Sunday, July 28, 2013

Persiapan Raya

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, Wafa Izzara, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & Wafa Izzara..Amin..Amin..

Hi dear...Dah siap semua preparation untuk raya? Ummi start packing baju malam ni. Persiapan raya & beli-membeli semua tu ummiabi buat sehari sebelum Ramadan.Seperti tahun lepas & tahun-tahun sebelum ni ummiabi memang jenis beli awal untuk raya. Selalunya kami berdua akan cuti hari sehari sebelum Ramadhan, antar anak2 ke babysitter & beli siap2 baju2 raya & langsir semua. Masa ni banyak dah kedai ada SALE raya & boleh dating minum n makan ngan abi. Yang paling penting tak bersesak dengan orang-ramai..(^,^).

Pas makan ni kitorang sempatlah gi tengok movie
"Despicable Me 2"...Terbaiklah..hehe(TQ abi)



Antara yang dipilih...Ade lagi langsir n baju Zara tak buka plastik lagi.Nanti2 nak dekat raya nak buka & basuh wangi2..hehe

Tak sangka pulak abi belikan ummi handbag untuk ke ofis. Macam tahu2 je ummi perlukan beg yang lebih besar untuk letak breastpump & botol2 susu.(Ummi ni jenis x suka bawak beg banyak2, selagi boleh sumbat dalam 1 beg, memang ummi sumbat..hehe)

Ummi balas balik dengan menghadiahkan juga beg "limited edition" untuk abi. Senang abi nak letak buku cek, note, hp & wallet semua dalam tu. Kenapa ummi panggil beg "Limited edition"? Sebab hanya beg tu je yang tinggal untuk jenama Hush Puppies time tu & dengar kata salesgirl tu beg tu dah tak restock. Hanya ada satu tu je. Ummi pun apalagi, terus blikan untuk abi...:) Abi senyum sampai telinga..hehe. Sesekali blikan & buat dia rasa dihargai kerana sntiasa jadi "bank bergerak" kami skekeluarga..heh~
Beg wallet untuk abi..

Sebelum balik, sempatlah ummi beli beberapa brooch ni. Ummi suka yg simple2 je, sekadar menggantikan yang dah berkarat tu..
Itu je persiapan raya ummiabi. Masih besederhana..Walaupun sederhana, duit keluar macam air je, laju x sempat nak control..huhu. Barang makin naik, ummiabi redha, tapi sebelum beli kenalah list out dulu,lau x lagi laju duit keluar,huhu..

Tahun ni kami beraya berempat. Alhamdulillah, bertambah ahli keluarga ummiabi... Moga Allah tambahkan juga rezeki buat kami..Amin..Alhamdulillah(^,^)

2 comments:

Kenit Cinonet said...

seronoknyeerrr ummi. Kenit jugak yang tak prepare lagi huhu :D

Noridah said...

minggu akhir puasa ni semua busy buat persiapan raya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...