Thursday, August 29, 2013

Nama-nama Yang Dilarang Dalam Islam



Disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda Nabi s.a.w.;[1]

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى
“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)[2]

Disunatkan memberi nama-nama yang elok dan baik kerana Nabi s.a.w. bersabda;

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ
“Sesungguhnya kamu sekelian akan diseur/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

Namun begitu, Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.

Nama-nama Yang Dilarang Dalam Islam: dari Ustaz Sharhan, Pakar Perubatan Islam:
*Nama yg dilarang ini tak bermaksud HARAM, tapi jika boleh dielakkan. elakkanlah..Wallahu'Alam..

Bismillahirrahmanirrahim..

Gabungan Nama:
Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.


Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama 'zana', bunyinya sedap sekali tapi maknanya 'berzina' atau pun nama 'wati' yang bererti 'bersetubuh'. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.


Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;


1. Balqis – ketua jin


2. Qistina/Kistina – penghulu jin


3. Najwa – bisikan


4. Zaqwan/Zaquan – anak jin


5. Haikal/Haiqal – tengkorak


6. Badrisha/Badlisha/Herisha


Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit 'berat' dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.


_________________________________________


[Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam]


Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:


A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan
Asiah Wanita yang derhaka
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina


B
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar


D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami'ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah


F
Faji'ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah


G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu


H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan


J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan


K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali'ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati'ah Yang bersalah, yang berdosa


L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La'imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk


M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan


N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami


Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan


R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi'ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina


S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani'ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun


T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua


W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi'ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh


Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa


Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh


Video ulasan dari Ustaz Sharhan.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=T64-HDbb7M

**

Diharamkan memberi nama dengan nama “Malikul-Amlak” yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’.

Sabda Rasulullah s.a.w.;

إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ
“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak”. (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda;

أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ، رَجُلٌ كَانَ يُسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ، لاَ مَلِكَ إِلاَّ اللَّهُ
“Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

والله أعلم بالصواب Moga mendapat manfaat..

DON'T BE TOO KIND!!


Sharing from FB.. Please be careful!!!

(1) Today I passed by a building which has an ATM machine. There was an old man looking at me. Suddenly, he called me. He said he didn't know how to read, so he gave me his ATM card and asked me to help him withdraw money from the ATM machine. I answered 'NO!! If you need help, ask the security to help you.' Then he said 'never mind..' and continued to find other people to help him...

REMEMBER: ATM machines have CCTVs. If you help him he will later claim that you have robbed him or stolen his ATM card. Besides, his ATM card could be a stolen one. So please be careful of these tactics.


(2) Suddenly your house lights go off. From your window you find that your neighbours still have lights. So you go out of your house to check the Meter Box. But once you open the door, a knife will be pointing at you and preventing you from closing it. This is when you will be robbed and injured.

REMEMBER: Even though your electricity suddenly goes off, DO NOT open your door immediately. Look around to see if there is anything unusual or if there is any noise around.

(3) This is another incident. You may have heard it before, it is about a lady who she saw a kid crying by the roadside. When she spoke to the kid, the kid told her he was lost and wanted her to take him home. The kid even gave her a paper with his house address. So she took him home. But when she rang the door bell, she had an electric shock. Later when she woke up, she was naked in an empty room.

REMEMBER: Being such a compassionate and helpful person might not be a good thing these days. Pass this on and girls,
DON'T BE TOO KIND!!

Wednesday, August 28, 2013

WW#23~Yeay..dah pandai kayuh~


Notaummi:
Sebelum ni asyik tolak guna kaki je..Tiba2 je kayuh sendiri..Usaha yang bagus sayang...:)
Wafa Sofea=2tahun8bulan=pandai kayuh basikal dengan mahirnya(err..mahir means x guna kaki dah..hehe)
Bru pandai kayuh basikal 3 roda dah kecoh kan ummi ni..anak orang lain 1 tahun dh bleh kayuh kot..
Ehhh..of course, sebab Wafa Sofea ni tersangatlah comel(kecik macam umminya), sebelum2 ni kaki dia x sampai..So, dah sampai trus boleh kayuh..Betapa dia berusaha ke arah tu.. InsyaALLAH..nanti ummiabi belikan basikal 4roda pulak ye, lg senang nak kayuh kan.. Tahniah Wafa Sofea..(^,^)

Tuesday, August 20, 2013

WW#22~Wafa's favourite port(Tangga)~




Kak Wafa pandai jaga baby..Alhamdulillah..

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear...
Sejak dah jadi kakak ni, kak wafa rajin mengasuh tau(tapi still under observationla..hehe). Kalau ummiabi dodoikan adik zara, dia pun nak dodoikan..Kalau kita nak tukar pampers or pakaikan bedak/lotion semua, dia pun nak buatkan. Ciri2 seorang "kakak" tu terserlah sangat. Alhamdulillah..

Tapi awas..bab makan, Kak wafa tak tahu lagi yang adik zara hanya minum susu ibu semata-mata. Kak wafa yg tak kedekut ini memang suka sangat nak suap adik zaya(Panggilan kak wafa pada zara).. Kalau dia makan biskut, mesti nak suap jugak adik zaya dia. Adik zara pun dengan gembiranya ternganga-nganga minta disuap. Tapi ummi suapkan susu ibu jela dik oii..hehe

Ummi bagitahu kak wafa yang adik zara tak boleh makan lagi...tapi kak wafa tak percaya.
"Boleh mi...zaya leh matan.. Zaya nak?" Siap tanya adik zara lagi..
"Hahaha....adik zara xde gigi, xboleh gigit.." Tergelak ummi.. Tunjuk zara takde gigi, baru dia faham..Esok dia nak suap lagi..hehe...Nanti ye kak wafa, kita tunggu adik zara besar sket.. Risau betul dia sbb adik dia tak makan..(^,^)

Ni time ummiabi buka puasa masa ramadan baru2 ni. Ummi bagi wafa makan siap2 then time berbuka dia akan layan adik dia..:)

"Sayang adik zaya..."

Kat bawah ni ummi lampirkan video yang sempat ummi snap Kak wafa dodoikan adik Zara..So sweet..:)
*Dengan dia-dia naik atas rocker tu..hihihi*
*Pipi Adik zara kena gigit nyamuk..huhu.*
*youtube*

Monday, August 19, 2013

Selalu panggil tak dengar.Masalah pendengaran atau buat-buat tak dengar?


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear,
Ummi nak kongsikan ilmu dari Ibu Rose(Prof Dr. Rozieta) tentang GENIUS STATE...

Pernahkah anda di dalam situasi ini?

Anda memanggil anak anda untuk melakukan sesuatu. Puas anda memanggil dia. Tetapi dia tidak langsung mempedulikan laungan anda seolah-olah dia tidak mendengar langsung. Bila anda datang kepadanya, anda dapati rupa-rupanya dia sedang asyik bermain. Terlampau asyik...geram betul hati anda!

Sebelum anda melenting marah kepadanya ketahuilah akan apa sebenarnya sedang berlaku.

Sebenarnya, sememangnya anak anda itu tidak dengar langsung akan panggilan anda kerana dia sedang 'asyik' atau 'khusyuk' atau nama saintifiknya ' Genius State'. It a good state to be. Especially bila dia dah besar nanti, dah pergi sekolah, bila dia belajar, kita mahu dia be in the genius state. So kalau masa kecil ni dia diganggu bila dia dlm state itu terutamanya dimarah, lama-lama dia tidak mahu lg khusyuk belajar. Dan tidak merasakan belajar itu mengasyikkan.

Itulah yg terjadi pada anak-anak di sekolah skrg. Krn semasa kecil, bila dia dlm genius state dia selalu dimarah, diganggu dan dihukum.

So, bila memanggil dia tidak datang, pergi tgk apa yg sedang dia buat. Buat sama dgn dia. Lepas tu, ajak dia buat apa yg anda nak dia buat dan ajak lakukan dgn cara bermain.

Ini tidak pula sama untuk anak-anak remaja.

Salam kasih : ) Prof. Dr. Rozieta Shaary
Be careful..
They're a good observer..
We're a good model for them..

Thursday, August 15, 2013

Eid Mubarak 2013

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear..Waah, semua dah tunjuk gambar beraya...Happy je tengok especially yang ada anak ramai, meriahnyerrr..(^,^)

Tahun ni pun ummiabi & Wafa Sofea beraya dengan ahli baru...:) Kalau tahun lepas beraya bertiga, tahun ni berempat..Tahun depan...?Hehe,Wallahu'Alam...:)
RAYA 2012
Raya 2013
*Yeay, bertambah rezeki..Alhamdulillah*


Tahun ni ummiabi balik Perlis awal seminggu sebelum raya... Saja je, nak elak jem & nak rileks2 dlu kat kampung. Nak release tension..:)


Semua adik-beradik ummi balik(Memang setiap tahun semua balik..hehe).. Best berkumpul ramai--ramai..:)
Tahun ni abi ikut ummi balik Perlis lagi sebab katanya anak-anak kecil lagi. Kampung abi di Dungun Terengganu..Bestnyer...balik pegheleh lagi..hehe.Lagipun tok aki abi, moyang wafa Sofea & Wafa Izzara dah takde. Yang tinggal, adik-beradik Wan(nenek wafa & Zara). InsyaALLAH..nanti anak-anak dah besar sket kita balik belah abi pulak ye..(^,^)
Kat Perlis ramai orang volunteer jaga Wafa SOfea & Wafa Izzara jika ummiabi nak berjalan-jalan or shopping lagi... Ummi siap boleh beli baju raya lagi kat sana..Best kan..?Dan semestinya ummiabi tak risau tinggalkan wafa & zara bersama maktok atau maklong atau makngah sebab ummi tahu diorang semua sayang wafa & zara. Layanan tip top.. Wafa pun cakap nak tinggal dengan maktok..taknak balik..hehee.

Menu 1 Syawal di rumah maktok.. (Rumah kitorang memang open house 1Syawal)
Tahun ni maktok buat lontong, Rendang ayam & ketupat+gulai daging..(^,^)
Uish..masih terasa sayur lemak+sambal ikan bilis=lontong tu... Sebelum Zuhur dah habis...Orang datang non-stop..sampaikan makngah yang basuh pinggan pelik, makin basuh makin banyak pulak pinggan..heheh

Gambar kenangan bersama keluarga
(Ada sorang xde iaitu abg Irfan*5tahun* yg berada dalam toilet saat ini)
"Mintak ampun mak tok"
"Mintak ampun tok abah"

Family ummiabi..
Riang Ria Syawal
Wafa bersama abang Zafryn (Jomm..kumpul duit raya!!!)

Di kesempatan ini, ummiabi ingin memohon maaf & silap jika ada sebarang khilaf atau terasa di hati samada yang perasan atau tidak, yang nyata atau maya, yang tersirat mahupun tersurat..Mohon ampun & maaf ye..Ummiabi juga manusia biasa yang banyak kekurangan. Yang baik dari Allah..Yang buruk itu dari kami...
SELAMAT HARI RAYA..:) Yang dok Klang Valley, maila datang umah kami...(^,^)

Tuesday, August 13, 2013

WW#21~Ramai peminat dia~


Model kasut raya berbaju tido

Hi dear...
Sebelum ni ummi ada mention nak belikan Wafa Sofea kasut comel  untuk raya kan..
Tercapai gak..hihi..

Balik tu terus bagi kat Wafa Sofea, Punyalah suka, tak sabar-sabar nak pakai. Dahla time tu pakai baju tido...Hentam jela..Janji anak ummi happy kan..:)
Dah pandai bergaya anak dara ummiabi ni..:)
Pastu jenuhla ummiabi pujuk dia coz taknak buka...*sigh*

Ohya..Zara pun ada "kasut raya"...Oleh sebab Zara tak boleh jalan lagi, ummi beli "special shoes" kat dia..

Berkenan pulak ummi dengan baby top shoes ni..
Comel pulak tu..:)
Ini je kasut raya anak2 ummiabi.. Baju raya nanti ummi upload gambar raya ye..(^,^)

Thursday, August 1, 2013

Buat peringatan ummiabi & ibubapa semua

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Sedihnya tengok video ilmu dari Ustaz Don...
 UmmAbi pun carier parents..Masa banyak di ofis & makmal.Abi dengan kelas lagi.. Hari minggu amat bermakna buat kami sebab dapat spend quality times dengan anak-anak. Ya Allah...walaupun kami tiada banyak masa buat anak-anak, tapi jadikan kami ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. Janganlah mereka ada secebis pun rungutan tentang kasih-sayang. Cukuplah kami sahabat mereka dunia-akhirat, berkongsi suka-duka kehidupan menuju ke syurgaMU.. Amin..Amin..


Notaummi:
Teringat semalam ummi tengah lipat kain, Wafa panggil ummi berkali-kali baru ummi jawap..(entah apa yang ummi fikir, dengar macam wafa main/cakap sorang2, rupanya panggil ummi). By the end, wafa nangis sebab merajuk ummi x layan dia... Ummi pujuk dia pulak x layan.. At last, ummi yang nangis & peluk dia...Ummi hulur tangan mintak maaf..Tapi dia yang cakap" Mintak ampun Mi.."
Ya Allah..ampunkan daku...Ummi minta maaf sayang. Perkara ini takkan berlaku lagi...
Bak kata abi"Layanlah kerenah anak..berapa jam sangatlah kita bersama dia, selebihnya dia kat umah mama(babysitter)"

*Ummiabi tanamkan konsep sesiapa buat salah mesti hulur tangan minta maaf...walaupun yang salah adalah ummi@abi. Moga dengan kehadiran "maaf" itu menyejukkan hati & menurunkan perasaan ego dalam diri.
*Dengan memberi kemaafan sudah pasti jiwa kita akan menjadi tenang. Meminta maaf akan membuatkan kita sedar yang diri kita adalah kerdil. Moga anak-anak ummiabi sentiasa meminta maaf & memaafkan...:)
*Anak itu anugerah dari ALLAH swt.. insya ALLAH anak yg soleh akan mnegirimkan pahala buat kedua org tuanya... justeru wahai ibu bapa bersabarlah dalam mendidik anak2...Peringatan buat ummiabi juga..

Quote:
Hati anak sangat mudah tersentuh sama ada apabila mereka di marahi atau mereka sedang menangis. Mereka jujur dengan apa yang mereka rasa, fikir dan lakukan.

Setiap apa yang mereka lakukan adalah untuk mengembirakan kita sebagai ibu bapa sebab mereka belum mampu belikan hadiah kepada kita tetapi mereka memberikan sepenuh perhatian dan kasih-sayang mereka kepada kita. - Liyana Malek

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...