Tuesday, July 2, 2013

Tidak logik lagi doktor lelaki sambut bayi





KEPALA BATAS: Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri (gambar) menyarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya mengasingkan tugasan perbidanan kepada golongan wanita sahaja.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ubat-ubatan Dan Vaksin Yang Tidak Halal: Perbincangan Serta Fatwa Ulama Dalam Penggunaan Dan Pengurusannya' di Konvensyen Perubatan Islam dan isu Fiqh Perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di Perbadanan Produktiviti Negara, di sini pagi tadi.

Kata beliau, sudah sampai masanya kerajaan menetapkan agar wanita yang bersalin disambut oleh doktor wanita sahaja bukan lelaki seperti yang berlaku di sesetengah hospital hari ini.

"Saya sarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya buat perubahan besar dalam kaedah perbidanan agar tidak membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi sebaliknya ianya diuruskan oleh doktor wanita," ujarnya.

Beliau yang sering bersiaran di TV Hijrah turut bertanya kepada peserta konvensyen adakah tuan tidak rasa malu tubuh badan isteri anda dilihat oleh 8 orang doktor dan pembantu doktor dalam bilik bersalin.

Katanya lagi, tidak wajar kemajuan negara yang semakin canggih masalah tersebut tidak boleh diatasi lagi.

Lagipun sekarang ini, ujarnya tidak logik sebuah negara yang sudah lama merdeka tidak boleh mengubah perkara sedemikian kerana ia tidak memerlukan akta.

"Masa kini tidak logik lagi sekiranya masalah sambut bayi tidak boleh diberikan tugasan kepada doktor wanita sepenuhnya sebab doktor wanita dah ramai di bahagian perbidanan," tegasnya.

Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam Hospital Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara dan International Muslim Aid Malaysia (IMAM ) itu dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan negeri, Dr Sabri Osman.

Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri
Sumber: FB


Notaummi:

Bagi ummi memang tak logik pun doktor lelaki menyambut kelahiran. Aurat wanita perlu dijaga. Islam meletakkan kedudukan yg tinggi pada wanita.
Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :
"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )
Sumber (kenapa WAJIB doc perempuan?)--->boleh baca details kat Ummuhusna
Benar kata-kata dari ummuHusna(isteri Ustaz Zaharuddin): 

"Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ".

Pesanan ummi: Kalau private hospital memang kita boleh request nak doktor prempuan. Time nilah tanggungjawap suami untuk request sbb isteri maybe xsempat. Tapi kalau Government hospital, tak salahkan kalau kita buka mulut & bertanya??Ramai yang pasrah & merelakan je...huhu

Wallahu'Alam..


2 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. walaupun sheila belum pregnant, tapi sheila memang berkeras tanak doktor lelaki yang sambut baby. memang kena jaga aurat kita, berdosa suami :(

UmmiAbi said...

Wa'slm.. Betl sheila... Kes bersalin ni bukan Darurat di mana kita terpaksa rela & redha. Kita diberi masa selama 9 bulan utk memilih hosp & doc yg akan menyambut kita nanti. Kalau kes di luar jangkaan pula(cth tiba2 air ketuban pecah or nak bresalin on the spot), kita still ada masa untuk bagitahu doc or nurse...InsyaALLAH..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...