Wednesday, July 3, 2013

Seronoklah awak, dapat anak perempuan

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..


Hi dear...Tiba-tiba ummi teringat kata-kata baby sitter masa antar Wafa Sofea & Wafa Izzara baru-baru ni..

BS:      Dah 2 anak perempuan dah ye.. Seronoklah..
Ummi:  Alhamdulillah..Akak pun seronok gak, dapat 2 hero...(BS de 2org
           anak lelaki-dah besar{primary school} & tak boleh preggy lagi
           atas nasihat doc)
BS:      Ala...akak anak lelaki je, lainlah perempuan. nanti kita dah tua 
            takde orang nak tolong cebokkan n
           basuh bila kita dah x terdaya. Nak suruh anak lelaki malula...
Ummi:  ......................(speechless jap)
            Hmm...sama je akak. Yang penting 'anak', tanggungjawap anak 
            tetap sama kan... :)
            Yang penting merekalah yang mendoakan kita bila tiada 
            nanti(Tiba2 sebak, ayat jadi skema lak..ish2..he)

*Ummi pernah juga nampak anak lelaki soleh kat hospital ni.. Dialah yang cuci & bersihkan ibu dia kat hospital..Segala-galanya dia buat tanpa rasa malu malah mesti di dalam hatinya penuh kasih & sayang buat ibunya itu..

*Dalam hati ummi..Ummi berdoa supaya ummiabi tidak menyusahkan anak2 bila dah tua nanti... Moga saat ummiabi 'pergi' pun tidak menyusahkan anak2.Amin...

Anak adalah anugerah tidak kiralah anak lelaki @ perempuan. Kalau orang tua-tua kat kampung ummi siap panggil anak='pencen'. 'Pencen' atau 'saham' bila kita dah tiada..


Ni yang ada anak.. Yang takde anak pulak camner...?So,takde 'pencen/saham' akhirat ke?
Ada org tak dikurniakan anak.jd dia risau sbb takde 'pencen' dia dikubur nnt. Jangan risau, Allah itu maha Adil. Amal yg x putus ada 3.Ini janji Allah..

1. anak soleh

2. sedekah jariah

3. ilmu yg b'manfaat.

Tak semestinya anak je boleh jadi saham akhirat. Amalan sedekah & ilmu yg baik disamping akhlak yg mulia adalah antara saham di akhirat. Byk kan sedekah dan bg ilmu bermanfaat.insyaallah adalah 'pencen' anda dikubur nnt.b'sangka baik dgn Allah ats setiap p'kara. In fact,x semua anak boleh bwk mak ayah ke syurga. Ada juga  yg jd penghalang untuk masuk syurga. Nauzubillahi min zalik.
Apa yang penting,doa-doa-doa...Moga anak-anak kita adalah tiket untuk ke syurga selain amal & ilmu bermanfaat.

Notaummi:
Baru ummi terfikir kenapa makcik2 & tok2 kat kampung ummi bahasakan 'pencen/saham'. Sebab pencen/saham ini adalah faedah yang berterusan kita dapat walaupun kita dah habis khidmat.
Samalah macam 3 amalan yang dijanjikan Allah di atas..
Amalan2 ini jika kita buat, pahalanya akan berterusan kita dapat walaupun kita dah tiada di atas muka bumi ini lagi...:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...