Monday, August 19, 2013

Selalu panggil tak dengar.Masalah pendengaran atau buat-buat tak dengar?


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear,
Ummi nak kongsikan ilmu dari Ibu Rose(Prof Dr. Rozieta) tentang GENIUS STATE...

Pernahkah anda di dalam situasi ini?

Anda memanggil anak anda untuk melakukan sesuatu. Puas anda memanggil dia. Tetapi dia tidak langsung mempedulikan laungan anda seolah-olah dia tidak mendengar langsung. Bila anda datang kepadanya, anda dapati rupa-rupanya dia sedang asyik bermain. Terlampau asyik...geram betul hati anda!

Sebelum anda melenting marah kepadanya ketahuilah akan apa sebenarnya sedang berlaku.

Sebenarnya, sememangnya anak anda itu tidak dengar langsung akan panggilan anda kerana dia sedang 'asyik' atau 'khusyuk' atau nama saintifiknya ' Genius State'. It a good state to be. Especially bila dia dah besar nanti, dah pergi sekolah, bila dia belajar, kita mahu dia be in the genius state. So kalau masa kecil ni dia diganggu bila dia dlm state itu terutamanya dimarah, lama-lama dia tidak mahu lg khusyuk belajar. Dan tidak merasakan belajar itu mengasyikkan.

Itulah yg terjadi pada anak-anak di sekolah skrg. Krn semasa kecil, bila dia dlm genius state dia selalu dimarah, diganggu dan dihukum.

So, bila memanggil dia tidak datang, pergi tgk apa yg sedang dia buat. Buat sama dgn dia. Lepas tu, ajak dia buat apa yg anda nak dia buat dan ajak lakukan dgn cara bermain.

Ini tidak pula sama untuk anak-anak remaja.

Salam kasih : ) Prof. Dr. Rozieta Shaary
Be careful..
They're a good observer..
We're a good model for them..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...