnah, seminggu pertama asyik muntah je(stp mlm muntah pas minum susu..huhu). Bak kata ummu Muhammad, maybe ALLAh sedang 'detox'/bersihkan bhn2 kimia yang ade dlm badan dia. Sekarang Alhamdulillah...Dah lme xdmm & sakit. Syukur pada ALLAH. Jom banyakkan jajan Kurma & madu di umah..hehe

Anonymous said...

ummiabi saya nak info pasal kandungan tu...kt mane nk dpt ye??yg link tu skit sgt...tlg ummi ana sgt2 perlukan untuk anak ke 2 ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...