Tuesday, July 30, 2013

Pizza abi terbaiklah...

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..


Hi dear...Dah nak akhir2 Ramadhan ni macam lemau & lesu jer kan..?Semua orang dah mood Raya.. Dah bergema lagu raya sana-sini. Nak masak & makan nasi pun ummiabi dah tak tahu nak masak apa. Abi pun dah suruh ummi habiskan lauk mentah dalam freezer. "Clearkan" semua sebelum balik bercuti di kampung..:)
So,dalam minggu ni ummiabi masak simple2 je. Just nak habiskan lauk2 tu semua.. Abi pulak dah tak lalu makan nasi, maybe dah ngidam ketupat & rendang je kot.hehe.. Sahur pun abi suruh ummi sediakan sandwich or simple dish seperti roti cicah milo panas..:)

OKla...jom tengok abi buat pizza untuk berbuka, sebagai pengganti nasi...Sesekali tukar selera pulak. Abi kalau buat kerja, memang x bagi ummi kacau,dia suruh ummi dok depan layan anak-anak je*Best goyang kaki,hehe*
Bagi ummi, memang kalah pizza hut & domino. Yelah, air tangan abi kan.. Cheese yang abi letak(even guna kraft je) jadi manis tiba-tiba. Abi buat pizza ni sambil nyanyi2 lagi. Di situlah aliran air tangan kasih sayang ye tak?Pizza abi memang terbaik...
Kali ni abi buat 3 jenis pizza...Seafood, ikan bilis & daging kambing..Nyummilicious..
Ohya, kalau sebelum ni abi buat pizza thin crust, kali ni lebih sedap dengan roti arab.. Roti Arab lagi tebal,rotinya rasa gebu n rasa Uummphh..:) Abi beli je roti arab kat Restoran De Arab Cafe. Kalau rajin & ada masa, boleh je nak buat roti sendiri, boleh rujuk resipi rotinya di SINI. InsyaALLAh, kalau weekend maybe buat roti sendiri, tapi balik kerja pun dah pukul 5.30pm,nak amik anak lagi...Kalau buat doh roti tu, kul berapalah nak berbuka ye?hehe...
Pepun,tq abi...sentiasa menyenangkan ummi(^,^)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...