Monday, July 15, 2013

Ayam oh ayam...


HR Abu Hurairah, Bahawa Nabi bersabda " Jika kamu sekelian mendengar suara kokok ayam, maka mohonlah kurnia dari Allah kerana sesungguhnya binatang tersebut telah melihat malaikat dan jika kamu mendengar ringkekan kaldai maka mohonlah perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan kerana binatang tersebut telah melihat syaitan
( Muslim 4908)

HADIS LAIN YANG BERKAITAN DENGAN AYAM

Makhruhnya memaki-maki ayam. Rasulullah S.A.W bersabda:
"Janganlah kamu semua memaki-maki ayam. Sebab sesungguhnya ayam yang jantan itu membangunkan kamu untuk solat"

Salah satu suara yang disukai Allah untuk mendengarnya adalah kokokan ayam jantan.

Lau duk kg mesti pagi2 dengar kokokan ayam kejut bangun solat subuh. Yang hairan tu, mesti tepat kul 6 dia kejut setiap hari..macam dah set alarm plak ayam ni..hehe



Sape tak suka ayam kan..?Favourite semua lebih2 lagi anak-anak. Lau ade menu ayam mesti berselera..
So, jangan hina ayam...Ia antara haiwan yang banyak berjasa..:)

Nota ummi:
Pernah dulu masa kecil, makjang(adik ummi) masa tu dia sek rendah xsilap..Dia duduk rehat kat belakang rumah maktok, then datang ayam sambil patuk2 terketuk2 terangguk-angguk kepala lalu depan dia. 
Makjang: Ish, x sukala ayam ni...
Ummi: Nape plak?Ape ayam tu buat?
Makjang: Lor...kakak tengokla perangai dia, terangguk-angguk kepala. Pastu muka dahla tak hensem.. Ee, x sukala dia tak hensem..huh
Ummi:?????
(Sabar jela makjang ni..Dia nak jadikan ayam tu pakwe dia ke ape??hehe...tergelak ummi)

So, sejak dari hari tu kalau ummi terasa or selisih faham dengan dia, ummi mesti ejek dia "ayam" (mesti ejek benda yg dia x suka kan...). Boleh dia ejek ummi balik.. Dia kata ummi "penyu???". Bila ummi tanya "Awat penyu?".
"Hehe..tengok muka akak macam penyu ja..". Terus tak jadi gaduh, gelak terkekek2 dua-dua orang...
Hehehe...kenangan.. makjang pun dah besar, pas konvo baru-baru ni terus dapat kerja di Media Prima..Alhamdulillah..(^,^)

Inilah remaja yg kata ayam x hensem tu..huhu
Padahal sekarang lau ade ayam baru laju makan nasi..(^,^)

2 comments:

Izan Ishak said...

hehe... adik beradik kalau bergaduh pun manja2 je ummi. pastu gelak2 balik.

besar dah makjang... dah kerja pun dia ye.

IntaNBerliaN said...

alaaa tiba2 tingat gaduh2 dgn adik lelaki kak ina ms kecik2... tapi dia tak keluar lg dr hospital skrg..

btw, cantiklah makjang ni.. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...